• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi
» Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Sep16
2008
8 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian…

Setelah berbulan-bulan berpoya-poya dengan post yg penuh dengan cerita awek cun dan kisah cinta lawak, kartun, dan pelbagai lagi cerita-cerita dunia yg melalaikan, sempena dengan bulan yg mulia ni apa kata kita penuhi masa yg terluang ini berbincang tentang rukun islam yang keempat iaitu ZAKAT…

Semoga kita semua dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai perkara ini… dan bila berbincang topik sebegini, saya berharap janganlah ada yg badannya berasap dan terbakar merasa bosan, tensen dan terus cabut lari dari membaca post ini…

Hadirin dan hadirat yg budiman…

Sebelum korang semua mencabutkan diri… izinkan saya menjelaskan sesuatu…

Saya bukan nak berceramah kepada korang mengenai topik zakat ni… pengetahuan saya dalam bab ni adalah amat cetek sekali… lagipun saya bukanlah ustat atau orang yg arif dan layak untuk bercakap tentang perkara ini…

Sebenarnya saya nak bercerita mengenai projek kartun terbaru saya yg bersangkut paut dengan perkara zakat ini…

Projek melukis kartun/komik ini adalah untuk SANZAF (The South African National Zakah Fund) – sebuah badan NGO berteraskan kebajikan yg bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagihkan zakat, fitrah, fidyah serta sedekah untuk penduduk Islam di Afrika Selatan.

Kesemua kutipan tersebut akan dibelanjakan untuk keperluan kewangan jangka pendek untuk keluarga miskin yg memerlukan. Dana itu juga turut digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan kemahiran – pelaburan jangka panjang untuk membantu kesemua fakir miskin tersebut supaya mereka boleh berdikari.

Banyak gak projek yg telah dilaksanakan oleh mereka ni… antaranya menubuhkan sekolah di kawasan kampung yang miskin; memberi tempat tinggal, makanan dan perlindungan ketika musim sejuk; melancarkan tabung untuk membantu mangsa bencana alam; mengagihkan makanan untuk semua orang miskin yg memerlukan dan pelbagai lagi projek kebajikan yg lain. Kesemua ini dilaksanakan untuk membantu mereka yg miskin supaya mereka tidak terasa disisihkan seterusnya mengembalikan kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan ini semua dilakukan dengan ikhlas hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Untuk projek kartun/komik ini saya diberi tanggungjawab untuk merekacipta satu watak kartun muslimah bernama Zakiyyah (lihat gambar di atas) dan melukis kesemua komik untuk siri ini.

Komik pendek yang bertajuk ‘Zakiyyah on Zakkah’ ini mengandungi sembilan siri kesemuanya. Ia mengisahkan Zakiyyah sebagai watak utama yg bekerja sebagai kerani di ibupejabat SANZAF. Beliau akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada semua ahli keluarganya bagaimana cara mengira serta membayar zakat.

Kesemua komik yg sarat dengan ilmu ini disampaikan dengan cara santai dan menghiburkan. Ia merangkumi perkara seperti zakat pendapatan, harta, emas perak, perniagaan, pertanian dan lain-lain lagi. Di bawah ini satu contoh bagaimana Zakiyyah bercerita mengenai cara mengira zakat emas dan perak kepada makciknya dari siri komik tersebut… (klik gambar untuk imej yg lebih besar)

Saya sesungguhnya amat gembira kerana telah dipilih untuk membantu melaksanakan projek ini. Ini kerana sedikit sebanyak saya dapat menggunakan kemahiran yang dikurniakanNya untuk menyampaikan mesej dalam membantu pembangunan Islam dan ekonomi umatnya. Projek ini juga secara tidak langsung memberitahu umum bahawa kartun dan komik juga boleh digunakan sebagai media untuk menyampaikan ilmu yg bermanfaat – bukan sekadar lawak atau hiburan ringan semata-mata, sebagaimana sangkaan kebanyakan orang!

Selain dapat belajar banyak ilmu mengenai zakat, banyak pengajaran lain yg diperolehi sepanjang menyiapkan projek ini…

Antaranya adalah betapa saya bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia ini… Betapa bertuahnya kita dapat hidup di negara yg agama rasminya adalah Islam…

Kita tidak perlu bersusah payah untuk mengerjakan segala ajaran dan perintah yg telah difardhukan ke atas diri kita ini…

Di mana-mana pasti akan ada masjid atau surau sebagai tempat untuk kita mendirikan sembahyang lima waktu sehari…

Setiap kali masuk waktu sembahyang pasti azan akan berkumandang di corong-corong radio dan televisyen untuk makluman kita…

Banyak kemudahan yg disediakan untuk kita melaksanakan pembayaran zakat dan fitrah sepanjang tahun…

Setiap orang berpeluang untuk menunaikan haji dan umrah dengan mudah melalui Tabung Haji yg disokong sepenuhnya oleh kerajaan…

Dan yang istimewanya, kita semua dapat hidup aman damai dengan limpahan rezeki yg tidak pernah putus-putus kurniaan dari Allah SWT…

Jauh berbeza sekali dengan Afrika Selatan…

Selain masalah ekonomi yg menghimpit, penganut agama Islam di sana yg dianggap sebagai golongan minoriti terpaksa berusaha dan bersusah-payah untuk melaksanakan kelima-lima Rukun Islam…

Mujurlah ada juga segelintir antara mereka yg tak mudah menyerah dan terus berusaha untuk memartabatkan agama Islam di bumi Afrika Selatan ini… Dengan semangat dan tekad yg kuat, maka terbentuklah badan kebajikan seperti SANZAF ini yg terus menerus berusaha menjalan dan menyebarkan syiar Islam meskipun terdapat banyak kekurangan serta halangan… Semoga usaha murni mereka ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat, insyaallah!

Jadi kepada kita semua yg dilahirkan di bumi bertuah ini, sentiasalah bersyukur dan menghargai segala kemudahan dan nikmat yg kita perolehi selama ini…

Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Aminnn….

p.s - Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yg telah membeli dan memuat turun Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi 2008… Mungkin kerana sokongan koranglah, saya masih mahu dan mampu melukis kartun sehingga hari ini…

p.p.s - Dan mungkin juga kerana  ini, saya mungkin layak dan dapat membayar zakat pendapatan/perniagaan yg lebih sedikit pada tahun ini… alhamdulillah!
:D

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Komik, Motivasi & Muhasabah Diri, ramadhan
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Kartun Malaysia Dalam Sejarah — Hanya ingin berkongsi ...
  • Baca Buku Dengan Bergaya Sekali…... — Ya, ini memang betul&#...
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi bukan ...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Ribuan...
« Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi
» Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

8 Komentar Setakat Ini

  1. afiq's Gravatar afiq
    December 21, 2009 at 7:20 am | Permalink

    mgkin lps2 ni blh wat kartun ttg aurat plk…hehe

    Reply
  2. KENTUT's Gravatar KENTUT
    May 26, 2009 at 8:19 am | Permalink

    SAYA MAU KOMIK AD&V TUUU… MCM MANA DEPA LEH BACA KOMIK TU SEDANGKAN SAYA TAK PON…. SYA PON NK GAK BACA KOMIK TU.. TOLONG LA BAGITAU SAYA CAM NA NK DOWLAN KOMIK TU.

    Reply
  3. hana's Gravatar hana
    September 23, 2008 at 6:46 am | Permalink

    mungkin umat islam yg tertindas lebih menghargai nilaian iman yang ada pada mereka berbanding kita yg hidup senang lenang di bumi Malaysia tapi tak tahu brsyukur dan taat pada Allah.

    jadi… sempena Ramadan ini, jom sama2 berubah jd baik dan kekal baik hingga ke akhir hyt ini. amin.

    Reply
  4. ZOOL's Gravatar ZOOL
    September 23, 2008 at 4:58 am | Permalink

    Cayalah bro..
    Dah tahap international..
    Dah kaya boleh belanja aku..

    Reply
  5. chokilala's Gravatar chokilala
    September 18, 2008 at 11:59 am | Permalink

    besnya ada kartun ttg zakat. comel. bila sketch autograph nak sampai kat umah? hehe

    P/S : zakiyyah zakiyyah.. penari gurun pasir ternama =P

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 20, 2008 at 7:42 am | Permalink

      hohohoho!!! :D

      p/s : sketch mungkin sampai minggu depan sebelum raya…

      Reply
  6. azuzafu's Gravatar azuzafu
    September 17, 2008 at 5:43 am | Permalink

    alhamdulillahhh..

    p.s: komik dah dpt, TQ!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 18, 2008 at 5:20 am | Permalink

      alhamdulillahhh…
      sampai gak akhirnya… :D

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top