Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak!

May 10th, 2009 | Oleh Ubi | Kartunis pun manusia,Komik Ubi,Umum

(Artikel ini dipetik dan diedit semula dari prakata komik ‘DIAM-DIAM UBI’ karya Ubi yg diterbitkan pada 2004)

Aku teringat sewaktu aku darjah 6 dulu. Masa tu aku baru start berjinak-jinak lukis kartun.

Satu hari masa balik dari sekolah, aku ternampak pen celup (sejenis pen yg kartunis pro pakai untuk melukis) dijual kat kedai alatulis. Tengok harganya takler mahal sangat – cuma RM2.50 je… :D

Tanpa melengahkan masa, petang tu jugak aku ajak mak pergi kedai. Mak aku menurut aje walaupun dia tengah penat kerana baru balik dari pejabat.

Maka berjalan kakilah kami anak-beranak ke kedai yg boleh tahan gak jauhnya.

Sampai aje kat kedai, dalam keadaan ketiak yg becak tu terus aje suruh tokei kedai (belum lagi bergelar apek) keluarkan pen tu dari lemari kaca.

Tak boleh aku gambarkan time tu punya seronok (dan betapa besarnya lubang hidung). Tetiba aje terasa diri ni macam kartunis profesional lagi glemer :cool: Pehhh!!!

Tapi kestiman yg ekstrim tu terus aje terpotong bila aku nengok penanda harganya… RM9.90! Rupa-rupanya RM2.50 tu baru harga sebatang matanya!

Dan yg tak bestnya mak aku cuma ada RM5 aje time tu…

Perasaan aku jangan ceritalah… bermacam-macam… bercampur baur… marah, kecewa, bengang. Marah sangat sampai rasa cam nak nangis! :mad:

Tapi bila aku tengok aje muka mak aku time tu, segala perasaan negatif tu tetiba aje bertukar jadi sayu…

Tergambar jelas betapa sedihnya mak waktu tu. Wajah sedihnya yg sampai bila pun takkan aku lupa punya… Rupa sedih seorang ibu yg kecewa kerana tak mampu untuk memenuhi kehendak anaknya!

:(

Hehe! Layan nostalgia jap…

Sebenarnya tadi tu adalah di antara beberapa cebisan pengalaman sebelum saya berjaya menjadi kartunis profesional sepenuh masa. Sapa sangka daripada langkah-langkah kecil tu akhirnya saya dapat meletakkan karya saya dalam Majalah Ujang seterusnya berjaya menempatkan diri di kalangan kartunis-kartunis top kat majalah tu di suatu ketika dahulu.

Dan sapa sangka dari majalah kartun top tu akhirnya saya kini ada blog dan website kartun. Alhamdulillah, dengan izinNya, saya sudah genap setahun bergelar blogger sepenuh masa.

Ye, pada 8 Mei ari tu genaplah setahun usia blog kartun ni bermula dari post saya yg pertama. Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan kerana kesibukan kerja, saya berjaya gak maintain menulis dan mengupdate blog ni.

Ini boleh dikatakan satu pencapaian besar buat saya yg sentiasa berhadapan dengan masalah teknikal (malas menulis dan kuat tidur)! :cool:

Tapi rasanya tak adil kalau kata bahawa kejayaan ni hasil usaha saya sorang aje. Rasanya ramai yg terlibat dalam membentuk, memberi tunjuk ajar, dan sokongan di sepanjang tempoh perjalanan kerjaya saya dari mula sehingga ke hari ni.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung (ataupun tidak), dalam segala pencapaian kerjaya saya dari mula sehingga ke hari ini…

Pertama-tamanya buat Brader Ujang (Ibrahim Anon) kerana kesudiannya menerima dan menyiarkan karya pertama saya di Majalah Ujang. Kepada Aie dan Gayour yg tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan ceramah nasihat.

Untuk bekas boss, Datuk Md Othman Yusof (MOY), terima kasih atas layanan yg baik sepanjang tempoh saya berkhidmat. Buat bekas GM MOY, Tuan Haji Suria Jumaat, ribuan terima kasih kerana selalu membantu dan sudi melayan kerenah saya yg banyak songeh ni.

Khas buat semua rakan kartunis, staf dan bekas staf Majalah Ujang, APO?, Blues Selamanya, Varia Lawak, Lanun dan G3, ribuan terima kasih kerana sudi menerima Ubi sebagai sebahagian dari kehidupan korang…

Segala jasa dan kasih sayang korang selama ini akan tetap di kenang. Gua caya ngan tabik spring sama lu! ;)

Dalam hidup ini, sentiasa ada turun naiknya… ada susah dan senangnya. Tapi yg terpenting sekali, ada ke sesapa yg sudi susah senang bersama-sama kita menempuh saat-saat tersebut?

Jadi di kesempatan ini jugak, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada mereka-mereka ini yg tak jemu-jemu memberi semangat dan membuatkan saya rasa bertuah dapat hidup dalam lingkungan kasih sayang mereka…

Firstly buat semua adik beradik aku yg sentiasa bersama aku selama ini. Buat Khairina dan Athirah yg menjadi inspirasi, walau apa pu kita adalah tetap satu!

Kepada rakan-rakan blogger dan IM yg banyak membantu dan mengajar tanpa sebarang balasan. You know who you are! Jasa kalian hanya Tuhan saja yg dapat membalasnya… Aminnn!

Istimewa dan terima kasih yg tak terhingga sekali buat semua peminat dan pembaca karya-karya kartun saya yg tak henti-henti menyokong! Kerana koranglah saya masih mampu dan mahu terus berkarya sehingga hari ini! :)

Terima kasih juga kepada semua pelawat dan pembaca setia blog ni. Kerana koranglah saya masih mampu dan mahu terus mengupdate blog sehingga hari ini walaupun seingkali dilanda masalah teknikal! ;)

Akhir dan teristimewa sekali, buat seorang ibu yg sanggup berpenat jerih berjalan kaki semata-mata untuk membeli sebatang pen demi menyokong minat anaknya. Hanya kerana semangat, kasih sayang dan pengorbanannya yg tak terhingga itulah meletakkan saya di mana saya berada pada hari ini.

Tanpa beliau, mungkin kita semua takkan kenal siapa itu Ubi!

Buat mak, Selamat Hari Ibu… I love u!

p.s – Layan 2 page dari kartun Aku Dia & Volkswagen yg ada kaitan ngan mak-mak semua orang dalam dunia ni. Ini adalah upah buat korang pasal setia baca post panjang berjela ni sampai kat sini… Pandai-pandailer korang layan diri sendiri yek! Selamat membaca dan mengeja! :D

——————————————————————————————————–

Dipetik dari Komik Aku Dia & Volkswagen bahagian 23.
Pencipta/Penulis/Pelukis – UBI
© MOY Publication Sdn Bhd

(Klik untuk imej yg lebih besar)

Share This Post

Tag: , , , ,


download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

26 Komen Setakat Ini...


  1. bobo on May 11th, 2009

    bro..nampak muka bro dlm MHI pagi tadi,hu3
    masuk tv siot..pergh
    tp x sempat tgk abis,nk gerak g keje dah pagi td

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:05 pm:

    hohoho! nnti saya uploadkan video tu kat blog ni ;)

    Reply

    Farizal Hassan reply on May 23rd, 2009 4:13 am:

    eh, ada tak video tu kt youtube? sy nak tgk lah ubi kat tv :D kalau ada, muat le dlm post akan datang ke. tak pun bg url je kat sini.

    Reply

    Ubi reply on May 23rd, 2009 2:43 pm:

    takde lg… tunggu produser bg DVD dlm minggu ni… kat tv3.com.my takde streaming MHI

    Reply


  2. muqay on May 11th, 2009

    Tuan Ubi,

    Terima kasih kerana melayan karenah peminat yang mempunyai pelbagai ragam.

    Harap-harap lepas ni, dapat teruskan lukis kartun yg best mcm aku, dia&vk.

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:03 pm:

    sama-sama. insyaallah kalau ada yg terus setia menyokong :)

    Reply


  3. Rizal on May 11th, 2009

    salam bro…

    sempat gak tengok mhi pagi tadi, wah, jgn naik harga plak lepas nih…hehehe…

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:03 pm:

    Salam Rizal,

    hahaha!! (gelak perasan kaya)… insyaallah tak ;)

    Reply


  4. Siti on May 11th, 2009

    Salam ubi,

    pg tadi saya pun tgk ubi kat MHI. Woo…dasat..pasni mesti ranking blog ni naik mendadak. hidup ubi!!!!

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:01 pm:

    Salam Siti,

    mekasih atas sokongan! semoga kita semua terus hidup!!!

    Reply


  5. reipz on May 11th, 2009

    ubi da best!!!

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:00 pm:

    lu pun best gak!!! :D

    Reply


  6. Kucing_Itam on May 11th, 2009

    Salam..

    UBI, rasanye post pnh keluar kat Majalah Diam2 Ubi tu kan?? hehehe… anyway, tahiniahlah dpt kuar kat MHI(Malaysia Hari Ini)… dah tgk ubi secara live… hahaha

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 4:59 pm:

    hahaha! kira pecah haku! :D

    Reply

    Kucing_Itam reply on May 16th, 2009 5:49 am:

    Ape yang pecah?? hahaha… pecah lubang…hehe… kate peminat setia, ape yg dibuat semua menjadi perhatian… Huahuahua..

    Reply

    Ubi reply on May 18th, 2009 6:50 pm:

    pecah rahsia… tertinggal pulak masa menaip… :D

    Reply


  7. princeizzat on May 11th, 2009

    salam encik ubi…
    wah izz baru baru tau yang ubi ada website nih…
    lepas jer MHI izz cuba cari kat internet…
    best betui blog nih…
    dan izz ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kat UBI and crew2 UBI :D

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 4:57 pm:

    ohhh… semoga akan terus setia melawat! :)

    Reply


  8. catzer on May 11th, 2009

    Erm biasalah bro ubi..mak kita dia tak mo kita kecewa. Tp mak sy muke mmg selamba bila tak cukup duit..ooo boleh beli nanti adik keje kat kedai apek ni sebulan erk..cish..hehehe

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 4:56 pm:

    mungkin psl tu skang ni awak dh berdikari dan pandai carik duit sendiri… ;)

    Reply


  9. zurina omar on May 12th, 2009

    selamat satu tahun usia blog kartun anda.

    EH EH belated ;)

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 4:55 pm:

    mekacih… :D

    Reply


  10. iwanz on May 30th, 2009

    tahniah ubi.. sesungguhnya ubi memberi kekuatan dan motivasi untuk saya.. teruskan dgn kartun2 yang berunsur ilmiah..

    Reply


  11. doyok on August 9th, 2009

    salam bro ubi..
    x terlintas ka di fikiran bro nak menganimasikan ADV untuk tontonan rakyat mesia..
    pastu wat la film ADV lak..

    Reply


  12. anuarena on November 8th, 2009

    all the best to UBI…

    Reply


  13. Anna Beijing on May 13th, 2010

    walaupun entri ni dh lama, setahun pn dh berlalu tp seperti biasa perkara yg berkaitan dgn ibu,mak,ummi,mama,mummy sentiasa menyentuh hati kecil sy
    Tahun ni, hari ibu dan bday ummi disambut selang sehari jer…dan seperti sepuluh tahun yg lepas, ucapan itu hanya lahir di hati je dan disusuli kpulangan sy ke kg untuk menziarahi ‘rumah’nya. Tapi tahun ni,sy hanya mampu menghadiahkan al-fatihah dari jauh jer..xdpt sy nk menziarahi ‘rumah’nya lagi…..Doa sy moga ALLAH tempatkan ummi sy bersama hamba2NYA yang dikasihi…”SELAMAT HARI IBU,UMMI DAN SELAMAT HARI LAHIR……” AL-Fatihah…Amin….

    Reply

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?