WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 2

November 27th, 2008 | Oleh Ubi | Bulletin, Kartunis pun manusia, Review

Sambungan dari WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 1

Acara gathering ni diteruskan dengan tetamu kehormat, Saudara Irfan Khairi – ikon jutawan internet Malaysia memberi sedikit tips mengenai perniagaan internet. Tipsnya yg berkisar tentang cara untuk menjadi jutawan melalui perniagaan internet di Malaysia itu sememangnya amat MUDAH dan PRAKTIKAL sekali untuk di laksanakan. Apa tipsnya? Hehehe… rahsia!


(Gambar ini diklepet dari blog InternetMelayu.com tanpa pengetahuan pemiliknya)

Selesai sahaja Irfan Khairi berceramah, acara diteruskan lagi dengan program kesukaan ramai (terutamanya saya) iaitu MAKAN-MAKAN! Memang dari pagi tadi saya sengaja tak makan supaya boleh melantak puas-puas kat sini… Hohoho… Pucuk dicita ulam pegaga!!!

Disamping memenuhkan perut masa ini juga digunakan oleh semua peserta berkenalan, networking, bertukar-tukar bisnes card dan mengambil gambar. Di waktu ini barulah saya perasan bahawa kamera saya tak boleh pakai pasal baterinya tak dicaj lagi!**

Di waktu ini juga saya sedar betapa hidup saya tidak berapa terurus sampai bateri kamera pun lupa nak caj! Oh, mungkinkah ini waktu yg sesuai untuk mencari pasangan hidup untuk menguruskan saya?

Mujurlah Brader Shuth (penganjur & pemilik WangCyber), dengan cekapnya telah menyediakan Catzer selaku jurugambar rasmi untuk membantu mereka-mereka yg miskin tak mampu beli kamera sendiri dan bermasalah seperti saya ini… Oh, betapa jasamu dikenang!

**(Alasan ini juga diharap dapat mempengaruhi tuan punya blog supaya tidak meneruskan niat mereka untuk menyaman saya kerana mengklepet gambar-gambar di blog mereka)

Adat dunia, orang yg kaya dan ternama pastinya diutamakan. Berpegang dengan ‘prinsip’ ini, saya tanpa segan silu terus berjumpa Irfan Khairi (jutawanlah katakan!). Dengan tanpa segan silu juga beliau dan pembantunya Shah melayan segala kerenah saya dengan ramahnya.

Sebelum sempat saya mengorek rahsia no akaun bank dan no pin kad ATMnya, beliau telah dicolek oleh orang lain yg mungkin juga memegang ‘prinsip’ yg sama seperti saya…

Untuk mengubati kekecewaan dan terlihat makanan yg semakin kurang, saya pun bergegas meneruskan perjuangan perut yg mintak diisi sejak dari pagi tadi lagi. Saya bertuah dapat duduk semeja dengan Osman Affan, Syed Ikhwan dan Yusry. Sambil isi perut, dapat gak berbual mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan otai-otai ni!

Selesai makan, saya meneruskan acara memburu mereka yg kaya dan ternama berkenalan dan berbual mesra dengan peserta lain. Antara mereka yg sempat saya kenal dan berbual mesra adalah Abooain (RajaMRR), Afzai Afandi, Maizul, Amirul, Bagak, Din Beramboi (bukan yg kat majalah atau TV tu), Carllys dan ramai lagi.

Antara ramai-ramai orang yg hadir, Noorizam Shah adalah salah seorang IM yg ingin saya jumpa dan kenali. Yelah, sebelum ni kami hanya berhubung, berkomunikasi dan kutuk mengutuk di internet sahaja. Kesempatan bertemu dan berbual dengannya, barulah saya tau beliau adalah seorang Ebay Education Specialist yg di iktiraf – kira otai Ebayler ni. Saya jugak baru tau betapa tingginya dia ni setelah berdiri kat sebelahnya. (Sila rujuk gambar di bawah sebagai bukti)

(Gambar ini diklepet dari blog Noorizamshah.com juga tanpa pengetahuan pemiliknya)

Saya juga dapat berkenalan dan berbual mesra dengan Kak G @ Galadriel yg merupakan salah seorang IM yg menggunakan servis saya ( errr… Kak G, tak siap lagi yek… sori buat Kak G tunggu lama… )

Saya juga berkesempatan berbincang dengan Gobala Krishnan (baru kawin ni…) mengenai projek JV akan datang kami. Kepada semua blogger-blogger tegar sekalian, harap bersabar nantikan kemunculan produk kami ni nanti!

Di gathering ini juga saya berkesempatan untuk berjumpa semula dengan Ridzal Yusof, seorang kartunis dan juga pelukis komik seperti saya jugak. Untuk pengetahuan korang semua, dia ni jugak salah seorang pemenang grant MSC Malaysia Digital Comic Design Competition 2007 seperti saya. Wahhh… makin ramai nampaknya kartunis dah start buat duit online ni…

Terima kasih gak kat Bro Zamri Nanyan yg telah memberi satu model bisnes internet yg sesuai dengan kemahiran saya dan pastinya akan membuat akaun bank saya tersenyum riang sekiranya dipraktikkan.

Dalam ramai-ramai orang yg sempat saya kenali, saya amat tertarik dan kagum sekali dengan Badruzamani – seorang OKU yg mengusahakan ternakan arnab dan perniagaan internet. Dari perbualan saya dengannya, beliau menegaskan bahawa beliau tidak menunggu bantuan kerajaan untuk menyara hidupnya dan kekurangan pada dirinya bukan menjadi halangan untuknya berdikari. Cayalah Bro!

Sebelum balik, Labanon sempat bertanya kepada saya mengenai komik terbaru untuk Majalah IM. Dan seperti biasa, saya pun memberikan janji-janji manis untuk menyiapkannya secepat mungkin. (Update – ketika artikel ini ditulis, saya sudahpun berjaya menunaikan janji manis tersebut. Aminnn…)

peserta wangcyber gathering 2008

Kerana rancak berborak masing-masing tak sedar pun masa untuk penggunaan dewan telah pun tamat dan terpaksa dihalau keluar. Kah! kah! kah!

Mujurlah ketika insiden dihalau itu saya sudah pun sempat memblahkan diri terlebih dahulu. Ketika turun dari tangga dalam proses memblahkan diri tersebut, saya telah terserempak dengan Azuzafu. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, dan kerana dia perempuan kami sempat gak bertukar-tukar bisnes kad.

Dan seperti gak ketika datang, saya sesat untuk kali kedua pada petang tu ketika pulang!

Di waktu pulang ini juga saya sedar betapa saya ini selalu tersesat ketika memandu… Oh, mungkinkah ini waktu yg sesuai untuk mencari pasangan hidup untuk tolong membaca peta?

Walau apa pun, saya mengucapkan syabas kepada penganjur dan semua peserta yg terlibat. Mungkin untuk perjumpaan pertama ini masih ada banyak kekurangan dan kelemahan yg boleh diperbaiki. Tetapi saya yakin setiap mereka yg hadir pastinya mendapat ’sesuatu’ dari perjumpaan ini.

Pada Alang – terima kasih pasal sentiasa rajin buat lawak petang tu. Pada IrwanDahnil (Dunhill?), Bitol, Mawardee, Waidakmy, Farid, Saifulsham, TheReds dan lain-lain yg saya lupa untuk sebutkan namanya di sini (maklumler dah lama kan…) maaf kerana tak sempat menegur dan berbual dengan korang semua…

Insyaallah sekiranya ada lagi perjumpaan seperti ini di masa akan datang, saya pasti akan hadir dan pasti akan cuba mengosongkan perut dari pagi supaya boleh melantak puas-puas sekali lagi!

Ubi
p.s – Oh ye, tajuk artikel ini tiada kena-mengena dengan cinta silam saya maupun sesiapa jua… saja je letak tajuk tu supaya nampak komersil sikit…

Share This Post

Tag: , , ,
download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

32 Komen Setakat Ini...


  1. [...] Bersambung ke bahagian dua… addthis_url = ‘http%3A%2F%2Fwww.kartunisubi.com%2Fwangcyber-gathering-pt1′; addthis_title = ‘WangCyber+Gathering+-+kenangan+cinta+silam+Pt+1′; addthis_pub = ”; [...]


  2. TheReds on November 28th, 2008

    ini btol2 cinta kenangan silam ni..
    dah brape bulan baru up citer gath ni..
    he he..kenangan2..fuhh…

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:25 am:

    Hehehe… saja je pasal lepas gathering tu ramai yg tulis pasal benda ni… sekurang2nya dpt ingatkan orang ramai ngan peserta pasal gathering ni balik…

    Reply


  3. Maizul on November 28th, 2008

    Teringat kembali kenangan silam borak2 bersama bro ubi. Lain kali jumpa lagi bro… rasanya ramai awek2 di luar sana tangkap cintan sama komik bro, kalau tangkap cintan dengan pelukisnya tentu ramai jugakkan… lekas2 lah kahwin ye.

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:29 am:

    Insyaallah kalau ada jodoh kita jumpa lagi! Ramai awek tangkap cintan? Bagus gak tu… lag ramai lg bagus! Hohohoho! ;)

    Reply


  4. WaidaKmy on November 28th, 2008

    cewah..cinta kenangan silam..hehe..saya setuju..ni betul2 kenangan silam..dah 4 bulan kan?

    haih..lama dah tak dengar orang guna ‘klepet’:p masa terbaca..tersenyum plak sorg2

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:40 am:

    hehehe… ntah camana bleh teringat dan tertaip perkataan ‘klepet’ tu… :D

    Reply


  5. Noorizam Shah on November 28th, 2008

    welkam to da club bro! hehehehe..

    p.s: sorry bro lama tak jenguk blog, sebab bizi dengan projek eBay. :)

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:43 am:

    Hehehe… samaler saya, dah lama gak tak jenguk blog bro sebab bz dgn tahahapa-hapantah! :D

    Reply


  6. Syed Ikhwan on November 28th, 2008

    nak tanya, hang dah kawen ka blum? hehehehehe :D

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:35 am:

    Buat masa ni tgh solo… besok lusa tak tau le lg camana… Hohoho! ;)

    Reply


  7. Rahsia Bisnes Digital on November 28th, 2008

    wah… cerita lama tapi detail macam baru je habis gathering tu… :)

    Zamri Nanyan

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:45 am:

    Heh… dulu sekolah memang selalu score subjek Sejarah… :)

    Reply


  8. Ridzal Yusof on November 28th, 2008

    Bro Sifu..

    Thanx for mentioning my name. Rase kecik jer sbnrnyer. Bro Ubi mmg dah jadi my sumber inspirasi utk sukses berkarya via online. Bnyk nak timba ilmu dr Bro lagi nih.. TQVM.

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 2:46 am:

    Sama-samalah kita belajar dan mengajar…

    Reply


  9. BAGAK on November 28th, 2008

    cinta silam mu membuat blog ku ada link

    hahahahahhahah….

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:05 am:

    Kerana link di blogmu, ramai org singgah membaca kisah cinta silamku ini….

    Hahahahahahah!

    Reply


  10. carllys on November 28th, 2008

    ciss… ulam pegaga betul la ubi nih.. tergezut aku kene tag.. ingatkan kisah cinta ape lah tadi.. lapan tahun punya cerita baru ko nak upkan? huhuhuh

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:06 am:

    hahaha… walaupun sudah lapan tahun, tapi namamu tetap kekal di ingatan :D

    Reply


  11. Din Beramboi on November 28th, 2008

    Patut ler nampak berisi sikit tak macam biasa masa blk petang tu..rupanya bro Ubi byk melantak..hehe.

    Teruskan perjuangan yg belum selesai melantak tu bro..kih3.

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:09 am:

    Kalau ada apa acara atau jamuan jgn lupa jemput saya ye Din… ;)

    Reply


  12. Labanon on November 28th, 2008

    Wah.. ni betul2 nostalgia lama :D

    p/s: Thanks utk kartun tu.. hope next issue pun ada :)

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:11 am:

    Jgn risau… insyaallah, utk next issue mesti ada punya! (sebuah lg janji manis… ;) )

    Reply


  13. amirol on November 29th, 2008

    Harap dapat bertemu lagi dengan semua! :)

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:12 am:

    Kalau ada umur yg panjang, pasti kita berjumpa lg… :D

    Reply


  14. solehpolysas on November 29th, 2008

    wah bro.. semua IM… respect u all…

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:20 am:

    Respek lu gak! hohoho :)

    Reply


  15. azuzafu on November 29th, 2008

    hahaaa.. memang kenangan la berkenalan kat tepi tangga.. hahaaa..

    Reply

    Ubi reply on November 30th, 2008 3:22 am:

    hahaha… tepi tangga pn kira orait apa… hahaha!

    Reply


  16. irwan.dahnil on December 1st, 2008

    Tak sempat jumpa bro. Teringin juga jumpa dengan kartunis idola ni :)

    p/s : Sebut betul2.. Senang nak hafal nama unik ni.. Best nya kalau Dunhill tu saya yang punya.. heheh

    Reply


  17. Mawardee on December 16th, 2008

    Ye, saya pun tak sempat nak berbual panjang dengan bro. Ada kelapangan kita jumpa lagi.

    Papepun, gathering WC tu memang best! :)

    Reply


  18. poshbeck on December 17th, 2008

    best coretan ni… walaupun saya x p WC nye gathering.. maybe some other time .. huhuhu

    Reply

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?