Kartun Hari Jumaat III

Lihat pada isi bukan pada kulitnya.

Lihat pada ilmu yang hendak disampaikan, bukan pada covergirlnya yang seksi tak sudah tu!

Jika mendengar sesuatu yang tidak disukai, jangan cepat melenting atau sensitif. Fahami, kaji dan usul dahulu segalanya. Mungkin banyak yang tidak difahami dapat dimengertikan.

Bukan semua yang tersurat cantik dan indah itu bagus untuk diri.

Dan tak semua yang nampak jelek dan pahit itu racun.

😉

Continue reading

Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama…

Oh maaf…

Ribuan ampun dan maaf seandainya ada yang tersalah sangka dan kecewa.

Walaupun bunyi tajuknya mempunyai unsur jiwang, artikel ini sama sekali bukan berunsur cintan atau karat seperti yang disangka.

Ini hanya sebuah cerita perkongsian tentang peralatan dan gajet yang saya gunakan untuk berkarya.

Jika masih geram atau tidak berpuashati, silalah capai mana-mana novel yang mempunyai perkataan ‘cinta’ atau ‘love’ di covernya atau boleh juga onkan peti tv dan tunggu slot drama melayu, korea ataupun latin yang mampu memenuhi citarasamu itu.

😉

Sepertimana semua pelukis amatur dan profesional di seluruh dunia, saya bermula dengan sehelai kertas, sebatang pensil dan secebis imaginasi.

Dari peralatan asas tersebut saya membentuk kreativiti dan kemahiran melukis.

Continue reading

Abang Ubi ni pemalas betul!

Ya… Abang Ubi mengaku.

Abang Ubi memang pemalas!


(Pemalas tahap neraka ini tiada kena mengena langsung dengan penulis.)

Abang Ubi cuma rajin makan, minum, tidur, lepak, mengorat awek, deting, carik idea, lukis kartun, lukis karikatur, basuh baju, lipat kain, kemas katil, main game, tengok tv, layan dvd, naik basikal, tangkap gambar, pergi pasar malam, sembang kedai kopi, mandi kolam, baca komik, basuh pinggan mangkuk, conteng-conteng, main Facebook, layan Twitter dan bermacam lagi aktiviti berfaedah atau membuang masa yang lain.

Abang Ubi cuma malas nak mengupdate blog ni je…

Hehehe…

Bukan malas sebenarnya…

Cuma suka bertangguh…

😉

Continue reading

Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen!

Maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu update terbaru tentang projek ‘Aku Dia & Volkswagen’ ni. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni saya tak berapa sihat sangat kerana demam.

Mungkin kerana faktor cuaca sekarang ni yg tak berapa menentu panas melampaunya. Jadi pada anda sekalian, saya nasihatkan supaya banyak MINUM AIR KOSONG bagi membantu anda mengharungi cuaca terik ni dengan tabah. :)

Berbalik kepada topik projek ‘Aku Dia & Volkswagen’, di bawah ni saya tunjukkan artwork karakter Ubi yg sudah 98% saya siapkan…

Sekarang ni juga saya ada siapkan satu lagi sketch ‘Aku Dia & Volkswagen’ untuk projek perasan hebat ni. Insyaallah akan saya tayangkan pada post selepas ini.

Dari maklumbalas dan email yg saya terima sejak pengumuman projek ni, ramai yg dah tak sabar NAK TAU apa kejadah sebenarnya yg saya nak buat ngan lukisan-lukisan ni…

Continue reading

Awek lama in Colour…

Saya memang pantang kalau nampak lukis pompuan comel…

Pasal bab lukis pompuan, saya memang cemerlang, gemilang dan terbilang… dulu, kini dan tak mungkin selamanya…

Memang laju je siapnya. Hari tu korang baru je tengok sketch Zurina kan?

Skang ni dah 98% siap. Tinggal nak touch up sikit je lagi.

Malam waktu berjiwang dan berendut dengan bantal peluk tu, saya ada gak sketch karakter Ubi dari komik Aku Dia dan Volkswagen tu…

Continue reading

Tiba-tiba teringat awek lama…

Petang tadi saya baru beli satu sketch book.

Tadi sambil lepak atas tilam, saya pun conteng-conteng buku sketch tu sebagai tanda perasmian malam pertamanya bersama saya. 😛

Ntah camana boleh teringat dan terlukis gambar awek lama pulak…

Tak sangka saya boleh lagi lukis Zurina ni walaupun dah lama tak bersama ngan dia…

Continue reading

Pelukis Karikatur Yang Terlampau II

Memang syok dan seronok kalau pandai lukis karikatur

Saya sentiasa berpeluang untuk melukis ramai wanita dan awek-awek cun. Ini boleh diibaratkan mendapat wang sambil membuat perkara yg menyeronokkan… oh! 😈

Sebagai pelukis yg menjual karikatur secara online, kebanyakan pelanggan wanita dan awek-awek cun tersebut datang dari seluruh pelusuk dunia.

Dan ini adalah Jaclyn mangsa pelanggan terbaru saya dari Amerika tempat Obama dan Maikel Jeksen tu…

Bila kali pertama memandang gambar close-up awek mat salleh ni, perkataan pertama yg terlintas di fikiran miang saya adalah –“WOW!”

Continue reading

Aku, Bola dan Iklan

Saya memang semulajadi seorang kaki bangku yang diiktiraf ramai…

Dan kerana itulah saya tak pernah minat dengan bola…

Jangan mengada-ngada nak borak topik bola dengan saya. Dan lagi bodohler sesapa yg nak ajak saya join team bola atau futsal diorang (kecuali kalau dah jual game kat bookie…).

Saya tak pernah nak ikut dan amik tau pasal EPL, Spanish League dan apa-apa lagi liga bolasepak dalam dunia ni… apatah lagi Liga M!

kartun bola

Tapi keadaan berbeza bila tiba musim Euro dan World Cup…

Memang bila tiba dua kejohanan besar ni, kebanyakan gamenya saya akan cuba tak nak miss. Tiap-tiap pagi berjaga sampai mata pun dah jadi macam kerang!

Baru ni telah berlangsung Euro 2008. Dan seperti yg telah diakui, saya yg lemah ini telah terpedaya lalu terjerumus dengan aktiviti me’ngerang’kan mata ini sekali lagi…

Continue reading