Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…
Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.
Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….
Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang
. Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!!
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..
Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…



















