Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi
Salam dan Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak buat semua pembaca dan pengunjung!
Maaf sekiranya lama tak mengapdet blog ni… mungkin ramai yg kecewa dan marah dengan kemalasan tahap cipan saya ni… heh! Untuk pengetahuan korang, setiap tahun bila menjelang puasa dan raya banyak projek kartun yg saya perlu hadap dan siapkan. Ini kerana masa ini adalah masa untuk kebanyakan syarikat dan penerbit perlu membuat promosi untuk produk puasa/raya mereka… dan khidmat kartun saya sangat diperlukan untuk lebih mengkayakan mereka membantu program promosi mereka…
Selain itu banyak gak produk puasa dan raya keluaran produksi saya sendiri untuk mengkayakan saya pulak yang perlu saya siapkan. Setelah bertungkus-lumus siang dan malam, untuk Ramadhan dan Syawal 2008 ni, saya telah melancarkan produk digital saya yang pertama…
‘PAKEJ KAD RAYA KARTUN DIGITAL UBI 2008′
Pakej ini mengandungi lebih 40 gambar grafik kad raya kartun yang amat menarik hasil air tangan saya sendiri (puji diri sendiri…). Semua gambar adalah dalam format JPEG dan GIF serta didatangkan dalam lebih 20 jenis saiz yang sesuai untuk semua jenis dan model handphone dalam dunia ni…
Selain untuk penghantaran melalui MMS, Pakej Grafik ini juga sesuai untuk penghantaran melalui email. Sangat sesuai untuk ucapan puasa dan raya dengan imej kad dan cara yang ceria dan menghiburkan!
Korang boleh mengedit gambar tersebut dengan memasukkan URL web/blog/email/nama syarikat. Sangat bagus untuk membina hubungan dan branding. Dan sekiranya subscriber/pelanggan korang suka dengan gambar tersebut, ada kemungkinan mereka akan mengforwardkan kad tersebut (yg ada URL web/blog/email/nama syarikat) kepada rakan-rakan mereka - viral marketing secara percuma dan semulajadi!
Ni salah satu contoh kad dengan URL web saya…
Sekiranya korang adalah seorang blogger, ini ada satu berita baik - Korang dibenarkan untuk mengedit dan meletakkan imej-imej dari Pakej ini sebagai ucapan di post-post blog blog! Tapi ingat, hanya untuk POST sahaja ye… Korang tidak dibenarkan untuk menjadikannya sebagai logo, header, banner dan apa juga tujuan lain yang berunsur komersil tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada saya.
Pakej Kad Raya Kartun Digital ini…
- Mengandungi ucapan-ucapan kartun puasa/raya yang merangkumi keluarga, humor, romantik, berbentuk nasihat, serta mengandungi petikan Hadis dan Al-Quran. Ia amat sesuai untuk semua golongan di muka bumi ini!
- Dapat menjimatkan WANG, MASA, dan TENAGA korang jika dibandingkan dengan cara penghantaran kad raya biasa
- Boleh digunakan sampai bila-bila pun kerana ia takkan rosak sampai bila-bila pun
Sebahagian gambar grafik kartun dari Pakej ini…

Menarik kan?
Tapi bukan itu sahaja, bagi mereka yg membuat pesanan awal, mungkin berpeluang untuk mendapat Bonus Eksklusif Terhad dengan setiap pembelian. Hanya untuk yang terawal saja ye…
Jadi pada yg berminat ataupun tidak, bolehlah baca maklumat selanjutnya di kadraya.kartunisubi.com
Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi ini ditawarkan pada harga RM19 sahaja dan hanya akan dijual sehingga 18 September 2008 sahaja. Selepas tarikh itu kesemua imej tersebut akan disimpan oleh saya (bikin pekasam) dan takkan dijual semula kepada sesiapapun. Sebabnya? korang bolehlah bacanya di sini…
Untuk tidak ketinggalan memiliki Pakej istimewa ini beserta bonusnya, bolehlah membuat tempahan korang di kadraya.kartunisubi.com sekarang juga!
Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim korang dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…
Sahabat kartun korang,
Ubi





salam..woit cilakak…hak3…
insya allah kwn tlg promote kat kwn2 aku…heng3…ade komisen x untuk aku…
hak3……hak3…
[Reply]
Ubi reply on September 4th, 2008 11:52 am:
komisen… hehehe…
[Reply]
hmm..tukang promote takde komisen ke? takkan takde komisen kut.hehe..
serius cakap, kad raya ubi memang superb la!
[Reply]
Ubi reply on September 4th, 2008 11:53 am:
serius cakap, terima kasih atas pujian yg melampau tu…
[Reply]
aku pon nak tolong promote kat blog
[Reply]
Ubi reply on September 4th, 2008 11:54 am:
promote jangan tak promote!
[Reply]
hehe..time kecik2 dulu aku suka baca Ujang..berlambak aku beli..tapi [pkai duit atuk aku..tak dpt beli,mrajuk guling2 katil..hahahha
[Reply]
Ubi reply on September 4th, 2008 11:58 am:
hehe… salah satu contoh cucu mithali…
[Reply]
wah… best best…
baru plak jumpa web neh..terlewatkah aku..
[Reply]
Ubi reply on September 5th, 2008 5:01 pm:
blog ni pun baru 3 bulan jer… masih baru nak bermula wahai budak hutan…
[Reply]
slmt pose smua nyerrr..
time krismas jgn lupa pulak buat kad mcm tuuu..
best…best sgt,klawak nyerrr..!
[Reply]
Ubi reply on September 5th, 2008 5:02 pm:
hmmm…
[Reply]
timekasih la abg ubi sbb memudahkan keje2 mengeratkan silaturrahim saya dgn kengkawan tahun ni.. x pyh poning2 nak design sdiri n pegi pjabat pos lagi.. best2.. slamat berposa!
[Reply]
Ubi reply on September 8th, 2008 3:27 am:
Sama-sama Azuzafu… gembira dapat membantu! Selamat berposa gak pada awak!
[Reply]
ubi.. tidak diragui lagi.. kemalasan ko mengapdet blog mmg dh tahap cipan.. dulu, kini, selamanya… hehe
[Reply]
Ubi reply on September 8th, 2008 3:28 am:
hehehe…
[Reply]
ubi-san~
dah beli~
nak komik~
[Reply]
Ubi reply on September 10th, 2008 8:39 am:
aju-san~
komik awak dapat~
dalam minggu depan sampai kot~
tima kasih~
[Reply]
aju reply on September 10th, 2008 10:50 am:
yay! hehehe..
tgh mendolot.. hehe
[Reply]
Nak beli ke???
Tak kot…
[Reply]
Ubi reply on September 10th, 2008 6:44 pm:
Nak kata apa ye???
Terima kasih kot…
[Reply]
zool reply on September 11th, 2008 5:01 pm:
Sama-sama..
He he he…
Selamat Berpuasa ….
[Reply]
salam ramadhan al-mubarak untuk sumer..saja je menyibuk..selamat berpuasa
[Reply]
Ubi reply on September 12th, 2008 9:35 am:
Selamat berpuasa gak milla…
[Reply]
saya dah donlod dah tadi ubi… trima kasih banyak2 ubi psl menyediakan kad raya yg sgt best ni… lukisan kartunnya semuanya cute2 dan chumil2 belaka… harga pun tersangat murah kalau nak dibandingkan dengan kuantiti dan kualiti gambar yg saya dapat! terima kasih sekali lagi ubi… keep up the good work!
[Reply]
ubi! Selamat Hari Raya! Hehe..
[Reply]
[...] ini saya ada melancarkan Pakej Kad Raya Kartun Digital produk digital pertama saya sempena dengan sambutan Ramadhan dan [...]
nak kad raya jugak?
[Reply]
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
[Reply]
selamat hari raya maaf zahir batin
[Reply]
ni dah bulan 11, saya xdapat pun lagi yang sketch autograph tu? waaa.. sedih la macam ni. huhu
[Reply]