• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Suatu Ketika di Zaman Jahiliah III – Kartun TV Feveret
» Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

Rejabhad – Penghulu Kartun Malaysia

Mar31
2009
27 Komentar Oleh Ubi

Setiap orang ada idolanya yg tersendiri.

Begitu juga dengan saya dalam dunia kartun dan komik ini.

Salah seorangnya adalah kartunis legenda, Allahyarham Rejabhad yg juga digelar sebagai ‘Raja Kartun Malaysia’ atau ‘Penghulu Kartun Malaysia’.

Tanyalah pada semua kartunis di Malaysia – baik yg sudah lama ataupun baru, profesional maupun amatur semuanya pasti tahu dan mengenali beliau!

Saya mula mengenal Rejabhad sejak dari kecil lagi melalui Majalah Gila-Gila yg selalu dibeli oleh mak saya yg juga merupakan peminat setia karya beliau.

Menurut mak saya, dia membeli majalah Gila-Gila sejak dari keluaran pertama lagi dan melanggan setiap keluaran kerana tidak mau terlepas mengikuti siri ‘Periwira Mat Gila’ karya allahyarham.

Keistimewaan karya Rejabhad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Jab adalah terletak pada gaya dan kekuatan penceritaannya yg menekankan banyak unsur-unsur kemelayuan. Rasanya tidak salah kalau saya menyatakan sehingga kini tiada lagi kartunis yg dapat menghasilkan karya yg se ‘melayu’ beliau.

Beliau juga gemar berfalsafah di dalam karya-karyanya. “Ada duit semua jadi” – adalah salah satu kata-kata yg menjadi trademark watak kartun Periwira Mat Gila yg pernah menjadi ikutan ramai peminat kartun tanahair suatu ketika dahulu.

Menjadi kartunis sepenuh masa selepas pencen dari Askar Melayu, Rejabhad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Jab adalah seorang yg sangat ikhlas memperjuangkan seni kartun dan komik tanahair.

Selain menghasilkan karya agung yg bermutu tinggi, Pak Jab juga disegani kerana kesediaannya berkongsi ilmu dan panduan kepada generasi baru kartunis. Banyak bengkel dan seminar kartun yg dijayakannya. Sepanjang hidupnya beliau telah menjadi mentor kepada kebanyakan kartunis terkenal tanahair, antaranya Lat, Juragan, Imuda, Ujang, Cabai dan ramai lagi.

Saya juga adalah salah seorang dari mereka yg bertuah dapat berguru dengan arwah.

Waktu tu saya baru habis SPM. Sementara menunggu result keluar, saya bekerja sementara sebagai pam atendan (baru lama? hijau merah?) kat stesen Shell berdekatan rumah. Setiap pagi Sabtu, selepas aje habis kerja (saya kerja syif malam), saya akan terus bertolak ke KL untuk mengikuti bengkel kartun kelolaan beliau yg bermula pada tengahari di Balai Seni Lukis Negara.

Selama 4 minggu berturut-turut saya berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengikuti bengkel anjuran PEKARTUN (Persatuan Kartunis Selangor & Wilayah Persekutuan) tersebut. Dan pada hari terakhir saya sempat meminta autograf dan berbual mesra dengan Pak Jab.

Beliau terkejut dan kagum dengan semangat saya yg sanggup bersusah payah untuk mengikuti bengkel melukis kartun beliau. Sambil memuji saya, dia mengeluarkan satu falsafah kartunnya – “Genggam bara biar jadi arang, Genggam kartun biar jadi wang!”

Satu lagi perkara menarik tentang Pak Jab ialah beliau sentiasa menghargai peminatnya dan tidak mudah lupa dengan orang. Pernah terdengar cerita bahawa beliau tidak pernah terlepas memenuhi semua jemputan kenduri kahwin dari peminatnya tidak kira di mana jua sekiranya berpeluang.

Sewaktu saya mula-mula berkhidmat di Majalah Ujang, kami pernah terserempak di dalam beberapa majlis perjumpaan kartunis. Pak Jab sentiasa akan menegur saya dahulu dan masih lagi ingat bahawa saya adalah anak didiknya yg berulang-alik dari Kuantan!

Keramahan dan kerendahan hatinya itu membuatkan saya semakin hormat dan kagum dengannya.

Pada saya dan penggiat seni kartun tanahair, pemergiannya adalah satu kehilangan yg amat besar pada industri. Ini kerana jasa beliau yg terlalu besar dalam menghasilkan karya kartun bermutu tinggi dan tak pernah jemu berusaha untuk mendidik serta merangsang bakat baru kartunis.

Akhir kata, ucapan terima kasih yg tak terhingga dan Al-Fatihah buat Allahyarham…

—————————————————————————————————————————————————-

SEDIKIT PENGENALAN RINGKAS MENGENAI REJABHAD @ PAK JAB

Nama Sebenar: Rejab bin Had

Tarikh lahir: 23 Ogos 1939

Asal: Permatang Pauh, Penang, Malaysia

Kartun Pertama Disiarkan: Gelanggang Filem, Julai 1958 (diterbitkan oleh P Ramlee)

Hobi: Membaca, melukis, mendengar muzik, menonton TV dan filem, mengumpul setem dan barang keluaran pertama, bercerita.

Bakat lain: Bermain biola dan mengarang lagu

Meninggal pada: 14 November 2002, kerana sakit jantung

Karya-karya yg pernah tersiar dan dibukukan:

  • Periwira Mat Gila
  • Tan Tin Tun
  • Mawar Oh Mawar
  • Selendang Siti Rogayah
  • GG Dengan Rejabhad
  • Prebet Dabus
  • Senyum Sedikit
  • Pisang Emas Jalak Lenteng
  • Amal (anak Periwira Mat Gila) (karya terakhir)

Baca lagi mengenai Rejabhad di sini >>>

Kategori Kartun, Kartunis Idola - Tag Gila-gila, Kartun, kartun Malaysia, kartunis, Komik, periwira mat gila, rejabhad, Tan tin tun
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Suatu Ketika di Zaman Jahiliah III – Kartun TV Feveret
» Kartun Budak Hostel Siri Pertama Di Majalah Ujang

26 Komentar Setakat Ini

  1. oRen's Gravatar oRen
    March 31, 2009 at 9:32 pm | Permalink

    aku amat kerugian kerna tak berkesempatan untuk bertemu dan berkenalan dengan beliau..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 2, 2009 at 5:02 am | Permalink

      tiada jodoh buat kau dan dirinya…

      Reply
  2. onizuka's Gravatar onizuka
    April 1, 2009 at 3:18 am | Permalink

    sayangnya kartun skrg x byk tonjolkan
    kartun se’malayu’ yang boleh..
    banyak kartun kita lebih kpd ke’jepunan’…
    dan aku pun x sempat baca karya
    arwah, psal bukan zaman aku waktu tu…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 2, 2009 at 5:03 am | Permalink

      boleh dapatkan karyanya dari Creative Enterprise – company majalah Gila-Gila

      Reply
  3. rashid's Gravatar rashid
    April 1, 2009 at 7:49 am | Permalink

    siries, tak tahu pun dia dah tak ada…
    cuma dah lama tak dengar..
    minat gak layan kartun dia,
    kelakar, kadang2 sinis, tapi sungguh melayu..

    al-fatihah~

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 2, 2009 at 5:04 am | Permalink

      ramai gak org yg tak tau…

      al-fatihah…

      Reply
  4. alifstyle's Gravatar alifstyle
    April 4, 2009 at 12:34 am | Permalink

    Saya juga berpeluang rapat dengan arwah Pak Jab.

    Selalu ulang alik dari rumah ke bangsar (pejabat Gila-Gila) setiap Sabtu bagi menuntut ilmu kartun darinya. Berlarutan sehingga hampir 5 tahun lamanya.

    Banyak kenangan manis bersamanya. Dia memang seorang yang alim dan berilmu. Masih terbayang suara dia bercakap dalam bahasa baku.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 2:10 pm | Permalink

      hanya yg pernah kenal ngan dia aje akan tau keunikan dia… ;)

      Reply
  5. aiereast's Gravatar aiereast
    April 21, 2009 at 11:34 am | Permalink

    Ahad lalu saya berkesempatan membeli salah sebuah karya arwah, iaitu Mawar Oh Mawar. memang tak dinafikan, seronok betul layan komik arwah. Penuh dengan nilai-nilai kemelayuan. Jadi tidak hairanlah kenapa sampai orang-orang universiti pun sanggup mengkaji mengiktiraf karya-karya arwah. Dan bila saya buka cerita pasal arwah kat bapa saya, terus bapa ceritakan pasal kehidupan tentang arwah.Rupa-rupanya bapa saya pun bekas kartunis Gila-Gila pada awal kemunculanya.Dah tentu kenal, kan? : )

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      April 21, 2009 at 1:47 pm | Permalink

      bapak pakai nama pena apa? Kem salam kat dia yek! :)

      Reply
      • aiereast's Gravatar aiereast
        April 22, 2009 at 5:05 am | Permalink

        erm….. nanti sayer tanya balik bapak. Insyaallah, nanti sayer akan kirimkan : )

        Reply
  6. shazmiey's Gravatar shazmiey
    April 26, 2009 at 4:00 pm | Permalink

    perwira mat gila dan tan tin tun (majalah gila-gila) memang fav sy dulu2 sblm kenal majalah Ujang…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:57 pm | Permalink

      samalah kita… :)

      Reply
  7. @LiYaNNuaR's Gravatar @LiYaNNuaR
    April 27, 2009 at 12:33 pm | Permalink

    salam… dulu2 sgt soka baca TanTinTun… beshhhh!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:59 pm | Permalink

      jalan cerita dia memang lain dan ada feel klasik…

      Reply
  8. adijin's Gravatar adijin
    April 30, 2009 at 5:00 am | Permalink

    Aku suka karya-karya Pak Jab. Agak kecewa sikit sebab masih tak dapat memiliki koleksi Tan Tin Tun. Yang lain semuanya ada, kecuali ada satu buku lagi yang aku lupa tajuknya.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 3, 2009 at 2:55 pm | Permalink

      sama gak… aku pun blum dpt koleksi Tan Tin Tun tu lg…

      Reply
  9. icamstudio's Gravatar icamstudio
    June 15, 2009 at 10:45 am | Permalink

    Asskum…teringat aku dolu2 masa mula2 belajar ngan pak jab di bengkel kartun gila-gila. masa tu pak jab memang iklas betul bagi tunjuk ajar selok belok melukis kartun. Yang best nye lepas abis masa bengkel kartun tu kadang2 dia nak tengok kartun siapa paling best..slalu dia puji lukisan aku best walaupun idea aku masa tu kurang sesuai bagi dia. Tapi ilmu dia bagi tu memang masuk abis dalam kepala aku. Yang paling tak dilupa abis bengkel kartun kadang2 dia belanja anak murid nya makan.. hehehe.. tapi bila aku berjaya jadi kartunis lepas tu aku ada buat freelancer kat gila-gila tapi dia dah tak ingat aku, tapi itu no hal sangat..yang penting dia penah ajar aku teknik berkartun. So, aku slalu doakan semuga rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Amin.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 17, 2009 at 8:47 am | Permalink

      Al fatihah…

      Reply
  10. fazarudin's Gravatar fazarudin
    July 4, 2009 at 10:09 am | Permalink

    aku masih simpan koleksi Tan Tin Tun …paling best yang citer edisi seram tu…

    Reply
  11. gondel's Gravatar gondel
    July 25, 2009 at 7:13 am | Permalink

    aku dulu ada koleksi pelukis rejabhad ni… sama la yg macam pic tuu… oleh kerana ayah aku ni tak suka aku baca kartun, abis semua koleksi aku kene koyak pastu sumbat dlm mulut aku sampai berdarah.. menangis aku.. :(

    Reply
  12. meo's Gravatar meo
    August 9, 2009 at 8:59 pm | Permalink

    encik ubi pun ape hebat juga!

    Reply
  13. evarage's Gravatar evarage
    December 31, 2009 at 2:19 pm | Permalink

    salam…saya peminat karya allahyarham iaitu perwira mat gila, tan tin tun dan mawar oh mawar…ade lagi x keluaran karya2 2 di pasaran sekarang nih? akibat bnyk berpindah, buku2 tersebut dah hilang. di mane sy leh dapat buku2 tersebut?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 2, 2010 at 11:59 am | Permalink

      boleh cuba cari kat pesta buku nanti… selalu nampak ada jual kat sana

      Reply
  14. Semuutiee's Gravatar Semuutiee
    February 10, 2010 at 3:41 pm | Permalink

    moga roh arwah dicucuri rahmat…
    aku berkesempatan bertemu beliau tiga atau 4 kali…yg aku ingat sekali kat CESB, sekali kat Alpha Angle, sekali kat Pesta Buku.Ada dua kali aku dapat autograph dan masa kat CESB dia bagi aku satu salinan photostat Majalah Ha Hi Hum, majalah yang diusahakan beliau dengan rakan2 sebelum adanya Gila-Gila. beliau pejuang seni kartun sejati dan akan terus dalam hati peminat kartun macam aku ni….

    Reply
  15. ahkai's Gravatar ahkai
    June 19, 2010 at 5:43 pm | Permalink

    salam,
    kalu kita bc periwira mat gila tu, ending dia mcm ada sambungan, tapi, tak penah nampak ade jual kat mana mana pun….
    incik ubi ada perasan tak?
    ke, yang ada kat saya ni je yang bersambung…?

    Reply
  1. Lukisan Manual vs Digital | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on November 27, 2011 at 8:07 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site