• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« HakCipta @ Copyright – ‘Cara Mendaftarkan HakCipta’
» Buang Masa Emas Anda Bersama Saya di UNITEN

Ingin dengar suara seksi saya?

Mar01
2009
24 Komentar Oleh Ubi

Oh maaf…

Tidak, saya bukan bikin album macam Mawi tu…

Jugak bukan masuk Akademi Fantasia, One in a Million atau mana-mana rancangan realiti yg seumpama dengannya…

Sebenarnya entri kali ni adalah mengenai Majalah IM edisi ke 11.

Ya, untuk edisi ke 11 ni saya telah ditemubual oleh mereka untuk mendedahkan pengalaman dan rahsia bagaimana saya menjual servis kartun melalui internet.

Tiba-tiba terperasan diri ni macam artis pulak… oh!

:cool:

Untuk pengetahuan (buat yg belum tahu lagi), Majalah IM adalah ezine (majalah digital) yang dikeluarkan setiap bulan oleh Team Flarebiz. Ezine ini menghidangkan pelbagai tip perniagaan Internet yang sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan bukan calang-calang orang yang terlibat menulis artikel-artikel di dalam ezine ini.

Antara otai-otai bisnes internet yg bersubahat menjayakan Majalah IM ini – Team Flarebiz, Zamri Nanyan, Zul Smartusaha, Mohd Amirol, Osman Affan, Kak Galadriel, Alang, Team SaifulSham, Irwan Dahnil (Dunhill?), Mdpai, Noorizam Shah, Syed Ikhwan, Fuad Latif, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Sham Raja Adsense, Kidino, Krew Majalah IM dan ramai lagi.

Walaupun kesemua mereka ini tak pernah masuk Akademi Fantasia, One in a Million atau mana-mana rancangan realiti yg seumpama dengannya, tapi kredibiliti dan populariti mereka sebagai internet marketer memang telah diakui dalam industri perniagaan internet di Malaysia dan di luar negara!

Setiap seorang dengan kepakaran atau niche masing-masing – produk digital, affiliate marketing, copywriting, pakar motivasi, Adsense, SEO, programmer, Ebay, SMS, VRE, blogging, pengiklanan dan pelbagai lagi kaedah menjana pendapatan di internet.

Sila baca dan kenali kesemua mereka dengan lebih lanjut lagi…

Oh ya, Majalah IM ini boleh anda download terus secara PERCUMA!

Isu yang diketengahkan pada Edisi 11 ini ialah “Buat Duit Dengan Servis” dan hampir kesemua artikel dalam edisi ini membincangkan topik tersebut. Daripada pengenalan kepada servis sehinggalah kepada teknik promosi, pemasaran, support pelanggan semuanya ada.

Cerita banyak pun tak guna… Sila dapatkan (digalakkan) Majalah IM Edisi 11 di sini

Dan untuk mendengar suara saya yg seksa seksi tu (juga digalakkan), sila download audio temubualnya di sini

Sekiranya anda ingin membaca edisi yg lepas-lepas (amat digalakkan!), anda boleh downloadnya secara PERCUMA di sini

Semoga anda akan memperolehi atau mempelajari sesuatu dari ezine Informasi Perniagaan Internet Malaysia ni…

Hargailah usaha mereka semua yg telah bersusah payah demi untuk menyampaikan maklumat perniagaan Internet yang SEBENAR kepada anda semua…

Selamat membaca dan mengeja!

;)

Kategori Review - Tag buat duit di internet, kartunis ubi, majalah IM
Similar posts
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... — Assalamualaikum bua...
  • Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Ke... — Salam buat semua pe...
  • Kontrol Macho kat Berita Harian pulak... — Salam 1 pagi ya kaw...
  • Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini — Ini sebuah video ba...
« HakCipta @ Copyright – ‘Cara Mendaftarkan HakCipta’
» Buang Masa Emas Anda Bersama Saya di UNITEN

22 Komentar Setakat Ini

  1. Labanon's Gravatar Labanon
    March 1, 2009 at 9:59 pm | Permalink

    Yeah pastinya cool mendengar pendedahan bro Ubi :) Cayalah bro!

    p/s: Ada masa datang lagi opis kita orang ;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:31 am | Permalink

      mesti datang punya kalau ada masa… kat ngan opis korang kan ada institut pramugari ;) hahahaha!

      Reply
  2. irwan.dahnil's Gravatar irwan.dahnil
    March 2, 2009 at 1:43 am | Permalink

    Patut la terbatuk sket… Uhuk2… ada orang isap Dunhill plak kat sini!

    Yeah!! Steady Bro Ubi!

    p/s : dating kita jadi kompom tak ni ? SMS tak reply pons

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:46 am | Permalink

      ada SMS ke? Mesti kompom punya! Bukan senang nk dapat deting ngan usahawan SMS tersohor ni! :D

      Reply
  3. rashid's Gravatar rashid
    March 2, 2009 at 6:42 am | Permalink

    dah download dah. caya lu bro lu memang sempoi! byk gak tip yg lu bagi. tp gua paling kelakar bab lu ckp psl bomkan pusat internet kat india tu biar diorang tak boleh online. kakaka! :D
    neway, tahniah kerana gua rasa lu antara org pertama kat mesia ni yg ada website sendiri yg jual kartun lu utk international! bravo! byk yg gua blh belaja ngan lu ni! :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:48 am | Permalink

      hahaha! lu pun sempoi gak rashid! :cool:

      Reply
  4. hafiezah's Gravatar hafiezah
    March 2, 2009 at 10:44 am | Permalink

    hehehe dah dengar dah abg ubi punya audio temubual..tgk gaya suara dah macam ala-ala artis gitu..huhuhu..bagus laa abg ubi ni sentiasa mengikuti perkembangan arus media sebagai wadah karya untuk abg Ubi..best of luck untuk abg Ubi..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:45 am | Permalink

      utk berjaya, kita semua kena fleksibel n adapt dengan semua benda baru ;)
      Best of luck 2 u too :)

      Reply
  5. Rahsia ClickBank's Gravatar Rahsia ClickBank
    March 2, 2009 at 2:37 pm | Permalink

    Suara Kartunis Ubi memang seksi… he he… :)

    Lepas ni boleh pi audition jadi actor pulak.

    Zamri Nanyan

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:42 am | Permalink

      hahaha… tu puji ke perli tu? hahahaha :D
      Anyway, tima kasih pasal sudi singgah n beri komen kat blog ni :cool:

      Reply
  6. Dhiaqis's Gravatar Dhiaqis
    March 2, 2009 at 4:42 pm | Permalink

    Pastinya pendedahan yang menarik.. respek dengan kebolehan kartunis kerana ada daya imaginasi yg tinggi..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 3, 2009 at 9:33 am | Permalink

      mekasih… harap dapat sesuatu dari majalah IM ni… :D

      Reply
  7. Dik Mal's Gravatar Dik Mal
    March 3, 2009 at 10:15 am | Permalink

    Salam, seronok saya dan team Majalah IM dapat temuramah Ubi untuk edisi kali ni. Sayangnya saya tak dapat hadir masa temuramah berlangsung..Hoh, lau tak dapat tangkap gambo dengan kartunis glemer nih.. :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:48 pm | Permalink

      Salam Dik Mal,

      Sama-sama… saya pun seronok gak dapat ditemuramah Majalah IM ni. Kalau ada jodoh mngkin kita akan jumpa lain kali… ;)

      Reply
  8. bob's Gravatar bob
    March 3, 2009 at 5:20 pm | Permalink

    tabik spring ah kat mung :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:46 pm | Permalink

      tabik spring kat mung jugak! :D

      Reply
  9. sham's Gravatar sham
    March 4, 2009 at 12:49 am | Permalink

    Tahniah…

    p/s:Dah lama tak contribute artikel kat majalah IM ni.Next issue kot..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:46 pm | Permalink

      mekasih :D

      p/s:Saya pn sama gak… hehehe!

      Reply
  10. zool's Gravatar zool
    March 4, 2009 at 9:09 am | Permalink

    lama betul tak singgah sini…
    macam2 cerita terlepas..
    MajalahIM pun lama tak men’download’…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:39 pm | Permalink

      ooo… nmpak cam bz je…

      Reply
  11. Richie's Gravatar Richie
    March 4, 2009 at 10:07 pm | Permalink

    bravo bro bravo.. tak berkesempatan nak jumpa ngan bro lg.. hehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:37 pm | Permalink

      rasa macam tak lama je lg kita akan jumpa… dunia IM malaysia ni kecik aje… nnti mesti akan jumpa kt mana2 event :D

      Reply
  1. dikmal.com » Blog Archive » Update : Majalah IM 11 - Buat Duit Dengan Servis on March 3, 2009 at 10:39 am
  2. 4 Sebab Tak Update Blog: Kartunis Ubi Puncanya -- Wanita & Komputer on March 4, 2009 at 8:23 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site