• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’
» TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pendaftaran’

TradeMark @ Tanda Perniagaan – Mengelakkan Kekeliruan

Mar25
2009
12 Komentar Oleh Ubi

Dalam artikel TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’ yg lalu, ada diceritakan mengenai cubaan restoran laksa menggunakan nama McDonalds sebagai tanda perniagaan.

Untuk makluman, McCurry – sebuah restoran mamak di Jalan Ipoh KL telah disaman kerana menggunakan perkataan “Mc” dan penggunaan warna yg hampir sama pada pengenalannya; yg pada McDonalds boleh menimbulkan kekeliruan, kerugian dan menjejaskan perniagaannya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya telah berpihak kepada McDonalds dalam kes ini. Baca cerita selanjutnya di sini.

Jadi berdasarkan kes ini, adakah perkataan “Mc” itu dimonopoli sepenuhnya oleh McDonalds?

Adakah team F1 McLaren jugak boleh disaman oleh McDonalds?

Oh… :roll:

Sebagai org yg kadang-kadang (selalu sebenarnya) malas basuh baju sendiri, saya selalu menghantar baju kotor saya ke kedai Dobi McDonalds berdekatan dengan rumah. Towkey kedai tu namanya memang McDonald – seorang lelaki berbangsa Scottish yg berkahwin dengan Cina rakyat tempatan.

Memang saya puas hati dengan kerja mereka. Saya paling suka dengan keharuman semerbak sabun dan pewangi yg digunakan mereka. Anak daranya pun lawa gak… maklumlah, mix ngan Mat Salleh! ;)

Tanda pengenalan kedainya ditulis dalam warna biru, merah dan hitam serta menggunakan font yg berbeza sekali dengan restoran McDonalds.

Rasanya takkan timbul persoalan bahawa restoran McDonald ada terlibat mengeluarkan duit membina, memberi lesen dan mengendors kedai dobi tersebut.

Sesapa pun yg pernah nampak atau menjadi pelanggan kedai dobi McDonalds pasti tahu dan takkan terkeliru bahawa ia memang ada kena mengena dengan restoran makanan segera yg memang terkenal dengan kandungan lemak tinggi tu.

Dan yg pasti, anak dara cun mix mat salleh tu juga takkan mengambil badut Ronald McDonald sebagai calon boyfriend!

Jadi penggunaan nama yg sama atau hampir sama adalah dibenarkan dengan syarat tidak menggunakan rupa bentuk yg sama atau seakan-akan sama dengan TRADEMARK jenama lain.

Anda juga dibenarkan menggunakan nama yg sama atau hampir sama asalkan produknya tidak dalam kategori yg sama (contoh: kedai dobi adalah berlainan dengan kedai makan).

Baca bahagian akhir artikel ini di ‘TradeMark @ Tanda Perniagaan – Pendaftaran’…

p.s: Pesanan akhir – Elakkan juga dari menggunakan badut riang berpakaian kuning dengan kasut besar berwarna merah sebagai maskot produk anda!

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.

Kategori Harta Intelek - Tag hakcipta, Harta Intelek, logo, mcdonalds, tanda perniagaan, trademark
Similar posts
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Artikel ini adalah ...
  • TradeMark @ Tanda Perniagaan – ... — Tak paham atau kel...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Cara Me... — Artikel ini adalah ...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Work Fo... — Artikel ini adalah ...
  • HakCipta @ Copyright – ‘F... — Artikel ini adalah ...
« TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pengenalan’
» TradeMark @ Tanda Perniagaan – ‘Pendaftaran’

11 Komentar Setakat Ini

  1. faezah's Gravatar faezah
    March 25, 2009 at 10:12 pm | Permalink

    salam abg ubi,

    saya tertarik baca artikel brkaitan hakcipta dan trademark yg abg tulis ni. gaya penceritaan & case study yg detail buatkan senang faham.

    byk gak ye yg abg tau psl harta intelek ni. abg ni dulu kat u amik course law ke?

    anyway, thank you psl info yg berguna ni :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 26, 2009 at 6:34 am | Permalink

      salam faezah,

      glad can help! :)

      tak, saya cuma setakat SPM je… takde masuk U mana-mana pun. semua info tu diperolehi dengan pembacaan kerana ada kena mengena dengan kerja saya.

      Reply
  2. azahari's Gravatar azahari
    March 26, 2009 at 8:09 am | Permalink

    Artikel ringkas dan bagus.. saya pun suka baca artikel ni… baru nak tanya soalan dah pun terjawab …hahaha

    Reply
  3. ImranAbdulJabar's Gravatar ImranAbdulJabar
    April 2, 2009 at 7:19 am | Permalink

    Ya bro,

    Restoren McCurry itu pun telah dirobohkan kerana struktur dia ‘menumpang’ di tepi deretan bangunan kedai di sebelahnya. Mungkin akibat ‘promosi’ kes tersebut maka DBKL ‘terpanggil’ untuk mengambil tindakan. Mungkin…

    Tapi cerita pasal Trademark ni, McCurry tu sememangnya salah. Macam tulisan di atas…nama hampir sama, kaler yang sama, logo hampir sama (*sebenarnya signboard dalam foto kat atas tu telah diganti, yang sebelumnya huruf dia adala sebijik macam McDonald punya)…dan di dalam industri yang sama.

    Ini perkara branding. Untuk company besar yang menghabiskan banyak wang untuk branding tentu merasakan peniruan adalah sesuatu yang tak wajar. Mungkin nama baik branding mereka akan kotor akibat tindakan orang lain yang menggunakan jenama yang hampir sama. Lantas ada orang yg akan mengaitkan kepada jenama mereka.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 2, 2009 at 10:04 pm | Permalink

      Betul tu… signboard asal memang sebijik cam McD! Saya dulu pernah makan kat situ dan tergelak gila bila tengok signboard dia yg ala-ala McD tu. Tapi tak tangkap gambar pulak (dulu-dulu mana ada camera henpon)…

      Kalau jenama kita yg kena tiru, mesti kita pun akan melenting gak kan? Lembu punya susu, sapi yg dapat nama… ;)

      Reply
  4. mimie's Gravatar mimie
    April 7, 2009 at 9:25 am | Permalink

    bgus2….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:03 pm | Permalink

      mekasih… ;)

      Reply
  5. nur aishah shahadah's Gravatar nur aishah shahadah
    April 23, 2009 at 8:07 am | Permalink

    hm.. mcm tu rupenye.. kene berhati2 la klo nak buke perniagaan ni.. xleh main redah je, kene study btl2.. thanx ats maklumat yg. bergune ni..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 3:10 pm | Permalink

      ye… nk buat apapun mesti ada ilmunya dulu. ;)

      Reply
  6. raja's Gravatar raja
    April 30, 2009 at 5:49 am | Permalink

    sebenarnya….hari ni dalam paper berkaitan dgn McD punya nama dah terbukti salah…..kalau dah sebut aje Mc fast food company kate tiru…ramailah org kat dunia ni tak boleh guna Mc utk nama/perniagaan dia org. sepatutnya nama manusia yg punya nama sama macam rasul/nabi pun patut dihukum kalau mencemar nama mereka…tul tak????

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:55 pm | Permalink

      cerita terbaru memang McCurry tu menang dlm rayuan dia. Tp kes ni tak selesai lg psl McDonald pun nk buat rayuan gak…

      Reply
  1. TradeMark @ Tanda Perniagaan - Pengenalan | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on March 27, 2009 at 7:26 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site