Layan Siti Nurhaliza di Secretaries Week 2009
May 3rd, 2009 | Oleh Ubi | Bulletin,Review,UmumSetelah sekian lama melepak, berpoya-poya dan menghabiskan beras mak di kampung, saya dengan berat hatinya terpaksa kembali semula ke KL pada 20 April minggu yg lalu.
Ikutkan hati yg malas ni, saya sebenarnya masih seronok nak lepak lagi kat kampung… masih tak puas makan tido dan mengushar awek-awek kampung yg baru meningkat naik.
Tapi niat suci tu terpaksa dibatalkan kerana pada lusanya (22 April) Siti Nurhaliza ada buat lunch show kat Quality Hotel sempena dengan sambutan Secretaries Week 2009. Dan kebetulan pulak saya ada dapat tiket free untuk show tu…

Tiket show ni diberi dan ditaja oleh Datin Siti Khadijah – salah seorang pelanggan yg pernah menggunakan khidmat design kartun saya dan kini bertukar menjadi rakan.
Mulanya fikir malas nak pergi… tapi bila mengenangkan saya TAK PERNAH lagi tengok Siti menyanyi secara live maka saya gagahkan juga diri. Walaupun dapat free, tapi rugi jugak kalau bazirkan aje tiket VIP (dekat ngan stage) yg harganya beratus-ratus tu. Lagipun inilah peluangnya untuk makan best kat hotel sambil cuci-cuci mata tengok SEKRETARI-SEKRETARI yg cun dan seksi… oh!!

Rupanya memang tak rugi dan tak membazir masa saya datang ke show Siti ni… Memang best dan pastinya akan menyesal seumur hidup kalau tak pergi!
Rasanya tak perlulah saya cerita banyak pasal kehebatan vokal Siti yg power dan mantap tu. Memang patutlah dia digelar diva dan sentiasa memenangi banyak anugerah muzik tempatan serta antarabangsa!
Pada mereka yg sangsi dan tak percaya ngan kemantapan vokal Siti tu, saya nasihatkan eloklah kalau anda saksikan sendiri persembahannya tu secara LIVE!

Selain dari show Siti Nurhaliza yg mantap tu, makan pun best gak. Program petang tu pun juga padat dengan persembahan lawak jenaka dari Dee (Jangan Ketawa) selaku MC dan acara lucky draw.
Tapi yg paling best pada saya adalah kerana terlampau ramainya awek-awek yg cun bergaya lagi seksi di program ni (98% hadirin adalah perempuan). Di kiri, kanan, depan dan belakang saya memang sarat dengan diorang ni. Kenyang mata saya berkenduri sakan petang tu!
“Oh Tuhanku… ampunkanlah dosa hambamu yg lemah lagi jahil ini…”


Selepas tamat acara, kelihatan semua hadirin berpusu-pusu berebut nak bergambar dengan Siti sampai terpaksa di tenteramkan oleh bodyguard. Saya tau sangat mustahil nak dapat bergambar ngan Siti time tu. So, daripada membuang masa mengejar benda yg gerenti tak dapat, adalah lebih baik saya buat benda berfaedah yg lain…

Dan di masa lapang tu saya berjaya memperdayakan sorang staf Quality Hotel yg ranggi untuk bergambar mesra dengan saya… Hehehe!!
Abang-abang dan adik-adik sekalian harap bersabar dan bertenang ye! Istighfar banyak-banyak!

Untuk memudahkan hidup, saya amik gambar berdua ngan bunting Siti ni aje. Sekurang-kurangnya tak balik ngan tangan kosong dan ada bukti nak tunjuk kat orang kampung bahwasanya saya ni pernah tengok show Siti live!
Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan buat Datin Siti Khadijah yg sudi menyeponsor tiket show ni. Kerana budi Cik Puan, saya dapat tengok Siti buat show live dan makan best kat hotel serta mengumpul berdozen dosa kering petang tu. Kalau ada tiket free tahun depan, jangan lupa kat saya yek!
Sekian sajalah untuk cerita yg melalaikan dan padat dengan dosa kering buat kali ini… berjumpa lagi di post-post yg akan datang!
Tag: hotel quality, minggu setiausaha, secretaries week, siti nurhaliza
![]() |








salamz
bestnya dapat tengok show siti tu, makan sedap, cuci mata lagi.hehe..dapat no awek hotel tu tak?
gua ada satu cadangan yang bernas tuk abg ubi la. apa kata buat satu contest dan hadiahkan pemenang tu dinner di hotel bersama ubi.
best tak idea aku tu
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 5:20 pm:
hahaha! ada ke org nk makan ngan aku?
Reply
Salam..
Hahaha… lawaklah UBI nih… Tak dpt gamba berdua dgn Siti, amik dengan bunting pun jadi! Huahuahua..
)
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 5:20 pm:
janji dpt tangkap gambo! hahaha!!!
Reply
knpe sorg je awek…
kata rmai..
rugi la xkmpul ramai-ramai…
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 5:16 pm:
yg ramai-ramai tu tengok aje cuci mata…
Reply
Huhuh….. dapat bergambar ngan bunting pon kira ok jugak. kira bukti jugak tuh sudah pergi. pasni bro tangkap plak ngan banner gambar siti, lagi besar. heee…….
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 5:14 pm:
hehehe…
Reply
hehehe…best nye dpt tgk show ct…heheheh
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 5:14 pm:
heh! besh! besh!
Reply
sy sebnarnya musykil…brader ubi dah kawen ke blom? huhuhu semua post dia ala gatal je cr penulisan… hehe jgn mare…wonder2…hahaha
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 8:33 pm:
buat masa ni tengah single lagi… esok lusa tak tauler statusnya camana… huhuhu!
Reply
[...] Baca cerita acara makan tanggung penuh gilang gemilang ni di sini >>> [...]