HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’

February 18th, 2009 | Oleh Ubi

Artikel ini adalah bahagian ke dua sambungan dari:

BAHAGIAN 2 DARIPADA 4 – ‘FAIR USE’

Untuk bercerita mengenai ‘FAIR USE’ ini, kita sekali lagi akan mengambil karya agung “Satria Chopper” dari bahagian pertama sebagai contoh.

Katakanlah anda menulis review tentang cerita “Satria Chopper” (samada diblog, majalah ataupun suratkabar) – itu boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’.

Secara teorinya tiada siapa pun akan membaca tulisan anda (kecuali anda penulis atau penulis review yg terkenal) hanya kerana anda menulis review mengenai komik “Satria Chopper” yg terkenal itu.

Jika anda menulis berita (“Kartunis yg genius terhilang manuskrip kawan baiknya lalu menyalahkan lawyer HakCipta”) – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana belum tentu lagi orang akan membeli suratkhabar anda.

Jika anda menulis PARODY bertajuk “Satria Kapur”itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana sesiapa sahaja yg telah membaca atau membeli “Satria Kapur” mungkin akan berminat untuk membeli atau membaca “Satria Chopper”.

Apakah itu PARODY?

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post

Komik baru dari Ubi untuk anda!

August 4th, 2008 | Oleh Ubi

SAMSOL oleh Ubi

Pembaca blog yg budiman,

Sebelum encik bertanya lebih lanjut, biar saya jawab terus soalan encik… – Ya, ini adalah watak terbaru dalam komik terbaru saya yg berjudul ‘SAMSOL‘ yg bakal menemui encik semua tak lama lagi…

Pembaca blog yg dihormati,

Sebelum encik bertanya lagi, biar saya jawab terus soalan kedua encik… – Ya, komik ini akan saya berikan PERCUMA kepada encik-encik yang melanggan komik dan newsletter KartunisUbi.com!

Baca cerita selanjutnya… »

Share This Post