Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:
JULAI 2009
Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.
Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).





