• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
» WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 1

Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas!

Oct06
2008
9 Komentar Oleh Ubi

Apa khabar semua? Camana dengan sambutan raya? Harapan saya semoga semua bergembira dan sambutan raya korang sukses hendaknya di samping keluarga tercinta…

Pada yg tengah tensen kerana terpaksa kembali bekerja semula dalam keadaan yg sengkek kerana enjoy tak ingat dunia masa raya hari tu, di sini saya sediakan satu video sebagai hiburan untuk mengubati ketensenan yg sedang melanda seterusnya melupakan perut yg tengah hebat berkeroncong kerana takde duit nak beli nasi…

*Video di atas dijangka mengandungi elemen-elemen 18SG yg bisa mengganggu ketenteraman jiwa dan minda. Adik-adik di bawah umur sekalian, sila dapatkan persetujuan dan nasihat ibubapa sebelum dan sesudah menonton…

Pengunjung dan pembaca blog yg budiman sekalian,

Sebelum korang membuat apa-apa tuduhan atau cuba mencadangkan supaya saya ditahan ISA, biarlah saya jelaskan kenapa video ini disiarkan di sini…

Tidak, saya bukan cuba untuk menghasut korang dengan apa-apa agenda atau menyokong mana-mana parti politik…

Juga bukan untuk mengajak korang berbincang panjang lebar mengenai isu politik yg sedang hebat melanda sekarang ni…

Kartunisubi.com ni BUKANLAH blog politik jadi tak perlulah kita bincang panjang-panjang pasal tu kan? Cukuplah kalau sekadar menjadi pemerhati sahaja…

Cuma yg nak dibangkitkan adalah mengenai KREATIVITI dan KEBIJAKSANAAN yg ditonjolkan oleh Bro Kavilan – pengarang subtitle pada video ni dalam menyampaikan pendapat serta pandangannya mengenai isu tersebut.

Seperti kartunis, pelukis, penulis dan pengkarya-pengkarya yg lain, kami sentiasa akan cuba menyampaikan sesuatu mesej secara langsung ataupun tidak dalam semua hasil kerja kami.

Sebarang mesej yg berat, kritis maupun yg sensitif pasti akan sampai terus kepada audiens sekiranya ia dijalin dan dikarang dengan baik di dalam sesuatu karya.

Dan semua ini memerlukan kreativiti, kebijaksanaan dan ketelitian.

Sebagai contoh komik Aku Dia & Volkswagen – mungkin ramai menyangka ia hanya sekadar sebuah cerita remaja…

Tapi pada mereka yg peka, pasti akan ternampak ‘sesuatu’ pada cerita tersebut…

Agaknyalah…

Heh!

Berbalik semula pada cerita video di atas…

Sebagai antara mereka yg terlibat dengan dunia kreatif ni, saya rasa Bro Kavilan berjaya menyampaikan mesejnya dengan baik.

Samada mesej yg cuba disampaikan itu benar ataupun tidak, dia berjaya dan akan membuat sebilangan penonton berfikir!

Cuma yg pasti, saya memang gelak terbahak-bahak tahap gaban!

Good job!

;)

Pada mereka yg terasa dengan kandungan video ni atau sindiran sinis saya pasal sengkek kerana sakan beraya tu, ribuan ampun dan maaf dihulurkan…

Bukan niat saya untuk menyakitkan atau menyinggung perasaan sesiapa…

Cuma seperti kata pada tajuk post ni…

Sapa makan cili, dialah yg terasa pedas!

Hohoho…

;)

Kategori Belajar Melukis Kartun, Ntahapahapantah - Tag bangang, Ntahapahapantah
Similar posts
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
  • RM57 pun nak berkira ke? Come onlah b... — Seperti mana yang k...
  • Mana satu ikang yang lebih ngang?! — Masihkah anda ingat...
« Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
» WangCyber Gathering – kenangan cinta silam Pt 1

9 Komentar Setakat Ini

  1. Che Am's Gravatar Che Am
    October 6, 2008 at 11:16 am | Permalink

    hahaha!!! kelaka tullah! aku punya gelak sampai nak nangis!!

    Reply
  2. Kucing_Itam's Gravatar Kucing_Itam
    October 6, 2008 at 12:59 pm | Permalink

    Pergh… Ganaz nih… 18SG kot… huhuhu… tak baik untuk kesihatan kanak2 di bawah umur… (Yes, saye dah besor!)…

    Yang penting saya dapat nampak ‘sesuatu’ pada Aku, Dia & Volkswagen tu… hehehe…

    Reply
  3. boboi gamerz's Gravatar boboi gamerz
    October 8, 2008 at 1:18 pm | Permalink

    hahahaha! hail hitler!

    Reply
  4. hafiz's Gravatar hafiz
    October 8, 2008 at 4:03 pm | Permalink

    huh…tak berapa nak gelak la…
    yg gelak pon tang dia suruh yg tgk Astro Ceria keluar…
    tu je la…yg laen mcm tak berapa nak gelak…
    anyway, nice try to him…

    Reply
    • faizarudin catut's Gravatar faizarudin catut
      October 8, 2008 at 7:34 pm | Permalink

      memang tak berapa kelaka sangat pada keseluruhannya, mungkin pasal ceritanya bukan cerita kelaka

      cuma macam yang brader ubi cakap, dia cuba sampaikan sesuatu dalam karya dia

      kira ok jugakler kerana dia cuba memberi mesejnya dengan cara yang tak direct

      jadi mungkin sesiapa yang disindir tu akan terasa kot, macam yang brader ubi tulis – ‘sapa makan cili dialah yang terasa pedas!

      Reply
  5. Azrai's Gravatar Azrai
    October 10, 2008 at 7:13 am | Permalink

    Puas aku nak fahamkan apa yang dia cakap… rupa2nya kena baca subtittle tu rupanya… patut la

    Reply
  6. Jimmy's Gravatar Jimmy
    October 25, 2008 at 8:37 am | Permalink

    Ubi, apa yang sesuatu tu dekat Aku, dia dan walksagen… curious ni..

    Reply
  7. rovlizaru's Gravatar rovlizaru
    October 31, 2008 at 10:54 am | Permalink

    Uik,mmg ade ssuatu kt A,D&V tu.cite die wat aku rase rndu lak kt bbrapa thn yg lalu.tp plg aku rndu,budak hostel la.plg aku mnt,watak husen yg agk2 poyo tu.huah2.oit,ubi,x blk taman tas ke?aku pun org pahang gak.hahahaha.

    Reply
  8. BAGAK's Gravatar BAGAK
    November 1, 2008 at 4:30 pm | Permalink

    dah post kat facebook

    kalau trafik naik, maknanya ada org ramai2 tengok

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site