RM57 pun nak berkira ke? Come onlah beb…

Seperti mana yang kita tau (ataupun tidak), keputusan peperiksaan UPSR 2009 telah pun diumumkan beberapa hari yang lalu.

Tahniah buat adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang! Pastinya ini semua adalah berkat usaha gigih belajar siang dan malam. Semoga usaha tersebut dapat diteruskan dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang. Caya lu dan yakin boleh! 😀

Dalam pada kegembiraan semua pelajar, ibubapa dan guru-guru meraikan kecemerlangan tersebut, hati saya sangat tersentuh tatkala membaca berita berikut…

IPOH 19 Nov. – Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.

Untuk cerita selanjutnya, boleh bacanya di sini >>>

Terus terang saya katakan, hati saya sangat sebak dan terasa airmata bergenang semasa membaca laporan berita dan melihat gambar di atas (kartunis pun ada perasaan jugak beb!)

Continue reading