• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« TradeMark @ Tanda Perniagaan – Mengelakkan Kekeliruan
» Kartunis Pelukis Kelas Kedua?

TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pendaftaran’

Mar27
2009
11 Komentar Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Mengelakkan Kekeliruan’

Seperti Hakcipta, anda tidak memerlukan sebarang surat atau sijil untuk menegaskan pemilikan TRADEMARK anda.

Tetapi seperti juga Hakcipta, anda perlu memberitahu orang ramai bahawa tanda nama tersebut adalah hakmilik anda.

Cara yg paling mudah adalah dengan meletakkan simbol “TM” (singkatan TRADE MARK) pada nama/logo/simbol/tagline jenama anda itu tanpa perlu mendaftar dengan mana-mana pihak. Perlu diingat, untuk kaedah ini, anda perlu aktif menggunakan TRADEMARK tersebut atau produk anda mesti ada di jual di pasaran.


(Contoh logo KartunisUbi.com dengan simbol “TM”)

Tetapi untuk perlindungan yg SUPER HEBAT (sehingga menakutkan lanun-lanun cetak rompak terutamanya kat Petaling Street), anda amat-amat digalakkan mendaftarkannya secara rasmi dengan badan kerajaan. Banyak kebaikan dan perlindungan tambahan yg diperolehi dengan Tanda Perniagaan yg berdaftar.

Dengan bayaran sebanyak RM250 bagi setiap kategori, TRADEMARK anda boleh didaftarkan. Anda boleh mendaftar TRADEMARK anda untuk lebih dari satu kategori produk/servis. Hanya kalikan aje RM250 dengan berapa kategori yg ingin anda daftarkan.

Klik di sini untuk melihat kategori-kategori TRADEMARK yg disediakan… >>>

Selepas mendaftar, anda perlu menunggu selama 6-8 bulan untuk kelulusan. Pihak Pendaftar akan mengupah peguam untuk memeriksa dan menilai samada TRADEMARK anda itu layak untuk didaftarkan. Mungkin seseorang di dalam industri anda telah mendaftarkannya terlebih dahulu. Atau mungkin juga nama/logo/simbol/tagline anda itu telah pun diletakkan di bawah PUBLIC DOMAIN.

Jadi cubalah cipta sesuatu yg unik/baru dan toksahlah mengada-ngada nak mendaftar “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” atau “MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA”. :D

Selepas TRADEMARK anda itu dilulus dan didaftarkan, anda akan diberikan sijil pengesahan serta dibenarkan untuk menggunakan simbol “®” yg bermaksud “REGISTERED” – seterusnya menambahkan prestij untuk jenama produk/servis anda. Mungkin selepas itu anda akan dipandang lebih tinggi oleh pelanggan, pesaing dan awek sekampung. :cool:

Pendaftaran TRADEMARK bertahan selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui untuk setiap sepuluh tahun. Dalam tahun keenam jangkahayatnya, anda perlu mengisi satu borang khas (lupa plak namanya…) atau perlindungan anda akan luput.

Jika anda berniat untuk memasarkan produk/servis anda ke luar negara, anda perlu mendaftarkan lagi TRADEMARK anda itu di negara tersebut. Ini boleh dilakukan dengan mengupah peguam atau ejen.

Eleh, Bisnes juta-juta sampai oversea, takkan tak mampu nak bayar lawyer kot? ;)

Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut mengenai TRADEMARK di Malaysia, silalah luangkan masa anda ke:

Perbadanan Harta Intelek Malaysia,
Tingkat 32, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.

Jika anda berada di luar KL, anda boleh bertanya di Pejabat Harta Intelek di negeri masing-masing (kalau ada le…). Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi nombor berikut (Akak-akak penyambut telefon sangat gembira untuk menjawab sebarang kemusykilan anda ;) ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333

Atau anda boleh layari saja laman web http://www.mipc.gov.my >>>

Semoga artikel-artikel yg telah ditulis ini dapat memberi kefahaman kepada anda tentang Harta Intelek dan memberi semangat untuk anda menghasilkan produk yg lebih kreatif lagi… Dulu, Kini dan Selamanya! Cemerlang, Gemilang dan Terbilang gitu! (macam pernah dengar je tagline ni… err, jangan saman saya ye… saya takde wang…)

Akhir kata, Majulah Harta Intelek untuk Poket Sendiri dan Negara! :cool:

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Kategori Harta Intelek - Tag hakcipta, Harta Intelek, logo, tanda perniagaan, trademark
Similar posts
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Dalam artikel Trade...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Tak paham atau kel...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Cara Me... — Artikel ini adalah ...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Work Fo... — Artikel ini adalah ...
  • HakCipta @ Copyright – ‘F... — Artikel ini adalah ...
« TradeMark @ Tanda Perniagaan – Mengelakkan Kekeliruan
» Kartunis Pelukis Kelas Kedua?

11 Komentar Setakat Ini

  1. azahari's Gravatar azahari
    March 27, 2009 at 8:58 am | Permalink

    Baru saya tahu beza TM dengan ®. Teringin jugak nak daftar kalau ada budget nanti.

    Saya nak tanya takpe ke guna TM walaupun tak daftar?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 27, 2009 at 9:08 am | Permalink

      Boleh aje… cuma dia punya perlindungan tu limited sikit. Kalau kita daftar bayar, kalau ada org ciplak produk kita dan kita repot kat KPDNHEP, diorang boleh hantar pegawai diorang rush tempat tu. Kita pun boleh mintak kastam rampas mana2 barang yg pakai logo kita.

      Cuma kalau tak daftar kalau jadi apa-apa, kita kena keluar duit upah lawyer amik tindakan. Kalau repot kat KPDNHEP dia buat derk aje psl kita takde bayar ;) .

      Buat permulaan, pakai TM tu je dulu. Bila produk tu masyuk semacam je dan dah popular, bolehler daftarkan.

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        March 27, 2009 at 9:20 am | Permalink

        lagi satu pastikan trademark tu ada dipakai atau produk tu ada dijual di pasaran – pasal tu aje bukti bahawa TM tu milik kita dan kita dulu yg pakai

        Reply
  2. hasrul's Gravatar hasrul
    March 27, 2009 at 5:36 pm | Permalink

    thanks bro.. memang menarik artikel ni. Tapi kan kalau gatal2 letak registered pulak camner? Jadi kesalahan tak?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 29, 2009 at 7:28 am | Permalink

      itu kira menipu diri sendiri dan org ramai….

      Ntahler… tak study plak bab ni… tp nasihat saya jgn buat main-main dengan perkara berkaitan harta intelek ni… silap-silap boleh kena dakwa atau kena saman ;)

      Reply
  3. fieda's Gravatar fieda
    August 2, 2011 at 2:33 pm | Permalink

    hi,
    di mana blh dapatkan designer logo yer.. by the way, logo awak cantik.

    Reply
  4. Lina's Gravatar Lina
    August 12, 2011 at 9:43 am | Permalink

    RM250 shj ke???Tak ada tambahan fee yg lain2???Maknanya yg tru agen tu mmg mahal betul!!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 18, 2011 at 1:53 pm | Permalink

      Mereka bukan menipu. Itu caj perkhidmatan mereka untuk memudah dan menjimatkan masa kita.

      Reply
  5. razi's Gravatar razi
    October 18, 2011 at 1:11 pm | Permalink

    saya penduduk negeri kedah,di mana saya nak mendaftar produk untuk mendapatkan TM.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 18, 2011 at 1:48 pm | Permalink

      Boleh cuba hubungi pihak yang mengurus TM di Malaysia – http://www.myipo.gov.my/en/contact-us/client-contact-centre.html

      Reply
  6. AminJohar.com's Gravatar AminJohar.com
    January 17, 2012 at 10:54 pm | Permalink

    Dapat ilmu baru tentang registered trademark ni.. TQ brader Kartunis Ubi.. ^_^

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site