Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Continue reading

“Raya tahun ni abang takde buat sampul duit raya ke?”

Setiap kali bulan puasa, pasti ramai yang akan bertanyakan saya – “Abang Ubi takde buat sampul duit raya ke?”

Oleh kerana tiada maka terpaksalah saya katakan tiada… ataupun cuba buat purak-purak pengsan (macam Haji Bakhil tu)

(Trick klasik terunggul untuk menyelamatkan diri. Sila banyakkan latihan sebelum mencuba)

Namun pada tahun ini saya tak perlu lagi berlakon aksi lagak ngeri sebegitu lagi…

Jeng! jeng! jeng! *diiringi bunyi dram*

Continue reading

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum buat semua pembaca yang beragama islam….

Sempena dengan Syawal yang bakal menjelma dalam masa beberapa hari saja lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang lengkap berpuasa sebulan, di Malaysia dan juga di seluruh pelusok dunia.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan laju asalkan selamat. Memandu terlampau perlahan adalah punca jalan jem dan menyusahkan pengguna jalanraya lain.

Kalau membeli-belah untuk raya, pastikan anda memborong sehabis mungkin asalkan duit tak habis. Jika berjimat-cermat dan ala kadar sahaja, pasti akan mengundang umpatan jiran sekeliling dan saudara mara. Adalah tanggungjawab kita untuk mengelakkan mereka membuat dosa kering di hari yang mulia ini.

Continue reading

Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi

Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…

Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

1) Baucer Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com

  • Baucer diskaun sebanyak 20% untuk tempahan karikatur berwarna berharga RM97 seorang hasil sentuhan Kartunis Ubi.
  • Baucer ini sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang (tempahan menggunakan Kupon ini akan mula dibuka pada 1 Oktober 2010)
  • NILAI = RM39

Continue reading

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

Continue reading

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Sukarnya Untuk Memaafkan…

Amaran: Post ini boleh dikatakan panjang dan bisa membuat anda mengeja dalam kuantiti yg banyak. Sebarang risiko yg diterima adalah tanggungan anda sendiri. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk mendengar lagu video di bawah sambil membaca post ini untuk feel yg maksima.

Sebagai manusia biasa yg dicipta dengan serba kekurangan dan kelemahan, pastinya kita takkan lepas dari membuat kesalahan dan dosa sesama manusia…

“Maaf…”

“Mintak ampun…”

“Sorry…”

“Ampunkanlah segala kesalahan dan dosa…”

“Tobat dah, janji tak buat lagi…”

Inilah antara beberapa ungkapan dan perkataan yg diucapkan bila kita ingin menebus sebarang kesalahan atau dosa yg dilakukan.

Ayat-ayat di atas ini juga dijamin popular sepanjang berjalannya Syawal yg mulia ini. Pastinya kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk bermaaf-maafan lalu mengeratkan lagi silaturahim.

Persoalannya sekarang…

Adakah kita pasti bahawa dosa kita sudah terhapus dengan hanya memohon maaf?

Adakah kita pasti bahawa keluarga dan sahabat handai BENAR-BENAR IKHLAS memaafkan kita?

Adakah kita juga pasti bahawa hati kita sudah BENAR-BENAR IKHLAS memaafkan dan ayat memaafkan yg terkeluar itu bukan hanya sekadar formaliti?

Hmmm….

Tak faham? Keliru dengan soalan saya?

Untuk memudahkan pemahaman, sila baca kisah benar (yg telah ditokok tambah sedikit untuk unsur dramatik) di bawah:

Continue reading

Selamat Menyambut Syawal 1430h

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sebulan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah puasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…

Saya percaya kebanyakan anda kini dalam keadaan yg sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai juga yg sibuk bergolok bergadai membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya.

Walau apa sekali pun cara sambutan anda, yg penting sekali adalah kesederhanaan dan keikhlasan hati kita menyambut kedatangan Hari yg mulia  ini.

Continue reading