“They will never know… hehehe!” – The Truth

 
Korang ingat lagi ngan gambar budak pompuan tersenyum sinis depan rumah terbakar ni?

“A picture speaks a thousand words” – Memang benar kata-kata ini yg paling sesuai bagi menggambarkannya!

Banyak komen dan pendapat yg diberi oleh pembaca/pelawat berkenaan gambar tersebut. Pelbagai versi dan persepsi pembaca mengenai kemungkinan cerita atau peristiwa yg telah berlaku…

Dan kebanyakan komen yg diberi adalah begitu kreatif sekali!

Tak sangka pulak pembaca dan pelawat blog ni terdiri daripada mereka yg berbakat dalam merekayasa cerita yek… (cerah masa depan andainya memilih bidang politik sebagai kerjaya)!!

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan 98% komen yg diberi menggambarkan bahawa budak pompuan tersebut adalah punca kebakaran tersebut…

Adakah ianya benar?

Betul ke budak pompuan ni yg membakar rumah tersebut?

Hehehe…!!

Sekiranya ada yg berpendapat budak ni yg membakar atau punca kebakaran rumah tersebut, maaf kalau saya katakan ianya adalah tidak benar…

Sekali lagi saya meminta maaf seandainya ada yg beranggapan bahawa gambar ini palsu, telah diedit dan diphotoshopkan…

Untuk pengetahuan semua, budak pompuan ni tiada kena mengena langsung dengan kebakaran tersebut dan gambar ini adalah benar lagi asli!

Jadi apakah sebenarnya yg telah terjadi?

Hmm… glad you’ve asked!

Sebenarnya gambar ini di ambil pada 2004 yg lalu. Budak pompuan yg bernama Zoe ni tinggal di kejiranan yg sama dengan rumah yg terbakar ni…

Ketika kebakaran berlaku, dia tengah lepak ngan familinya kat rumah. Bila dah kecoh, terus diorang satu famili pegi tengok rumah yg terbakar tu.

Rupa-rupanya rumah tersebut telah didermakan kepada bomba untuk latihan memadam kebakaran. Bomba jugak membenarkan orang awam dan kanak-kanak memegang hos untuk mereka merasai pengalaman sebenar memadamkan kebakaran serta berangan menjadi bomba.

Kebetulan bapaknya, Dave Roth seorang jurugambar amatur yg berangan nak menjadi jurugambar pro ada bawak kamera. Dan sebagai seorang jurugambar amatur terlampau yg tegar, dia telah menjalankan peranannya dengan mengambil banyak gambar kebakaran tersebut.

Pelbagai gambar dari pelbagai sudut kejadian telah dirakam oleh kameranya. Dalam banyak-banyak gambar yg diambil, dia tertarik dengan gambar close-up Zoe yg tersenyum sinis tu.

Gambar yg diberi tajuk ‘Firestarter’ itu kemudiannya diupload ke internet dan tanpa disangka-sangka menimbulkan satu fenomena baru… ramai yg sukakan gambar tersebut!

Dipendekkan cerita, gambar tersebut telah diterbitkan oleh JPG Magazine dan bapaknya telah berjaya mencipta nama sebagai salah seorang jurugambar baru yg berbakat.

Heh… tulah namanya REZEKI ANAK!


(Gambar terbaru Zoe yg kini dah pun berusia 9 tahun menayang gambarnya yg tersiar)

Persoalannya sekarang, apa relevannya gambar dan entri ni di dalam blog saya yg sepatutnya berkaitan pasal kartun dan komik ni?

Hmm… glad you’ve asked again!

Sebenarnya tujuan entri ni adalah untuk menekankan betapa pentingnya EKPRESI WAJAH atau MIMIK MUKA di dalam gambar untuk menyampaikan sesuatu mesej dan cerita.

Di dalam komik, kartunis ataupun pelukis komik menyampaikan idea mereka menggunakan gambar lukisan. Jadi kemahiran melukis EKSPRESI WAJAH dan MIMIK MUKA ini amat penting dalam penghasilan komik yg bermutu!

Ketika saya baru bekerja di Majalah Ujang (masa umur 18), kartun saya pernah direject kerana dialognya yg terlalu panjang.

“Kartun yg bagus tu dialognya pendek aje… biar pembaca faham cerita kau dengan layan lukisan kau aje… Dialog tu cuma untuk membantu pembaca lebih paham apa yg kau nak sampaikan… tapi tak boleh lebih-lebih. Kalau nak tulis dialog panjang-panjang baik kau tulis novel aje!!

Tulah kata-kata yg keluar dari mulut Brader Ujang (sifu yg jugak merangkap boss saya time tu) semasa beliau dengan eksyennya memulangkan artwork saya untuk dibetulkan semula dialognya.

Bila fikirkan balik, memang sangat betul kata-kata nasihatnya yg eksyen tu. Sekiranya komik kita dialognya terlalu panjang, pembaca mungkin terasa letih dan mereka terus tak dapat menghayati gambar lukisan kita!

Seandainya  dialognya pendek dan padat, pembaca akan menghabiskan tenaga berlebihan mereka untuk layan dan menghayati lukisan kita dengan sekusyuk-kusyuknya!

Dan hasilnya diorang akan terasa tidak puas atau cukup dengan komik kita tu… they will hungry for more!!

Mungkin ramai yg tak percaya, tapi itulah dia formula yg dipakai oleh saya sepanjang menghasilkan segala komik dari dulu hingga sekarang!

Jadi pada sesapa yg berminat nak terel melukis kartun dan komik ni WAJIB memahirkan diri melukis EKSPRESI WAJAH dan MIMIK MUKA yang meyakinkan. Banyakkan LATIHAN dan BEREKSPERIMEN untuk mendapatkan hasil yg dikehendaki.

Ambil contoh bapak Zoe tu yg tak putus asa mencapai impiannya untuk dikenali sebagai seorang jurugambar profesional. Beliau mengambil berpuluh-puluh gambar dari kejadian tersebut. Dan dari berkeping-keping gambar yg diambil, dengan tidak sengaja satu gambar telah menepati apa yg dikehendaki lalu menaikkan reputasinya sebagai seorang jurugambar yg bagus!

Begitu juga dalam melukis… mungkin pada permulaannya amat sukar menghasilkan imej yg dikehendaki. Tapi andainya kita tak berhenti berlatih dan berusaha, samada dalam sengaja ataupun tidak, kita pasti akan mendapat hasilnya… insyaallah!

Ingatlah bahawa sesungguhnya TIADA MANUSIA DI DUNIA INI YG DILAHIRKAN HEBAT. Semua mereka yg hebat itu berusaha untuk mencapai kehebatan tersebut!

Di dalam Al-Quran Tuhan telah berfirman “Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka…”

Semoga perkongsian ini dapat membantu dalam memberi semangat pada mereka yg berminat untuk mempelajari seni melukis kartun dan komik.

Sebagai penutup, kepada mereka-mereka yg dah terperdaya dengan EKSPRESI yg terlampau meyakinkan budak pompuan tu dan masih tak percaya bahawasanya bukan dia yg membakar rumah tersebut, silalah tengok video dia di bawah ni…

Adakah budak yg secomel dan selembut ni boleh bakar rumah?

Meminjam kata-kata Nabil – “Lu pikirlah sendiri!”

“Hehehe… I think you all already know the truth!”

Komen dan Pendapat Anda?

37 thoughts on ““They will never know… hehehe!” – The Truth

  1. now i know the truth…
    sy pn setuju sgt ngan pendapat ubi,lgpn ubi slh sorang otai komik y bes tuk djadikn rujukan..
    tq sb bg tip y berguna..

  2. YES2…BETUI2
    AKU DAH AGAK DAH BUKAN BUDAK TU YG BAKAR
    UBI BILA NAK DAPAT KOMIK SHAMSUL NI??
    BILA NAK WAT KOMIK BARU LAGI??
    – MMG TUL KATA UBI, EKPRESI MUKA MMG PENTG DLM LUKISAN, X caya tgk komik2 jepun ke apa ke

    1. takdelah… ni cuma pendapat diorang jer… lagipun memang muka budak tu nampak semacam… jangan kata kat mesia, satu dunia orang ingat budak tu yg bakar rumah tu. Tu pasallah lepas tu bapak dia jadik femes!

  3. HOHOHO.. memang bagus bro ubi nie..kaka..kan dah p`cuma salah tafsir kat budak gurl yg kiut miut nie..

    tp x pe kan bro ubi..dah tue yg d gambarkan kat lam pic tue..mestila mcm2 otak kita fikirkan..kaka..

    untuk bro ubi tahniah krn berjaya buat sy rs gembira dgn adanya sesi ini suma..sbb kadang2 saya rs bosan time keja leh juga bc info2 yg bro ubi bg..makceh daun keladi..

    apapun..succes selalu..x saba 2gu comic yg lelain n byk lagi surprising yg bro ubi nak g..da~~~!!!

  4. Akhirnya terjawab jua persoalanku…
    Rupanya ramalanku meleset sama sekali…
    Apapun, tak sabar nak menatap karya terbaru ubi.
    Teruskan usaha…Kami menyokong anda…

  5. budak lumrahnya depan camera biasa la senyum tu,,jadi cerita nya begini,,ketika belaku rumah jiran nya tebakar,,masa tu kebetulan si ibu nya ada terbawa camera,,,masa ambil gambar si ibu nya arahkan anak nya senyum,,,takan la nak soh nangis lak,,tu ja,,,jadi yang gambar kedua tu,,dia bangga dengan gambar berperistiwa yang melada masa ia bersama,,saya suka senyuman nya tu mebawa arti kemusnahan dan sumbung,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *