Jom Bersuka-suki Bersama Saya di Pesta Buku 2010!

March 25th, 2010 | Oleh Ubi | Bulletin,Kartun,Produk Kartun Ubi

AMARAN: JANGAN PERGI PESTA BUKU SEBELUM HAFAL PETA NI!

Sepertimana kebiasaannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi pada tahun ini. Buat yang tak pernah ambil tahu atau baru je berjinak-jinak untuk memulakan langkah suci pertama sebagai ulat buku bertauliah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan bermula pada 19 hingga 28 Mac 2010, bertempat di PWTC dan menawarkan pelbagai buku dengan tawaran menarik daripada penerbit-penerbit serata Malaya.

Untuk PBAKL tahun ini, saya akan berteduh di Kedai Pink AinMaisarah (Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 – depan gerai SASBADI) bersama dengan novelis tersohor tanahair, Ain Maisarah. Bagi peminat novel remaja tempatan, pastinya nama Ain Maisarah bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Pasti banyak karya meletupnya telah pun anda miliki ataupun baca pinjam daripada rakan-rakan seperjuangan.

Oh, pastinya anda terpinga-pinga kerana bingung tentang apakejadahnya saya berada di PBAKL tahun ini di kedai tersebut? Dan tidakkah warna pink itu terlampau feminin untuk jejaka perasan macho seperti saya?

Untuk memendekkan cerita, sebenarnya saya telah bekerjasama dengan Ain Maisarah untuk merekacipta watak kartun berdasarkan watak-watak dari karya novelnya. Berikut adalah 7 watak kartun gadis remaja cun melecun berdasarkan watak “The Wannababes” yang popular di kalangan pembaca novel remaja masakini:

Anda boleh mendapatkan gambar kartun cun di atas dalam bentuk buku profail, keychain, button badges dan pelbagai lagi barangan edisi terhad di Kedai Pink AinMaisarah tersebut. Selain barangan, novel-novel Ain Maisarah dan beberapa lagi penulis terkenal tanahair juga boleh didapati dengan harga istimewa beserta free gifts dengan setiap pembelian.

Buat abang-abang bujang kelana di sana, anda semua amatlah dijemput untuk datang ke PBAKL. Ini kerana terdapat ramai awek-awek cun ulat buku yang berkeliaran di sana. Buat pengetahuan abang-abang sekalian, awek-awek zaman sekarang ini lebih berminat dengan jejaka yang berilmu dan berpengetahuan. Jadi inilah masa keemasan untuk anda berlagak menjadi ulat buku yang kononnya intelek tu!  :evil:

Akhir kata buat adik-adik di sana, janganlah lupa bawak kakak atau sepupu yang masih single dan cun datang singgah ke Kedai Pink AinMaisarah, Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 (sila rujuk peta di atas), untuk bertemu dan bermesra dengan saya yang peramah ini. Dijamin beres! :lol:

Jumpa di sana!! ;)

Tag: , , , ,


download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

19 Komen Setakat Ini...


  1. xgunzx on March 27th, 2010

    hahaha…
    ayt x blh blah…

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:09 am:

    hahaha!! :cool:

    Reply


  2. mesol on March 28th, 2010

    Salam Ubi..
    Aku dah pegi Ahad lepas xjumpa pun ngko..
    aku nak suh lukis karikatur tapi xjumpa..last2 jumpa mamat2 duk lukis kat tangga naik tuh..so aku lukis kat situ jerr lah…

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:11 am:

    Ada datang… tapi tak boleh masuk pasal Dato Najib buat lawatan… semua pintu kena tutup… jadi masuk lambat sikit…

    Mungkin jodoh kita tahun depan kot… ;)

    Reply


  3. syarif on March 28th, 2010

    wahahaha! ayat yang xleh blah sekali..huhu

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:11 am:

    Heh! :cool:

    Reply


  4. kiminoegao on March 28th, 2010

    hahaha..sasuga ubi

    Reply


  5. bobo on March 29th, 2010

    bro….
    saya dtg ari ahad.
    bro ubi xde pon..hu3
    tanya kat tuan punya booth..kata bro dtg around 4pm.
    sy tunggu lagik..fuh.xde gak.
    ha3…wat la pesta kartun ubi plak..

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:15 am:

    Tak boleh masuk pasal Dato Najib buat lawatan… semua pintu kena tutup… jadi masuk lambat sikit…

    Mungkin jodoh kita tahun depan kot… insyaallah kalau ada rezeki akan buka booth sendiri pulak ;)

    Reply


  6. dila on March 31st, 2010

    busy tak sempat pegi.huhuhu

    Reply


  7. becca on April 2nd, 2010

    Oh Ubi..still remember when I’m childhood, one of main reason we bought Ujang just because of “Aku, Dia & Volksagen” and “IN”, and these two always in my heart.

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:14 am:

    Terima kasih… semoga akan terus minat dan menyokong karya kartun saya :)

    Reply


  8. lin on April 4th, 2010

    igt dulu mase skolah, reason nak pegi peta buku ialah sbb nak amik gbr and autograph kartunis MOY..including Ubi! mase tu booth MOY ramai org kerumun..:)

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:13 am:

    Sekarang saya dah takde ngan MOY lagi… insyaallah kalau ada rezeki akan buka booth sendiri pulak :cool:

    Reply


  9. Dila.13 on April 4th, 2010

    Errkkk.. pesta buku??? dah lepas?? adeh! *tepuk dahi*

    btw, abg ubi, thanks sbb kasi link utk download wallpapers yg byk2 tu. bertambah la koleksi wallpaper saya kat notebook tuh. sudi2 ler kasi byk lg freebies ;)

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:12 am:

    insyaallah :)

    Reply


  10. mancai on May 11th, 2010

    dah datang ari tu… wah meriah

    Reply


  11. Anna Beijing on May 13th, 2010

    huhuhu sad…tiap2 tahun leh g, tp tahun ni, im in beijing….brO ubi bila nk mai wat prOmOsi kt cni….
    kt cni aweks china nyer cOmei2…huhuhuh

    Reply

    Ubi reply on June 13th, 2010 7:12 am:

    uish… jauhnya…

    Reply

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?