• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Email Bangang Minggu Ini
» Tips Asas Untuk Menjadi Kartunis Berjaya

Pelukis Karikatur yang Terlampau!

May29
2008
42 Komentar Oleh Ubi

AMARAN: Post ini mengandungi unsur-unsur melampau yg dijangka boleh mengganggu ketenteraman minda dan sanubari. Anda dinasihatkan untuk beristighfar selalu sepanjang membaca post ini. Anda juga dinasihatkan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas dan memberus gigi 2 kali sehari untuk kesihatan diri – Penulis

Salam semua… rasanya dah dekat seminggu saya tak menulis post baru di sini. Sibuk sedikit dengan dateline kartun dan tempahan karikatur yg melampau banyaknya…

Untuk pengetahuan semua, salah satu keistimewaan menjadi pelukis karikatur adalah selalu diberi peluang untuk memiliki melukis awek-awek cun serata Malaya…

Di bawah ini adalah salah sorang awek cun terbaru yg telah berjaya saya takluki lukiskan karikaturnya…

gambar untuk karikatur

Seperti saya, pasti ramai lelaki yg pertama kali melihat gambar ni akan terdetik di hati mereka – “Boleh tahan gak cute awek ni… kalauler dapat kat aku…”

Mungkin pulak abang-abang yg sudah berkahwin pulak akan terfikir – “Boleh tahan gak cute awek ni… kalau dapat buat bini no 2 best nih! sama macam bini aku…”

Sebenarnya lukisan karikatur ni ditempah oleh member baiknya untuk diberi sebagai hadiah sempena sambutan harijadinya yg ke 21. Berikut adalah maklumat tempahan karikatur tersebut

Gambar ni utk hadiah hari jadi die yg ke 21. die happy go lucky. kitorg gelarkn die “ratu gedik”. warna rambut hitam. die student. die ske rabbit. kalau bley kan selitkan skit ar msg yg i ngan die bestfriend and happy birthday. dan mane2 la yg ubi rs menarik.

huh satu lagi.. die ni minah shopping.. ubi lukis psl shopping pun menarik gak rsnye sbb die mmg ske shopping.fav butik is ‘Nichi Fashion City’

Berdasarkan maklumat yg diberi, saya mula melukis. Mungkin kerana saya memang pantang melihat perempuan dahi licin gemar melukis gambar kartun perempuan, lukisan karikatur tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh kurang dari 3 jam. Dan inilah hasilnya…

lukisan karikatur Ubi

Untuk memastikan karikatur yg dilukis menepati apa yg dikehendaki, saya harus menggunakan segala kreativiti dan imaginasi bagi memastikan lukisan ini bakal menggambarkan seorang remaja 21 tahun yg happy go lucky, suka shopping dan ada sedikit teks ucapan hari jadi. Kalau korang amati betul-betul lukisan ni, pasti korang akan nampak gambar arnab pada baju.

Sebaik sahaja siap, lukisan karikatur digital ni terus saya emailkan pada yg menempah. Alhamdulillah, beliau amat suka dengan hasilnya. Jom kita baca komen dan testimonial beliau…

tima kaseh ubi psl siapkan karikatur kwn i ni. die suka betul dengan gambar die yg ubi lukis. die pun kem salam kat ubi. tima kaseh ye…

Dengar tu… awek ni siap kem salam lagi! Heh… jangan jeles ye… :-P

Seperti yg saya sebutkan awal-awal lagi dalam post ni, inilah keistimewaan yg diperolehi seorang pelukis karikatur. Jadi kepada jejaka-jejaka di luar sana yg teringin merasai apa yg selalu saya dapat, bolehlah mula menimba ilmu dan mula berlatih menajamkan skil lukisan karikatur korang…

Dan pada korang yg berminat untuk mengetahui proses bagaimana saya menghasilkan karikatur; atau berminat untuk menempah lukisan karikatur anda bersama yg tersayang, samada untuk simpanan sendiri atau dijadikan hadiah yg menarik sempena harijadi, hari guru, hadiah perpisahan, hari ibu, hari bapa dan bermacam-macam hari lagi; sila lawati laman web karikatur oleh Ubi.

Oklah, sampai di sini aje untuk post kali ni. Ada ramai awek-awek cun dari serata Malaya sedang menunggu saya untuk memperdayakan mereka menyiapkan tempahan karikatur mereka…

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Karikatur Ubi, Kartunis pun manusia - Tag karikatur, kartunis ubi
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Baca Buku Dengan Bergaya Sekali…... — Ya, ini memang betul&#...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Ribuan...
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini anda ...
  • Bonus?! Bonus Hari Raya ke?… — Khas buat anda yang te...
« Email Bangang Minggu Ini
» Tips Asas Untuk Menjadi Kartunis Berjaya

40 Komentar Setakat Ini

  1. zaida's Gravatar zaida
    May 6, 2010 at 3:39 pm | Permalink

    saya nak cari pelukis kartun untuk novel kanak2 .jika berminat leh ler email saya.

    Reply
  2. Ali's Gravatar Ali
    October 25, 2009 at 3:20 pm | Permalink

    ubi dapat dari mana awek cun

    Reply
  3. ridz's Gravatar ridz
    April 6, 2009 at 2:59 pm | Permalink

    takde gambar lain kh.

    Reply
  4. pejalbutter's Gravatar pejalbutter
    February 15, 2009 at 8:17 am | Permalink

    mmg cute pn..orgnya lah..kartunya pn cute gak (ayat bodek ja)..hehehe

    Reply
  5. wardah's Gravatar wardah
    February 14, 2009 at 4:51 am | Permalink

    saya suka la gambar tu comel sangat

    Reply
  6. leen's Gravatar leen
    January 18, 2009 at 11:17 am | Permalink

    quote i harga utk pic karikatur dari leher ke kepala….

    thankss

    Reply
  7. abdfatah's Gravatar abdfatah
    August 8, 2008 at 11:02 am | Permalink

    nak lukis jugak nih camner…? guna paint brush aje laa… camner nih, nak lukis jugak laaa… lalalalalaaaaa….

    Reply
  8. Nasrun's Gravatar Nasrun
    July 19, 2008 at 8:39 am | Permalink

    Bile la nak pandai lukis kartun ni..

    Gedik betul gambar awek ni, ubi lukis.. hahaha..

    Reply
  9. Ustat's Gravatar Ustat
    July 18, 2008 at 12:53 pm | Permalink

    gedik nak berlaki kot…

    apa susah, pilih aje kitorang yang bujang dan hensem kat sini… :D

    Reply
  10. amerr's Gravatar amerr
    July 18, 2008 at 12:49 pm | Permalink

    gediknya korang semua..

    Reply
  11. ayda ashley's Gravatar ayda ashley
    June 23, 2008 at 5:40 am | Permalink

    haha . ape la farah .. farah, thanks .

    Reply
  12. Farah Maria's Gravatar Farah Maria
    June 23, 2008 at 5:37 am | Permalink

    hah kawan2.. ape lagi.. add la cik ayda…

    Reply
  13. ayda ashley's Gravatar ayda ashley
    June 23, 2008 at 4:47 am | Permalink

    hi . ubi, thanks . it’s me ayda yg kat atas tu .

    thanks sgt2 . sgt cantik lukisan u .

    nway, to anyone who has facebook, u can add me at aydaparty[at]yahoo.com . thanks all .

    Reply
  14. Farah Maria's Gravatar Farah Maria
    June 23, 2008 at 4:41 am | Permalink

    surprised…. nantikan kemunculan Miss Gedik Cik Ayda ni online di blog Kartunis Ubi kesayangan ramai ni…

    Reply
  15. Farah Maria's Gravatar Farah Maria
    June 11, 2008 at 8:03 am | Permalink

    aweks ni da berpunye la abg2 oii..!! buat ubi yang baik hati, terima kasih la sbb sudi hasilkan karya ni last minute.. kalau u all nak tau, karya ni mmg cepat gle ubi buat.. xtau la kalau sbb ade daya penarik or pape la..hihi..anyway thx dan saayaang ubi..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2008 at 8:45 am | Permalink

      Sama-sama cik Farah…

      Kepada jejaka-jejaka kesepian di luar sana tu yg menaruh harapan ngan awek ni, semoga korang dapat menerima hakikat dengan penjelasan dari cik Farah ni… carik awek lain jelah!!

      Kepada cik Farah terima kasih kerana sudi menempah karikatur dari saya. Kalau nak tempah lg jgn le segan2 ye… dan kalau boleh suruhle saya lukis gambar kengkawan yg masih solo lg pulak ye… :D

      Reply
  16. kita's Gravatar kita
    June 5, 2008 at 12:08 am | Permalink

    woww..memang cantik dan mengancam..bukan foto tu tapi hasil kerja ko

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 9:36 pm | Permalink

      Tima kasih… tapi kecik ati awek tu tau… :-)

      Reply
  17. Don Juan's Gravatar Don Juan
    June 4, 2008 at 11:03 am | Permalink

    apa nama awek ni hah? bagi no telepon dia kat aku boleh tak ubi? hehehehe…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 9:20 pm | Permalink

      Dasar Don Juan betullah kau ni… rakus betul!! Istighfar banyak-banyak bro…

      Reply
  18. Noorizam Shah's Gravatar Noorizam Shah
    June 2, 2008 at 2:15 am | Permalink

    ubi.. memang aku jeles dengan ko ubi.. dah la pandai lukis kartun, lepas tu dapatlah tengok gambar-gambar awek cun..

    ini tak adil bagi aku.. ohoho

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 9:17 pm | Permalink

      Hehehe… nanti kalau aku dapat jodoh ngan mana-mana awek cun, aku panggil kau buat pelamin… :D

      Reply
      • Din Beramboi's Gravatar Din Beramboi
        June 11, 2008 at 11:33 pm | Permalink

        Wahahaha…kuang asam nyer Ubi. Suh pasang pelamin jer..huhu.

        Bg 1 contact no awek2 cun tu leh tak? :D

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          June 12, 2008 at 1:47 pm | Permalink

          isk…isk…isk… jantan kabaret jugak rupanya kau ni ye…

          Reply
  19. titan's Gravatar titan
    June 1, 2008 at 12:28 pm | Permalink

    Ubi. Aku nak booked gak nih. Hehe, nanti aku email hang ek dengan gambar sekali. Memang berkenan dengan hasil tangan hang nih. Hehe.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 9:15 pm | Permalink

      No problem… dipersilakan… :-)

      Reply
      • titan's Gravatar titan
        June 13, 2008 at 10:17 pm | Permalink

        wokeh. tengah pilih gambau nih..

        Reply
  20. hafiz's Gravatar hafiz
    May 31, 2008 at 12:44 pm | Permalink

    Dengar tu… awek ni siap kem salam lagi! Heh… jangan jeles ye…

    eleh…gua pon ramai gak awek2 kem salam…tapi bukan kem salam kt gua la…dia suh gua kirimkan salam diorang kek balak2 diorang…

    tp still kategori kem salam gaks…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 8:52 pm | Permalink

      Janji awek kem salam gak kan!

      Err… kem salam kat awek-awek tu ye… heh!

      Reply
  21. kooreen79's Gravatar kooreen79
    May 31, 2008 at 3:20 am | Permalink

    saya pun nak jadi pelukis karikatur jugak..dengan niat nak menolong aweks2 melukis wajah2 ayu mereka..hahahaha

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 8:48 pm | Permalink

      Bagusss… baik ada makna nooo!!!

      Reply
  22. SangPelangi's Gravatar SangPelangi
    May 31, 2008 at 2:57 am | Permalink

    Eh, takpe ke letak pic client on public? kalau dah dapat permission, takpe la kot. Kalau belum, better ask her to do so.
    Oh, kalau saya yang tak berapa nak macho ni, boleh la letak sini kot? hehe.. glamer sket.. haha..

    Macam mana nak tahu kos satu kartun ye, encik ubi?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 7, 2008 at 8:44 pm | Permalink

      Mestilah dah mintak permission dulu…

      Utk kos karikatur boleh cek kat sini… http://www.ubikarikatur.com

      Kalau ada soalan tambahan boleh contact saya

      Reply
  23. samdaddycool's Gravatar samdaddycool
    May 31, 2008 at 1:20 am | Permalink

    muahhahaahahahaaa… seronoknya jadik pelukis karikatur….
    ramai sunggoh aweks… :P

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 2, 2008 at 12:33 am | Permalink

      Ramaiiii… tapi dapat tengok je… bukannya dapat pun!! :-(

      Reply
  24. aju's Gravatar aju
    May 30, 2008 at 11:48 pm | Permalink

    en UBI memang mata keranjang.. haha.. rupanya jobscope seorang pelukis karikatur juga merangkumi adegan mencuci mata…
    ~aju yang di akihabara~

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 2, 2008 at 12:27 am | Permalink

      Tak suka sebenarnya… tapi nak buat camana… demi menunaikan tanggungjawab untuk negara kurelakan jua…

      Hahahaha!!!

      Reply
  25. zool's Gravatar zool
    May 30, 2008 at 8:56 am | Permalink

    Alamak.. Ada masa ke bro..
    AKu nak suruh karikaturkan diri aku ni.. Camne ???

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2008 at 11:42 am | Permalink

      Jangan risau… aku dah reservekan ko punya karikatur dlm schedule aku… :D

      Reply
      • zool's Gravatar zool
        May 31, 2008 at 9:26 am | Permalink

        Okay nanti schedule ko dah ok aku send gambar n transfer sekali RM…
        nanti aku lakar sikit camne gambaran …

        Reply
  1. pendapatan sambilan « Bersama Kongsi Ilmu on June 4, 2008 at 2:02 am
  2. Blogger dan Lukisan : Noorizam Shah (dot) com on June 3, 2008 at 2:37 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top