• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Bravo Harimau Malaya!
» Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah

Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama…

Nov25
2011
20 Komentar Oleh Ubi

Oh maaf…

Ribuan ampun dan maaf seandainya ada yang tersalah sangka dan kecewa.

Walaupun bunyi tajuknya mempunyai unsur jiwang, artikel ini sama sekali bukan berunsur cintan atau karat seperti yang disangka.

Ini hanya sebuah cerita perkongsian tentang peralatan dan gajet yang saya gunakan untuk berkarya.

Jika masih geram atau tidak berpuashati, silalah capai mana-mana novel yang mempunyai perkataan ‘cinta’ atau ‘love’ di covernya atau boleh juga onkan peti tv dan tunggu slot drama melayu, korea ataupun latin yang mampu memenuhi citarasamu itu.

;)

Sepertimana semua pelukis amatur dan profesional di seluruh dunia, saya bermula dengan sehelai kertas, sebatang pensil dan secebis imaginasi.

Dari peralatan asas tersebut saya membentuk kreativiti dan kemahiran melukis.

Setelah mahir dengan pensel, saya mula menjelajah peralatan lain yang lebih kehadapan. Buku panduan melukis mula menjadi teman setia. Tokey kedai alat tulis pula semakin mengenali saya.

Dari pensel pelbagai jenama, pen pelbagai jenis dakwat dan jenis mata, hinggalah warna air pelbagai harga. Segalanya dicuba demi mengenal keupayaan diri dan mendapat mutu lukisan yang diinginkan.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti bengkel melukis kartun anjuran PEKARTUN (Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan) bersama  Bapa Kartun Malaysia – Rejabhad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Jab.

Banyak teknik melukis kartun dan segala peralatan melukis yang digunakan kartunis profesional didedahkan sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

Semangat semakin meluap-luap berkat ilmu yang baru diperoleh. Tak dinafikan, tokey kedai alatulis juga semakin sayang dan rindukan kehadiran saya setiap hari.

Alhamdulillah, berkat ilmu, kesabaran dan usaha; lukisan kartun saya telah berjaya diterima dan disiarkan buat pertama kalinya di Majalah Ujang sempena Bumper Merdeka 1 September 1994.

Setelah setahun menjadi penyumbang tetap, akhirnya saya dilamar untuk menjadi kartunis sepenuh masa untuk majalah tersebut.

Bila terjebak secara profesional, saya didedahkan pula dengan peralatan melukis yang sangat bagus dari jenama yang mahal-mahal belaka…

Kertas untuk mewarna – RM10 sekeping. Berus lukisan – RM80 ke RM200 sebatang. Warna air -  Rm80 sebotol/satu warna.

Pehhh… mau kopak dibuatnya!

Mujurlah semuanya dibeli dan disediakan sepenuhnya oleh syarikat demi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Selamat tinggal tokey alatulis walau di mana jua kedaimu berada!

Tidak dinafikan penggunaan alatan yang mahal sangat membantu dalam penghasilan karya yang bermutu. Pelbagai efek yang selama ini dirasakan mustahil, akhirnya dapat dilakarkan dengan mudah dan cepat sekali.

Wow! I Like! :)

…

Masa berlalu silih berganti. Teknologi berkembang dan berubah seiring dengan kehendak zaman.

Kini zaman digital.

Kita adalah generasi internet, Facebook, Youtube, Twitter, MTV, torrent, mobile dan tak mainlah tengok TV1. Maklumat dan urusniaga kini hanya di hujung jari.

Begitu juga dengan peralatan melukis dan teknologi percetakan. Kebanyakan pemain industri sudah mula beralih daripada analog kepada digital.

Dengan teknologi digital ini tiada lagi keperluan untuk membawa kepingan lukisan kepada penerbit ketika dateline. Thumbdrive sebesar jari sudah memadai sebagai pengganti diri untuk puluhan maupun ratusan keping karya lukisan. Adakalanya hanya perlu menghantar fail lukisan melalui email dan tak perlu langsung ke pejabat penerbit!

Mudah bukan? ;)

Sebagai seorang yang sentiasa mencari jalan mudah dan mudah terpengaruh, pastinya saya antara kartunis terawal yang teruja dengan kehadiran teknologi tersebut.

Diawal kehadirannya, peralatan melukis berteknologi tersebut boleh dikatakan amat mustahil sekali untuk dibeli. Ibarat seperti anak gadis muda cantik bergetah yang baru tamat pengajian universiti, pasti kos untuk memilikinya adalah tersangat mahal bagi seorang kartunis cabuk pas SPM seperti saya.

Namun sesuatu itu pasti tak akan kekal mahal selamanya. Suatu hari akan hadir juga susut nilainya. Anak gadis muda tersebut pastinya akan tua dan masuk angin jika tiada yang sanggup menyahut harga hantarannya. Keadaan akan bertambah parah jika ada anak dara lain yang lebih muda dan bergetah hadir di kawasan jajahannya. Di kala itu mungkin dia pula yang bakal terhegeh-hegeh membuat cheap sale mencari sang suami sebelum tarikh expirednya tiba!

Begitu juga dengan barangan berkaitan teknologi. Harganya akan jatuh merudum sebaik sahaja ada model baru yang lebih canggih hadir di pasaran. Di saat itu barulah insan cabuk pass SPM seperti saya ini mula berani membuka wallet.

Alhamdulillah, buat masa ini segala gajet untuk melukis secara digital telah lengkap disediakan di studio cabuk saya. Semuanya dibeli sedikit demi sedikit bergantung kepada keperluan dan susut nilai harganya di pasaran.

Persoalannya kini, mana satukah yang lebih bagus di antara keduanya? Cara konvensional atau cara digital? Bini tua ataupun bini muda?

Terus terang, memang saya tiada jawapan yang pasti untuk soalan di atas.

Pada saya keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Menyedari hakikat tersebut, saya lebih condong untuk menggabungkan kedua-dua kaedah dalam proses menghasilkan sebuah lukisan yang mantap.

Sebagai contoh, untuk menyiapkan design logo kartun atau maskot, penggunaan teknologi digital adalah paling sesuai kerana keperluan outline yang SHARP, kemas serta bersih – sesuatu yang MUSTAHIL untuk dihasilkan oleh tangan seorang manusia biasa.

Namun ketika proses awal, saya lebih selesa menggunakan kertas dan pensel untuk membuat lakaran design. Setelah selesai, lakaran tersebut diimbas dan disiapkan menggunakan perisian komputer.

Untuk karikatur pula, saya lebih banyak menggunakan teknik manual. Komputer hanya digunapakai untuk proses mewarna dan rekaletak.


(Rekaletak untuk logo Malaysia Airlines pada lukisan karikatur di atas adalah lebih mudah dengan bantuan komputer.)

*Sila klik di sini untuk mengetahui cara dan proses penuh menyiapkan sebuah lukisan karikatur.*

Jika berada di luar dan perasaan untuk melukis datang membuak-buak dengan tiba-tiba, saya akan menggunakan tablet Ipad pula. Jari atau Wacom Bamboo Stylus dijadikan pengganti untuk pen dan pensel.


(Contoh lakaran Zurina yang dilukis sekadar untuk merelease tension menggunakan Ipad)

Kenapa memilih Ipad dan bukannya pensil atau buku sketch yang juga mudah untuk dibawa ke mana sahaja?

Jawapannya – MUDAH dan PRAKTIKAL.

Mudah dan praktikal kerana Ipad juga boleh digunakan untuk kerja lain seperti membaca/membalas email, melayari internet, Facebook dan juga Twitter. Saya juga tidak perlu untuk menyusahkan diri membawa peralatan mewarna.

Amatlah tidak wajar untuk saya berjalan ke sana ke mari sambil berbondong-bondong membawa pelbagai peralatan melukis. Orang sekeliling juga pasti akan terjenguk-jenguk memandang saya melukis seandainya mereka melihat segala peralatan tersebut; yang mana akan menimbulkan rasa tidak selesa buat saya.

Jika nasib tidak baik, saya mungkin akan dihalau pengawal keselamatan kerana mereka tersalah sangka saya ingin menjadikan premis mereka sebagai tempat menjual lukisan seperti Central Market!

Selain itu, Ipad juga boleh membantu saya menghasilkan contengan segera tanpa perlu menggunakan scanner/pengimbas.


(Lakaran ini dibuat sambil menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea 2011 di antara Malaysia dan Indonesia)

Walaupun begitu, Ipad memiliki terlampau banyak kekurangan yang membataskan saya untuk menyiapkan sebuah karya dengan sempurna. Dengan batasan yang dimiliki, saya hanya menjadikan Ipad sebagai tempat untuk saya melakar sebarang idea yang datang. Bila pulang ke studio, lakaran tersebut akan dijadikan rujukan untuk lukisan yang sebenar.

Untuk karya agung seperti komik, saya memang akan menggunakan kaedah manual seratus peratus. Komputer dan perisian hanya diperlukan untuk proses rekaletak grafik serta dialog untuk tujuan percetakan.


(Lukisan komik untuk sambungan episod Aku Dia & Test yang kini sedang dalam proses pembikinan)

Musykil kenapa saya 100% menggunakan kaedah manual untuk melukis komik?

Entahlah… saya pun tiada jawapan atau alasan yang konkrit kenapa saya memilih kaedah tersebut.

Bukan juga bermakna saya mengatakan bahawa teknik manual itu lebih hebat daripada digital.

Yang pasti saya selesa dengannya dan yakin dapat berkarya dengan puas sekali. Sudah terbukti ramai pembaca yang suka dan puas hati dengan hasilnya.

Mungkin kerana ia adalah cara dan teknik saya bermula…

Seperti tajuk yang tertera – ‘Aku masih tetap setia pada yang lama…’

Ibarat sang suami yang berkahwin dua… walau secantik atau sehebat mana sekalipun isteri mudanya, beliau pasti akan tetap rindu dan akan pulang untuk belaian isteri tuanya… kerana disitulah tempat awallin beliau bermula sebagai seorang suami dan belajar mendapat kasih sayang seorang isteri…

;)

Semoga kita semua mendapat sesuatu dengan perkongsian ini…

Sematkan di dada bahawa peralatan melukis berjenama mahal (samada manual atau digital) hanya akan membuat kamu nampak seperti pelukis hebat, namun tidak akan dapat membantu kamu melukis sehebat Leonardo Da Vinci atau Michaelangelo…

Usah bimbang atau risau jika kamu tiada wang untuk membeli kesemua peralatan tersebut…

Peralatan yang mahal belum tentu boleh memberi hasil yang bagus. Yang penting adalah skil melukis kamu…

Jikalau skil melukis kamu bagus, berus daripada bulu hidung pun akan memberi penghasilan yang cantik!

:)

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Belajar Melukis Kartun, Kreatif - Tag aku dia dan test, awek cun, Belajar Melukis Kartun, cintan, design kartun, ipad, jiwang, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, kartunis, Komik, Komik Ubi, lukisan digital, Majalah Ujang, pak jab, pekartun, rejabhad
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Kartun Malaysia Dalam Sejarah — Hanya ingin berkongsi ...
  • Baca Buku Dengan Bergaya Sekali…... — Ya, ini memang betul&#...
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi bukan ...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Melay...
« Bravo Harimau Malaya!
» Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah

20 Komentar Setakat Ini

  1. azlan's Gravatar azlan
    October 19, 2012 at 12:07 am | Permalink

    Asalammualaikum,saudara Ubi saya berminat hasil kerja lukisan saudara.saya nak tanya,dimana nak dapatkan gajet untuk melukis? boleh kah saudara bagitau berapa harga untuk barangan itu.sekian t.kasih.

    Reply
  2. asrieChernobyl's Gravatar asrieChernobyl
    August 7, 2012 at 4:57 pm | Permalink

    as salam abg UBI..!!!

    waaa…seb bek tgh godek2 ni jmpe abg UBI arini..
    da lame dok cari brader ni..huhuh…rindu ngan zurina…huhu..
    mane ilang? huhu..syahdu da nak raye ni..

    sy bookmark blog ni..mesti!!..

    skang ni pun tgh pelan2 dok wat cg art ngan lukis katun..
    klw da siap nnti nak ajak abg UBI singgah lak..huhu..

    kipidap my brader..!! :)

    Reply
  3. bie sakay's Gravatar bie sakay
    May 5, 2012 at 9:56 am | Permalink

    hahahahaha skod2 na cri ayat

    Reply
  4. yordan's Gravatar yordan
    April 18, 2012 at 10:56 pm | Permalink

    salam kenal dari negeri tetangga
    saya suka blog anda
    kebetulan saya juga baru beberapa hari ini memakai wacom bamboo
    tujuannya apalagi kalau bukan untuk mempermudah pekerjaan

    semoga gadget itu makin memudahkan bukan membuat kita malas untuk belajar
    :)

    Reply
  5. ziemeikokuyoku's Gravatar ziemeikokuyoku
    April 3, 2012 at 10:30 am | Permalink

    tak tahu nak komen apO , tapi apa apa pon ,,,,
    thanks , x salah kan nak komen ,,^_^’

    Reply
  6. ciera's Gravatar ciera
    January 16, 2012 at 9:11 pm | Permalink

    gambar yang cantik, teringin nak jadi pelukis yang terhebat tapi bolehh ka saya buat ?

    Reply
  7. nanie's Gravatar nanie
    January 6, 2012 at 4:07 pm | Permalink

    cara lama ke, baru ke…xkira la asalkan komiknya tetap bagus

    Reply
  8. Adlan's Gravatar Adlan
    December 11, 2011 at 5:06 pm | Permalink

    salam en. ubi. saya pun setuju dengan pendapat ubi. saya dulu pun rasa macam nak beli iPad ni kononnya akan jadi lebih rajin nak melukis. tapi rasanya, walau ada gajet yang canggih pun, kalau tak ada idea atau tak rajin, takde maknanya juga..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      December 11, 2011 at 5:53 pm | Permalink

      Betul betul betul! :D

      Reply
  9. tie's Gravatar tie
    December 3, 2011 at 10:31 pm | Permalink

    Assalamualaikum.enck kartunis ubi..apa2 pun hrap enck trus
    mlukis kartun.x ksah la guna manual atau dgtal.org kta bnda yg lma jgn dilupai dan bnda yg bru dihargai..

    Reply
  10. amin's Gravatar amin
    November 29, 2011 at 5:24 pm | Permalink

    Akum bro,slm knal dr sy…
    sy nk tnya psl kartun budak sekolah yg mula disiar dlm majalah g3 sktr thn 2005@06,alah yg tjuk schoolastic(kalu x silap) ape jd ngn kartun 2 skrg bro?xcter pn dlm blog bro…..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 29, 2011 at 7:39 pm | Permalink

      Waalaikumusalam,

      Terima kasih atas minat dan soalan. Untuk makluman, kartun tersebut kini sudah dijadikan komik MMS untuk mobile – eksklusif untuk pengguna Maxis. Insyaallah akan dibukukan pada suku pertama tahun hadapan. Tunggu pengumuman daripada saya ye ;)

      Reply
  11. onizuka's Gravatar onizuka
    November 25, 2011 at 10:03 pm | Permalink

    betul..setuju.. lukisan manual memang lebih cantik untuk komik pasal ianya jelas emosi karakter kartun tu..
    bukan senang nk wat nk guna komputer tau (aku x tau lgsg..hehe)

    Reply
    • onizuka's Gravatar onizuka
      November 25, 2011 at 10:03 pm | Permalink

      *lebih senang nk tunjukn emosi karakter :)

      Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 27, 2011 at 10:09 am | Permalink

      Pakai digital pun cantik dan boleh lukis ekpresi dengan senang gak, terutama kalau pakai Wacom yang mahal sampai RM10K tu. Tapi apapun bergantung pada pelukis tu… apa yang dia selesa dan suka… janji dia tau apa yang dia buat dan bukan sebab nak ikut orang ;)

      Reply
  12. Musang Si Guntang's Gravatar Musang Si Guntang
    November 25, 2011 at 8:41 pm | Permalink

    Setuju dengan semua sentences.
    Samada perumpamaan (perkahwinan, jodoh) & juga yang realiti (ttg lukisan & art work).

    Apapun, semua ada kelebihan & kekurangan. Terpulang pad akita yang empunya diri untuk menggunakan peluang&kemudahan semaksimum mungkin :)

    Selamat Berkarya Bro…
    (Boring2, boleh ikut saya berjalan ke taman rekreasi… :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 27, 2011 at 10:07 am | Permalink

      Ya, yang penting kita tau apa yang kita buat ;)

      Terima kasih atas ucapan Musang si Guntang.

      p/s – Err… taman rekreasi kau ni kat mana ye? hehe…

      Reply
  13. Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
    November 25, 2011 at 8:24 pm | Permalink

    Salam Ubi…

    Sy setuju! Walaupun sekarang ni byk peralatan canggih utk melukis, kita tetap x boleh tinggalkan cara manual! Kedua-duanya mempunyai kepentingan dan yang pasti memudahkan artwork tu siap sebelum dateline! Sy pun tengah belajar nak lukis cara digital… Hanya utk memudahkan kerja… Lagipun mcm ubi ckp, xkan nak bwk peralatan lukisan yg byk tu setiap kali keluar kn?

    p/s: Saya pnh bwk beg besar gedebak yg budak art selalu bwk tu.. Memang leceh! hehe…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 27, 2011 at 10:05 am | Permalink

      Salam Cik Mashitah,

      hanya orang yang melukis aje yang faham apa yang pelukis perlu dan masalah yang pelukis hadapi. semoga sukses dengan latihan dan tak perlu bawak beg besar-besar lagi ;)

      Reply
      • Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
        November 27, 2011 at 11:47 pm | Permalink

        wah, malu plak ubi me’reveal’ nama saya yg indah itu…hahah… anyways, thanks!

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top