Sukarnya Untuk Memaafkan…
October 16th, 2009 | Oleh Ubi | Motivasi & Muhasabah DiriAmaran: Post ini boleh dikatakan panjang dan bisa membuat anda mengeja dalam kuantiti yg banyak. Sebarang risiko yg diterima adalah tanggungan anda sendiri. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk mendengar lagu video di bawah sambil membaca post ini untuk feel yg maksima.
Sebagai manusia biasa yg dicipta dengan serba kekurangan dan kelemahan, pastinya kita takkan lepas dari membuat kesalahan dan dosa sesama manusia…
“Maaf…”
“Mintak ampun…”
“Sorry…”
“Ampunkanlah segala kesalahan dan dosa…”
“Tobat dah, janji tak buat lagi…”
Inilah antara beberapa ungkapan dan perkataan yg diucapkan bila kita ingin menebus sebarang kesalahan atau dosa yg dilakukan.
Ayat-ayat di atas ini juga dijamin popular sepanjang berjalannya Syawal yg mulia ini. Pastinya kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk bermaaf-maafan lalu mengeratkan lagi silaturahim.
Persoalannya sekarang…
Adakah kita pasti bahawa dosa kita sudah terhapus dengan hanya memohon maaf?
Adakah kita pasti bahawa keluarga dan sahabat handai BENAR-BENAR IKHLAS memaafkan kita?
Adakah kita juga pasti bahawa hati kita sudah BENAR-BENAR IKHLAS memaafkan dan ayat memaafkan yg terkeluar itu bukan hanya sekadar formaliti?
Hmmm….
Tak faham? Keliru dengan soalan saya?
Untuk memudahkan pemahaman, sila baca kisah benar (yg telah ditokok tambah sedikit untuk unsur dramatik) di bawah:
Saya ada seorang kawan baik bernama Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar). Beberapa tahun dahulu, beliau telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya yg bernama Scha Al-Yahya (juga bukan nama sebenar).
Pasangan ini sudah mula bercouple sejak di zaman sekolah lagi (macam dalam cerita Sembilu tu…) dan bertunang sebaik sahaja tamat persekolahan.
Scha Al-Yahya bolehlah dikatakan cantik juga rupa parasnya. Saya pun ada gak beberapa kali terliur dengan kegebuan wajahnya yg setaraf dengan Dewi Remaja tu.
Mungkin itu juga satu faktor yg menyebabkan Fahrin Ahmad sangat-sangat sayang dengan Scha Al Yahya dan sanggup bertunang di usia yg muda kerana tak sanggup berputih mata melihat buah hatinya itu terlepas ke tangan lelaki durjana lain.
Dipendekkan cerita, Scha Al Yahya melanjutkan pengajian ke sebuah universiti teknologi di selatan tanahair. Fahrin Ahmad menyambung pengajiannya di sebuah institut teknologi (kini sudah diupgrade menjadi universiti) di Shah Alam.
Sewaktu bekerja di Majalah Ujang dulu saya selalu berjumpa dengan Fahrin Ahmad. Setiap kali berjumpa, beliau pasti akan bercerita tentang tunangnya itu… mana lokasi dan aktiviti dating terbaru mereka… berapa duit yg disimpan untuk majlis kawin nanti… hadiah yg baru dibelinya… serta pelbagai lagi cerita mengenai percintaan mereka yg penuh dengan unsur titanic tu.
Ada masanya saya (dan semua rakan lain) akan tensen dan menyampah dengan gelagat Fahrin Ahmad yg terlalu mendewa-dewakan tunangnya itu!
Ada masanya saya terharu gak melihatkan sesungguhan dan keikhlasannya terhadap Scha Al Yahya. Memang tak dinafikan beliau memang amat sayang dan cintakan Scha sedalam-dalamnya. Dan kerana tu jugak, ada ketikanya saya akan rasa amat-amat bersalah kerana selalu terliur dengan kegebuan wajah tunang kawan sendiri!
Dipendekkan cerita sekali lagi… akhirnya ntah camana tiba-tiba diorang boleh PUTUS TUNANG!
Dari sumber yg boleh dipercayai dan mulut emak Fahrin Ahmad sendiri, pertunangan mereka ini diputuskan atas kehendak Scha Al Yahya sendiri!!
Menurut emaknya lagi, Scha Al Yahya sebenarnya sudah tidak cintakan Fahrin Ahmad dan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang balak seuniversiti dengannya. Hohoho, kes main kayu tiga rupanya!
Bagaimana pula dengan Fahrin Ahmad?
Tak perlu rasanya diceritakan panjang lebar tentang keadaannya sebaik saja menerima berita tersebut. Cukuplah saya katakan bahawa keadaannya memang teruk bahana frust menonggeng.
Fahrin Ahmad mengambil masa yg agak lama juga untuk pulih dan belajar menerima kenyataan. Studinya habis terbengkalai begitu sahaja. Dan demi mengubati hatinya yg luka itu, beliau membawa diri ke KL dan tidak pulang lagi selepas itu.
Tamat sahaja pengajian Scha Al Yahya telah berkahwin dengan balak skandalnya (bestlah kau!). Selepas berkahwin beliau dan suaminya juga telah berpindah KL. Rasanya itulah kali terakhir saya melihat dan terlior dengan kegebuannya yg setanding dengan Dewi Remaja tu!
Di KL Fahrin Ahmad rajin menghubungi saya dan kami juga sering berjumpa. Cuma kali ini dia tidaklah seceria dahulu dan tidak lagi galak menyebut nama Scha Al Yahya. Namun begitu, saya tahu jauh di sudut hatinya, dia masih lagi sayang dan cintakan bekas tunangnya itu.
Tahun berlalu dan entah camana Scha Al Yahya yg pernah mengecewakan sahabat saya dan membuat saya terlior tak tentu pasal tu tiba-tiba menelefon.
Terkejut juga bila mendapat panggilan dari bekas ratu kampung yg gebu tu. Menurut Scha Al Yahya, dia sudah lama mencari Fahrin Ahmad dan mengharapkan saya membantunya menemukan mereka kembali.
Mulanya berat hati gak nak penuhi permintaannya. Takut nanti kena marah ngan Fahrin Ahmad. Tapi selepas mendengar tujuannya ingin berjumpa, dengan hati yg takut saya sampaikan juga niatnya itu.
Sekali lagi saya terkejut dengan reaksi Fahrin sebaik sahaja mendengar berita tersebut. Dengan coolnya dia menyatakan persetujuannya. Namun dari riak mukanya saya boleh agak ada sesuatu yg dipendam dihatinya.
Kami bertemu di Taman Tasik Titiwangsa. Scha Al Yahya datang bersama anak perempuannya. Entah camana saya terpandang pipinya dan mula terkenang kegebuannya di zaman remaja dahulu kala.
Perbualan mereka dimulakan dengan Scha Al Yahya teresak-esak menangis memohon seribu kemaafan dari Fahrin Ahmad. Air matanya mengalir membasahi pipinya yg dah tak berapa gebu tu.
Fahrin Ahmad cuma sekadar mengangguk tersenyum dan menyatakan kesudiannya memaafkan kecurangan bekas tunangnya itu. Serta merta Scha Al Yahya tersenyum dan menangis lebih galak lagi… mungkin kerana terlalu gembira dengan kenyataan Fahrin Ahmad itu.
Menurut Scha Al Yahya, sudah bertahun-tahun dia menyimpan rasa bersalah dan sudah lama dia menunggu untuk mendengar ucapan keampunan dari mulut Fahrin Ahmad. Dan setelah bertahun menanti, akhirnya hajatnya itu berjaya disempurnakan. Dia nyata gembira sekali. Beban yg digalas sudah tiada lagi. Tidur malamnya pasti akan lena selepas ini.
Mereka menyambung perbualan dengan berkongsi cerita terkini. Saya hanya duduk di meja berdekatan sambil melayan keletah anak perempuan Scha Al Yahya. Sesekali saya menjeling pipi Scha Al Yahya yg sudah tak berapa gebu tu dan membayangkan adakah anak perempuannya ini bakal mewarisi genetik gebunya itu.
Sebaik pulang ke rumah, saya membizibodykan diri bertanya Fahrin Ahmad tentang pertemuan sebentar tadi. Saya juga sempat bertanya tentang adegan drama air mata mereka.
“Aku memang dah lama maafkan si Scha tu…. tapi…”, Fahrin berhenti seketika. Tangannya pantas menyambar kotak rokok saya yg diletakkan di atas meja.
“Walaucamanapun aku doa semoga diorang tak bahagia… dan jangan harap aku nak baik ngan laki dia tu!”, sambungnya lagi selepas menyalakan rokok yg baru dipow.
Terkejut saya mendengar kenyataannya itu. Tangan segera menyambar kotak rokok. Terkejut saya semakin bertambah melihat kotak rokok yg sudah kosong.
“Apsal ko cakap camtu? Kata tadi ko dah maafkan dia?”, tanya saya sambil menjeling rokok terakhir saya yg berasap di celah jarinya itu.
“Ye… memang aku dah maafkan dia… tapi aku tak boleh terima perbuatan diorang tu… kalau boleh aku nak diorang rasa camana sakit dan kecewanya aku dulu!”. Fahrin semakin ligat menyedut asap rokok pownya itu.
Dan masa malam itu dihabiskan dengan mendengar Fahrin Ahmad menjustifikasikan hukuman yg dijatuhkan kepada bekas tunang dan suaminya itu.
Saya hanya mendengar dan terkulat-kulat kesangapan rokok…
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Semakin lama masa berlalu, semakin banyak lagi komen dan doa berunsur negatif yg dilemparkan oleh Fahrin Ahmad terhadap pasangan tersebut.
Namun begitu, kehidupan Scha Al Yahya dan suaminya tetap berjalan seperti biasa. Semakin bahagia rasanya.
Ini menambahkan lagi sakit hati Fahrin Ahmad terhadap mereka yg kononnya telah dimaafkannya itu. Kemudian terdengar pula cerita tentang Scha Al Yahya yg termengandung anak kedua. Bagai mencurah garam di atas luka, berita ini makin menambah perit di hati Fahrin Ahmad.
…..
Tamat flashback.
Amacam?
Boleh faham mesej yg cuba disampaikan oleh saya?
“Aku dah ampunkan kau tapi jangan harap kita akan kawan macam dulu lagi”
“Aku maafkan tapi aku akan sentiasa ingat apa yg korang dah buat kat aku dulu?”
“Saya okey je… tapi jangan harapler saya nak beli barang kat sini lagi!”
Saya yakin ramai diantara kita yg pernah mengalami atau menyaksikan situasi dimana ungkapan-ungkapan di atas ini diungkapkan.
Mulut kata maaf tapi hati kata lain!
Mungkin kalau ditanya, pihak yg mengeluarkan ayat-ayat di atas akan bermati-matian mempertahankan bahawa mereka memang telah memaafkan si pesalah. Walaupun sudah dimaafkan masih ada lagi TAPI yg mendoakan si pesalah mendapat hukuman atau balasan yg setimpal.
Adakah ini yg dikatakan KEMAAFAN?
Adakah pihak yg bersalah sudah benar-benar di maafkan?
Maaf bukanlah dengan sekadar keluar di mulut atau anggukan kepala sahaja.
Perbuatan memaafkan itu meliputi segala-galanya – Perbuatan dan perkataan mestilah selari dengan apa yg ada di dalam hati.
Islam mewajibkan kita semua untuk berlaku BENAR setiap masa samada melalui perkataan dan perbuatan.
Bukankah penipu namanya kalau mulut mengatakan YA tapi hati pulak penuh dengan TAPI dan DOLAK-DALIK.
Bila sudah memaafkan, isu atau masalah yg berlaku hendaklah dipadamkan terus dari hati – tiada lagi dendam kesumat walaupun sekelumit.
Hati wajib dengan IKHLAS dan REDHA memaafkan tanpa sebarang TAPI, DOLAK-DALIK dan SYARAT!
Setiap kali Syawal menjelma, kita dengan ceria dan konfidennya mengucapkan MAAF ZAHIR & BATIN
Persoalannya, adakah kita benar-benar faham dengan makna MAAF ZAHIR & BATIN tu?
Zahir – kelihatan di luar, tampak dari luar, nyata pada pandangan (yg tersurat)
Batin – (dlm) hati, perasaan dlm hati: ia dukacita dlm ~nya; di peringkat itu, ~nya bercanggah lagi; 2. (bkn) jiwa: penyakit ~; 3. tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan: pertalian ~;berbatin bercakap (membaca) dlm hati;membatinkan menyembunyikan, merahsiakan;kebatinan(yg tersirat)
(Sekadar mengambil terjemahan perkataan dari Kamus Dewan)
Begitulah lengkapnya nikmat Islam yg diterima oleh kita. Amalan yg diijazahkan kepada kita bukan sekadar amalan luaran sahaja. Luaran dan dalaman, niat dan perbuatan haruslah selari – barulah amalan kita mendapat keberkatan, insyaallah!
Lihatlah bagaimana junjungan besar kita Rasulullah S.A.W berhadapan dengan musuh yg SENGAJA sentiasa mencari peluang untuk membinasakan beliau. Walaupun diasak dengan pelbagai perbuatan khianat, Rasulullah S.A.W tetap dengan IKHLAS memaafkan dan selalu berdoa semoga mereka semua diberi petunjuk dan hidayah.
Dengan memaafkan orang lain, kita sebenarnya membebaskan diri sendiri dari menanggung beban di dada. Jika caranya betul, insyaallah hati dan jiwa kita tenang – bebas dari segala nafsu amarah dan dendam. Janganlah menyimpan dendam kerana ia bisa merosakkan hati. Bila hati rosak, maka rosaklah semuanya… dan penyakit pun mudah singgah !
Sabda Rasulullah S.A.W,
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Jadi sempena Syawal yg semakin menghampiri penghujungnya, saya sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah saya terhadap anda, samada sengaja ataupun tidak…
Semoga kita semua akan IKHLAS memohon maaf dan memaafkan sesama kita… LUAR dan DALAM!
Akhir kata, Selamat Hari Raya sekali lagi – MAAF ZAHIR & BATIN!
Ikhlas dari hati,

p.s – Untuk makluman, Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar) kawan baik saya tu baru saja disahkan doktor mengidap penyakit kencing manis dan bakal berdepan serangan penyakit buah pinggang. Mungkin kerana stress kot? Manakala Scha Al Yahya (juga bukan nama sebenar) kini sedang hidup bahagia di JB bersama suami tercinta dan 4 orang anak yg comel serta gebu… ![]()
![]() |








hoo…. tatau nk kesian ke x kat fahrin tuh…. kesian kot sbb dia x leh time kenyataan…. =p
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:46 pm:
Reply
maaf bermaafan di hari deepabali… huhuhuhu
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:43 pm:
hahaha!
mintak maaf bila-bila pun ok… janji ikhlas!
Reply
ha? scha tu dah kawen ke?
kesian plak fahrin tu. memilih sangat ke..
mesti tak best terpaksa jumpa ex time mengacara program sehati berdansa. sama la time dia dengan linda onn. terpaksa mengacara atas dasar profesionalisma
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:39 pm:
Cerita di atas bukanlah nama sebenar ye… takde kena mengena dengan mana-mana pengacara sehati berdansa ye…
Reply
Salam Bro Ubi,
Sama kita memohon maaf di atas kesalahan zahir dan batin yang telah dilakukan secara sedar atau tidak sedar.
Bro Ubi bila lagi nak buat cenderamata terbaru, dl dah beli mug, skrg buat t-shirt atai cap ker.
Minta maaf dan minta tolong kerana menyusahkan bro Ubi.
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:38 pm:
W’salam Miqdad…
Samalah kita bermaafan…
Mengenai produk tu, insyaallah akan datang dalam masa terdekat ni… tunggu je pengumuman daripada saya…
Reply
kesian~~
lagu maafkan kami tuu
aku pernah guna tuk pujuk pmpn
kui3…mmg menjadi;p
bro ubi..soal hati mmg susah..
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:36 pm:
hahahaha! pandai ko ye! biasalah, soal hati memang boleh tipu punya…
Reply
onizuka reply on October 23rd, 2009 10:04 pm:
yup…aku mmg pandai..haha
tapi aku rasa biasa lar…kdg2 kita x bersedia maafkn org tu (soal hati)..tapi dah dia mintk maaf..x kan nak kata “x maafkn plak kan”..nnti lg kaco bilau…x gitu ubi??
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:48 am:
yelah… pandai-pandailah kau ye…
Reply
salam ubi. saya ada fax, email, call n sms u, tapi tak berbalas. pliz cek ur email. tq.
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:35 pm:
Email sudahpun dibalas…
Reply
Tapi, kalo kita dah mintak maaf dan org tu dah memaafkan kita (melalui ucapan), dan bila dah lama-lama tu diungkitkan semula oleh org yg memaafkan mcmane plak eh?
:S
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:34 pm:
Maknanya dia belum betul-betul memaafkan… kalau dah maaf betul-betul, mesti dia dah lupa dan takkan ungkit lagi… walahualam…
Reply
lumrah mnusia..
mlut kate lain ati kate lain..
xpernah nye nk btol..
sme la kte ek..
sy pn nk mntak maaf zhir n btin kpde smue
andai de t’ksar bhse dlam b’kate, t’lnjur p’buatan n smue nye la..
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:31 pm:
Yolah… pakcik pun samo… jgn risau, dosa ekau pakcik dah ampunkan sampai tahun depan
Reply
ko ni terallu memuja pmpuan lah…pmpuan cantek ni bila da ramai jantan terliur puji2 mmg jadi camtu..naik kepala…si fahrin bukan nama sebenar tu di beri kesakitan atas dunia,insyaallah di akhirat diringankan..tak sume org yg idup bahagia atas dunia bahagia kat akhirat jugak… ko henti2kan la memuja wanita dek kerana rupa luaran dia… kecantikan wanita bukan terletak pada kegebuan dia lah..muak aku baca tulisan ko..mcm tak pernah tgk pompuan
Reply
Ubi reply on October 21st, 2009 3:29 pm:
Terima kasih atas pendapat. Maaf sekiranya memuakkan Cik dengan tulisan saya. Yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan… jika muak lagi, sila jgn baca dah…
Reply
onizuka reply on October 23rd, 2009 10:01 pm:
mai aiihh..sabor la ena
aku tgk ok je tulisan ubi ni..
besa ah laki, suka tgk pmpn cantik…
tapi x semestinya pmpn cantik tu dijadikan isteri
..mcm pmpn suka tgk beg channel tapi x beli pun..
last2 beli jugak beg keluaran batam..haha
- ianya fitrah manusia je…suka kan sst yg cantik,
tapi akhirnya perlu pilih yg terbaik & sesuaiiiiiiiiiii!
Reply
fuh..berjaya jugak tamatkan kisah suka duka si fahrin ahmad.
bagus juga persoalan ni ditimbulkan.
selalunyalah di pagi raya org lafazkan maaf zahir batin tapi hanya di bibir. jarang benar yg betul² maksudkannya di hati.
macam kena kat diri sendiri la pulak haha
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:48 am:
samalah kita… heh!
Reply
kalau dendam disimpan lama, busuk jadinya hati, sebab tu boleh sakit.=)
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:51 am:
tau takper…
Reply
betul3. tapi, macam mana kita nak tau orang tu betul2 ikhlas, ye? kadang mulut cakap lain, hati cakap lain. Hanya Allah Yang Tahu ^.^
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:52 am:
yg penting kita tau apa yg dalam hati kita…
Reply
salam selepas syawal..
biasanya org akan memminta maaf di pg syawal. dengan alasan ‘hr raya ni, bermaafan la’ y kite msti tgu syawal br nk mintak maaf? kenapa x bila2 ms je?
mmg melafazkan maaf tu mudah. tp tahu x apa yg da terjadi kat org yg perlu memaafkan tu? betapa sakit dan siksanya dia menanggung? tp dengan mudah pesalah hanya meminta maaf. hany dengan kata maaf bnda ni dapat dilupakan… patutkah??
tu la, ble buat sesuatu tu x pikir dalam2, x pikir habis2.. sebab nanti klau tersalah buat, boleh mintak maaf je kan? mudah, senang, simple…
klau la kata maaf tu blh dijual beli, tntu x de nilainya lagi.. tah2 melambak2 kat tepi jln.. kutip je la.. betapa rendahnya nilai ‘maaf’ kini..
based on ur story above, kite tahu yg fahrin akhirnya merana sebab scha.. tp kite tahu ke klau2 scha tu pn punya masalah dalamn yg x diberitahu? ya, mybe kita tahu yg dia bahgia.. mybe hanya di depan kite.. tp sebaliknya tidak..
sesungguhnya setiap perbuatan kita itu akan dibalas samada cepat atau lambat je.. dan samada kiter perasan atau x yg kite da trime balasan tu..
personally, sy sndiri jenis org yg payah untuk memaafkan org (pada hal2 yg berat je la cthnya cam kes atas td).. sebab pd sy, kata maaf bukan semudah itu.. tapi sy x la kata sy maafkan dia klau hati sy kata tidak..
kepada si pesalah, sebelum melafazkan kata maaf, pikirlah apa yg patut dilakukan.. bukan mengharapkan cagaran, tapi sekurang2nya setimpal dengan kesalahan yg pernah dilakukan.. paling x pon, sejuk la skit hati si mangsa…
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:54 am:
sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yg terindah… bermaaf-maafanlah ye… tak baik simpan lama-lama dalam hati tu… sedangkan nabi pun ampunkan umat!
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:55 am:
yg penting jgn hipokrit… mulut kata maaf tapi hati kata lain…
Reply
erm, macam faham. tapi macam tak faham pun ada. yang nyata aku boleh faham adalah lukisan ko bro
adeh kebetulan bukan nama sebenar fahrin dan scha ya? kah3
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:56 am:
buat-buat je paham walaupun tak paham!
Reply
ingat ending die fahrin kene H1N1..adeh..kencing manih rupenyee..sian die..single lagi ke fahrin tersebut bro?? hahaha
Reply
Ubi reply on November 21st, 2009 5:56 am:
apasal? berminat ke?
Reply
yg cf fahrin tu pon 1 yg dio biar je awek dio tu napo??well salah dirisendiri tu…. klu gua jd awek dio gua blah klu dah dio xpndai jago…….
Reply
ble aku bc cter ni, aku tkunang-kunang zaman aku study dl…cter ni lebih kurang tragisnya ngn apa yg pnh aku rs…mmg t’tonggeng la frust ms tu…
Btol ckp bro UBI tu…dh lbh 5 tahun tragidi clash aku ngn dia…n aku dh maafkan x-awexs aku tu..”TAPI” (ada gak tapi)…aku still x dpt lupa apa yg dia dh buat kat aku…nk je aku terjun tiruk atas perut minah tu…hmm biar la, lgpn dia dah kwen thn 2007 lps…penah gak dia cari aku sblm ni, tp aku wat xtau je…tkot pisang bbuah lg (pisang gak yg salah)
TAPI aku xdela nk doa yg buruk2 kat dia…biar la aku ngn dunia aku…dia?? lantak la nk jd pe pn…aku xnk ambik tau hehe….
Reply