Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah

Assalamualaikum buat semua pembaca yang beragama Islam,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah buat semua pengunjung dan pembaca yang beragama Islam.

Sepertimana yang kita sedia maklum, konteks hijrah adalah sangat meluas, bukan sekadar bermaksud meraikan Nabi dan para sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Justeru itu, saya mengambil ruang ini untuk menyeru kita semua (terutamanya diri saya) untuk memulakan suatu perjuangan menghijrahkan diri kita meninggalkan segala yang buruk kepada segala yang baik. Meninggalkan kebatilan dan menuju kepada kebenaran.

Mungkin agak sukar untuk membuang tabiat yang sudah dibina bertahun lamanya itu. Usaha pembersihan ini mungkin akan mengambil sedikit masa juga. Mungkin sukar namun tidak mustahil. Yang penting adalah keazaman kita dan usaha yang berterusan tanpa mengenal putus asa.

Lebih utama adalah NIAT kita untuk berubah. Semoga kita ikhlas mengharapkan keredhaanNYa semata-mata. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah”.

– Hadis riwayat Umar Al-Khathab r.a

Akhir kata didoakan semoga kita semua akan bertambah berjaya, diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Juga mendapat kebaikan dan keberkatan dalam apa jua yang dilakukan sepanjang tahun ini. Apa yang penting agar kita akan lebih diberkati,  dirahmati, dilindungi  oleh Allah dan bertambah iman.

Amin…

Sahabat Kartunis Anda,

KartunisUbi.com
Facebook.com/KartunisUbi
Twitter.com/KartunisUbi

Komen dan Pendapat Anda?

13 thoughts on “Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah

  1. Nak bagi pendapat sedikitnye..
    seandainya diri kita x mampu berhijrah kerana Allah/rasul..
    seandainya diri kita hanya mampu berhijrah krn sst/kebendaan, seprti isteri dsb, berhijrah lar…asalkn hijrah itu membawa kita ke arah yg lebih baik.. kerana sst yg baik itu lebih membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T.
    Sekian sj ceramah sy di pagi ahad ni :)

  2. Surah At Taubah ayat 20.Allah berfirman
    Orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka,adalah lebih tinggi derajatnya disisi Allah ;dan itulah oranag orang yang mendapat kemenangan..semuga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya supaya kita adalah golongan yang beriman..Amin
    Salam Maal Hijrah 1Muharam 1433

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *