• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Posts tagged kartunis ubi

Kontrol Macho dalam English pulak…

Sep15
2011
10 Komentar Oleh Ubi

Jika sebelum ini anda dimuntahkan dengan cerita berlagak saya dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Malaysia Hari Ini, kali ini saya ingin menghijaukan lagi muntah anda dengan sebuah lagi berita riyak lagi takabur mengenai saya di dalam media.

Kali ini adalah temuramah untuk suratkhabar News Straits Times untuk kolum Life & Times yang memaparkan cerita atau berita berkenaan teknologi pada setiap hari Isnin dan telah diterbitkan pada 27 September tahun lepas.

Tahun lepas?! Kenapa baru nak ditulis sekarang?

Ya, memang saya sengaja memeram berita riyak basi ini supaya cerita tentang kehebatan saya akan sentiasa kekal sepanjang masa walaupun dah lama tak masuk mana-mana media. Selain itu ia juga sebagai melengkapkan bukti mengenai saya yang malas menulis dan mengupdate blog dengan memberi pelbagai alasan yang remeh-temeh.

Buat mereka yang membaca tapi tak faham kerana tak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, syabas diucapkan kerana masih lagi faham serta fasih berbahasa Melayu. Anda boleh gunakan khidmat brader Google Translate atau minta tolong kengkawan atau saudara mara yang kononnya hebat kerana menyanjung PPSMI itu.

Dan jika mereka juga tidak dapat membantu, sila hantukkan kepala mereka di dinding secukup rasa. Anda juga digalakkan untuk mengguna buku Yellow Pages atau apa-apa buku panduan telefon yang tebal untuk hantukan sekiranya tidak mahu ada kesan kecederaan supaya menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan kelak. :twisted:

Ucapan terima kasih diucapkan buat Cik Puan Rozana Sani kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang.  ;)

Akhir kata, semoga kita semua tidak akan terlampau taksub dengan cerita saya atau mana-mana member kampung yang dapat masuk suratkhabar. Tiada apa pun yang istimewa sebenarnya… hanya dapat berlagak sehari dan dilupakan orang pada keesokan harinya…

Yang pasti, cerita dan gambar anda akan berakhir sebagai kertas pembungkus nasi lemak atau lapik lantai ketika makan tengahari!

============================================================

Singing A New Toon

News Straits Times, 27 September 2010
By Rozana Sani

Popular cartoonist Raja Ahmad Kamil Raja Mokhtar, a.k.a. Ubi, left the print media at the peak of his career, but he’s come full circle by going digital, writes ROZANA SANI

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Kartunis Idola, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag buat duit di internet, kad raya kartun, kartun digital, maxis, media, mms kartun, mobile content, news straits times, suratkhabar

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Aug12
2010
5 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi, Umum - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, maxis, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal, top-up

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

Aug03
2010
8 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Kategori Kartun, Kartun Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, Kartun Ubi, mms kartun, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Kontrol Macho kat Berita Harian pulak!

Feb06
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Salam 1 pagi ya kawan-kawan semua! (bestlah korang yang tengah membuta sekarang ni!)

Maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog. Rasa-rasanya dah beratus kali saya memohon ampun atas alasan ini. Andai kata kesalahan sebegini memungkinkan saya dipenjara, pasti warden penjara tersebut bakal menjadi member kamceng saya kerana kekerapan saya selalu keluar masuk ke institusi tersebut! (harap-harapnya warden tersebut ada adik yang masih single dan seiras dengan Lisa Surihani…)

Sebenarnya saya dalam keadaan yang sangat tidak terurus sekali sekarang ini kerana banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur dan deting yang berharga itu.

Pernah terjadi satu adegan panas di mana saya terlupa menjemur baju dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam mesin basuh selepas 2 hari dibasuh. Di saat tersedar, terus terfikir alangkah indahnya hidup ini sekiranya ada ‘pembantu’ yang boleh meringankan beban saya melaksanakan kerja-kerja remeh tersebut.

Mungkin dengan kehadiran ‘pembantu’ tersebut yang pastinya seiras Lisa Surihani membolehkan saya untuk berkarya dan bekerja dengan lebih gigih lagi . Yang nyata, saya pasti akan tidur lebih awal setiap malam dan akan bangun tersenyum riang setiap pagi! Oh… ;)

Sebelum terlajak kata dan tersesat lebih jauh lagi, baiklah kita kembali semula ke pangkal jalan. Berbalik pada cerita asal, berikut adalah transkrip daripada sesi temuramah saya untuk Berita Harian yang diterbitkan pada awal Februari lalu.

Sengaja saya tempekkan temuramah ni untuk tatapan anda semua. Selain untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas membacanya, ia juga bertindak sebagai kesinambungan aksi riak saya lepas masuk MHI hari tu. :twisted:

Akhir kata, ucapan terima kasih buat Cik Diyanah Anuar kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang. Semoga dengan lebih banyak temuramah  yang tersiar, maka semakin banyak lagi peluang saya untuk lebih riak lagi di masa depan!

Selamat membaca dan mengeja! Tata!! (sambil tangan melambai ayu…) :D

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, berita harian, IN, Kartun, Komik, Majalah Ujang, media

Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini

Jan14
2010
30 Komentar Oleh Ubi

Ini sebuah video basi sessi temuramah saya bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Mei 2009 yang lalu.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Karikatur Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag ahmad fedtri yahya, Bulletin, karikatur, kartunis, malaysia hari ini, media, mhi, tv3, ubikarikatur

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

Jan12
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum - Tag Bulletin, ewah-ewah tv3, facebook, handphone, kad raya kartun, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mobile phone, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, Review, terengganu, top-up

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1

Jan07
2010
14 Komentar Oleh Ubi

Tahun 2010 sudahpun menjengah… dan secara automatik, 2009 sudah pun pergi meninggalkan kita dan pastinya takkan kembali lagi.

Walaupun kita mungkin akan seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…

Jadi untuk entri tahun baru ni, saya ingin mengajak anda melayari beberapa aktiviti liar saya yang mungkin menarik sepanjang tahun 2009 (kira macam greatest hitslah ni…) :razz:

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum - Tag ahmad fedtri yahya, aku dia & volkswagen, Bulletin, karikatur, Kartun, Kartun Ubi, Kartunis pun manusia jugak, Komik Ubi, Majalah Ujang, malaysia hari ini, mhi, Motivasi & Muhasabah Diri, mug kartun, produk ubi, rempit, Review, terengganu, tv3, zurina

Nak kasi HADIAH apa ni?!!

Dec11
2009
279 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pengunjung dan pembaca,

Apa khabar? Mungkin ramai antara anda yg sibuk (dan menyibuk) menghabiskan cuti sekolah yang indah ni dengan berjalan-jalan dengan keluarga tersayang. Mungkin juga antara anda yang menghadiri beberapa aktiviti berfaedah bersama rakan taulan. Pada mereka yang takde apa-apa aktiviti berfaedah dan hanya makan tidur serta membuang masa  emas menonton tv di rumah, takziah saya ucapkan!

Sekiranya anda masih ingat (ataupun tak pernah tau pun), beberapa bulan yg lalu saya ada menganjurkan satu Peraduan Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen. Walaupun hadiahnya tak seberapa, sambutan daripada anda semua amatlah menggalakkan. Hampir 500 penyertaan diterima di ruangan komen. Terima kasih atas sambutan dan sokongan anda! Gua caya lu! :razz:

Namun sebaik saja peraduan tersebut tamat, banyak email dan komen di blog yg meminta saya supaya menganjurkan lebih banyak lagi peraduan di masa akan datang. Ini kerana ramai yg tak puas hati kerana tak menang dan ada juga yg terlepas peluang menghantar penyertaan.

Kebanyakan mereka ingin repeat kerana nak menang hadiah istimewa daripada saya…

Ada pula yg mengimpikan kemenangan kerana inginkan glamour supaya dipandang tinggi oleh awek-awek, rakan taulan dan masyarakat setempat…

Sekiranya anda antara mereka yg berminat untuk menyertai peraduan anjuran saya (walau apa jua sebab dan agenda), saya ada satu BERITA BAIK dan BERITA BURUK untuk anda…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Komik Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag cuti sekolah, hadiah, hadiah percuma Ubi, kapal selam, Komik Ubi, peraduan

Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Aug23
2009
13 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung sekalian…

Pertama-tamanya, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg mulia ini. Semoga kita akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg bakal mendatang sepanjang menjalani ibadah puasa ni… Aminn!

Sempena bulan yg mulia ini juga, saya juga telah melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun, Kartun Ubi, Produk Kartun Ubi, Review - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartun raya puasa, Kartun Ubi, mobile phone, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal

Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…

Aug02
2009
50 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…

Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.

Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….

Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang :cool: . Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!! :D

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..

Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag aku dia & volkswagen, handphone, Kartun, Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mug kartun, produk ubi, zurina
« Older Entries

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site