• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Komik baru dari Ubi untuk anda!
» Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi

Sep01
2008
37 Komentar Oleh Ubi

Salam dan Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak buat semua pembaca dan pengunjung!

Maaf sekiranya lama tak mengapdet blog ni… mungkin ramai yg kecewa dan marah dengan kemalasan tahap cipan saya ni… heh! Untuk pengetahuan korang, setiap tahun bila menjelang puasa dan raya banyak projek kartun yg saya perlu hadap dan siapkan. Ini kerana masa ini adalah masa untuk kebanyakan syarikat dan penerbit perlu membuat promosi untuk produk puasa/raya mereka… dan khidmat kartun saya sangat diperlukan untuk lebih mengkayakan mereka membantu program promosi mereka…

Selain itu banyak gak produk puasa dan raya keluaran produksi saya sendiri untuk mengkayakan saya pulak yang perlu saya siapkan. Setelah bertungkus-lumus siang dan malam, untuk Ramadhan dan Syawal 2008 ni, saya telah melancarkan produk digital saya yang pertama…

‘PAKEJ KAD RAYA KARTUN DIGITAL UBI 2008′

Pakej ini mengandungi lebih 40 gambar grafik kad raya kartun yang amat menarik hasil air tangan saya sendiri (puji diri sendiri…). Semua gambar adalah dalam format JPEG dan GIF serta didatangkan dalam lebih 20 jenis saiz yang sesuai untuk semua jenis dan model handphone dalam dunia ni…

Selain untuk penghantaran melalui MMS, Pakej Grafik ini juga sesuai untuk penghantaran melalui email. Sangat sesuai untuk ucapan puasa dan raya dengan imej kad dan cara yang ceria dan menghiburkan!

Korang boleh mengedit gambar tersebut dengan memasukkan URL web/blog/email/nama syarikat. Sangat bagus untuk membina hubungan dan branding. Dan sekiranya subscriber/pelanggan korang suka dengan gambar tersebut, ada kemungkinan mereka akan mengforwardkan kad tersebut (yg ada URL web/blog/email/nama syarikat) kepada rakan-rakan mereka – viral marketing secara percuma dan semulajadi!

Ni salah satu contoh kad dengan URL web saya…

Sekiranya korang adalah seorang blogger, ini ada satu berita baik – Korang dibenarkan untuk mengedit dan meletakkan imej-imej dari Pakej ini sebagai ucapan di post-post blog blog! Tapi ingat, hanya untuk POST sahaja ye… Korang tidak dibenarkan untuk menjadikannya sebagai logo, header, banner dan apa juga tujuan lain yang berunsur komersil tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada saya.

Pakej Kad Raya Kartun Digital ini…

  • Mengandungi ucapan-ucapan kartun puasa/raya yang merangkumi keluarga, humor, romantik, berbentuk nasihat, serta mengandungi petikan Hadis dan Al-Quran. Ia amat sesuai untuk semua golongan di muka bumi ini!
  • Dapat menjimatkan WANG, MASA, dan TENAGA korang jika dibandingkan dengan cara penghantaran kad raya biasa
  • Boleh digunakan sampai bila-bila pun kerana ia takkan rosak sampai bila-bila pun

Sebahagian gambar grafik kartun dari Pakej ini…

Menarik kan?

Tapi bukan itu sahaja, bagi mereka yg membuat pesanan awal, mungkin berpeluang untuk mendapat Bonus Eksklusif Terhad dengan setiap pembelian. Hanya untuk yang terawal saja ye…

Jadi pada yg berminat ataupun tidak, bolehlah baca maklumat selanjutnya di kadraya.kartunisubi.com

Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi ini ditawarkan pada harga RM19 sahaja dan hanya akan dijual sehingga  18 September 2008 sahaja. Selepas tarikh itu kesemua imej tersebut akan disimpan oleh saya (bikin pekasam) dan takkan dijual semula kepada sesiapapun. Sebabnya? korang bolehlah bacanya di sini…

Untuk tidak ketinggalan memiliki Pakej istimewa ini beserta bonusnya, bolehlah membuat tempahan korang di kadraya.kartunisubi.com sekarang juga!

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim korang dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat kartun korang,
Ubi

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Bulletin, Kartun Ubi, Review - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Kartun Ubi, produk ubi, ramadhan, Review
Similar posts
  • Kartun Malaysia Dalam Sejarah — Hanya ingin berkongsi ...
  • Baca Buku Dengan Bergaya Sekali…... — Ya, ini memang betul&#...
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi bukan ...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Ribuan...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Melay...
« Komik baru dari Ubi untuk anda!
» Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

36 Komentar Setakat Ini

  1. nida's Gravatar nida
    August 5, 2011 at 11:16 am | Permalink

    salam.. abg ubi.. saya nk mnx permision utk copy kad gmbar atas tu utk letak dlm buletin persatuan bleh yer.. comel sgt. tq :)

    Reply
  2. misz alia's Gravatar misz alia
    September 3, 2010 at 3:18 pm | Permalink

    sgt2 comel..sye sgt2 suke…..

    Reply
  3. Wan Aflah's Gravatar Wan Aflah
    August 11, 2010 at 4:19 pm | Permalink

    Assalamualaikum semua!!

    Reply
  4. mirul's Gravatar mirul
    August 23, 2009 at 1:01 pm | Permalink

    macam mana nak wat pembayaran untuk tempahan kad raya yerk????

    Reply
  5. Kak Liza's Gravatar Kak Liza
    January 21, 2009 at 8:46 am | Permalink

    Ubi, salam. Ada tak buat gambar kartun/karikatur untuk orang perseorangan yang boleh dihantar melalui emel ??

    Reply
  6. faizah's Gravatar faizah
    November 10, 2008 at 7:03 pm | Permalink

    ni dah bulan 11, saya xdapat pun lagi yang sketch autograph tu? waaa.. sedih la macam ni. huhu

    Reply
  7. iena's Gravatar iena
    September 26, 2008 at 5:42 am | Permalink

    selamat hari raya maaf zahir batin

    Reply
  8. Khairuddin's Gravatar Khairuddin
    September 25, 2008 at 5:24 am | Permalink

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

    Reply
  9. abdfatah's Gravatar abdfatah
    September 25, 2008 at 5:12 am | Permalink

    nak kad raya jugak?

    Reply
  10. i dont know's Gravatar i dont know
    September 17, 2008 at 3:03 am | Permalink

    ubi! Selamat Hari Raya! Hehe..

    Reply
  11. marlia's Gravatar marlia
    September 12, 2008 at 10:38 am | Permalink

    saya dah donlod dah tadi ubi… trima kasih banyak2 ubi psl menyediakan kad raya yg sgt best ni… lukisan kartunnya semuanya cute2 dan chumil2 belaka… harga pun tersangat murah kalau nak dibandingkan dengan kuantiti dan kualiti gambar yg saya dapat! terima kasih sekali lagi ubi… keep up the good work! :D

    Reply
  12. milla's Gravatar milla
    September 11, 2008 at 1:04 am | Permalink

    salam ramadhan al-mubarak untuk sumer..saja je menyibuk..selamat berpuasa

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 12, 2008 at 9:35 am | Permalink

      Selamat berpuasa gak milla…

      Reply
  13. zool's Gravatar zool
    September 10, 2008 at 2:55 pm | Permalink

    Nak beli ke???
    Tak kot…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 10, 2008 at 6:44 pm | Permalink

      Nak kata apa ye???
      Terima kasih kot… :)

      Reply
      • zool's Gravatar zool
        September 11, 2008 at 5:01 pm | Permalink

        Sama-sama..
        He he he…
        Selamat Berpuasa ….

        Reply
  14. aju's Gravatar aju
    September 9, 2008 at 12:18 pm | Permalink

    ubi-san~
    dah beli~
    nak komik~

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 10, 2008 at 8:39 am | Permalink

      aju-san~
      komik awak dapat~
      dalam minggu depan sampai kot~
      tima kasih~

      Reply
      • aju's Gravatar aju
        September 10, 2008 at 10:50 am | Permalink

        yay! hehehe..
        tgh mendolot.. hehe

        Reply
  15. harizan's Gravatar harizan
    September 6, 2008 at 5:22 pm | Permalink

    ubi.. tidak diragui lagi.. kemalasan ko mengapdet blog mmg dh tahap cipan.. dulu, kini, selamanya… hehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 8, 2008 at 3:28 am | Permalink

      hehehe… :D

      Reply
  16. azuzafu's Gravatar azuzafu
    September 5, 2008 at 2:27 pm | Permalink

    timekasih la abg ubi sbb memudahkan keje2 mengeratkan silaturrahim saya dgn kengkawan tahun ni.. x pyh poning2 nak design sdiri n pegi pjabat pos lagi.. best2.. slamat berposa!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 8, 2008 at 3:27 am | Permalink

      Sama-sama Azuzafu… gembira dapat membantu! Selamat berposa gak pada awak! :)

      Reply
  17. bUdAk riBeena's Gravatar bUdAk riBeena
    September 4, 2008 at 11:08 am | Permalink

    slmt pose smua nyerrr..
    time krismas jgn lupa pulak buat kad mcm tuuu..
    best…best sgt,klawak nyerrr..!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 5, 2008 at 5:02 pm | Permalink

      hmmm… :)

      Reply
  18. BudakHutaN's Gravatar BudakHutaN
    September 3, 2008 at 6:18 am | Permalink

    wah… best best…
    baru plak jumpa web neh..terlewatkah aku..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 5, 2008 at 5:01 pm | Permalink

      blog ni pun baru 3 bulan jer… masih baru nak bermula wahai budak hutan…

      Reply
  19. Richie's Gravatar Richie
    September 2, 2008 at 12:19 pm | Permalink

    hehe..time kecik2 dulu aku suka baca Ujang..berlambak aku beli..tapi [pkai duit atuk aku..tak dpt beli,mrajuk guling2 katil..hahahha

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 4, 2008 at 11:58 am | Permalink

      hehe… salah satu contoh cucu mithali… :)

      Reply
  20. secret's Gravatar secret
    September 2, 2008 at 6:14 am | Permalink

    aku pon nak tolong promote kat blog

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 4, 2008 at 11:54 am | Permalink

      promote jangan tak promote! :)

      Reply
  21. penyubiru's Gravatar penyubiru
    September 2, 2008 at 3:59 am | Permalink

    hmm..tukang promote takde komisen ke? takkan takde komisen kut.hehe..

    serius cakap, kad raya ubi memang superb la!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 4, 2008 at 11:53 am | Permalink

      serius cakap, terima kasih atas pujian yg melampau tu… :D

      Reply
  22. gothgilerkentunk's Gravatar gothgilerkentunk
    September 2, 2008 at 3:28 am | Permalink

    salam..woit cilakak…hak3…
    insya allah kwn tlg promote kat kwn2 aku…heng3…ade komisen x untuk aku…
    hak3……hak3…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      September 4, 2008 at 11:52 am | Permalink

      komisen… hehehe…

      Reply
      • teddy's Gravatar teddy
        September 17, 2009 at 4:12 pm | Permalink

        hye

        Reply
  1. Aku, Kartun & Bisnes Internet | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on September 24, 2008 at 6:42 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top