• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
» Download Komik Ubi Percuma!

Saya seorang penulis yang malas…

May08
2008
31 Komentar Oleh Ubi

sketch ubi

Saya pun tak tau camana akhirnya saya berjaya jugak membuat post yang pertama ni setelah sekian lama domain kartunisubi.com ni didaftarkan…

Ye, memang saya mengaku saya adalah seorang penulis yang malas. Bukan malas tapi tersangat malas. Rasanya tabiat buruk ni dah ada sejak zaman sekolah lagi. Boleh dikatakan banyak kerja sekolah yg kantoi disebabkan pe’el buruk ni… (Adik-adik sekalian sila jangan contohi perangai buruk ini…)

Dan habitat ni berterusan sampailer saya menjadi kartunis sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Mulanya tak perasan jugak pasal bila start kerja kat situ saya cuma buat ‘Lawak Antarabangsa’ (kartun lawak semuka).

Dan bila saya ditugaskan untuk buat komik ‘Budak Hostel’ yg memerlukan saya mengarang dan menulis dialog yg banyak, barulah masalah ni timbul. Arghhh!!!!

#@!*&^^%$+*

Memang semua kartunis kat situ tau saya ni paling malas dan lembap bila bab tulis dialog ni. Selalunya bila time deadline atau hari claim, saya pasti akan selalu cuba nak hantar kartun tanpa dialog sambil memberi janji-janji manis akan siapkan dialognya secepat yg mungkin.

Dan sepanjang tempoh menunaikan janji manis tersebut adalah satu jangkamasa yang amat menyiksakan…

Saya pernah gak bertanya dengan penulis yg produktif pasal masalah saya ni… Diorang kebanyakannya cakap bahawa menulis itu perlu terbit dari hati, tak boleh dipaksa-paksa… perlu ikhlas…

Abis tu camana? Kerja lukis kartun tu kena menulis dan ada deadline.

Nak tak nak kena siapkan gak kalau tak majalah tak boleh print… Bila dah mengejar deadline camana nak ikhlas? Camana nak terbitkan tulisan dari hati?

Okey, tutup bab menulis dialog.

Kini saya cuba menjadi seorang blogger.

Cuba membuat perkara yang saya malas, lembap dan tensen iaitu menulis.

Sebelum ni saya pernah cuba juga membloggerkan diri di Blogspot tapi sepanjang tempoh setahun hanya satu saja post yg berjaya dihasilkan. Memang buang karan!

Mungkin pasal Blogspot tu free maka saya buat tak kisah aje kot… Rasa kalau tak tulis apapun takde hal punya… Bukannya ada rugi apapun!

Jadi saya pun membuat keputusan nekad untuk mendaftar laman weblog sendiri. Mungkin pasal kena bayar saya mungkin akan berusaha untuk menulis selalu.

Sama aje!

Dah dekat dua bulan, nilah dia post yang pertama yg berjaya ditulis…

Jangan salahkan saya, awal-awal lagi saya dah mengaku saya ni seorang penulis yang malas…

Mungkin kali ni saya ingin praktikkan teknik “bahawa menulis itu perlu terbit dari hati, tak boleh dipaksa-paksa… perlu ikhlas” tersebut.

Mungkin kalau kali ni saya tanamkan mindset bahawa menulis blog patut takde tekanan. Takde deadline. Takde sapa nak marah kalau aku nak tulis bila dan apa sekalipun!

Yang penting terbit dari hati, tak boleh dipaksa-paksa dan ikhlas!

Jadi mungkin untuk menggalakkan saya lebih menulis, saya memerlukan sedikit bantuan dari korang…

Hanya tuliskan komen dan cadangan apa yang korang semua nak tau dari saya. Tentang kartun? Komik? Karikatur? Belajar melukis kartun? Ataupun kehidupan kerjaya seorang kartunis?

Korang juga boleh menghantar soalan kepada saya. Insyallah, jika berpeluang saya akan menjawab soalan anda.

Komen, cadangan dan soalan korang sekurang-kurangnya akan meringankan beban saya mencarik idea untuk menulis.

Maaf kalau menyusahkan. Awal-awal lagi saya dah beritau saya seorang penulis yang malas…
:-)

Kategori Kartunis pun manusia - Tag Kartunis pun manusia jugak, kartunis ubi
Similar posts
  • Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Fac... — Kata mereka padaku...
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook... — “Kau ada Fac...
  • Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... — Assalamualaikum bua...
  • Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Ke... — Salam buat semua pe...
» Download Komik Ubi Percuma!

30 Komentar Setakat Ini

  1. Noorizam Shah's Gravatar Noorizam Shah
    May 11, 2008 at 1:04 am | Permalink

    cayalah UBI.. aku mintak karya budak hostel kau dulu.. tapi sejak kartunis ujang dah di’BAN’ dari majalah ujang, aku dah tak beli sampai hari ini.

    well.. karya ko memang best!

    aku nak kasi tip untuk tulis blog ini. kalau ko tak ada idea nak tulis tau tengah time ‘mental block’ aku syorkan ko tulis post pendek-pendek je. yang penting hari-hari ada post baru.

    selamat berblog ubi!

    Reply
  2. cikahmad's Gravatar cikahmad
    May 11, 2008 at 2:57 am | Permalink

    Gue mahu ubi teruskan tulis blog.Ada sesuatu menanti ubi woo kalau slalu tulis..kompem!

    ha ha ha

    Reply
  3. aju's Gravatar aju
    May 11, 2008 at 3:25 pm | Permalink

    wargh.. setelah sekian lama x dengar cerite pasal kartunis keminatanku sewaktu skolah dulu.. tetibe lak bleh teragak nak mencari sebarang info tentang UBI. caya la beb. haha.. penyakit kemalasan emnulis ada di mana2. dan boleh melanda sapa2. oleh itu menulis blog perlu ada pendorongnya. contoh adalah pembaca setia. so tulislah bende yg menarik pastu bagik org seronok baca. lama2 en UBI pon akan rasa rajin nak menulis.. agaknye la.. haha

    Reply
  4. Ubi's Gravatar Ubi
    May 12, 2008 at 1:24 am | Permalink

    Norizam Shah, Cik Ahmad & Aju,

    Terima kasih atas nasihat dan pandangan korang semua. Insyallah, saya akan cuba praktikkan tips dan petua yg diberi… :-)

    Reply
  5. Noorizam Shah's Gravatar Noorizam Shah
    May 12, 2008 at 1:31 am | Permalink

    ye.. betul tu aju. blog ni akan jadi bagus kalau kita selalu update dan sentiasa buat post baru. tak semesti kena panjang lebar.

    100 patah perkataan pun dah kira ok la tu. ;)

    ubi.. ko duduk area mana?

    Reply
  6. aju's Gravatar aju
    May 12, 2008 at 11:57 am | Permalink

    yay.. UBI pon balas.. haha.. ni pon salah satu faktor yg boleh mambantu penulis blog.. interaktif antara penulis dan pembaca.. tapi hakikat sebenarnya saya pon malas tulis blog so mmg xde blog. haha. kalu dah malas sgt.. gtau apa yg en UBI makan ari ni pon xpe. cube tgk blog diary artis2 jepon sana (artis, bukan kartunis).. bende remeh pon dorg taruk sbb tau akan ada pembaca.. at least ada interaksi n pembaca tau yg blogger tu masih lagi minat nak menghasilkan karya (blog pon kira karya gak kan?!)

    haha.. lps ni kena wat word count le plak nak pastikan lebih 100 words cam cdgn en noorizam shah tu.. hehe

    Reply
  7. Pennyu's Gravatar Pennyu
    May 13, 2008 at 9:54 am | Permalink

    Asm…
    Walaupun UBI malas, kartunnya betul – betul berkualiti. Aku paling syok baca cite “Aku,Dia & Volkswagon”. Tapi nape tiada lagi jilid baru yang telah dicetak. Sampai jilid 3 je.. Lepas tu diam sampai sekarang. Bertahun dah aku tunggu jilid terbaru, nak tahu juga apa kesudahannya hubungan UBI ngan Kak Zurina. Berjayakah mereka berdua ke jinjang pelamin… He.. He.. Kalau ada jilid ke -4, tolong le reprint, harga melambung pun aku tak kisah.. Janji aku puas hati..
    OK.. Hidup UBI.. Diam – Diam Berisi.
    Wassalam.

    Reply
  8. Ubi's Gravatar Ubi
    May 16, 2008 at 1:49 pm | Permalink

    Norizam:
    Saya tinggal area Ampang…

    Aju:
    Tapi kalau tulis menda tahapahapa selalu pun lama-lama menyampah gak orang… Lagipun saya ni bukannya artis…

    Pennyu:
    Soalan awak ni sebenarnya ramai yg tanya kat saya. Saya dah buat satu post special utk menjawab soalan tu disini. Anyway terima kasih kerana bertanya dan menyokong karya kartun saya!

    Reply
  9. aju's Gravatar aju
    May 19, 2008 at 11:23 am | Permalink

    jadik.. jangan le tulis yg ntahapapantah. haha. artis itu cume contoh je. kartunis kalu dah glamer pon ble sampai tahap artis gak, kan?! saya rasa yang penting tulis utk diri sendrik. so akan jad jujur dalam penulisan. ces.. gaya cakap macam sendrik rajin menulis (sambil menuding ke hidung sendrik! haha)

    Reply
  10. zool's Gravatar zool
    May 20, 2008 at 6:18 am | Permalink

    Wah memang menarik la ubi.. ko buat blog.. caiyok2..
    Mungkin best kalau boleh JV ngan ko ni…
    Selamat berblog…
    Akan ku letak link ko kat blog aku..

    Reply
  11. zool's Gravatar zool
    May 20, 2008 at 11:24 am | Permalink

    cikahmad –> aku tak mau ubi tulis banyak2..
    aku nak ubi lukis banyak2..
    tak banyak blog kartun kat Malaysia ni Ubi ..
    Boleh carik makan oo..

    Reply
  12. Ubi's Gravatar Ubi
    May 20, 2008 at 1:03 pm | Permalink

    Aju:
    Baik boss! :-)

    Zool:
    Nak JV? No hal… janji kita sama2 masyuk!!! Buat masa ni aku dah start satu siri komik baru… nnti nak launch aku beritau…

    Reply
  13. zool's Gravatar zool
    May 20, 2008 at 4:36 pm | Permalink

    Ok kalau launch beritau lah…
    esok mungkin blog aku ada promote sikit pasal blog ko nie.. ( apa lagi guna timestamp le)
    Eh kalau aku nak karikatur tu .. boleh kurang tak?? esok tinggallah komen kat blog aku..
    Er lagi satu elok kalau ko tukau /?p=6 tu…tak menarik..
    elok ko ubah kat setting permalink setting ..
    lepaih tu pilihlah format camne ko suka
    tukau le camne pun .. jgn pakai default..sebab tak berapa best .. n ada sebab musababnya..

    Reply
  14. Ubi's Gravatar Ubi
    May 20, 2008 at 5:11 pm | Permalink

    Zool:
    Dah cuba gak tukar tp tak tau camana. Lgpun tau tak best utk SEO…

    Siap suruh adjust htaccess tu… manalah aku tau benda ni… lgpun baru 2 minggu je memblogkan diri nih…

    Reply
  15. aju's Gravatar aju
    May 21, 2008 at 11:38 am | Permalink

    hihi (tersengih sambil tersenyum sumbang) jangan la panggil saya boss.. manager ka xpe la.. huhu.

    wah.. en.zool seperti terer memblogkan diri..

    ye.. en UBI, jangan lupa gtau kalu dah nak launch komik baru

    Reply
  16. Ubi's Gravatar Ubi
    May 22, 2008 at 3:56 am | Permalink

    Aju:
    Baik Tuan!!

    Reply
  17. vrempire's Gravatar vrempire
    May 22, 2008 at 6:14 pm | Permalink

    Tak pa brader..mula-mula la otak rasa kelam nak menulis blog. dah dapat rentak dia laju memanjang la naipnyer. idak gitu bro bro sekalian? :D

    Reply
  18. Ubi's Gravatar Ubi
    May 24, 2008 at 5:33 am | Permalink

    Vrempire:
    Betul tu En Daniel… skang ni dah syok semacam jer menulis… :-)

    Reply
  19. aju's Gravatar aju
    May 24, 2008 at 2:19 pm | Permalink

    wah… semakin ramai yg menjadi pembaca blog en UBI?! amacam? seronok x? hihi.. saya kagum ngan en UBI.. huhu.. (oh.. bilakah daku akan membuka blog sendrik?!<–ceh.. ada hati)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 28, 2008 at 8:59 pm | Permalink

      Tima kasih…

      Huh? Tunggu apa lagi? Belasah jer…

      Reply
  20. Kak Arina's Gravatar Kak Arina
    June 2, 2008 at 3:39 pm | Permalink

    Malas, itu no satu musuh kejayaan. Namun kelemahan itu dapat diatasi dengan minat yang mendalam dan kesungguhan dalam merealisasikan impian. Pasang angan2 sebab angan2 akan membawa motivasi memerangi kelemahan kita. Satu lagi menurut Dr Dyney Dyer pakar motivasi dan psikologi. Delete perkataan malas dalam minda anda, dan gantikan satu perkataan baru yang mudah dan selalu ubi sebut tentang kekuatan ubi. Cuba dan ubi pasti tidak akan menyesal mencubanya.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 6, 2008 at 11:32 pm | Permalink

      Tima kasih Cikgu! Akan cuba dipraktikkan ilmu tu…

      *utk pengetahuan sumer… kak arina ni adalah seorg kaunselor yg bertauliah. Tak caya boleh tgk blog dia…

      Reply
  21. Norhafidz's Gravatar Norhafidz
    June 10, 2008 at 6:47 pm | Permalink

    bro ubi, gua minat zarina dalam kartun aku dia dan volkswagon bro..tanye sket..tu khayalan je ke atau realiti tu? wawawawa..kalo ade gua nak jumpe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 10, 2008 at 10:57 pm | Permalink

      Rahsia! hehehehe…

      Reply
  22. megat's Gravatar megat
    July 4, 2008 at 3:56 am | Permalink

    serius gua suka lukisan & cerita lu. gua x sangka lu ada blog sendiri.

    gua harap semoga lu punya masa depan cerah secerah watak-watak yg lu cipta. motivated!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 5, 2008 at 8:36 pm | Permalink

      Tima kasih megat… heh, blog ni baru 2 bulan je… masih muda lg…

      Reply
  23. emme's Gravatar emme
    July 6, 2008 at 2:43 am | Permalink

    Salam bro ubi! Sebenarnya sapa yang galakkan berblog ni? Budak2 Team Flare biz tu ke? :D

    Bro kalau dapat teruskan berblog ni, aku percaya bro ubi boleh jadi lebih kaya dari Bill Gates. :) Serius ni.

    Lepas ni kalau nak jual komik takyah nak hantar kat kedai printer untuk di print.

    Buat dalam bentuk PDF je… Lagi masyuk! Harga dia ikut harga pasaran. amacam? hehe

    Reply
  24. madya's Gravatar madya
    August 30, 2008 at 2:54 pm | Permalink

    tulis ler apa-apa pun.. saya baru je buka website bro ni… bro ada tulis pasal kartunis tak? ujang ke, jafar taib ke, pak jab ke, cabai(gila-gila)ke.. kalau takde try ler…

    Reply
  25. asmara daniera's Gravatar asmara daniera
    July 7, 2009 at 1:39 am | Permalink

    salam ubi.. asmara ske sgt..cite aku, dia & test 2 btol2 wat kn asmara rindu kt ubi..heheehe.. moga dpt terus-terusan menghasilkan karya kartun yg hebat utk asmara..hehehe

    Reply
  26. fairul's Gravatar fairul
    August 30, 2011 at 1:15 am | Permalink

    terbaiklah

    Reply
  1. Selamat Hari Ibu dan Terima Kasih Mak! | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on May 10, 2009 at 10:07 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site