• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Awek lama in Colour…
» Mari Minum dengan Zurina dan Ubi!

Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen!

May26
2009
Oleh Ubi

Maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu update terbaru tentang projek ‘Aku Dia & Volkswagen’ ni. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni saya tak berapa sihat sangat kerana demam.

Mungkin kerana faktor cuaca sekarang ni yg tak berapa menentu panas melampaunya. Jadi pada anda sekalian, saya nasihatkan supaya banyak MINUM AIR KOSONG bagi membantu anda mengharungi cuaca terik ni dengan tabah. :)

Berbalik kepada topik projek ‘Aku Dia & Volkswagen’, di bawah ni saya tunjukkan artwork karakter Ubi yg sudah 98% saya siapkan…

Sekarang ni juga saya ada siapkan satu lagi sketch ‘Aku Dia & Volkswagen’ untuk projek perasan hebat ni. Insyaallah akan saya tayangkan pada post selepas ini.

Dari maklumbalas dan email yg saya terima sejak pengumuman projek ni, ramai yg dah tak sabar NAK TAU apa kejadah sebenarnya yg saya nak buat ngan lukisan-lukisan ni…

Hmm… agak-agak apa sebenarnya yg saya nak buat ni?

Heh, maaf kerana berahsia dan bermain teka-teki ngan anda semua. Saya memang seronok buat orang tertunggu-tunggu dan tensen! :D

Dan entah camana saya dapat satu idea best untuk menambahkan lagi tensen saudara dan saudari sekalian…

Apa kata kalau kita main peraduan tikam-tikam kat sini? :?:

Untuk menambahkan syok kat permainan ni, saya dengan hensemnya akan memberi hadiah pada 5 ORANG PENEKA TERAWAL yg dapat menjawab soalan dengan betul dan 3 ORANG LAGI PENEKA SECARA RAMBANG (tak kesah samada jawapan betul atau salah).

Hadiahnya?

Hehehe… rahsia! ;)

Amacam? Teruja? Berdebar-debar?

Untuk menyertainya, senang aje. Hanya tuliskan APAKAH AGAKNYA BENDA YG SAYA NAK BUAT NGAN LUKISAN TERBARU KARAKTER ‘AKU DIA & VOLKSWAGEN’ ni di ruangan komen di bawah.

Ingat, 5 penembak pertama yg berjaya menjawab dengan tepat dan 3 lagi peserta yg dipilih secara rambang akan menerima hadiah ‘spesel’ dari saya!

Keputusan pemenang akan diberitahu pada hari Jumaat ni (29 Mei). Pada hari itu juga saya akan dedahkan apakah jawapan sebenar dan hadiah misteri yg bakal anda menangi tu.

Petunjuk? Hint?

Senang aje… hanya baca kesemua post dan komen-komen post yg bercerita mengenai projek ni. Saya ada tulis satu petunjuk besar dalam salah satu post tersebut untuk membantu anda memenangi peraduan tikam-tikam ni.

So, tunggu apa lagi? Tembak aje jawapan korang kat bawah ni!

Selamat main tikam-tikam dan menang hadiah! :D

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, awek cun, hadiah percuma Ubi, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, produk ubi, zurina
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
« Awek lama in Colour…
» Mari Minum dengan Zurina dan Ubi!

452 Komentar Setakat Ini

  1. janggut krinting's Gravatar janggut krinting
    May 28, 2009 at 3:59 pm | Permalink

    mineral water tak pon tempat lapik gelas

  2. DINBERAMBO's Gravatar DINBERAMBO
    May 28, 2009 at 4:05 pm | Permalink

    STICKER MOTOSIKAL

  3. rusydan's Gravatar rusydan
    May 28, 2009 at 4:16 pm | Permalink

    1. agaknya ada awek lainlah selain zurina yang akan muncul.
    2. mungkin aku dia& Volswagen akan di bikin jadi cartoon animation kut…sesuai dengan zaman…
    3. mungkin di bikin novel wakakakakak…kalo ada bagus gak..
    4. maybe skrip ADV cam di film2 heheheh..

  4. AeiN's Gravatar AeiN
    May 28, 2009 at 4:16 pm | Permalink

    boleh teka lagi ke nie.. hentam sajala.. aku xkira.. nk teka jugak.. nie mesti nk wat cenderahati watak2 ADV kan.. nie kompom betul kali nie..

  5. faizramli's Gravatar faizramli
    May 28, 2009 at 5:36 pm | Permalink

    Saudara nak buat label AKU DIA & VOLKSWAGEN atas botol mineral water

  6. Jack's Gravatar Jack
    May 28, 2009 at 5:58 pm | Permalink

    rasanya ubi saje nk bg suspen org ramai haha…
    dia lukis utk wat wallpaper je 2 ehehe…

  7. myn's Gravatar myn
    May 28, 2009 at 6:13 pm | Permalink

    nak wat ccover air mineral ke..? ke nk wat mug yg comey?

  8. Nasih's Gravatar Nasih
    May 28, 2009 at 8:33 pm | Permalink

    sy teka ubi nk wat gelas @ pemanas air/cerek @ penapis air @ jag @ bekas air @ water cooler.. huhu

  9. syafiqah alia kushiry's Gravatar syafiqah alia kushiry
    May 29, 2009 at 12:10 am | Permalink

    NAK TAU MINUM AIR KOSONG

  10. Zulaikha Binti Samad's Gravatar Zulaikha Binti Samad
    May 29, 2009 at 12:12 am | Permalink

    salam..

    sbb Aku, Dia & Volkswagen mmg best….
    since sek. follow siri ni…

    smpai nk kawen ni..jumpa future husbnd yg ada volkswagen (unique tu) … mmg best btul penangan siri Ubi nie…

    so t’berangan la kareter zurina..kihkihkih..

    next season klu ada ADV paparkn dlm digtal, movie ke… nk simpan koleksi dia…. ala2 Heroes, Smallville nye season… truja btul nati nk dptkan yg original…

    keep up good work yea Ubi… ADV mmg best….
    salam

  11. yana's Gravatar yana
    May 29, 2009 at 12:19 am | Permalink

    yana teka…ubi nak pasarkan air mineral/ air minuman..dan kat label tu ada design‘Aku Dia & Volkswagen’…betul tak..?..lambat submit…banyak keja..harap2 diterimalah no…

  12. sal's Gravatar sal
    May 29, 2009 at 12:52 am | Permalink

    Salam..agak-agak ni projek nak buat air minuman kot..(air minuman jenama ubi and zurina ni jd gambar packaging kat botol air minuman tue..) huhu..

  13. adz's Gravatar adz
    May 29, 2009 at 1:38 am | Permalink

    sy teka mug besar..

  14. nora's Gravatar nora
    May 29, 2009 at 2:02 am | Permalink

    jawapan:

    A)Mug
    B)Jam Dinding
    C)nak buat Kad Raya
    D)nak letak gambar tu kat T-SHIRT.

    agak-agak mana yg betul ye?

  15. aspieda's Gravatar aspieda
    May 29, 2009 at 2:07 am | Permalink

    saya tau ubi nak buat FRAME GAMBAR DAN JUAL KAT MEMBER2

  16. aLi teRaroSa's Gravatar aLi teRaroSa
    May 29, 2009 at 2:12 am | Permalink

    Minum air kosong pakai botol air ar… tapi takan nak wat projek botol air… jadi pakcik konpem jawapan de MUG… tapi takan nak wat mug kan? jadi pakcik spesifikkan lagi jawapan de nak wat MUG yang ade karikatur² (btol ke ejaan ni?) dari UBI…
    Tapi (tapi lagi, keskeskes) sbb pakcik jawab lambat, maka pakcik takkan menang sebab da ade 5 orang yang jawab awai lagi… tapi untuk membodek dan mengelirukan pengadil yang hensem, kacak dan rock (bodek baek da ni, takmenang gak taktau ar :D ) pakcik tetap post sbb manalatau KETEPATAN jawapan tersebut ade kat jawapan pakcik di samping bak kata Karan Sigh, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang tikam-tikam UBI aje yang tau!” untuk pemenang rambang, keskeskes
    sekian sahaja persembahan saya untuk arini, akhir kata, UNDILAH SAYA!

  17. bobo's Gravatar bobo
    May 29, 2009 at 3:13 am | Permalink

    teka sekali lagi…
    projek baru ubi..
    gambo2 cun ni akan diletak kat botol2 air mineral
    sebagai duta produk air mineral.
    :D

  18. skutercabok's Gravatar skutercabok
    May 29, 2009 at 3:22 am | Permalink

    saya teka dia nak buat dalam bentuk CD @ DVD filem

    yesss….

  19. mastudy's Gravatar mastudy
    May 29, 2009 at 3:42 am | Permalink

    BOLG KARTUNIS UBI.COM

  20. mastudy's Gravatar mastudy
    May 29, 2009 at 3:45 am | Permalink

    BLOG KARTUNIS UBI . COM

  21. irwan's Gravatar irwan
    May 29, 2009 at 3:48 am | Permalink

    saya rasa botol air versi ubi rasanya…..
    kira bukan sebarangan botol la…..dari kartunis ubi jugak…..

  22. lan's Gravatar lan
    May 29, 2009 at 4:48 am | Permalink

    aku ingat ubi nak buat cerita ‘aku dia & volkswagen’tentang hidup di dunia sekarang yg panas…tentang menjaga alam sekitar…..

  23. wardatun's Gravatar wardatun
    May 29, 2009 at 5:13 am | Permalink

    maybe Ubi cuba komersial kan minuman air mineral dengan cover iklan gambar Zurina @ Ubi….betul kan

  24. Lin's Gravatar Lin
    May 29, 2009 at 6:35 am | Permalink

    ala..baru check emel..
    kole ke bro.ubi?
    isk..isk..takpe la tak menang pun.
    lain kali la pulak..sob..sob..

  25. bayu's Gravatar bayu
    May 29, 2009 at 7:15 am | Permalink

    Assalamualaikum Bro Ubi…
    mungkin jwpn yang sy bg ni tak menepati cita rasa bro… tapi bg sy bro ubi leh adaptasikan lukisan ini menjadi muka depan cerita bro ubi…. selain jln cerita yg sekata dgn penampilan muka depan leh juga diseletkan cerita brkenaan dgn zurina yg bro ubi gilai…. apa kata selitkanlah nama bayu sebagai perencah dan isi….

  26. bayu's Gravatar bayu
    May 29, 2009 at 7:30 am | Permalink

    eeemmmmmmm… bro ubi nak buat mug ada lakaran lukisan zurina dan dia dan gambr yg bersangkut paut dgn cerita AD@V

  27. koren's Gravatar koren
    May 29, 2009 at 7:33 am | Permalink

    bila pengumuman pmenang betuah ni??????????????

    dah lebih kol 12 la……..

  28. ainadz's Gravatar ainadz
    May 29, 2009 at 8:28 am | Permalink

    Komen sebanyak 427 telah dibuat…Hanya 8 komen atau orang sahaja yg berjaya.

    Nanti kan jawapan nya tidak lama lagi

    ainadz

  29. matt jack's Gravatar matt jack
    May 29, 2009 at 8:54 am | Permalink

    nak buat label kt air mineral….

  30. zu's Gravatar zu
    May 29, 2009 at 8:59 am | Permalink

    em..baru je buka email.. tapi walaupun lamabt saya tetap nak tembak gak!!. em..mayb nak wat cover untuk air mineral agaknya.. sebab tu setiap kali panas terik kita disarankan minum air kosong

  31. cikGu haDi's Gravatar cikGu haDi
    May 29, 2009 at 9:57 am | Permalink

    Pe eh?
    Walaupun baru bukak email gak n mcm dah lewat, saya rasa ia adalah Mineral Water nye label la… rasanye la..

  32. Lun's Gravatar Lun
    May 29, 2009 at 10:24 am | Permalink

    nk buat Mug ni cendrahati…leh jual2

  33. dayana's Gravatar dayana
    May 29, 2009 at 10:49 am | Permalink

    rasanya ubi nak terbitkan e-book tak pun buku bersiri cam buku cerita naruto…

  34. koren's Gravatar koren
    May 29, 2009 at 11:18 am | Permalink

    mana en ubi niiiii? dah nak abis dh jumaat ni…umum ler saper penembak yang bertuah tuuuuuuuuuu….tak sabor ler…

    ubi ubi ubi ubi

    mug mug mug mug mug

  35. Suzana's Gravatar Suzana
    May 29, 2009 at 11:25 am | Permalink

    alalalala… baru ada masa nak check email nie… erm, tau dah mesti nak buat botol air atau mug kan?
    hee, takpe la kalau tak menang tu takde rezeki kot… janji saya da ushaha.. hehehe.. =)
    thanks for the mail eyhh..
    tak sabar nak tau ape menda nya dan jawapan nyer
    hee~~
    botol air kah mug kah air kotak kah label botol air mineral kah gelas kah atau apakah ia..
    ehehe.. tapi sebelum semua kah itu lah jawapan shaye.. hehe
    take care k.. =)

  36. eric's Gravatar eric
    May 29, 2009 at 11:30 am | Permalink

    BT FRAME

  37. biQa's Gravatar biQa
    May 29, 2009 at 11:46 am | Permalink

    hah!! mesti wat mug ni..baru bc email la bro

  38. simple-shida's Gravatar simple-shida
    May 29, 2009 at 12:02 pm | Permalink

    salam..
    ehehe.. dolu sy mmg peminat ubi. suke dgn kartun UBi..
    budak hostel.. aku..dia..volkswagen tu..

    wokeh.. idea xbrp nk keluaq laa ni. cek habaq mai je laa ape yg terlintas.

    Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen ..
    versi eBoOk. myb kisah cintan cintun alam cyber ;)
    ye kot.. em.. xpela.. kot ada idea lain.. cek hntaq lg.

    okey.. slmt memajukan dunia KArtun!! majulah KArtun utk kartunis itu….ehehhe…

    go..go.. ubi ;)

    3PENA 1 HATI.. simple-shida =D

  39. zarisah's Gravatar zarisah
    May 29, 2009 at 12:47 pm | Permalink

    aii..susahnye la abg ubi bg soklan nih…

    rsnye abg ubi nk lkat gmbo 2 kt mug kot…
    nti mug 2 leh wt mnum air ksong…
    maklum la…cuaca kan pnas skrang…huhu…

  40. Aluwi's Gravatar Aluwi
    May 29, 2009 at 2:03 pm | Permalink

    Saya teka Ubi nak wat Koleksi Terhad (Limited Edition) untuk peminat dia secara ekslusif…

  41. fizi's Gravatar fizi
    May 29, 2009 at 2:41 pm | Permalink

    den torai tembak. abg ubi nak buek cito baru yg takdo kono mengono pun dengan cito ‘aku dia dan voksagen’. tapi watak dalam cito tu muko eh saling tak tumpah dengan watak ‘aku dia dan voksagen’ (pelanduk duo serupo)

  42. salbiah salleh's Gravatar salbiah salleh
    May 29, 2009 at 3:09 pm | Permalink

    ntah bro ubi…mana jwpnnya? ke bro gi tnm ubi hehehe

  43. ashly's Gravatar ashly
    May 29, 2009 at 4:22 pm | Permalink

    nk buat projek mineral water dgn label zurina dan ubi..brand by ubi…;)

  44. Deeno's Gravatar Deeno
    May 29, 2009 at 7:13 pm | Permalink

    ni mesti nak wat animasi bersiri kat tv.

  45. Lin's Gravatar Lin
    May 30, 2009 at 3:15 am | Permalink

    a’ah..
    gambo2 tu wat label kat botol air minuman..

  46. yen's Gravatar yen
    May 30, 2009 at 2:19 pm | Permalink

    saye nak teka jugak wlupun saye tahu dah ramai teka jwpan yang same ngan saye..saye teka mug atau set cawan and pinggan mangkuk atupun letak gambar kartun tu kat set sudu garfu..amacam best tak idea nie..ha atupun ubi nak cetak kartun tu kat jam dinding

  47. mosyaKlate's Gravatar mosyaKlate
    May 31, 2009 at 5:30 am | Permalink

    karekter makin hemsem…huhuhu..or karektor tu ada perubahan wajah…..

  48. Hamiza's Gravatar Hamiza
    May 31, 2009 at 7:07 am | Permalink

    emmm…mesti ada kaitan ngan minum air kosong…jd sy teka projek minum air kosong kot…rasanyer la…btl ke x tu xtau la plak…he..he

  1. Hadiah untuk Peraduan daripada Kartunis Ubi | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on December 11, 2009 at 10:55 am

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site