• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?
» Email Bangang Minggu Ini III

Rajnikanth dalam iklan animasi terlampau

Feb09
2009
24 Komentar Oleh Ubi

Sapa tak kenal Superstar Tamil Rajnikanth?

Rasanya terlampau mustahil dan menipu sangatler kalau anda kata tak kenal atau tak pernah nampak muka macha kat bawah ni…

Pada peminat setia filem tamil (seperti saya contohnya…) wajah separa hensem ni tak perlulah diperkenalkan lagi.

Sekiranya anda bukannya peminat filem tamil maupun pelanggan setia channel Vanavil, pastinya wajah hero perasan best ni anda pernah nampak di kedai-kedai VCD sekitar Jalan Masjid India…

Poster wajah poyo macha ini juga wajib tertampal megah sebagai idola driver dan konduktor di dalam kebanyakan bas menuju ke Brickfields dan Sentul…

Senang cerita, di mana ada komuniti India di situlah wajah bermisai tebal ini akan sewenang-wenangnya diabadikan!!

Jadi sempena dengan Thaipusam yg baru saja disambut semalam, apa kata kita hiburkan diri dengan satu animasi iklan terlampau yg menggunakan watak kartun beliau sebagai watak utama…

Bagaimana? Kagum? Terhibur?

Kah! kah! kah!

:D

Mungkin ada yg tergelak besar sampai nak pecah buah pinggang dan menggeleng serta menghantukkan kepala ke dinding kerana keterlampauan dan bebodohan aksi yg dipaparkan…

Pasti akan terdetik di fikiran tentang kebengapan pengarah iklan kartun ini atas kesanggupannya membodohkan penonton dengan karya sangap ini!

Dan pasti jugak anda terfikir kenapa jenama terkenal seperti Castrol sanggup membahayakan imejnya dengan iklan sebangang ini?

Sebenarnya bukan hanya iklan kartun di atas ni je yg nampak sentul. Boleh dikatakan kesemua filem Tamil yg dihasilkan mempunyai unsur-unsur bodoh yg bisa menggelikan hati!

Dari aksi bertumbuk, melayang terbang dari bangunan tinggi, hero yg terel membelasah teruk 10 orang yg bersenjatakan kayu hoki dan parang, gerak tarinya yg tak munasabah dan bermacam-macam lagi!

Pasti kita dengan mudah dan senang hatinya melabel bahawa kesemua pembuat filem Tamil India ni semuanya BANGANG serta SANGAP sepenuh masa!

Tapi adakah ianya benar?

Sebelum kita dengan sewenang-wenangnya menghukum dan menghakimi, apa kata kita faham dan selidik dulu apa sebenarnya yg berlaku dalam industri filem mereka…

Mengikut apa yg saya baca dan kaji, kebanyakan pengarah filem di India sana tu tidaklah sebangang dan sesangap yg kita sangkakan. Kebanyakan mereka adalah lulusan kursus seni pengarahan dan pembikinan filem dari universiti terkemuka di US, UK dan Perancis.

Jadi kenapa lulusan seni filem dari universiti boleh menghasilkan karya yg tersangat sangap, bangang, bengap dan sentul? (Eh, banyak pulak soalan…)

Mengikut apa yg dibaca, penggiat seni dan filem Tamil di India terpaksa menghasilkan filem sebegini rupa kerana itulah APA YANG MASYARAKAT INDIA MAHUKAN!

Bukan mereka tak pernah cuba menghasilkan filem yg berbeza dari apa yg biasa dihidangkan, tapi hasilnya sangat mengecewakan.

Bukan sekadar mengecewakan, malahan banyak terjadi kes panggung wayang dibakar dan rusuhan kerana penonton tersangat marah serta bengang filem yg disajikan tidak menepati citarasa mereka!

Aksi bertumbuk, melayang terbang dari bangunan tinggi, hero yg terel membelasah teruk 10 orang yg bersenjatakan kayu hoki dan parang dan gerak tari yg tak munasabah – itulah sebenarnya yg mereka MAHUKAN!

Pemilik panggung tidak sanggup menanggung kerugian terpaksa meletakkan syarat filem yg ingin ditayangkan mesti berlandaskan segala kriteria di atas.

Penerbit yg inginkan filem mereka ditayangkan terpaksa meletakkan syarat yg sama kepada pengkarya dan pengarah filem.

Dan pengkarya dan pengarah filem yg inginkan karya mereka diterima ramai terpaksa akur dengan syarat yg disediakan!

Jadi siapa yg harus dipersalahkan? (soalan lagi?)

Adakah filem Tamil ini menjadi sentul kerana mentaliti masyarakatnya? Dan kenapa masyarakat Tamil di India ini boleh jadi sebegini mentalitinya?(berapa kali mau tanya daaa…)

Heh!

;)

Untuk soalan ini saya tiada jawapannya. Cuma pada pendapat saya kita tidak patut menghakimi dan menghukum seseorang atas dasar selera dan minat mereka.

Mungkin kita akan rasa marah dan geram jika dilabel sebagai bodoh serta pengotor kerana gemarkan belacan, petai dan durian yg pada pandangan Mat Salleh sebagai benda yg BUSUK!

Biarlah masyarakat Tamil di India dengan minat mereka dan masyarakat kita dengan minat kita.

Jika dipandang dari sudut positif , kesan mentaliti yg unik itu  masyarakat Tamil di India itu berjaya membentuk BUDAYA dan IDENTITI mereka yg tersendiri! Mereka BANGGA mempertahankannya walaupun dikutuk oleh kebanyakan bangsa lain di dunia!

Akhir kata, janganlah kita cuba menghakimi seseorang berdasarkan rupa dan cara mereka menjalani kehidupan. Lihat diri sendiri di cermin dulu sebelum kita melihat dan mengata orang lain!

Selamat Menyambut Hari Thaipusam!  Caya sama lu Macha!

Pendapat anda? Sila berikan pandangan dan komen bernas anda di bawah.

Kategori Kartun, Umum - Tag animasi, bangang, castrol, iklan, macha, Ntahapahapantah, rajnikanth, thaipusam
Similar posts
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
  • RM57 pun nak berkira ke? Come onlah b... — Seperti mana yang k...
  • Mana satu ikang yang lebih ngang?! — Masihkah anda ingat...
« Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?
» Email Bangang Minggu Ini III

24 Komentar Setakat Ini

  1. alien13's Gravatar alien13
    February 9, 2009 at 12:29 pm | Permalink

    jujubi!!
    kelakar gile ah..
    kreatif..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:28 pm | Permalink

      kreatif walaupun nampak over… tapi sesuai untuk orang kat India sana tu :)

      Reply
  2. Zahir4h's Gravatar Zahir4h
    February 10, 2009 at 12:27 am | Permalink

    tak sangka abg ubi pun minat citer tamil cam saya. walaupun mengarut aksi dalam citer tamil tu, tapi jalan ceritanya menarik dan lain dari yg lain. tak sama cam hindustan yg harapkan pelakon hensem dan cantik aje. caya sama lu macaaa!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:33 pm | Permalink

      hahaha! ingatkan saya sorang je minat tamil dan nampak keistimewaan kat filem tu. Ramai org tak mau tengok pasal diorang nampak aksi yg mengarut pada filem tu, tapi kalau tengok betul-betul kita akan nampak keunikannya iaitu JALAN CERITANYA YG MENARIK DAN LAIN DARI YG LAIN! Setiap yg tak best tu tentu akan tersembunyi benda yg best! Cuma terpulang pada kita nak cari dan faham. ;)

      Reply
  3. Nur's Gravatar Nur
    February 10, 2009 at 12:30 am | Permalink

    kah..kah…
    kelako giler la..
    ape pnya iklan daaaa..
    hik.hik.hik

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:33 pm | Permalink

      heh! :)

      Reply
  4. Bro Faizi's Gravatar Bro Faizi
    February 10, 2009 at 7:43 am | Permalink

    Saya juga minat tgk filem tamil ni walaupun aksi lawannya mengarut tahap tapir peringkat kelapan. Bayangkan seorang hero boleh mengalahkan berpuluh-puluh samseng serentak pada satu masa n siap boleh terbang melayang pulak tu samseng2 tersebut dekat satu kilomter setelah diterajang oleh hero (kalah mahaguru silat n shaolin kungfu), hahahaha…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:27 pm | Permalink

      samalah kita! caya lu! ;)

      Reply
  5. pejalbutter's Gravatar pejalbutter
    February 10, 2009 at 4:31 pm | Permalink

    walau apa pun aku mnat giler kat mamat ni bro..hebat dan mantap..Sivaji the boss, Chandramuki bnyak lgi lar..dia punya pose spiderman pun kalah..ngarut pun ngarut lar 2 yang best…gua lyan je

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:24 pm | Permalink

      betul! pedulik apa org nak kata… janji kita puas n hepi!

      Reply
  6. pejalbutter's Gravatar pejalbutter
    February 10, 2009 at 4:47 pm | Permalink

    filem baru beliau Robot ngan filem animation Sultan..jgn xtgk best ooo…grafik best

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 10, 2009 at 6:23 pm | Permalink

      sure… mesti tengok punya! :D

      Reply
  7. Muhd Nazim's Gravatar Muhd Nazim
    February 13, 2009 at 11:10 am | Permalink

    Iklan ni dah pernah tengok kat youtube.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 13, 2009 at 1:53 pm | Permalink

      memang amik dr youtube pun… :)

      Reply
  8. zira's Gravatar zira
    February 17, 2009 at 6:06 am | Permalink

    kahkahkahkah…nk t’putus urt kentut(pnjm ayt nabil jap) aku ni dibuat’y..

    Reply
  9. zwanrule's Gravatar zwanrule
    February 17, 2009 at 1:48 pm | Permalink

    hahaha… iklan ni mmg lawak giler… part paling aku & geng suka tang dia tahan peluru kasi lalat (kalau x silap aku le… :-) ) tu belah dulu.. berperikemanusiaan betul hero nie… hahahaha…bagus gak ko ltk dlm ko nyer site ni, x semua org perasan iklan ni ada dlm youtube… syabas ubi! syabas inspektor sahab!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 17, 2009 at 5:02 pm | Permalink

      tu menunjukkan betapa coolnya sesapa yg pakai minyak castrol – mungkin itu yg cuba disampaikan kot :cool:

      Reply
  10. cencurut's Gravatar cencurut
    February 23, 2009 at 9:52 am | Permalink

    Bhai…

    Gua tak tengok citer hindustan pasai tak realistik dengan situasi di Mumbai.. tapi cerita tamil memang realistik ngan situasi di sana…. hahahaha

    Padayyapa…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 24, 2009 at 2:46 pm | Permalink

      hindustan lebih menekankan commercial value daripada nilai realistik. ;)

      Reply
  11. x-po's Gravatar x-po
    March 7, 2009 at 11:29 am | Permalink

    slalunya iklan yg kreatif cmni la yg mampu menarik pelanggan..hoho

    Reply
  12. eita's Gravatar eita
    December 14, 2009 at 7:38 pm | Permalink

    dah memang macam tu jalan cite dia layan jelah.
    tapi sekali tengok memang tak logik la.
    ada ke patut motor laju pada peluru.
    kencing orang betol lah tapi aku memang peminat no.1 rajnikanth ni….layannn………..

    Reply
  13. zero lunamiko's Gravatar zero lunamiko
    December 28, 2009 at 9:29 pm | Permalink

    hahaha..x sangka ubi pun minat tamil @ rajnikant juga..
    memang nampak sentul dah mungkin kelihatan agak bangang. tapi disebalik itu terdapat unsur2 lain yang tersembunyi x x terlihat di kacamata org yg x meminati filem tamil..
    hehehe..

    kalau di malaysiaiklan mcm ni konfem kne kutuk..
    tapi bagi saya..
    it’s nice..
    walaupun mmg nyata2 lamelampau sgt actionnya..
    yg penting apa yg nk disampaikan tu..
    mmg terlebih sampai..
    ahahahh~

    Reply
  14. sastraboy's Gravatar sastraboy
    April 17, 2010 at 9:29 pm | Permalink

    ala brader ubi.Apa beza orang malaysia dengan india sana tu.Kita kalau filem patriotik je mesti tak layan.tapi kalau cerita cintun nan sendu,mat rempit dan kawan-kawan mesti pecah panggung punya.Walaupun filem tu semua sengal dan bangang.tapi kita tak ada lah seradikal dorang kan.Huhu.nasib baik!

    Reply
  15. vijayresh's Gravatar vijayresh
    April 7, 2011 at 4:56 pm | Permalink

    pada pendapat saya filem hindustan lebih bodoh daipadfa filem tamil

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site