Slumdog Millionaire tak logik?
March 17th, 2009 | Oleh Ubi | Motivasi & Muhasabah DiriAnda sudah menonton filem Slumdog Millionaire yg menang Academy Award tu?
Pada yg sudah, pastinya akan musykil dan tertanya-tanya tentang perkara ni – “Budak yg asal dan tinggal kat kawasan setinggan yg miskin melarat boleh terel cakap omputih ke?”
Ini kerana dalam filem tersebut ada menunjukkan budak-budak di kawasan tersebut mencari makan dengan menjadi pemandu pelancong kepada pelancong-pelancong mat salleh.
Suratkhabar dan pengkritik filem pun banyak kali membangkitkan mengenai isu ini.
Mesti ramai yg menyangka ni satu lagi elemen tak logik yg selalu dihidangkan dalam filem-filem tamil dan hindustan tu!
Sebelum anda menuduh lebih lanjut lagi, sila tengok video ni dulu…
Budak yg boleh bercakap 13 bahasa asing ni mencari makan dengan menjual bulu burung merak sebagai cenderahati kepada pelancong di tepi-tepi jalan.
Video ni pernah popular beberapa tahun dahulu dan diorang (tukang amik video) terjumpa dia semula yg kini sudah pun remaja serta masih lagi menjual bulu burung merak…
Kagum? Pelik?
Takde apa yg nak dikagum atau dipelikkan. Bila keperluan mendesak, manusia akan berbuat apa saja demi sesuap nasi.
Kalau anda lihat di negara-negara miskin, walaupun dalam serba kekurangan, kebanyakan rakyatnya suka BELAJAR dan MEMBACA. Ini boleh dilihat dengan karya-karya dan percakapan mereka yg penuh dengan isi serta pemikiran kritis.
Mungkin kerana kesusahan hidup memerlukan mereka sentiasa belajar dan berfikir untuk memperbaiki keadaan.
Kita di Malaysia ini bertuah kerana dapat menikmati hidup yg serba ada dan rezeki yg melimpah ruah.
Mungkin itu jugalah kenapa purata pembacaan buku rakyat Malaysia tersangat rendah jika dibandingkan dengan penduduk di India dan Indonesia…
Heh!
Fikir-fikir dan renung-renungkanlah ye…
Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.
Tag: Motivasi & Muhasabah Diri, slumdog millionaire
![]() |







Ini menunjukkan nak seribu daya… tak nak seribu dalih…
Ramai yang kat Malaysia tidak menguasai bahsa Inggeris kerana bagi mereka bahasa Melayu sahaja sudah mencukupi (which is not so in this free society).
Mesej yang sama juga boleh diberikan kepada orang yang kata mahu belajar skill set lain, tetapi tidak melakukannya kerana seribu satu alasan.
Reply
Ubi reply on March 19th, 2009 2:29 am:
betul! ni jugak antara mesej yg nk saya sampaikan… nak seribu daya… tak nak seribu dalih!
Reply
Salam Bro,
Saya dah menonton filem nih…
…bagi saya, adegan budak2 di kawasan ‘merempat’ tu terel cakap omputih adalah realiti sebenar!!!
saya pernah sampai ke Nepal, realitinya sama, ramai kanak2 merempat& meminta sedekah…
mereka ini datang menghampiri kami(saya), meminta-minta sesuatu (duit)….dengan speaking English!!!English yg bagus,tak macam English kebanyakan orang Melayu kita,
…..mulanya tu pelik dan kagum juga memikirkan bagaimana budak2 ni boleh terel English,..bila tanya,mereka kata hidup terdesak …mereka selalu ‘mengemis’pelancong2 asing terutamanya dari Amerika & Eropah sebab matawang depa ni lebih tinggi!!!!~jadi utk mendekati org Amerika mereka kena bercakap English!!!
betul la spt kata Bro :-
“Takde apa yg nak dikagum atau dipelikkan. Bila keperluan mendesak, manusia akan berbuat apa saja demi sesuap nasi.
Kalau anda lihat di negara-negara miskin, kebanyakan rakyatnya suka BELAJAR dan MEMBACA. Ini boleh dilihat dengan karya-karya dan percakapan mereka yg penuh dengan isi serta pemikiran kritis.”
Mungkin kerana kesusahan hidup memerlukan mereka sentiasa belajar dan berfikir untuk memperbaiki keadaan”….
Reply
Ubi reply on March 19th, 2009 2:28 am:
dah tengok sendiri baru kita faham kan…
Reply
pergh..sokong lu la mansoradabi..xtau nk ckp ape dah..t’lalu t’haru tgk mamat 2 bleh kuasai 13 bhsa asing..
Reply
Ubi reply on March 19th, 2009 2:27 am:
Reply
saya pernah ke Vietnam. saya berbual dgn kanak² berumur 12 thn cakap english dgn fasih
siap bercerita sejarah Saigon City. keh keh keh…
yang peliknya, org yg kerja kat hotel yg sy duduk pun x sefasih budak tu.
Reply
Ubi reply on March 19th, 2009 2:25 am:
satu pengalaman yg best…
Reply
org lain dok pulun blajar bahasa omputeh utk upgrade kehidupan.. org kita dok buat apa? no offense.. kih2
Reply
Ubi reply on March 19th, 2009 2:24 am:
tau takper!
Reply
Kalau kita faham matlamat, insyaAllah kita akan usaha untuk menjayakannya.
Contoh: pengemis mahukan nilai matawang tinggi, jadi salah satu usahanya ialah ‘pandai english’. Supaya boleh memikat pelancong asing.
Walau bagaimana pun, bahasa adalah identiti bangsa. Harus dipertahankan dengan cara yang rasional dan dengan pendidikan (ilmu). Kita mesti pro-pendidikan dan bukannya emosi.
Kenapa boleh jadi emosi? Sebab macam bro cakaplah, tahap purata pembacaan buku rakyat Malaysia adalah rendah. Jadi, EQ dengan IQ tak balance. Hasilnya, ‘marah’ tapi tak tau apa yang di’marah’kan…ikut aje. Sebab rasa seronok.
*Tak sempat lagi tengok Slumdog.
Reply
Ubi reply on March 22nd, 2009 2:24 am:
saya setuju… setiap hujah dan pendapat haruslah disertakan dengan fakta yg kuat. kalau kita betul pun tapi hujah kita takde fakta dan mengikut emosi, silap-silap org akan kata kita bodoh sombong. just my 2 cents…
Reply
hmm. no wonder.
i envy him (or them).
Reply
Ubi reply on March 23rd, 2009 4:44 am:
diorang pun mungkin envy tengok kita
Reply
Betul la tu.. Keperluan mendesak yang menjadikan otak mereka lebih cekap berbanding kita yang banyak rehatnya.. huhuhuhuhu..
Reply
Ubi reply on March 23rd, 2009 4:51 am:
contohnya kita kalau kena kejar anjing… dlm keadaan terdesak tu terus terel lari laju ngan panjat pagar walaupun selama ni lembik ngan lemah aje… huhuhuhu…
Reply
salam bro ubi. sy bersetuju dgn pndpt bro, mmg tak pelik la… sy belajar kt mesir ni pun selalu jumpa budak2 (peminta sedekah) yg boleh menguasai berbahasa inggeris bila diaorg ni mendekati dgn pelancong2 asing. yg nak sy kongsikan bersama disini, sy pernah bertemu dgn seorang penjual(org arab) bila sy mgunjungi kedainya (dia jual cenderamata) di kota kaherah, bila dia tahu je kiteorg dari malaysia, siap ckp melayu lagi… fasih pula tu!
Reply
Ubi reply on March 23rd, 2009 10:42 am:
dengar banyak cerita psl ramai tok syeikh kat arab sana yg pandai cakap melayu…
Reply
rata2 pendapat di sini menyokong kenyataan bro ubi.. sy juga tdak terkecuali…
apa yg menjadi masalah di negara kita… dan masalah pendidikan dan penguasaan bahasa yang saya maksudkan… ialah apabila mereka selesa dengan apa yang ada, cukup sekadar berpuas hati maka tidak perlu untuk belajar perkara baru. mereka rasa dengan setakat lulus bahasa melayu (tidak perlu cakap ttg bahasa inggeris, bahasa kebangsaan pun ramai yang gagal!), boleh cakap bahasa melayu dan tidak susah untuk cari makan di tempat sendiri dengan ilmu yang cetek itu maka penguasaan bahasa diabaikan.
saya ambil contoh situasi saya dan pelajar saya… pelajar luar bandar di sabah. mereka menggunakan bahasa melayu sabah sebagai bahasa pertuturan dan oleh kerana kebanyakan guru semenanjung cuba untuk menyesuaikan diri di sana, mahu mendidik mereka dengan sebaik mungkin, maka guru yang belajar menggunakan bahasa melayu sabah… malah sampai ke tahap belajar bahasa etnik mereka seperti bahasa dusun… jadi, mereka selesa begitu. dan terus hidup dengan keselesaan, tidak nampak di hari apa yang akan berlaku di hari depan… dan ujian bahasa melayu… ada yang gagal! saya bukan cakap pelajar sabah saja, pelajar kelantan juga *memandangkan sy berasal dari sana.. so tak bias la kan? hehehehe*
Reply
Ubi reply on March 24th, 2009 9:58 pm:
saya pun ada sorang kawan mengajar di sekolah anak2 org asli yg mempunyai pengalaman yg serupa. dia cakap nak salahkan bebudak tu pun tak bleh jugak. mungkin ada sesuatu dlm budaya masyarakat mereka yg merasakan pendidikan formal ni tak penting dlm hidup.
dia pn cakap, beban tugas ni tak boleh digalas oleh cikgu aje. mungkin ibu bapak pun perlu campur sekali. cuma masalahnya ibubapak pun lebih kurang jugak.
masalah kurang perhatian ibubapak ni rasanya ada gak kat bangsa lain (terutamanya melayu). cuba tengok budak2 yg cemerlang (tak kira apa bangsa sekalipun)… mesti mak bapak diorang tu serius dan faham tentang kepentingan ilmu untuk masa depan…
just my another 2 cents…
Reply
saya pon terasa pelik camne filem ni boleh menang mengalahkan filem yang lebih besar bajetnya dan popular.then saya try tengok ceritanya.memang banyak pengajaran dan maksud tersirat dari cerita ni.
ya .keperluan hidup mendesak untuk mendapatkan sesuatu.
Reply
Ubi reply on March 26th, 2009 6:36 am:
yg mahal tak semestinya bagus dan yg murah tak semestinya tak best kan!
Reply
haha..
bru tjumpe blog bro ubi ni, link dri blog bro ujang..
menarek2..
japgi saya subscribe.
sebenarnya hidup kat India ni bukan susah untuk org2 miskin je, hatta org2 kaya sekali pun..
kat kolej tempat saya belajar ni, semuanya (selain saya, saya anak subsidi k’jaan, =p ) anak2 org kaya.
Walaupun kaya, masih lg terikat dengan sistem kasta / hierarki masyarakat hindu. Sbg contoh, sorg rakan sekelas, org Delhi, tak dapat masuk kolej k’jaan (yuran murah) di Delhi sebab kuota dah disapu golongan Brahmin (dia golongan Shatria).
Terpaksa lah die memohon masuk ke kolej swasta (kolej kami) yg jauhnya 3 hari naik keretapi dari Delhi, & yurannya 6x ganda.
Sebelum dpt masuk ke kolej ni, dia kena berdepan mcm2.
Seat utk 500 org, pemohon ada 500,000 org.
Jadi diorg kene amek entrance exam (yg super susah) klau nak masuk.
Enam bulan sebelum entrance exam diorg x buat pape selain pergi tuisyen, nak bersedia utk entrance exam..
Jadi, kalau dah kaya pun kena struggle camtu, apatah lagi bagi masyarakatnya yg miskin tu..
mungkin pihak yg mengatakan unsur2 tak logik tu membandingkan kanak2 slum tu dgn kanak2 sebaya di m’sia, mungkin..
Reply
Ubi reply on March 31st, 2009 7:40 pm:
belajar kat india ke skang ni? all the best 2 u!
Reply
mekasih..
dulu minat gila ngan sume kartun dlm Ujang..
bang ubi ajak la bro ujang wat team mcm dulu blk..
musti dasat…
Reply
Ubi reply on April 2nd, 2009 5:06 am:
insyaallah, kalau ada jodohnya, mungkin kitorang akan bersatu semula…
Reply
kat india,even tukang cuci kasut pun reti ckp english..tu beza antara negara kite n negara india…(sy duk di india)..org melayu hanya tahu bahasa melayu saja..we are so lag behind
Reply
Ubi reply on April 21st, 2009 2:00 pm:
duk kat india study ke?
Reply
saya tonton film ni kerana teknik penggambaran serta musik yang diselitkan dalam film ini…cita ni mcm cita hindustan versi matsaleh …tu jer…film yg bagus teknik penggambaran beserta musik yg kena serta jalan cerita yg boleh mengusik jiwa mmang saya minati..
Reply