• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Tengganu Dah Setel… Ni Turn KL Pulak!
» Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen…

Aug02
2009
50 Komentar Oleh Ubi

Salam buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini…

Maaf kerana sudah lama tak menulis. Banyak sebenarnya yg hendak diceritakan. Cuma saya terlampau sibuk untuk mengarang ayat-ayat power untuk anda kerana terbang ke serata Semenanjung untuk menjayakan workshop Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Masih ada 2 lagi workshop yg menanti di Sabah dan Sarawak pada 10 dan 12 Ogos ini. Sementara itu, adalah sedikit masa senggang untuk saya menyiapkan beberapa kerja yg terbengkalai dan menulis cerita-cerita tertangguh di sini.

Apa kata kita mulakan cerita tertangguh ni dengan mengenang kembali perjalanan jualan mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen yg berlangsung sekitar awal Jun yg lalu…

Pada pagi Ahad 21 Jun yg lalu, secara rasminya saya telah meletakkan jawatan sebagai Saudagar Mug separuh masa….

Ini adalah kerana kesemua 300 set mug Edisi Terhad Aku Dia & Volkswagen telahpun habis dipinang orang :cool: . Alhamdulillah, sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Kepada mereka yg telah sudi menyengkekkan diri semata-mata untuk membeli mug tersebut, ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan produk tersebut. Gua caya lu beb!! :D

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menjual produk kartun sendiri melalui internet. Walaupun sebelum ini saya pernah menjual Kad Raya Kartun Digital, namun pengalaman menjual produk fizikal adalah jauh berbeza dengan produk digital..

Banyak perkara yg saya pelajari dan perolehi sepanjang dua minggu bergelar Saudagar Mug separuh masa di internet ni. Tak kurang juga pengalaman berdepan dengan beberapa masalah yg tidak pernah dijangka sebelum ini…

Antaranya adalah serangan ‘tangan nakal’ yg membuat beratus-ratus pesanan palsu tanpa membuat pembayaran sejak dari hari pertama mug tersebut dilancarkan. Oleh kerana itu, pihak kami terpaksa membazirkan banyak masa membaca dan menyelidiki setiap borang pesanan yg diterima untuk pengesahan samada ianya betul ataupun palsu.

Dan kerana itu banyak kerja yg tergendala dan terganggu perjalanannya! :mad:

Mungkin masalah ini terjadi kerana saya banyak berurusan dengan ‘remaja’ dan ‘kanak-kanak’ (kecik dan dewasa) yg merupakan peminat komik dan kartun! Mungkin mereka juga beranggapan bahawa kartunis ni sentiasa bergurau senda dan berlawak sepanjang masa!. Kepada mereka-mereka yg disebut tu, diharapkan lain kali cubalah kawal diri dari membuat panggilan palsu yg membuang masa dan tak berfaedah tu… silap langkah boleh masuk jel macam iklan kat tv tu! :evil:


(Antara stok mug yg sedia untuk dibungkus)

Kerana kuantiti mug yg melampau banyaknya (lebih kurang 600), saya terpaksa mengupah tenaga tambahan untuk kerja pembungkusan dan penghantaran. Mulanya pening gak memikirkan kat mana nak import pembantu tambahan ni…

Mujurlah adik ipar saya, Wawa (isteri adik saya) sudi menyumbangkan masa dan tenaganya demi menjayakan projek ini. Kepada Wawa, ribuan terima kasih diucapkan… jasamu akan sentiasa dikenang! :)


(Contoh mug yg telah diautografkan oleh saya)

Bahagian saya pula adalah untuk memastikan setiap mug dilakar dengan autograf watak kartun Ubi dan Zurina mengikut nama serta mesej  yg diminta oleh para pembeli. Untuk bahagian ni, semuanya perlu dilakukan sendiri kerana takde orang lain yg boleh tiru stail lukisan dan tandatangan saya. Lagipun tak bestlah kalau orang lain yg buat, tak bolehlah nak kata autograf tu original daripada Ubi!


(Air bubbles pada pembungkusan untuk memastikan mug selamat dihantar)


(Gambar mug yg sudah selamat disemadikan dalam kotaknya)


(Antara mug yg sudah siap dibungkus dan sedia untuk dihantar)

Untuk makluman, banyak juga pesanan yg diterima dari luar Malaysia. Ada yg dari Singapura, New Zealand, Jepun dan juga Jerman. Kebanyakan mereka ini adalah rakyat kita yg sedang belajar, bekerja dan telah berhijrah di sana. Kesemuanya pernah membaca dan meminati Aku Dia & Volkswagen ketika di bangku sekolah.

Oh, terharu sungguh dibuatnya! :D

Namun begitu, ada banyak juga email yg MARAHKAN saya kerana sibuk mempromosikan Aku Dia & Volkswagen ni. Kata mereka, saya ini seolah-olah GILA BAYANG ataupun GILA TALAK kerana masih lagi terhegeh-hegeh asyik bercerita mengenai karya lama saya itu…

Tak… saya tak pernah marah atau kecik ati dengan teguran mereka…

Setiap peminat berhak menyuarakan komen dan pendapat mereka…

Cuma saya sedikit terkilan dengan penggunaan bahasa kesat dan sedikit menghina dalam email mereka (tak semuanya)…

Mungkin mereka TIDAK FAHAM dan TIDAK MEMBACA post-post terdahulu di blog ini mengenai tujuan saya menjual mug tersebut serta asyik bercerita mengenai Aku Dia & Volkswagen ni…

Untuk mereka-mereka yg marah tu, ingin saya jelaskan di sini bahawa saya TIDAK GILA TALAK dan TIDAK TAKSUB dengan karya lama saya itu.

Saya melakukannya adalah untuk MEMENUHI permintaan peminat-peminat yg seringkali bertanya mengenai siri tersebut. Ramai juga yg meminta saya menyambung semula cerita tersebut.

Saya tahu adalah mustahil untuk memenuhi permintaan mereka kerana masalah hakcipta yg dipegang oleh bekas majikan saya.

Kerana terlampau banyak kali ditanya dan diasak, akhirnya saya mengambil keputusan NEKAD untuk MENCETAK ROMPAK sendiri karya saya itu sebagai mug untuk dijadikan cenderahati buat para peminat.

Mengenai tulisan di blog yg asyik bercerita mengenai cerita tersebut, ianya adalah untuk peminat dan pembaca MENGENANG SEMULA kenangan mereka dengan siri kartun Aku Dia & Volkswagen sepanjang masa penjualan mug tersebut.

Mungkin anda tak suka dan tak minat dengan siri tersebut. Tapi janganlah menghukum saya kerana memenuhi permintaan mereka yg berminat. Berilah peluang untuk peminat lain mendapat apa yg mereka mahukan.

Semoga penerangan ini dapat menjelaskan segala salah faham. Saya hanyalah insan biasa… tak mampu untuk menggembirakan dan memuaskan hati semua orang dalam satu masa!

Akhir kata, ribuan terima kasih sekali lagi kepada mereka yg sentiasa minat dan menyokong karya kartun saya itu. Hanya dengan sokongan dan galakan anda semua, saya yakin akan dapat menghasilkan karya yg lebih baik serta bermutu di masa akan datang!

Jadi dengan ini, samada karya ini akan disambung semula ataupun tidak, secara rasminya bolehlah kita ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada Aku Dia & Volkswagen dengan tenang dan redha…

Bye-bye Zurina! Bye-bye Volkswagen!!

:cool:

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Produk Kartun Ubi - Tag aku dia & volkswagen, handphone, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mug kartun, produk ubi, zurina
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Tengganu Dah Setel… Ni Turn KL Pulak!
» Ramadhan, Aidilfitri & Kad Raya Kartun Kembali Lagi!

50 Komentar Setakat Ini

  1. niz's Gravatar niz
    August 2, 2009 at 5:27 pm | Permalink

    bye-bye zurina.. bye-bye Volkswagen..
    ubi x bye-bye?? that mean ubi will cont the story, kan..

    sy menantikannya..
    tgk2 balik mug tu, teringat kat mug sy yg kwn saya da terpatahkan tangkainya… sedih pulak…
    mug yg disayang mesti menimpa kecelakaan..

    apa blh buat?? any idea, ubi?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:08 pm | Permalink

      insyaallah! kalau ada jodoh, mungkin ada peluang cont balik cerita tu…

      Mug yg pecah tu dah dpt gantinnya kan? ;)

      Reply
      • nizma's Gravatar nizma
        October 4, 2009 at 8:31 pm | Permalink

        dah dapat dah… tq ubi..
        diharap ubi (watak ubi) akan meneruskan perjalanannya sebab dia blm ucap sayonara lagi..

        Reply
  2. onizuka's Gravatar onizuka
    August 3, 2009 at 12:34 am | Permalink

    sabor la ye..ubi
    lain org lain ragam..
    aku pun nak bye2 kat zurina..
    bye2 sayang!!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:09 pm | Permalink

      byk org bykle ragamnya… heh! :)

      Reply
      • onizuka's Gravatar onizuka
        October 6, 2009 at 1:00 pm | Permalink

        err..bro ubi..
        dulu aku penah baca ADV
        sampai vol3..
        nak tanya cite slps tu byk lagi ke??
        ptt sampai volum ke brp??
        pasal aku x ikut majalah ujang kan dulu

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          October 6, 2009 at 7:09 pm | Permalink

          rasanya kalau dibukukan sampai habis, mungkin ada dalam 6 buku. lagi 3 tu mungkin MOY tak minat nak terbitkan lagi kot… :(

          Reply
          • onizuka's Gravatar onizuka
            October 7, 2009 at 10:10 am | Permalink

            aku ada terbaca episod UBI jumpa zurina dekat rumah mak zurina…aku ada terbaca ni dlm ujang dulu..
            tapi x sangka plak..cite ADV ni bro x wat penamatnya lagi
            pasal cite slps tu pun dah kuar..cam cite “IN”.

            Reply
  3. reena's Gravatar reena
    August 3, 2009 at 9:32 am | Permalink

    salam…
    saber bebyk ye..Mr.Ubi..biasala..lain org lain ragamnya…btw..wish u all the best…;)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:10 pm | Permalink

      tengkiu reena! :)

      Reply
  4. adam's Gravatar adam
    August 3, 2009 at 12:45 pm | Permalink

    sape yg brani m’buat onar 2..mari kite rmai2 bg crmah kat dorg 2..kte ni pmnat ade hak untuk m’buat pernintaan..klau xske snyap je jgn nk kutuk org plak..lpas ni xde produk baru ke mr.ubi??

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:11 pm | Permalink

      insyaallah, mungkin t-shirt pulak… tapi karakter yg baru pulak.

      Reply
  5. hairul's Gravatar hairul
    August 3, 2009 at 2:30 pm | Permalink

    haha 2 la masalah org malaysia. bila org terang xnak dgr.tp bila org dah buat mula la komen yg pelik2. haha tp xsemua la yg mcm 2.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:11 pm | Permalink

      betul! betul! betul! tak semua org yg camtu…

      Reply
  6. bobo's Gravatar bobo
    August 3, 2009 at 3:32 pm | Permalink

    byebye zurina..ish3.byeye volkswagen kuning..ish3 :(
    argh..TIDAK!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:12 pm | Permalink

      relakan jelah… :)

      Reply
  7. rabun's Gravatar rabun
    August 4, 2009 at 3:15 pm | Permalink

    buat lah kartun baru lak bro…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:12 pm | Permalink

      insyaallah dlm sebulan dua ni kuarlah kartun baru pulak…

      Reply
  8. kudozu's Gravatar kudozu
    August 5, 2009 at 12:57 am | Permalink

    –>Bye-bye Zurina! Bye-bye Volkswagen!!<—

    wuuuwuuuwuuu=(

    sebelum bro cakap bye2 ni pun, dulu lagi aku dah kecewa sbb tak tau ending ADV

    btw, spt komen2 di atas, kalu ade idea baru dan kalau rajin, silalah buat citer lain.

    bunch of good luck!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:13 pm | Permalink

      insyaallah dan terima kasih atas sokongan! :)

      Reply
  9. nuar's Gravatar nuar
    August 5, 2009 at 6:14 pm | Permalink

    brobi(brother+ubi), ak x tau camne ending crita ADV. aku pohon brsangat2. tolong critakan ending 2. 1 perenggan pon jdilah….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:18 pm | Permalink

      endingnya adalah RAHSIA! hehehe… :twisted:

      Reply
  10. Muhamad Nazim's Gravatar Muhamad Nazim
    August 7, 2009 at 4:11 pm | Permalink

    Bye Zurina…Isk….Isk…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:18 pm | Permalink

      heh! :)

      Reply
  11. doyok's Gravatar doyok
    August 9, 2009 at 4:09 pm | Permalink

    ya…ya…
    sya pun nak taw gak apa ending ceta tu..
    tolong la mr.ubi ceta kan ending ADV..
    pleaseeeeeeee…..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:19 pm | Permalink

      buat masa ni ending cerita tu terpaksa dirahsiakan dulu… sorry kalau mengecewakan… ;)

      Reply
  12. meo's Gravatar meo
    August 9, 2009 at 9:08 pm | Permalink

    taniah. biarpun sudah jd gile gempak, tp encik ubi masih down to earth. respek lah enick ubi.

    ur my idol!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:21 pm | Permalink

      tima kasih atas sokonganmu En Meo… semoga kita akan berjumpa di suatu hari nanti… insyaallah! :D

      Reply
  13. kui's Gravatar kui
    August 11, 2009 at 11:16 am | Permalink

    baru terjumpa blog ubi ni… tapi mmg best aku dia n wolksagen ni… tak kira la lama ke baru… memamg best!!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:21 pm | Permalink

      tima kasih kui! :)

      Reply
  14. balqissy's Gravatar balqissy
    August 13, 2009 at 2:11 am | Permalink

    waah~ nak lagi… =(

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:22 pm | Permalink

      heh! sorry dah abis dah… :)

      Reply
  15. shazmiey's Gravatar shazmiey
    August 13, 2009 at 9:44 pm | Permalink

    huhuk… bye2 zurina… bye volkswogen..xdapet den nk koleksi mug A,D&V… nk order ari tu xnyempat.. HUAAAAAAA…

    en ubi!!! sy frust!!! huaaaaaaa!!! :( (

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:23 pm | Permalink

      len kali jgn tunggu lama2 tau! insyaallah produk lain akan menyusul lagi… :)

      Reply
  16. man's Gravatar man
    August 16, 2009 at 8:19 am | Permalink

    Saudagar ubi….heh

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:23 pm | Permalink

      heh! ;)

      Reply
  17. zaiful's Gravatar zaiful
    August 18, 2009 at 2:09 pm | Permalink

    bro ubi… bila nak buat bengkel melukis kartun lagi? Aku tak tahu nak ‘betapa’ kat mane. Susah btul nak cari bengkel melukis kartun…. macam mana indutri kartun nak maju.

    Tolong gua bro… tolong.

    Sketch aku kira ok le tapi aku nak blajar macam mane buat kartun dalam bentuk digital? Macam laman web ko ni..

    ….tolongggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:25 pm | Permalink

      nnti bila dah ready akan diumumkan… jgn lupa daftar nama dan email utk mendapat cerita terbaru mengenai produk dan kelas melukis kartun saya… ;)

      Reply
  18. yonz's Gravatar yonz
    August 19, 2009 at 12:04 am | Permalink

    ko nampak tak bro..penangan kartun2 ko..memang boleh buat duit punya..tak nak try produk lain plak ker..t-shirt ker..keychain ker..cap ker..tentu laku punya mcm mug nie.Kata nk buat kartun baru???..in ebook style..apa citer???..sokong ko dari belakang…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:25 pm | Permalink

      komik baru dlm sebulan dua lg ni… produk lain pun tgh o d way… :)

      Reply
  19. mazuki selangor2u's Gravatar mazuki selangor2u
    August 23, 2009 at 5:23 am | Permalink

    ebook style cun gak tuh…buat bersiri bro…mantop2

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 4, 2009 at 7:26 pm | Permalink

      insyaallah! :)

      Reply
      • mazuki selangor2u's Gravatar mazuki selangor2u
        October 4, 2009 at 7:39 pm | Permalink

        saya doakan semoga menjadi kenyataan

        Reply
  20. maizul.com's Gravatar maizul.com
    October 18, 2009 at 9:43 pm | Permalink

    Betul tu bro Ubi saya sokong cadangan Mazuki tu. Kalau ada ebook Aku Dia & Volkswagen bersiri mesti lagi best. Semoga terus sukses.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      October 21, 2009 at 3:59 pm | Permalink

      masalahnya, Hakcipta Aku Dia & Volkswagen tu bukan milik saya. Kalau tak, dah lama saya dah saya buat macam-macam ngan kartun tu…

      Reply
  21. binjai's Gravatar binjai
    October 22, 2009 at 2:20 am | Permalink

    Assalamualikum bro ubi.
    wei saya minat tul ADV zaman masa sekolah lagi tu
    sekarang saya dah 25 tapi ACV tetap di hati.
    lama tak dengar pasal arena kartun malaysia
    maklum la saya kerja kat gulf country
    tapi bro ubi ada masa saya balik lepak minum teh jom
    apa2 perkembagan terbaru tentang kartun mr ubi tlg mail kat saya yek PLISSSSSSSSSSSSSS

    Reply
  22. alya's Gravatar alya
    October 28, 2009 at 11:16 pm | Permalink

    salam…
    just nak tau kalau siap ending ADV tue, leh war war kkan pada fans x?… hopefully happy ending tapi x tau la kartunis nyer buah fikiran kan.. all the best ya UBI..

    Reply
  23. eera's Gravatar eera
    December 6, 2009 at 3:14 pm | Permalink

    salam…nti keluar kan la lg mug 2 xsempat la nk beli da habis…minat giler ngan ADV…pas ni leh la kuarkan mug IN ker ok gak…dlu masa skolah2 xpenah miss beli majalah ujang sbb ADV ngan In…best giler…sampai kene marah ngan mak sbb asyik duk bacer komik jer…
    nti wat bnyak2 sket erk mug 2…

    Reply
  24. ashekeyn's Gravatar ashekeyn
    January 16, 2010 at 8:22 am | Permalink

    eee..apsal ttbe rs cam trlmbt jek terjumpe website ubi ni..
    geram la plak tengok mug2 yg dh hbis tu..tahun lps plak tu..hampeh gler..
    next time wat la byk2 lg..sure masyuk punye..;p

    Reply
  25. miji's Gravatar miji
    June 27, 2011 at 1:06 pm | Permalink

    Pe kata ubah tajok tapi sambung citer pasal waksegan… rindu kat zurina awek waksegan.. huhuhu. Mintak dihidupkan kembali.. maybe ubah sket jalan citer asalkan tidak melanggar hakcipta…. huhuhu tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site