Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Continue reading

Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi

Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…

Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

1) Baucer Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com

  • Baucer diskaun sebanyak 20% untuk tempahan karikatur berwarna berharga RM97 seorang hasil sentuhan Kartunis Ubi.
  • Baucer ini sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang (tempahan menggunakan Kupon ini akan mula dibuka pada 1 Oktober 2010)
  • NILAI = RM39

Continue reading

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

Continue reading

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

Continue reading

Selamat Menyambut Syawal 1430h

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…

Saya percaya kebanyakan anda kini dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai juga yg sibuk bergolok bergadai membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.

Walau apa sekali pun cara sambutan anda, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia  ini.

Continue reading

Selamat BerExam-exam!

Khas buat adik-adik yg sedang bertungkus-lumus berjuang dengan UPSR pada minggu ni dan PMR serta SPM yg bakal mendatang…

Diharapkan adik-adik sekalian tabah menjawab segala soalan yg mendatang dengan jayanya.  Semoga segala usaha dan tensen adik-adik mengadap buku-buku pelajaran yg membosankan tu bakal membuahkan hasil di saat menghadapi peperiksaan yg boleh dikatakan penting ni…

Yakin Boleh!! 😀

Untuk melegakan tensen dan menaikkan semangat, adik-adik dijemput untuk melayan video di bawah ni…

Selain melegakan tensen, video ni juga sesuai untuk semua yg dah tak tau nak buat kerja berfaedah lain dan ingin menghabiskan masa sementara menunggu waktu berbuka! 😉

Continue reading

Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung sekalian…

Pertama-tamanya, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini. Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Sempena bulan yg mulia ini juga, saya juga telah melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Continue reading

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feel raya yg maksima”

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, keluarga, sahabat handai, rakan-rakan IM & blogger, peminat & penyokong karya kartun saya, mereka yg mengenali saya dan awek-awek cun serata Malaya seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada…

Continue reading