Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini
January 14th, 2010 | Oleh UbiIni sebuah video basi sessi temuramah saya bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Mei 2009 yang lalu.

- Kategori: Bulletin, Karikatur Ubi, Produk Kartun Ubi
- Komen: 29 Komen »
Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2
January 12th, 2010 | Oleh UbiNota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:
JULAI 2009
Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.
Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

- Kategori: Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum
- Komen: 14 Komen »
Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 1
January 7th, 2010 | Oleh UbiTahun 2010 sudahpun menjengah… dan secara automatik, 2009 sudah pun pergi meninggalkan kita dan pastinya takkan kembali lagi.
Walaupun kita mungkin akan seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…
Jadi untuk entri tahun baru ni, saya ingin mengajak anda melayari beberapa aktiviti liar saya yang mungkin menarik sepanjang tahun 2009 (kira macam greatest hitslah ni…)

- Kategori: Bulletin, Kartunis pun manusia, Umum
- Komen: 11 Komen »
Hari itu dalam Seranah
December 17th, 2008 | Oleh UbiHari: Ahad
Tarikh: 14 Disember 2008
Masa: 10.30pm
Lokasi: Ampang, Selangor Darul Ehsan

Malam itu hujan sedikit renyai. Keadaan sedikit cerah kerana bulan sedang mengambang penuh ketika itu.
Di sebuah kawasan perumahan di Ampang kelihatan saya sedang menunggang skuter milik adik.
Skuter pinjam yg sedikit botak tayarnya itu dirempit dengan pantasnya di atas jalan raya yang sedikit licin.

- Kategori: Bulletin, Kartunis pun manusia
- Komen: 19 Komen »
Komik baru dari Ubi untuk anda!
August 4th, 2008 | Oleh Ubi
Pembaca blog yg budiman,
Sebelum encik bertanya lebih lanjut, biar saya jawab terus soalan encik… – Ya, ini adalah watak terbaru dalam komik terbaru saya yg berjudul ‘SAMSOL‘ yg bakal menemui encik semua tak lama lagi…
Pembaca blog yg dihormati,
Sebelum encik bertanya lagi, biar saya jawab terus soalan kedua encik… – Ya, komik ini akan saya berikan PERCUMA kepada encik-encik yang melanggan komik dan newsletter KartunisUbi.com!

- Kategori: Bulletin, Kartun Ubi, Komik Ubi
- Komen: 119 Komen »
Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…
May 21st, 2008 | Oleh Ubi
Hehehe… mungkin ada yg terperanjat dan meluat dengan tajuk post yg penuh dengan unsur-unsur kepalsuan ni kan?
Sebenarnya, tajuk post ni nak kata tipu boleh, nak kata betul pun boleh… tapi yg nyatanya pagi ini saya adalah antara orang yg paling gembira sekali…
Semuanya ni bermula dengan satu email yg saya dapat dalam sebulan yg lalu…

- Kategori: Bulletin, Kartun Ubi
- Komen: 46 Komen »






