Maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu update terbaru tentang projek ‘Aku Dia & Volkswagen’ ni. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni saya tak berapa sihat sangat kerana demam.
Mungkin kerana faktor cuaca sekarang ni yg tak berapa menentu panas melampaunya. Jadi pada anda sekalian, saya nasihatkan supaya banyak MINUM AIR KOSONG bagi membantu anda mengharungi cuaca terik ni dengan tabah.
Berbalik kepada topik projek ‘Aku Dia & Volkswagen’, di bawah ni saya tunjukkan artwork karakter Ubi yg sudah 98% saya siapkan…

Sekarang ni juga saya ada siapkan satu lagi sketch ‘Aku Dia & Volkswagen’ untuk projek perasan hebat ni. Insyaallah akan saya tayangkan pada post selepas ini.
Dari maklumbalas dan email yg saya terima sejak pengumuman projek ni, ramai yg dah tak sabar NAK TAU apa kejadah sebenarnya yg saya nak buat ngan lukisan-lukisan ni…
Hmm… agak-agak apa sebenarnya yg saya nak buat ni?
Heh, maaf kerana berahsia dan bermain teka-teki ngan anda semua. Saya memang seronok buat orang tertunggu-tunggu dan tensen!
Dan entah camana saya dapat satu idea best untuk menambahkan lagi tensen saudara dan saudari sekalian…
Apa kata kalau kita main peraduan tikam-tikam kat sini?
Untuk menambahkan syok kat permainan ni, saya dengan hensemnya akan memberi hadiah pada 5 ORANG PENEKA TERAWAL yg dapat menjawab soalan dengan betul dan 3 ORANG LAGI PENEKA SECARA RAMBANG (tak kesah samada jawapan betul atau salah).
Hadiahnya?
Hehehe… rahsia!
Amacam? Teruja? Berdebar-debar?
Untuk menyertainya, senang aje. Hanya tuliskan APAKAH AGAKNYA BENDA YG SAYA NAK BUAT NGAN LUKISAN TERBARU KARAKTER ‘AKU DIA & VOLKSWAGEN’ ni di ruangan komen di bawah.

Ingat, 5 penembak pertama yg berjaya menjawab dengan tepat dan 3 lagi peserta yg dipilih secara rambang akan menerima hadiah ‘spesel’ dari saya!
Keputusan pemenang akan diberitahu pada hari Jumaat ni (29 Mei). Pada hari itu juga saya akan dedahkan apakah jawapan sebenar dan hadiah misteri yg bakal anda menangi tu.
Petunjuk? Hint?
Senang aje… hanya baca kesemua post dan komen-komen post yg bercerita mengenai projek ni. Saya ada tulis satu petunjuk besar dalam salah satu post tersebut untuk membantu anda memenangi peraduan tikam-tikam ni.
So, tunggu apa lagi? Tembak aje jawapan korang kat bawah ni!
Selamat main tikam-tikam dan menang hadiah!






Saya teka projek Aku Dia & Volkswagen dalam versi eBook.
ubi nk wt smbungan cter Aku dia gn voksegen nie..kan kan..hentam kromo jek..hohoo
saya rasa nk buat wallpaper yg terbaru kot….hehehehe
saya teka projek Aku Dia & Volkswagen dalam versi eBook
n nk wat frame gambo2 yang cantik
n kenangan coz watak paling comel n cun
tol x ???
hehehe
sy teka MINUM AIR KOSONG
saya teka ubi nak wat volkswagen tu boleh transform..hehe.mcm transformer.buleh berckp n jadi best friend pada ubi.hehe,amacam?
canggih sikit..
saya rasa mesti ubi nk wat aku dia& volkswagen versi baru yng akn mncul dalm pelbagai bentuk…mybe nk bina blog tuk kish ni ke? @ nk wat komik khas tuk aku dia & volkswagen ni….
agak nye lh…mesti bes…
Saya teka projek untuk membuat komik fizikal yang baru.
projek mancing ikan…pemenangn dapat masterpiece zurina ngan ubi..la..la..la..la…
transform volkswagen sambil minum air kosong
buat t shirt yang comel hehe
saya rs, ADV bakal di jadikan filem/kartun, mcm Gang: Upin&Ipin. Atau dijual komiknya scr online
Atau kami boleh tahu sambungannya melalui online & emel
Redz teka en. ubi nk buat satu projek terbaru “Aku Dia & Volkswagen the Return” dalam versi eBook
saya rasa ubi nak wat filem @ kartun versi tv kot
Saya teka….
teka teki ..teka tekuk…
bro ubi nak kena ketuk
buat orang tunggu sampai ngantuk..
saja suspen padahal nak buat e-blog…..
hahahahahahahaha…….
… jawapan blog Aku Dia & Volkswagen! dlm versi manga….
hehehe..
(sori bro..gurau…hehehe)
Saya teka :
Jilid terbaru versi updated utk Aku Dia dan Volkswagen dalam bentuk digital – PDF – Ebook.
saye rase awek cun kot..mintak2 betol ar..amin..hehehe
saya teka nak buat filem agaknyaa? or siri animasi mcm upin & ipin?
Hm.. I think maybe Ubi want to convert the comic ‘Aku, dia & volkwagen’ in PDF file and give it free to his supporters or fans. Hahaha..!
Kad raya ciptaan Ubi kot….pasal x lama lagi dah bulan posa.
hah.. dah tau dah.. bro ubi nak wat sambungan cite Aku, Dia & Volkswagen nih.. haa.. betul x.. kehkeh..
Aku,Dia & Wolkswagon Live Actio..muahahha =x
saye rase ubi nk re-make aku,dia & volkswagen kot..tp kali ni dlm bentuk digital @ animasi…cam nak lawan ngn upin & ipin je..hehehe :-p
pastu nk design baju kot…
nie edisi himpunan koleksi limited edition….
hurm sy teka “Aku, Dia & Volkswagen dlm versi eBook multimedia”
yg menceritakan tentang Awek lama in Colour…
huhu…
hah.. dah tau dah.. bro ubi nak wat sambungan cite Aku, Dia & Volkswagen ni.. kan?kan? haa.. kan betul.. kuikui..
dalam versi baru…psl lukisan ubi makin cun…hehehe
buat komik ‘AKU DIA & VOLKSWAGEN’ berwarna.baru meriah!!hehe
erm…rasanyer ubi nak wat sambungan/new series comic ‘aku, dia & volkwagen’ tu dlm website ni supaya kite sume leh bace…hehe
rasanya aku, dia & volkswagen vol terbaru kot….heheheh…
versi eBook full color yang akan diberikan secara percuma mcm citer “Aku, Dia & Test”…hehehe
mesti ubi nk wat bentuk digital @ animasi…???
ubi nak buat sambungan Aku,Dia &Volks dalam bentuk PDF tp bukan secara percuma la..sape2 nak,kene beli secara online.pembayaran dgn kad kredit..kan2?
btol2..org pon rase ubi nk wat komik ‘aku,dia & volkswagen’dlm bntuk pdf,pas2 wat wallpaper utk diberikan percuma scr online..
btol x?
ngee~
clap..clap..clap..
Rasanya Ubi nak wat ebook terbaru.. Or Ubi nak wat sambungan cinta Zurina dan Ubi?? Jeng.. Jeng.. Jeng
wat komik ebook.
haha selamba tiru jwpn org
=P
Sha rasa Ubi nak buat….
e-Course “Cara-cara nak melukis+mewarna watak kartun ni!”
supaya ‘Aku, dia & volkswagen’ akan kekal untk 100 generasi akan datang….haha suke hati aku je teka…
ok ape…bakat diturunkan supaya 100 tahun dari sekarang masih ada yg boleh lukis Zurina yg cute tu haha ^_^
nie untuk kempen berhenti merokok ….ye ke ?
agak je la ni ,x tau la betul x..mgkin abg ubi nak letak watak A,D&W KT KOMIK SAMSOL…ntah main hntam je hehehehe
dah ramai dah~
x pela ….saya still nak join…
maybe…nak buat sambungan @ komik pendek..
nak teka mcm mane . smue org dh teka . tekuk je la . hak3 . nak hadiah la ..
nk wat jual secara besar-besaran kt internet..
hehe
xpyah bli kt luar..
stok sampai dpan umah..
hahaha
nk wat aku,dia & volkswagen versi digital
pastu bg wallpaper byk2 kat kitorang
saye teka..”NGORAT AWEK KAMPUNG”
sy rasa la mgkn sambungan untuk aku , dia dan test kot…..
x pun untuk komik terbaru kot……
mgkn watak utama bg cerita ala – ala zaman sekolah menengah kot…..huhuhuhuhuhuhu
Aku teka……..
Projek nih sesaja Ubi kasik gempak nak menghangatkan adrenalin peminat2 ADV…. Ubi buat poster….
saya teka Bro Ubi sebenarnya sajer nak suruh kite teka..padahal nak wat gempaq jer..bro ubi memang nak kena lekuk cam citer hikayat Hang Lekuk..heheheh…
APAKAH AGAKNYA PROJEK YG SAYA NAK BUAT NGAN KARAKTER ‘AKU DIA & VOLKSWAGEN
nak wat iklan supaya MINUM AIR KOSONG byk2 sbb musim panas skrg nie
Saya dapat rasa Ubi mahu buat komik baru bertajuk ‘Aku, dia & Mitsubishi Lancer GT’. Soal kata mulut dapat bohong tapi soal rasa lidah tidak dapat bohong. Hahaha..! Mee Sedap..
saya teka projek terbaru:
nak buat komik ADV versi online/ebook yg di publish secara berkala (monthly/weekly)
saya rasa ubi nak sambung balik kisah percintaannya bersama zurina dlm bentuk ekomik khas utk peminat2 setia nye kan kan
nak buat filem ataupun drama bersiri ataupun 3D kartun cam upin & ipin tu……………. wakakaka!!!… betul tak…
p/s: kalau betul gua nak hadiah melancong ke bali + pakej penginapan 3 hari 2 malam sekali.. hehehe… (melawak je tu)…
projek baru:
dijadikan filem atau animasi.
Saya teka Ubi nk buat sambungan dengan idea yg baru dan segar, dan jual secara e-book
Assalamualaikum Tuan Ubi,
Saya rasa… projek ini mungkin ada kena mengena dengan projek tali air Pekan Awah takpun projek penternakan ikan keli Kampung Sri Fajar.
Saya rasa nak dibuat pilim agaknya heheh
salam…
saya nak teka..mungkin ini projek saudara ubi..
Komik baru dari Ubi untuk anda!
so dengan versi yg ada kaler…sambil membuat satu komik versi e-book dengan harapan awek lame teringat balik atau dengan bahasa puitis nya saudara akan rasa best sekiranya awek lame terbace nnti..n tau yg saudara mmg still teringat kat dia..:D
emmm…sy rasa kartunis ubi nk buat dlm bntuk ebook ugak kot…rasanyer lar..he..he..
Mak ai…. ramai nyer masuk….
AKU PUN NAK TIKAM NIE BRO UBI….
Jeng jeng jeng…
Ko nk buat satu citer AKU, DIA (Si Zurina) & (Wak Segan)VOLKSWAGEN versi JIWANG SIBER…
**** Ya allah ya tuhan ku…. permudahkanlah aku untuk dapat hadiah terbaik daripada bro Ubi… Suka aku kt lukisan dia nie…. terutamanya gambau si Zurina tue… Indah sungguh ciptaan khayalan yang ko berikan pada bro si Ubi nie… Amin, amin ya rabbal alamin…****
Note: Ko bg jelah kt aku satu hadiah tu bro Ubi…. Mekacih…
Rasa-rasanya citer AKU, DIA (Si Zurina) & (Wak Segan)VOLKSWAGEN versi Bahasa Inggeris kot. Tak pun Bahasa Urdu, Uganda, Cina dlll………..
sume xbetoi
yg betoinya bro ubi nak wat wallpaper kasi free kat fans ubi
kan ubi kan…
Ubi nak ikut jejak langkah Tembakau buat reprint Aku dia & wolksagen ni kot. Atau kesinambungannya….
Semoga Suksess
Bro ngan planning utk up balik carrier…mungkin komik secara online….
ngah pergiatkan promo dan strategi secara online…
projek tu sebenarnye nk kasi hadiah kt kitorang semua kan? kan? kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan?kan? kan? betol tak bro UBI? betol tak? pilih la aku secare rambang please…pilih la aku secare rambang please
jgn marah aku bro ubi =) peace
eLo geng…
alamak..ape aku nak jawab ni..??
jawapan yg aku nak jawab sume korang dah jawab..
keciwa lah aku mcm ni..
x dpt la aku hadiah misteri dr en.ubi huhu…
Au Dia dan Volkswagon animated series / movie.. (aku nak berlakon jadi suara salah satu watak!!!)
adakah ubi nak keluarkan sambungan siri Aku, Dia & Waksegan? waa.. menarik ni..
huhu…….. aku rasa “Aku Jatuh Cinta Lagi”…. hehe.
hentam saja la ubi.
Saya teka : Aku, Dia & Volkswagen di Alam Bunian…
hehe..
teka.. komik special edition..edisi khas la kot
nak buat ebook kot pasal Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen! huhuhu… Xpun komik untuk dijual di pasaaran..
saya rasa kartunis ubi nk remake citer aku,dia & volkwagen nie dllm bntuk digital edition.pastu jual melalui online.
apo-apo jo la…
janji buleh layan cito tue…
bak kato orang n9…
Alang-alang menyolok pokasam biar sampai ko pangkal kotiak….huhuh
aja-aja fighting yo ubi…
abg ubi nk wt wallpaper trbaru…
kan abg ubi da ckp ckp yg brbunyik bgini..
” Mungkin setiap 4 atau 5 bulan sekali saya akan berikan gambar kartun yang baru pula.”…
btol x? hikhikhikkkkk….
nak buat versi e-book, wallpaper collections, ataupun merchandise yg comel2 based on aku, dia & volkwagen
:)
Yes at last…Bro Ubi Filemkan kartunnya……Siapakah Pengarahnya Bro???
salam
haaaa…mesti la kpd yg lebuh baik n canggih m’gikut peredahan zaman…
eB0ok..3D…
saya rasa ubi nk wat eBook tuk koleksi aku dia & Volkswagen.. sbb mesti ramai yg xder g kan….
aku pun nak try menikam,
mungkin bro ubi nk buat jualan ebook mari belajar melukis kartun style ubi.hihihi.
salam
hmmm,saya tahu mesti nak wat citer…”aku dia dan volkswagon the movie tak pun the siries yang akan disiarkan di saluran astro..yeah….leh panggil saya berlakon sekaliii hehehe
salam….sarah tau…ubi bukukan semual citer ni coz terkenang awek lama hehehe
ubi nak minum air kosong sambil nk bg free komik eBook tuk koleksi aku dia & Volkswagen.
ubi nak buat dlm versi eBook, pas tu bagi percuma kat kita smua…hehehehe…
Ubi sebenarnya nak wat projek teke-teki ngan karakter ‘aku dia & volkswagen’ iaitu 5 ORANG PENEKA TERAWAL yg dapat menjawab soalan dengan betul dan 3 ORANG LAGI PENEKA SECARA RAMBANG akan dapat adiah spesel dari ubi.
nk main tikam2 jugak laaaaa….Aku dia & Volkswagen versi 2009 yeahhh!!:)
saya tanak teka.
saya nak kasik idea.
ubi buat la animasi lak.
musti gempakzzz..
saya teka ubi nak wat komik on9….yeehaaaa
i luv it!!!!!
rasenye abg Ubi nk bt smbungan kisah percintaan yg x kesampaian kot…agknye lar..
AHAH!!!
tiba2 saya rasa saya tau..
nak wat sarung bantal atau cadar atau selimut kan?
kan?kan?kan?
sebab ubi kasik hint dia suka peluk2 bantal bila rindu kat awek lama..ehem..ehem..
Nak buat komik ala² AKU DIA & VOLKSWAGEN versi tahun 2009
salam..
Intan teka abg ubi x pk pun lagi nak wat projek ape..
hehehehe.. =)
sayer rasa tah2 nak wat animasi kot… macam upin ipin… kan best…. wawawa.. musti bangger rakyat malaysia.. sayer pun bangga… hahahhahahah
buat dalam online lah… asal bek tuk semua owg..
jgn buat yg tak bek da ar..
kau nak buat figuratif. apakah itu figuratif?
ney aku tau nie.. nie mesti nk wat citer smbungn aku, dia & volkswagen nie..tp wat tajuk len coz komik asal dh bukan hak milik ubi lagi da.. ermm..betul ke bukn hak milik lagi nie..? ikut suke aku je teka..hahah.. tp kali nie komik nie edisi pdf lak. beli online… kui..kui.. betul kan..kan..kan.. takyahla tipu aku..
ubi nk wat projek mega untuk aku dia & volkswagen dlm bentuk ebook kan..teka smbil baling buah dadu nie..harap2 kene la..hahaha
haa!! sy teka!!
projek “zurina awek lameku aicehh”
hentam kromo jek.. huhu
aku teka ubi nak buat aku dia dan volkswagen dlm bentuk e book ataupun buat kartun animasi mcm upin dan ipin
e-book – pdf