• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Berita Bongkak Minggu Ini
» Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?

Saya bermula dengan Sempoi…

Feb03
2009
9 Komentar Oleh Ubi

salam abang ubi

tahniah pasal dah ada website sendri skang ni! saya suka tengok website abang. kemas n cantik skali. saya pun sebenarnya tringin nak ada website sendiri cam abang tapi saya tak tau camana nak start

cuma saya nak tanya kat abang  mahal tak harga nak buat website ni? camana nak daftar website saya sendiri? sebenarnya saya berangan nak ada website sendiri www.xxxxxxxx.com  cuma saya tak tau nama website tu dah ada orang lain ambik ke belum. saya pun masih sekolah lagi.. takut tak mampu plak nak bayar rega website tu

harap abang dapat tolong saya. lagi satu saya dan kakak saya memang peminat setia kartun abang. dari dulu kitorang tak penah miss baca katun aku dia & wolkswagon tu. minat giler kat kak zurina!

sekian wasalam

zalie

Ini adalah email yg telah diterima oleh saya dalam dua atau tiga bulan yg lalu.

Mulanya malas nak jawab pasal rasanya soalan-soalan ni mungkin patut dijawab oleh mereka-mereka yg lebih mahir berkenaan hal internet ni…

Tapi memandangkan dia dah bodek puji melampau dan dia pun ada kakak yg mungkin cantik, maka tak eloklah saya hampakan permintaannya tu…

;)

Untuk menjawab soalan-soalannya tu apa kata kalau kita mengenang kembali peristiwa silam sekitar dua tahun yg lalu…

April 2007.

Saya sudah 5 tahun berhenti dari Majalah Ujang dan menjalani kehidupan sebagai seorang kartunis freelance sengkek sepenuh masa.

“Hmm… lepas gak ni untuk makan sehari dua ni… kalau pegi deting pun cukup nak tengok wayang aje ni… kalau nak makan pop corn kenalah mintak awek sponsor…”, fikir saya sewaktu meninjau isi perut wallet yg cuma tinggal RM70.60 sahaja tu.

Tiba-tiba hati terasa sedih dan pilu.

Hati sedih dan pilu mengenangkan halatuju hidup saya sekarang ini.

Sejak berhenti dari makan gaji di majalah Ujang dan gagal dalam percubaan pertama untuk berniaga, hidup saya boleh diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Saya tahu bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan hidup saya yg semakin menghimpit ini.

Namun begitu saya faham bahawa saya tak mungkin bekerja makan gaji semula.

Saya juga akur bahawa amatlah mustahil untuk saya memulakan perniagaan sendiri dengan keadaan saya yg maha sengkek ini.

So camana?

Haruskah berserah dan pasrah pada keadaan?

Tekak pulak tetiba terasa ketagih nak isap rokok.

Saya menuju ke kedai mamak berdekatan dan sekotak rokok jenama paling murah disambar oleh saya.

Rokok dinyalakan dan asap kelhatan berkepul-kepul keluar dari dada saya yg penuh dengan masalah ni.

Hati semakin sayu melihatkan baki duit yg semakin kurang di dalam wallet.

“Patutler cikgu kat sekolah dulu tak kasi isap rokok…”, saya terkenang dan menyesal dengan perbuatan saya merokok dalam tandas yg kononnya nampak hebat sewaktu sekolah menengah dulu.

Kepala semakin tensen dan rokok semakin pendek akibat hisapan saya yg semakin kuat.

Dalam keadaan yang maha tensen itu, saya tiba-tiba terfikir dengan perniagaan internet.

Untuk makluman, sebelum ini saya pernah merancang dan bercita-cita untuk membuat perniagaan melalui internet. Banyak juga masa emas saya dihabiskan mengadap komputer belajar dan mengkaji pemasaran perniagaan melalui internet ini.

Tapi untuk bermula saya perlukan website sendiri.

“Kos untuk domain dan hosting website ni paling koman mesti mau ada RM1,000…”

Tulah antara kata-kata teknikal berunsur nasihat dari seorang kawan yang kononnya IT sangat di ketika itu.

Dan kerana kata-kata nasihatnya yg kononnya IT sangat tu, saya terpaksa menangguhkan rancangan memiliki website dan perniagaan internet sendiri.

Terfikir tentang internet saya tiba-tiba teringat pasal email saya yg dah sekian lama tak dibuka. Secara automatik kaki melangkah menuju ke cybercafe berdekatan.

Dipendekkan cerita, selepas membaca dan mengemail janji-janji manis kepada awek-awek serata Malaya, saya terserempak dengan satu laman web yg menjual perkhidmatan webhosting profesional yg kononnya murah dan mampu milik khas untuk rakyat Malaysia – SempoiHosting.com

Dari yg dibaca, kononnya SempoiHosting menawarkan pelan pakej hosting yang sangat fleksibel dan menjimatkan dimana anda sendiri yang menentukan saiz ruang web yang ingin anda miliki dan ini sekaligus menentukan harga yang perlu anda bayar.

Dalam bahasa mudahnya – beli hosting mengikut timbang kati!

Dan kata-kata “koman-koman mesti mau ada RM1,000″ kawan saya yg kononnya IT sangat itu bermain-main semula di fikiran…

“Biar betul! Takkanler RM47 je dah boleh ada website?!”, saya skeptik dengan apa yg ditawarkan di lamanweb tersebut.

Saya meneruskan pembacaan. Dari pemahaman saya, pakej yg disediakan memang amat menarik sekali… sangat sesuai dengan darjat poket saya yg hidup segan mati tak mau di kala itu. Hati berdebar-debar kencang kerana seronok sekali.

Terpedaya dengan ayat-ayat power dan janji-janji manis yg tertera di halaman web tersebut yg menjanjikan pelan fleksibel menjimatkan, harga berpatutan, support berterusan serta JAMINAN PULANGAN WANG 30 HARI sekiranya tidak berpuashati, saya terus mengisi borang tempahan.

Tempahan saya diterima dan saya perlu membuat pembayaran sebanyak RM47 (harga domain+ webhosting). Tanpa membuang masa saya terus ke bank berdekatan.

Sisa-sisa terakhir wang saya dimasukkan ke akaun bank pemilik SempoiHosting. Sebatang lagi rokok dinyalakan dengan tangan yg terketar-ketar bahana kehilangan wang sekali lagi.

Walaupun mungkin terpaksa mengikat perut dan mengenselkan plan mengajak awek tengok wayang, saya yakin dengan pelaburan itu saya akan dapat menjana pendapatan lumayan dan mengubah nasib saya seterusnya membuatkan saya mampu mengajak berpuluh-puluh awek menonton wayang berpuluh-puluh kali bersama berkati-kati pop corn di masa akan datang!

Dalam tempoh kurang 24 jam sahaja website saya UbiToon.com berjaya diaktifkan!

Dan ketika itu juga angan-angan senario saya sedang menempeleng dan membelasah  kawan yg kononnya IT sangat itu menari-nari di ruang fikiran!!

Heh!

Kini sudah hampir dua tahun saya menggunakan khidmat SempoiHosting. Boleh dikatakan banyak domain saya didaftar dan dihostkan olehnya.

Dan sepanjang pengalaman saya bersama SempoiHosting, servis, support dan uptimenya adalah amat tip-top sekali!

Walaupun begitu ia bukanlah 100% perfect. Seperti juga barang lain ciptaan manusia, adakalanya ia meragam dan tidak berjalan lancar. Ada masanya laman web akan down dan tergendala sebentar kerana masalah teknikal yg tak dapat dielakkan.

Namun begitu, pemiliknya Mr Shuth dengan coolnya akan memaklumkannya dan berusaha tahap gaban untuk membaiki masalah tersebut. Caya lu bro!

Tapi yg paling utama pada saya adalah jasa SempoiHosting dalam merealisaikan impian saya untuk memiliki lamanweb pertama saya dengan kadar yg fleksibel, murah dan mudah sekali!

Jadi pada sesapa yg berminat untuk ada website sendiri dan sengkek budgetnya ciput, saya amat mengesyorkan korang mencuba perkhidmatan SempoiHosting.

Buat adik Zalie, semoga entri membebel panjang lebar ini dapat menjawab segala persoalan. Akhir kata, semoga akan berjaya memiliki laman web sendiri seperti yg diidamkan dan jangan lupa kirim salam kat kakak!

Chalo!

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Review - Tag buat duit di internet, sempoi, sempoihosting, wangcyber
Similar posts
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Ingin dengar suara seksi saya? — Oh maaf… Tida...
  • Berita Bongkak Minggu Ini — Untuk entri kali n...
  • Temui Kartunis Ubi di Hotel Nikko — Korang ingin bertem...
  • WangCyber Gathering – kenangan ... — Sambungan dari Wang...
« Berita Bongkak Minggu Ini
» Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?

9 Komentar Setakat Ini

  1. ktb's Gravatar ktb
    February 3, 2009 at 4:41 am | Permalink

    yup..tak kenal maka tak cinta..kita harus bermula dari bawah…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 6, 2009 at 11:02 pm | Permalink

      bermula dari bawah… naik slow-slow… bina asas yg kukuh dulu jadi bila dah kat atas nanti tak senang goyah…

      ‘slow n steady
      tak slow tak menjadi!’
      ;)

      Reply
  2. pejalbutter's Gravatar pejalbutter
    February 4, 2009 at 5:21 am | Permalink

    ala ckap je ko nk knal2 ngan kakak dia 2 kan snang..jgn lpa mntak no skali..haha

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 6, 2009 at 11:03 pm | Permalink

      ish.. ish.. ish.. tak baik kongsi no tepon kakak orang! haha!
      :D

      Reply
  3. senapang's Gravatar senapang
    February 12, 2009 at 6:13 pm | Permalink

    ooo..gitu kisah nye…punya la adventure ko pnya kisah beli hosting domain…hehehe

    aku mule2 beli pon (taun lepas) setelah berjalan2 di google berjuta2 kali utk mencarik hosting yg paling cheap sale pnya…last2 jumpa kat cubiex.com (bleh google)..dan service pon gempak gak..nnti maybe aku akan cube try sempoihosting pnya…

    good luck to both of us dgn dunia IT..

    p/s: kem salam kat member IT ko tu..haha..dgn kakak zalie tu skali

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 16, 2009 at 1:18 pm | Permalink

      hahaha! member aku pn kem salam balik… :cool:

      Reply
  4. deboQ's Gravatar deboQ
    March 24, 2009 at 7:30 am | Permalink

    menarik!! bukan pasal webhosting tu…tapi pasal camne ubi setat nk cari duit di internet… harap2 ade sambungan untuk citer ni… **kisah suka duka sebagai kartunis dari dulu sampai la skang ni**..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 24, 2009 at 7:40 am | Permalink

      menarik gak tu… insyaallah kalau ada kelapangan dan idea saya akan bercerita dengan detail pasal kisah suka duka perjalanan hidup saya sebagai seorang kartunis yg terlampau :)

      Reply
  5. Ren's Gravatar Ren
    September 14, 2009 at 5:35 am | Permalink

    Cam tak caya je ni kartunis Ubi yg aku suka baca kartunnya masa kecik2 dolu2. :D Sebenarnye bleh sampai ke sini sbb nak carik review pasal sempoihosting.

    Kalau untuk shared hosting, memang bleh dpt murah gila kat mana2 webhost pun. Yg jadi mahal nye tu kalau vps atau dedicated server, tapi takde la sampai nak kena ade rm1,000 baru bleh start website. Tu nipu je tu kawan abang Ubi tu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site