• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Selamat Ulangtahun yang ke 48 Malaysia!
» Jangan Pandang Belakang Anjing…

Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Facebook…

Sep26
2011
25 Komentar Oleh Ubi

Kata mereka padaku (yang membawa maksud lebih kurang begini)…

“Usahlah kau penuhi statusmu dengan kata-kata lawak jenaka mengarut kerana ia sememangnya lagho, membuang masa dan bisa melalaikan rakan-rakan Facebookmu yang tersenyum serta tertawa membacanya.”

“Tak perlulah kau ceritakan apa menu makan malammu tadi atau memuat naik gambar makanan tengaharimu nanti sedangkan di luar sana ada ramai rakanmu yang sedang menderita kelaparan disaat itu.”

“Jangan kau serabutkan statusmu dengan cerita masalah, kesusahan dan penderitaanmu. Adakah kau mengidap sindrom Kurang Kasih Sayang lalu inginkan perhatian dan belaian? Jangan ingat nasib kau sahaja yang malang, seolah-olah hanya kau seorang sahaja yang ada masalah di dunia ini!”

“Perlukah kau bercerita dan menayang segala gambar dan berita tentang pengalaman melancong serata duniamu itu? Apa yang nak dibanggakan sangat dengan naik kapal terbang dan berjalan di negeri orang tu? Entah-entah pergi ke sana buat maksiat…”

“Kenapa kau harus isikan masamu dengan menulis ayat keTuhanan dan nasihat mengajak manusia kearah kebaikan? Cermin dulu dirimu sebelum kau nak menyibuk dengan amalan kami! Jika kau tiada ijazah Al-Azhar panjang sedepa, serban sekati di kepala atau bukannya peserta akhir Imam Muda, kami tiada masa mendengar ceramah bosanmu yang poyo itu!”

“Kami jemu melihat gambar hasil karyamu yang memenuhi ruangan foto Facebookmu. Apakah kau mahu dunia tahu dan kagum dengan kehebatan bakatmu itu? Atau hatimu memang penuh dengan sifat sumaah yang sentiasa dahagakan pujian?”

“Elehh… baru sehari dua baca Harakah, Malaysiakini dan blog politik; dah memandai-mandai nak bangkang dan protes itu ini! Kau harus memandang politik dan ekonomi itu dari perspektif berbeza serta skop yang lebih besar. Dasar katak bawah tempurung!”

“Mestikah kau sebarkan berita mengenai kejayaan dan kegembiraanmu di Facebook? Tidakkah kau tahu bahawa ia pasti akan mengundang riyak di hatimu dan hasad dengki di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kamu?”

“Hebat sangatkah ahli pemikir dan falsafah dari Barat itu sehingga saban waktu statusmu dibanjiri dengan kata-kata hikmah mereka? Ya, tidak dinafikan banyak ayat-ayat mereka itu benar dan mungkin berguna untuk dijadikan panduan. Tapi kau harus sedar bahawa mereka itu semuanya Yahudi dan agenda utama mereka adalah untuk menyesatkan kita!”

…

Inilah kenyataan dilema dunia Facebookku kini…

Bersembang perkara duniawi akan dituduh sesat dan mengkhayalkan oleh puak A. Berceramah tentang akhirat boleh membuat jiwa dan sanubari B berasa resah. Berangan perkara cinta bakal ditohmah sebagai karat oleh golongan C. Berdebat isu sosial atau kehidupan bisa membuat gerombolan D terasa hati. Bila berkongsi anugerah dan bakat jelas akan membuat sang E tidak senang duduk.

Oh!

Serba salah aku dibuatnya…

Apapun tak boleh!

Waktu tiada Facebook, aku dikata sebagai kolot dan ketinggalan kerana tidak mengikuti peredaran semasa. Pernah juga dituduh sebagai pemalas dan sombong pabila statusku jarang dikemaskini. Bila aku menulis, macam-macam pula leteran dan bebelanmu!

Kamu harus faham bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai karakter dan personaliti. Kita menempuhi pembesaran, peringkat tuntutan ilmu dan pengalaman hidup yang berbeza-beza, lalu menjadikan kita berlainan di antara satu dengan yang lain, samada melalui pemikiran maupun tindakan. Perlukah setiap masa kita mahukan mereka menerima dan memahami kita sahaja?

Manusia membina perangai buruknya bukan dalam sehari dua dan mustahil juga untuk berubah menjadi baik dalam sekelip mata.

Jika ada antara rakan Facebookmu menulis sesuatu yang kau benci dan tidak cocok dengan jiwamu, janganlah terlalu cepat menghukum serta melenting. Halusi dulu kenyataannya, kenali orangnya dan cuba kau fahami isi hatinya. Terimalah rakanmu itu sebagaimana kau mengharap dia menerima diri kamu seadanya.

Untuk menjadi manusia yang hebat, kamu harus sentiasa mampu menerima, memahami serta dapat menilai segala kebaikan di sebalik keburukan pada tiap seseorang itu.

Sehitam-hitam tahi cicak wujud juga sedikit putih di hujungnya. Sebusuk-busuk tahi boleh juga dibuat baja penyubur tanaman.

Lihat dulu apa yang dikata dan bukan siapa yang berkata. Adakala mesej yang tersirat itu lebih bermakna daripada yang tersurat. Mana yang baik jadikan panduan dan apa yang buruk jadikan iktibar pada diri sendiri.

Sebenarnya aku amat berterima kasih kepada engkau, kamu dan dia yang sentiasa setia menegur serta sudi membetulkan sebarang kesilapanku sepanjang perkenalan kita. Aku juga terharu kerana keberanian dan kesungguhanmu berusaha untuk melihat aku, kami serta beliau berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sungguhpun begitu, maaf kerana aku memang tidak dapat menulis status Facebookku sekadar untuk menyenang dan menggembirakan hatimu. Aku lebih senang menjadi diriku sendiri, samada di dalam Facebook maupun di alam nyata.

Daripada berpura-pura untuk nampak macam bagus, lebih baik aku terus pencen daripada berFacebook!

Maaf sekali lagi kalau tulisan kali ini membuatkan engkau, kamu dan dia tersinggung.

Seperti yang aku katakan tadi, aku menulis ikhlas sebagai diriku sendiri dan bukan untuk nampak macam bagus di mata kau, A, B, C, D ataupun E.

Atau kau berfikir bahawa aku sepatutnya menerima dan memahami dirimu lalu aku patut berpura-pura menulis sesuatu yang dapat menggembirakan serta memuaskan hatimu di sini?

Jika begitu mahumu, mungkin lebih baik kalau aku terus pencen daripada menulis blog juga!

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Kartunis pun manusia, Umum - Tag facebook, Kartunis pun manusia jugak, Media sosial, Motivasi & Muhasabah Diri, Sosial network
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi bukan ...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Melay...
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampak d...
« Selamat Ulangtahun yang ke 48 Malaysia!
» Jangan Pandang Belakang Anjing…

25 Komentar Setakat Ini

  1. ainiee's Gravatar ainiee
    November 11, 2011 at 11:55 am | Permalink

    xsalah klu kte nk kongsi mslh ngan kwn2,mntk pendpt,drpd pendam,n xslah klu kte kongsi hal2 berkaitan agama xsemestinye perlu ada ijazah utk menegur sesama manusia,klu mcm tu kte tgu je lah ustaz atau ustazah utk tegur manusia yg slh ape akan berlaku pd dunia ini yg manusia semakin hari semakin ramai..jdkanlah mata telinga dan mulut untuk perkara yg baik..selamat beramal..

    Reply
  2. ghost writer's Gravatar ghost writer
    October 25, 2011 at 4:08 pm | Permalink

    mereka memperkatakan sesuatu tentang seseorang sedang ramai orang juga memperkatakan sesuatu tentang mereka.

    Reply
  3. Mezeena's Gravatar Mezeena
    October 4, 2011 at 3:07 pm | Permalink

    Dah namanya manusia.. sifat sikap macam ragam.. nak colek kat sini, sana tak kena.. nak colek sana, sini pulak tak rasa… nak colek suma tak boleh derrrr….

    Terimalah seadanya…

    Dan seikhlas hati,LIKE entry nie!!~ Semoga difahami apa yang tersurat dan tersirat…

    Reply
  4. airysh's Gravatar airysh
    October 2, 2011 at 1:53 pm | Permalink

    sabar yer dengan “DOA & ucapan” hamba allah tu …:)

    Reply
  5. Shafir's Gravatar Shafir
    September 26, 2011 at 5:25 pm | Permalink

    kerana nilah aku slalu rajin ulang alik bace blog ko ni ubi..sentiasa pnuh ngan mesej yg sinis,pedas tp tepat slalu kena muka aku ngan yg hat lain ;)

    pasni aku janji takmo sebok kaco org kat pesbuk lagi dah (menangis nyesal ni!)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 27, 2011 at 1:16 am | Permalink

      Hahaha! Maaf takde niat nak kasi tepat kat muka kau. Hanya ingin berkongsi sahaja ;)

      Teruskan mengacau kawan FB kau tu semua asalkan diorang tak sakit hati. Go! Go!

      Reply
  6. Shariza's Gravatar Shariza
    September 26, 2011 at 4:24 pm | Permalink

    Assalamualaikum tuan tanah Ubi..
    Ayat-ayat yg menyentuh rasa..
    Menikam kalbu mengguris rasa..
    hhuuuuwaaaa… terasa beb.. sinis.. tapi ada benarnya.
    sukar nak penuhi hati semua mata yang membaca.. nak puaskan citarasa kawan-kawan yg kat friendlist..maaf aku memang tak kuasa…
    Heehehe.. ape pun..
    All the best..
    I Like.. and dah share pun…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 27, 2011 at 1:13 am | Permalink

      Waalaikumusalam wahai penyewa tanah. Terima kasih atas pengshareanmu itu. Semoga akan bertemu dalam post akan datang lagi. I like! :)

      Reply
  7. h@ni's Gravatar h@ni
    September 26, 2011 at 4:13 pm | Permalink

    wow.. ubi is back..! well.. rasanya Ubi kena teruskan ber-facebook agar peminat2 Ubi dapat mengetahui perkembangan terkini Ubi.. All the best Ubi..!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 27, 2011 at 1:11 am | Permalink

      Terima kasih. Insyaallah selagi Mark Zuckerberg kata FB tu free. Kalau bayar mungkin akan resign kot ;)

      Reply
  8. onizuka's Gravatar onizuka
    September 26, 2011 at 2:59 pm | Permalink

    Apa celup nak ikut cakap orang..hehe
    apa2pn bagi aku, berserderhana lar kita dlam menulis
    status kat FB, gmbar suma.. x perlu terlalu tersurat sampe nak menceritakan segala masalh, x perlu jugak nak tayang gambar yg terSUPERRR seksi.. kalo kita sudah bersrderhana tpi masih ada yg nk mengondem…wat dek je bro ;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 26, 2011 at 3:24 pm | Permalink

      Gud! Kaulah mat celup sejati!! hehehe…

      Tulah pasal… Aku rasa aku takdelah terlampau sangat dalam menulis status atau mengupload gambar. Mungkin cuma ada beberapa lawak yang mungkin tersikit melampau yang macam aku tulis kat dalam blog ni. Tapi aku rasa (agaknyalah…) friends semua mungkin dah kenal karakter aku yang cuba bergurau dan buat lawak bodoh.

      Cuma ada 2-3 orang tu yang asik-asik PM tegur aku tiap kali aku update status. Mula-mula tu aku terimalah. Tapi asal tiap kali update mesti ada PM. Sorang tegur itu, yang sorang lagi tegur ini. Lama-lama anginlah satu badan…

      Apa… Fasha Sandha sangatkah aku ini? :D

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        September 26, 2011 at 8:43 pm | Permalink

        Fasha x kot, rosnah mat aris mungkn lar…gagaga
        nama pun dulu keje kat mjlh ujang, kalau
        x wat lawak bodoh, terguling2..mmg bukan kartunis la kn..hehe..aku pun baru add FB kartunis bendi..siap2 chat2 lg.. abis suma dia loyar buruk..haha
        rilex lar bro..jgn dilayan sgt org yg mengondem, perabih beras.. baek banje aku sarapn ke..berfaedah gak :P

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          September 27, 2011 at 1:10 am | Permalink

          Kau jangan layan sangat lawak-melawak ni… lagho, buang masa dan melalaikan tau! :D

          Dulu layanlah. Sekarang ni buang karan je. Saja je tulis benda ni kat blog… ada sikit benda nak cerita kan?

          Nantilah… kalau ada rezeki kau mungkin aku akan cuba belanja… diulangi… C.U.B.A ye… ;)

          Reply
          • onizuka's Gravatar onizuka
            September 27, 2011 at 8:16 am | Permalink

            Cuba tanpa usaha…ibarat pohon tanpa buah..
            so, kalo bro x nk jadi org x berguna..
            kena lar banje aku breakfast ;)

            Reply
            • onizuka's Gravatar onizuka
              September 27, 2011 at 8:19 am | Permalink

              untuk nama watak komik baru tu..
              aku suggest Rahayu Sakinah..
              ada yg panggil ayu..ada yg pgl kina..
              ok..pertimbgkn je :0

              Reply
              • Ubi's Gravatar Ubi
                September 27, 2011 at 8:44 am | Permalink

                Kau salah tempat ni. Harap dapat kembali ke pangkal jalan :D

                Reply
  9. zool's Gravatar zool
    September 26, 2011 at 12:42 pm | Permalink

    Rilek bro.. Dunia camtu le. ada je manusia yg tak puas hati. ala kalau dia tak suka, dia leh remove je.. pedehal….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 26, 2011 at 1:43 pm | Permalink

      Tengkiu Zool.

      Gua okey. Macam biasa je. Sekali makan tetap habis 3 pinggan. Takde apa sangat dgn masalah FB tu. ;)

      Cuba lihat posting ni dalam konteks yg lebih luas. FB hanya sebagai contoh shj. Kita hidup jangan hanya nak memuaskan hati orang dan menurut kata sahaja. Juga jangan asyik nak suruh orang menurut cakap kita sahaja. Give & take.

      Janji kita tau apa yang kita buat. Jangan jadi macam burung kakaktua – pandai menyebut tapi tak tau apa benda yg dia sebut, hanya main ikut-ikut… atau lembu yang dicucuk hidung – ditarik ke tempat sembelih pun dia turut aje…

      Heh! ;)

      Reply
  10. airysh's Gravatar airysh
    September 26, 2011 at 10:50 am | Permalink

    sinis tapi bernas …. :)

    nota jujur : saya amat terasa…huwaaaaaaaaaaaa :(
    nota bodek : bagus sekali kenyataan ubi ni…. saya suka
    nota marah : heh !!! apa ni , menyindir saya ke ?
    nota pujuk : bersabarlah ubi , ragam manusia …tak boleh tgk org lain senang & bahagia….;)
    nota akhir : selamat maju jaya UBI …:)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 26, 2011 at 1:45 pm | Permalink

      Jujur dan penuh kepalsuan sekali kamu ni… ;)

      Tengkiu bebeh!

      Reply
      • airysh's Gravatar airysh
        September 26, 2011 at 2:29 pm | Permalink

        hikhikhik ….

        welkam ;)

        Reply
        • Airysh's Gravatar Airysh
          December 22, 2011 at 12:18 pm | Permalink

          it was returned … seriously sedey no joke…. :(

          Reply
  11. artzam's Gravatar artzam
    September 26, 2011 at 9:46 am | Permalink

    hohoho..sungguh pedas lagi bernas kata2mu ubi..mgkn aku juga harus pencen dr Facebook..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 26, 2011 at 10:26 am | Permalink

      Mungkinnn… hahaha! :twisted:

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top