Suatu Ketika di Zaman Jahiliah – Majalah Ujang
March 11th, 2009 | Oleh Ubi | Majalah UjangUntuk entri kali ni, saya nak berkongsi dengan anda beberapa kenangan silam di zaman jahiliah sewaktu saya bersama dengan Majalah Ujang.
Cuma takde idea dan malas nak tulis banyak-banyak.
So, let the pictures tell the stories…
*Maaf sekiranya ada beberapa gambar di bawah ini kabur atau rendah kualitinya. Untuk makluman, kesemua gambar ini diambil menggunakan kamera analog zaman dahulu dan telah lama diperap di dalam album – Penulis merangkap tuan punya album gambar.

1994 – Mula bekerja full time di Majalah Ujang. Semangat masih membara untuk berkartun dan berkarya. Meja saya sebelah dengan Sukun. Kat dinding tu boleh nampak carta dateline dan target…

Karya saya di Ujang bermula dengan Lawak Antarabangsa dan diikuti Budak Hostel. Kerana baru habis sekolah dan dah jauh dari mak bapak, saya mula simpan rambut panjang supaya nampak lebih cool dan metallica konon! (pengaruh rakan-rakan kartunis terutamanya Gayour).

Dari kiri: Gayour, Edel Yusof (ilustrator Usop Sontorian), Ubi (yg mencangkung), Kobis Bunga, Petai, Linda (typesetter), Jering dan Sukun.

Dari kiri: Genesis, Retah, Leen Mafia, Ubi, Azim Salleh (editor novel), Bijan (mata stim) dan Jering.

Dari kiri: Ciku, Ubi, Edel Yusof (ilustrator Usop Sontorian), Halia (yg botak tu), Sawi, Duku, Leen Mafia dan Kumin (bekas anggota kumpulan KU2).

Bekerja dalam suasana yg enjoy dan ceria sewaktu di bawah pentadbiran Brader Ujang. Kalau kerja enjoy dan ceria, mestilah kartun pun best dan kelakar kan?


Majalah Ujang yg pernah popular dan menjadi kegilaan ramai di suatu ketika dahulu. Masa promosi atau pesta buku memang gerai kami sentiasa penuh dengan pengunjung. Tangan memang lenguh sain otograf ngan salin nombor telefon awek-awek!






Beberapa keping gambar bersama peminat ketika acara promosi dan lawatan ke opis Ujang. Adakah anda atau sesiapa yg anda kenali ada dalam gambar-gambar di atas?

Kartunis Duku (Hang Lekuk) dan Sukun (Workshop) – dua orang yg paling rapat dengan saya di satu ketika dahulu. Gambar ini diambil ketika mereka cuba menjadi model untuk iklan produk Ujang tetapi telah direject atas alasan terlampau kontrol hensem sangat!

Sukun jugak tinggal serumah dengan saya. Boleh dikatakan kami serasi dan dialah member baik saya yg paling banyak berkongsi susah senang bersama…

Kerana terlampau kamceng, pada suatu hari kitorang berdua telah sepakat untuk sama-sama gunting rambut pendek pasal ikut metallica yg dah tak rambut panjang lagi. Kah kah kah kah!
Bersambung dengan banyak lagi gambar dan kenangan semasa saya berambut pendek pulak… >>>
Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.
Tag: Kartun, kartunis, kartunis ubi, Komik, lawak antarabangsa, Majalah Ujang, metallica, ujang
![]() |







Salam,
Bro Ubi, masa skolah dulu tak ingat la darjah berapa, pernah la ikut sekolah buat lawatan gi ofis Ujang nih. Tp rugi gak la sbb tak amik gambar. hehehehe~ anyway sempat jumpa bro Ubi ngn bro Sukun. Mmg ingat sgt la rambut dia yg trim tepi tuh, siap mintak otogerap dia lagik, dia lukis si Cupin. Tp buku tuh ntah ke mana
. Tht was years ago, now saya dah 26. heheeheheh =)
anyway great memories…
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:54 pm:
Salam Ieja,
Ye ke kita pernah jumpa?
Semoga kita akan jumpa lg disuatu hari nanti. All the best!
Reply
aper cerita skang ujang ni erh? aku ni penggila metallica gak nie tp sayang xleh bela rambut panjang! jeles aku.. walau band metallica dan rambut pendek. aku tetap nak bela rambut panjang
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:51 pm:
mcm-mcm cerita…
kalau minat, pastikan hajat tu tercapai di suatu hari nanti…
Reply
Hehehe.. Best juga layan gambo2 lama…
Lepas ni projek kita pulak masukkk …
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:47 pm:
hahaha! Insyaallah!
Reply
Bro Ubi..ni zaman-zaman rock kapak ni..hehehe…memang muka sama ngan karaktor kat majalah ujang..aper projek skang bro?
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:46 pm:
mana ada rock kapak… ni zaman grunge kurt cobain lah! hahahaha!
Skang ni masih lukis kartun lg… cuma dah tukar jd kartunis bebas
Reply
bila aku usha2 gambar ni..
ada satu benda aku dapat teka..
hehe
awat dalam suma gambar tu senyum semcm je..??
haha..kantoi takut kamera, xpun mmg jenis control ensem ni..haha..control macho la katakan
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:45 pm:
Tangkap gambar mestilah kontrol hensem beb! Memang dah senyum camtu nk buat camana…
Reply
Hensem arr…Abg Ubi dulu…Caya lah….
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:43 pm:
Bodek ye? hahaha!
Reply
Muhd Nazim reply on March 13th, 2009 6:48 am:
Taklah! Betul hensem.
Reply
Bro Ubi,
Pertama, Genesis tu Melayu atau Cina?
Kedua, apa citer otai2 kartunis di majalah ujang yang kini tidak bersama ujang selain bro dan bro ujang seperti Leen Mafia, Jering, Tembakau dan lain-lain?
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:42 pm:
Genesis tu cina yg buat kartun pasal kaki judi tu.
Jering skang ni jd pelukis bebas jual lukisan kat galeri, Leen Mafia lecturer kt UiTM Melaka dan Tembakau jd org kuat utk satu company animation kat Subang
Reply
Salam Ubi…hehehe…awat zaman dolu2 punye gambar dikeluarkan…malu dong…keh2…anyway pls keep in touch ye…taukan saya yg mana satu…
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:40 pm:
gambar zaman dululah elok dikeluarkan. Tgh muda remaja lg…
Rasanya saya tau awak yg mana satu
. Anyway, all the best!
Reply
onizuka reply on March 12th, 2009 10:20 am:
bro..ni zurina yg mana satu ni???
hai..hehe
Reply
Ubi reply on March 12th, 2009 10:34 am:
zurina lain ni… nama dia hanya kebetulan aje
Reply
wa… rindu lak ai bl tgok gmba2 brader2 kartunis nih.ha3 smua baju2 stail grunge, rockers gtu.. zaman tu la kan? hik.. ape yg zaman jahilnye bro? xfaham…
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:38 pm:
a ah… ni zaman kurt cobain, nirvana tgh naik naik ni. Zaman jahil tu maknanya tgh muda lg… byk benda yg kita tak tau…
Reply
nostalgila sungguh.. 2 kotak koleksi majalah ujang saya telah dijual dgn jayanya oleh bapak saya yg dikasihi kpd tauke paper lama.. huwaaa..
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:36 pm:
suratkabar lamaaa!!! hahaha! kesian dia…
Reply
Sukun ni dulu kalau lukis mesti kadang2 selit lagu XPDC..
Leen Mafia penah jadi lecturer kat UiTM Melaka kan?
Kartunis DUku cerita dia memang menarik. Hang Lekuk tu ada yang tersirat disebaliknya..
Bro Ujang (Ibrahim Anon) takde ke…
Aku minat citer dia tapi masa dia kat Gila-gila..
Masa dia kat Ujang nampak kureng berkarya.. Lepaih tu dia blah Ujang buat majalah sendiri terus aku tak tau apa perkembangan dia.. Ko tau ke Ubi??
Reply
Ubi reply on March 11th, 2009 10:35 pm:
skang ni Ujang baru selesai siapkan drama ‘Aku Budak Minang’ versi tv untuk RTM. Drama 13 episod ni arahan Zulkifli M Osman. Rasanya dlm sebulan dua ni masuk TV la kot
Reply
fuhhhh, abg Ubi agak jambu ketika remaja. keh keh keh…
boleh dikatakan yg saya masa era Ujang, adalah masa tumbesaran saya ketika sekolah menengah 1993 – 1995.
bila tgk kartun ubi, teringat kawan skolah yg duduk sbelah sy. dia minat gile dgn kisah Budak Hostel. skg ni dah pun jadi kapten dlm tentera darat.
masa sekolah tu jugak le sy bercita² nak jadi kartunis. tapi malangnya x cukup bakat dlm bidang melukis
oh ye, itu hari tersempak dgn brader ujang kt alamanda
Reply
Ubi reply on March 12th, 2009 4:46 am:
takpe.. mungkin kerjaya sekarang ni lg sesuai kot
Apa yg Ujang buat kat Alamanda tu?
Reply
Farizal reply on March 12th, 2009 10:27 am:
kalau x silap saya, time tu ada Gila-Gila bukak booth kat situ. ada gak beberapa kartunis tgh melukis caricature
then, maybe ujang ada sekali join event tu…
oh ye, dulu masa saya nak jadi kartunis, ada dtg ofis Ahmad Kamel (Ades) kat kuala kangsar. member sy satu kampung dgn kamel yg kononnya boleh rekemen sy jadi kartunis. sekali kamel tgk kartun sy, dia cakap praktis lagi. hahahaha… terus lemah smangat. kah kah kah.
Reply
Ubi reply on March 12th, 2009 10:38 am:
memang byk yg give up bila kena reject ngan bila kena suruh prektis
takpelah, kalau sumer org jadik kartunis sapa plak nak tanam padi kan?
Reply
cayalah mengimbau kngan lame..ujang skrg dh xsme mcm dlu..ble la ujang nak kembali mcm dulu2..
Reply
Ubi reply on March 12th, 2009 4:44 am:
heh!
itu bergantung pada mereka yg masih bekerja di sana untuk menaikkan semula majalah tersebut…
Reply
[...] Suatu Ketika di Zaman Jahiliah II… March 12, 2009 | By Ubi In Majalah Ujang | [...]
cool giler lah bro!! huhu.. nanti turun opis lagi.. lepak2
Reply
Ubi reply on March 12th, 2009 10:02 am:
orait… nanti pun ada benda nak discuss ngan labanon
Reply
lor… leen mafia tu mmg sgt2 kecik rupenye…
huhuhu… sonok gak nengok gambor abf ubi tyme muda2 dulu ni… yg penting tang rambut nye tu…
ahaks….
Reply
Ubi reply on March 13th, 2009 7:17 pm:
hahaha! sebenarnya serabut gak rambut panjang tu… macam-macam hal nak kena jaga… tu yg tak lama tu… last-last pikir lagi senang rambut pendek
Reply
Salam…
Perrgghhh… Hensem gak la Ubi rambut panjang… macam Deanna Yusoff… Hahaha.. gurau ek Ubi!
Reply
Ubi reply on March 15th, 2009 3:49 pm:
hahaha!
Reply
wuhuu.. tgk gmbr2 lama ni.. terus mengimbau nostalgia sewaktu sy mula berkecimpung dalam dunia meminati majalah ujang… memang majalah ujang dulu lagi best dari skang…tapi sy tetap peminat setia majalah ujang… rindulah plak kat leen mafia, petai, duku…dah of kos abang ubi juga…
nasib baik sukun, ciku dan nik masih ada di ujang… cuma qayyum je jarang melukis skang…hmm….
aisehmen… rindu rindu…
(tak sabar nk tgk citer aku budak minang kt tv..)
Reply
Ubi reply on March 15th, 2009 3:47 pm:
heh… tima kasih atas sokongan selama ni!
Reply
Saya minat gile ngan lin mafia dulu2…hahaha..apa cite dia skang erk?
Reply
Ubi reply on March 15th, 2009 8:00 pm:
dia skang ni jd lecturer kat UiTM melaka
Reply
Gambar ubi dengan kartunis ujang masa muda2 takde ke?
Reply
Ubi reply on March 20th, 2009 7:25 am:
ada tp dah hilang…
Reply
ubi, aku rindu gler la kat majalah ujang versi dulu2. Ujang skang len mcm je aku tgok. Mcm masuk angin la . lemau je. ko buat la balik ujang yg dulu2 tu. reunion balik bebudak(skang dah bapak budak) ujang dulu2 tu. rindu woooo. Aie mane aie? peciter dia?
Reply
Ubi reply on March 23rd, 2009 10:48 am:
lama gak tak jumpa Aie… dengar cerita skang ni dia kerja kat company animasi…
Reply
ciss! Kau Ubi,kau siarkan gambar ku?! Aku saman kau! Saje gurau..Anyway, Good luck bro..
Reply
Ubi reply on March 25th, 2009 3:54 am:
hahaha! pecah rahsia lu!!
Gud luck 2 u 2 bro!
Reply
khairul izzudin azirllah tu kartunis duku kan?? Buat apa skang nih?? Pepehal semuga berjaya dengan apa yang diusahakan.
Reply
Ubi reply on March 25th, 2009 5:38 am:
a’ah… kartunis duku yg buat citer hang lekuk tu. Dia pelukis bebas skang ni
Reply
abg ubi,nape syum xpnah nmpak gigi(merujuk kepada gmbr2 tersebut),abg xde gigi ar..hehe..gurau jer.
Reply
Ubi reply on March 27th, 2009 12:43 pm:
senyum kontrol hensem…
Reply
Alo bro Ubi,
mmg best la dpt tgk gambar kartunis dulu-dulu, teringat time wat rombongan sekolah dulu (tahun 95/96). Masih terkenangkan gelagat bro Sukun yg berangan nk jadik Izo XPDC (kata dia la).
Majalah Ujang yg lama-lama keluaran Kharisma Publication masih lagi tersimpan elok kecuali beberapa naskhah yg dh dimakan anai2 pada sebilangan mukasurat. Tp yg paling bermakna Ujang bilangan ke-2 (kali pertama beli Ujang, melekat smpai ke naskhah terkahir). Yg ni kalo orang nk bagi Rm10,000 pon xnak jual wooo… Sanggup buat frame sampai mak abah marah.
Kalo la semua kartunis dulu dapat berkumpul balik dan bekerjasama cam dulu kan ke bagus.
Reply
Ubi reply on March 31st, 2009 7:35 pm:
tima kasih atas sokonganmu selama ini…
Reply
budak ujang ni senior den kek smbk dulu,cerito ABM tu memang tarak tipu punyo.Den selalu jugak jumpo dio kat CM .
Reply
Ubi reply on May 3rd, 2009 3:08 pm:
dulu dia ada meniaga kat CM. Skang ni buat keja kat umah aje.
Reply
Erm, bro, gambar petai tadak ka? AKu minat gila sama petai..har har har
Reply
aku mmg mnt gla mjlah ujang time tu..(skul rendah)
smpai aku curik mjlh ujang kak aku n gntig suma krtun yg aku mnt..
naik angn la kak aku..hak3
mjlah ujang time tu mmg klaka abs..
krtun pon mmg lawa2..
mmg xrgi det kak aku bli..
mmg best n terbest..
kn best if kowg wjudkn suma tu blik..
under my fvret si ujang..hmmmmmmmm
Reply