• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Lukis kartun Merdeka dan masyukkk!!
» Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Aug12
2010
5 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.


Pembaca yang budiman sekalian,

Walaupun cara kita memberi ucapan itu tidak berapa penting, tetapi yang penting adalah ingatan kita, itu bukanlah bermakna kita boleh memberi ucapan sekadar hanya ‘memberi ucapan’ sahaja…

Memberi ucapan itu bertujuan untuk merapatkan silaturahim… Dan merapatkan silaturahim itu adalah perbuatan yang mulia… Dan sesungguhnya perbuatan yang mulia itu tidaklah patut dilaksanakan dengan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja..

Maaf kerana membebel disaat semuanya sedang kelaparan. Bukan niat saya untuk menambahkan tensen… cuma sekadar ingin berkongsi sedikit pandangan…

Heh! ;)

Mungkin hidup di zaman ini yang sentiasa memerlukan kita sentiasa bergerak pantas dan membuat sesuatu kerja dengan pantas, menyebabkan kita tidak lagi mementingkan KUALITI perhubungan kita? Hmm… mungkin jugak…

Menyedari akan masalah inilah, maka terciptanya Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi yang akan memudahkan kita semua untuk memberi ucapan puasa dan raya dengan cara yang SEMPOI, CERIA, MUDAH, serta MENJIMATKAN MASA dan TENAGA anda!

Ya, saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa kad raya (samada fizikal ataupun digital) adalah tidak wajib dan hanya sekadar adat serta budaya sahaja dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya.

Namun begitu, salahkah jika kita berusaha untuk  ‘menambah nilai’ pada pekerjaan atau setiap perkara yang kita lakukan? Jika sesuatu perkara itu boleh memberikan kebaikan dan tidak bertentangan dengan syarak, rasanya tiada halangan untuk kita melaksanakannya.

Seperti biasa, bila sahaja Ramadhan ataupun Syawal menjelma, ramai sahabat dan kenalan akan memberi ucapan selamat. Kita pasti akan dihujani puluhan dan ratusan ucapan sepanjang tempoh tersebut.

Persoalannya, adakah anda INGAT pada setiap ucapan yang diterima? Atau anda pasti setiap sahabat handai dan kenalan akan MENGHARGAI ucapan anda? Hmmm… ;)

Akuilah, mungkin kerana banyaknya ucapan yang diterima dan jika ucapan yang diberi biasa sahaja (serta sekadar melepaskan batuk ditangga), pastinya tiada siapa yang akan ingat dan menghargainya!

Mungkin pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya – BANYAK ucapan yang diterima atau dihantar bukan bermakna ianya diingati dan melekat di hati.

Sesungguhnya KUALITI itu lebih baik dan bermakna daripada kuantiti!

:neutral:

Harapan semoga dengan bantuan Kad Raya Kartun Digital ini, ucapan puasa dan raya anda akan menjadi lebih BERKUALITI, CANTIK, UNIK dan LEBIH DIINGATI serta MELEKAT DI HATI PENERIMANYA.

Untuk mula menghantar ucapan puasa dan raya BERKUALITI anda, sila ke http://kadraya.kartunisubi.com

Untuk makluman, jualan pakej ini Pakej Kad Raya Kartun Digital ini hanya akan dibuka sehingga  1 September 2010 sahaja. Untuk permulaan, Pakej Kad Raya Kartun Digital ini akan ditawarkan pada harga RM37 untuk 200 yg PERTAMA.  Selepas kuota 200 orang ini habis, harga jualan akan DINAIKKAN kepada RM47.

Untuk tidak ketinggalan memiliki Pakej istimewa ini, bolehlah membuat tempahan anda di http://kadraya.kartunisubi.com sekarang juga!

Sekali lagi dimohon ampun dan maaf kerana membebel panjang di saat semuanya sedang kelaparan. Seperti yang saya katakan tadi – Bukan niat untuk menensenkan, cuma sekadar berkongsi sedikit pandangan… ;)

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Apa kabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka

Kategori Bulletin, Produk Kartun Ubi, Umum - Tag handphone, hari raya aidilfitri, hari raya puasa, kad raya kartun, Kartun, kartunis ubi, maxis, Motivasi & Muhasabah Diri, produk ubi, ramadhan, selamat berpuasa, selamat hari raya, syawal, top-up
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 Hijr... — Assalamualaikum bua...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
« Lukis kartun Merdeka dan masyukkk!!
» Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

5 Komentar Setakat Ini

  1. Afzan's Gravatar Afzan
    August 12, 2010 at 4:02 pm | Permalink

    selamat puasa gak bro. jangan tengahari bukak periuk ye! :lol:

    Reply
  2. Norizwan's Gravatar Norizwan
    August 13, 2010 at 6:10 am | Permalink

    Selamat berpuasa cik Ubi…:)

    Reply
  3. lee zha's Gravatar lee zha
    August 13, 2010 at 3:14 pm | Permalink

    selamat berpuasa…
    semoga ramadhan tahun ini membawa keberkatan….

    Reply
  4. Muhamad Nornizam's Gravatar Muhamad Nornizam
    August 14, 2010 at 10:25 am | Permalink

    Selamat Berpuasa En Ubi

    bisnesku.com

    Reply
  5. titan's Gravatar titan
    August 16, 2010 at 10:10 am | Permalink

    selamat berpuasa ubi. Ada yang hari yang kantoi tak? HOho..aku dah dapat t-shirt blogger tu. Thank sebab hantar.. :)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site