• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas!
» WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 2

WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 1

Oct31
2008
15 Komentar Oleh Ubi

Sebenarnya cerita ni patut saya tulis berbulan-bulan nan lalu tetapi dek kerana kemalasan yg terlampau maka baru hari ni saya berpeluang untuk membuat review tentang gathering Wangcyber yg berlangsung di Bukit Jalil Golf & Country Club pada 3 Ogos 2008 yg lalu…

Selain dari malas dan kesibukan kerja, satu sebab lagi kenapa artikel ini ditangguhkan adalah kerana ramai sangat yg dah tulis pasal event ni di blog memasing sebaik sahaja acara gathering tersebut tamat…

Pada hemat saya, sekiranya saya pun menulis perkara yg sama, mungkin ramai pengunjung dan pembaca blog akan menyampah serta termuntah dek overdose mengenai cerita ini…

Jadi demi kesihatan korang semua, biarlah saya mengalah dan menjadi insan terakhir yg melaporkan perjalanan gathering ini…

Lagipun dengan berbuat begini saya dapat mengajak mereka yg hadir ke acara tersebut layan blues seketika lalu terbayang nostalgia-nostalgia indah yg dilalui mereka disaat itu dengan membaca artikel mengenai peristiwa basi ini yg hampir dilupakan oleh kebanyakan mereka semua…

Amacam? Power tak alasan gue?

Semoga penjelasan ini dapat mempertahankan diri seterusnya menutup mulut mereka-mereka yg mengata, menuduh dan mengumpat akan kelambatan dan kelembapan saya ini…

Oklah, daripada kita membuang masa emas dengan mengagumi keterelan saya mencipta dan mereka-reka alasan bagi mengcover kelemahan diri, apa kata kita terus ke perkara pokok artikel ini…

(Bunyi lagu jiwang sebagai background music – maaf, sila sediakan audio sendiri)

Setelah bersedia dengan semua benda (camera, namecard dll) dan membatalkan semua deting pada hari tersebut, saya bertolak ke Bukit Jalil Golf & Country tepat pada jam 12.30 tengahari. Berbekalkan peta yg diberi dan jalan yg lengang, saya yakin akan dapat sampai tepat pada pukul 2.00 petang – waktu acara bermula. Namun apa yg dirancang tak berapa menjadi kerana saya sesat beberapa kali di dalam Bukit Jalil tu…

Dan setelah puas berpusing dan bertanya arah, akhirnya saya sampai gak ke destinasi pada pukul 3. Cuaca hujan yg sedikit lebat dan kelewatan sampai ke destinasi membuatkan mood saya sedikit terganggu ketika itu. Mujurlah di kaunter pendaftaran berdekatan pintu masuk dewan tempat acara berlangsung ada seorang awek yg sedikit cun sedang bertugas mengambil kedatangan peserta…

Dan terlihatnya awek tersebut, terus mood yg bad bertukar menjadi good! Saya yg memang pantang tengok perempuan dahi licin terus menyusun ayat power di kepala dan sebaik sahaja saya menghampiri beliau, tiba-tiba bahu saya ditepuk dari belakang…

Kelihatan Brader Nasrun dan dua org perempuan baru tiba di lokasi dengan keadaan sedikit basah angkara hujan. Terpikir di kepala otak saya – “Kacau daun betullah budak ni… orang baru je nak mengayat Ingatkan aku je, rupanya ramai jugak yg lambat…”.

Dan saya pun berborak-borak ringan dengan beliau sambil mata saya liar mencuri pandang awek kaunter tersebut mengisi nama pada borang pendaftaran. Dan secara tiba-tiba seperti seorang hero, Saudara Shuth penganjur dan orang kuat acara ni (beliau jugak founder WangCyber – komuniti untuk IM Malaysia) melangkah keluar dari dewan dan menghampiri kami.

Dan ketika itu kepala otak saya terpikir – “Nasib baik aku tak ayat awek ni… ntah-ntah bini si Shuth ni kot La ni rupanya Shuth… baru hari ni dapat jumpa live…”. Dan secara tiba-tiba seperti seorang calon MT sebuah parti politik yg sedang cuba memancing undi, beliau menghulurkan kepada kami souvenir gathering berupa t-shirt WC, stiker kereta dan beg. Woihhh… terasa macam kena nomborlah pulak!

Saya melangkah ke dalam dewan dan terlihat banyak muka-muka yg familiar (pasal banyak tengok gambar diorang kat forum dan blog) sedang asyik mendengar forum yg sedang berlangsung ketika itu. Dengan tersengih-sengih saya menghampiri Syed Ikhwan (pakar Adsense Malaya), bersalaman, pura-pura bertanya khabar dan dengan tak malunya terus duduk di sebelah beliau.

Forum dengan topik “Perniagaan internet.. antara realiti & fantasi” yg sedang berlangsung ni, di moderatekan oleh saudara Osman Affan dan ahli-ahli panel khas terdiri daripada Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan Yusry.

Memang banyak isi-isi menarik dan berilmiah yg dibincangkan dalam forum ni. Ahli panel banyak bercerita mengenai pengalaman dan masalah serta cabaran yg perlu dihadapi sepanjang mereka bergelar usahawan internet. Ahli panel juga dihujani dengan pelbagai soalan dari peserta gathering yg bertanya dan meminta tips untuk berjaya dalam perniagaan ini…

Boleh dikatakan forum yg sememangnya padat dengan info-info berguna itu berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan pada moderator, Brader Osman Affan (pakar motivasi, penulis buku, personaliti TV & pakar di dalam bidang pendidikan) kerana keterelannya mengendalikan acara secara santai dan lawaknya yg spontan. Ribuan terima kasih dan tahniah juga kepada ahli-ahli panel yg sudi berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta yg hadir…

Bersambung ke bahagian dua…

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Review - Tag buat duit di internet, Review, wangcyber gathering
Similar posts
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini anda ...
  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 R... — Nota: Ini adalah bahag...
  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 R... — Tahun 2010 sudahpun me...
  • Ingin dengar suara seksi saya? — Oh maaf… Tidak, ...
  • Saya bermula dengan Sempoi… — salam abang ubi tahnia...
« Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas!
» WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 2

14 Komentar Setakat Ini

  1. san_bu's Gravatar san_bu
    November 19, 2008 at 4:02 am | Permalink

    haaaaaaaaaiiiiiii…

    owh kat sini rupanya en. ubi!
    thanks sebab menceriakan balik hari2 aku yg hampeh sejak 2 menjak nih ngan lawak ko yang selambe jek!

    mahal tu…k lah, keep it up eh! :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:28 am | Permalink

      sama-sama… :D

      Reply
  2. TheReds's Gravatar TheReds
    November 12, 2008 at 3:21 pm | Permalink

    Huh..
    baru nak tulis ker.. :D
    teringat kenangan lalu bersama awek tu.. :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:31 am | Permalink

      Ingat, jgn tak ingat!

      Reply
  3. Khairul Faizi A Rahman's Gravatar Khairul Faizi A Rahman
    November 7, 2008 at 7:42 am | Permalink

    Gambar awek tu takde ke? Manalah tahu, itu awekz saya yang tak mahu mengaku saya adalah balakznya. :-) .

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:30 am | Permalink

      Aisey… sorile, time tu kamera baterinya kong ler… kalau tak sure saya dah letak gambar awek tu dlm post ni ;)

      Reply
  4. vrempire's Gravatar vrempire
    November 5, 2008 at 5:49 pm | Permalink

    walaaaaweiii..lain kali ambo kena datang menuntut nih. banyak role-role model internet marketing dalam ni boleh berguru. Kami maaaaauuuuuuuuuuuu :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:27 am | Permalink

      Nanti kita jumpa yek…

      Reply
  5. WaidaKmy's Gravatar WaidaKmy
    November 5, 2008 at 2:57 pm | Permalink

    lawak2..alasan memang best.. :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:26 am | Permalink

      mestilah… 4 bulan fikirkan alasan tu! :D

      Reply
  6. rovlizaru's Gravatar rovlizaru
    November 3, 2008 at 3:44 pm | Permalink

    aik…ader sbung2 plak.adoyai.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:25 am | Permalink

      heh… malas nk tulis pjg2…

      Reply
  7. shuth's Gravatar shuth
    November 2, 2008 at 2:02 pm | Permalink

    ho! ho! ho!.. memang nostalgia betul la bro..
    FBI (for bro info).. aweks kaunter tu bukan bini saya (“buat masa ini”), buat masa depan.. tak tahu la..ho! ho! ho!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 30, 2008 at 3:23 am | Permalink

      Hohoho… semoga bini no 1 tak baca komen ni… hahahaha! ;)

      Reply
  1. WangCyber Gathering - kenangan cinta silam Pt 2 | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on November 27, 2008 at 11:53 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top