• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Sukarnya Untuk Memaafkan…
» Jangan lupa bayar bil handphone!

RM57 pun nak berkira ke? Come onlah beb…

Nov21
2009
32 Komentar Oleh Ubi

Seperti mana yang kita tau (ataupun tidak), keputusan peperiksaan UPSR 2009 telah pun diumumkan beberapa hari yang lalu.

Tahniah buat adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang! Pastinya ini semua adalah berkat usaha gigih belajar siang dan malam. Semoga usaha tersebut dapat diteruskan dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang. Caya lu dan yakin boleh! :D

Dalam pada kegembiraan semua pelajar, ibubapa dan guru-guru meraikan kecemerlangan tersebut, hati saya sangat tersentuh tatkala membaca berita berikut…

IPOH 19 Nov. – Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.

Untuk cerita selanjutnya, boleh bacanya di sini >>>

Terus terang saya katakan, hati saya sangat sebak dan terasa airmata bergenang semasa membaca laporan berita dan melihat gambar di atas (kartunis pun ada perasaan jugak beb!)…

RM57?!!

Takkanler hanya kerana jumlah yang ciput tu, nikmat kegembiraannya ditarik begitu sekali?!

Kenapa mahu berkira begitu sekali dengan seorang pelajar yang mengharumkan nama sekolah dan berpotensi besar tu?

Ceh… RM57 je!  Isi minyak kereta Kancil pun belum tentu penuh lagi!!

:(

Mungkin GURU BESAR dan KAKITANGAN SEKOLAH memberi alasan bahawa mereka hanya sekadar menjalankan tugas dan mengikuti prosedur.

Diikutkan pemikiran logik, tiada ibubapa dalam dunia ni yang akan dengan sengaja tidak mahu membayar yuran pembelajaran anak mereka. Pasti ada masalah yang terlampau menghimpit sehingga memaksa mereka terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu. Yelah, pada sesetengah orang jumlah tersebut adalah AMAT BESAR untuk dicari…

Mungkin pihak sekolah menyalahkan ibubapanya kerana enggan berjumpa atau berbincang dengan pengurusan sekolah mengenai masalah kewangan mereka…

Namun walau atas apa jua alasan sekalipun, janganlah dihukum adik Nur Izzati Azahar tu begitu sekali…

Berikanlah dia peluang merasai nikmat kejayaan hasil usahanya tu! Sesungguhnya tiada lagi hari atau peluang kedua untuk beliau meraikannya…

Rasanya TERLAMPAU KEJAM untuk dia dihukum sebegitu rupa… hanya kerana RM57!

Comeonlah beb, takkanle perkara semudah tu pun tak boleh nak fikir kot?!!

Buat mereka-mereka yg “berada di atas takhta jawatan besar” (rasanya anda tau siapa anda) dan kononnya berdegar-degar nak berjuang membantu rakyat tu, semoga sesuatu dapat dilakukan supaya tiada lagi insiden seperti adik Nur Izzati Azahar ni berlaku lagi di masa akan datang! (Belanjawan ari tu kata nak laksanakan sistem pendidikan PERCUMA… ni apa cerita beb?)

Maaf sekiranya terlampau emosi dalam entri kali ini…

Saya hanya menulis dan memberi pandangan. Anda yang membaca pastinya lebih mengetahui…

:neutral:

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Motivasi & Muhasabah Diri, Umum - Tag 5A, bangang, exam, Nur Izzati Azahar, peperiksaan, result upsr, UPSR
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampak d...
  • Selamat BerExam-exam! — Khas buat adik-adik yg...
  • Mana satu ikang yang lebih ngang?! — Masihkah anda ingat de...
  • Ni ikang ke atau manusia ikang jadian... — Amaran: Post ini menga...
  • Kartunis Pelukis Kelas Kedua? — Saya banyak mendapat ...
« Sukarnya Untuk Memaafkan…
» Jangan lupa bayar bil handphone!

32 Komentar Setakat Ini

  1. Kidzzlove's Gravatar Kidzzlove
    November 5, 2011 at 12:36 am | Permalink

    Assalam, berita ni dah lama 2009, tapi hamba baru baca, hamba respon jugalah ye. Saja isu ni diperbesar-besarkan, tak ada undang-undang yg membenarkan tahan slip keputusan bagi pelajar yg belum bayar yuran ye, hamba pernah kerja di sekolah, hamba tahu (tak semestinya hamba ni cikgu…). Tahan sijil berhenti ke, boleh lah. Memang cikgu ni tak berkira pun..asal jangan ramai sangat yg behutang udah le, kalu sampai 10 orang dah RM500..he..he. Walaubagaimanapun tahun depan semua pelajar SK ke SMK ke semua dapat RM100 sorang..betut-betut free ni..ke sebab nak PRU.. no hal lah, apa sebab musababnya, yg penting dapat duit..Apa yg penting? duit..?.. betul ke?

    Reply
  2. ana-huda-der's Gravatar ana-huda-der
    August 30, 2011 at 10:30 am | Permalink

    apa pun tak boleh~~ jambu

    tak perikemanusiaan ke?
    adesss…

    Reply
  3. ati's Gravatar ati
    April 4, 2010 at 6:23 pm | Permalink

    kejam… sob3…

    Reply
  4. dila.13's Gravatar dila.13
    March 5, 2010 at 5:12 pm | Permalink

    aha.. saje browse kartunis ubi punye blog & terjumpa plak kesah yg menceritakan betapa tak bertimbang rasanya pihak sekolah ni.. teringat saya waktu ni ofismate saya yg merupakan non-practicing lawyer try call berkali2 skolah terbabit (untuk menyekolahkan cikgu2 kat sana) tp sampai seminggu try dok engage jek. rasanya org lain dah sekolahkan dulu mereka sampai line tepon dicabutkan dari portnya. hua hua hua..

    Reply
  5. Tandinh's Gravatar Tandinh
    January 8, 2010 at 1:41 am | Permalink

    hahaha.. aku pun dulu pernah kene mcm ni.. mase amek result PMR dulu.. aku tak ingat bayar yuran. jd tertunggak ah. rm60…. cikgu tak bagi aku amek slip.. jd aku buat muka tak malu mintak dengan parents member aku rm60 utk dptkan slip.. kejam tol ah.. name lg kerajaan..

    Reply
  6. ruzaini's Gravatar ruzaini
    December 31, 2009 at 11:10 am | Permalink

    RM57 pon nk berkira…
    memang tak patut..
    kenape sekolah tetap nak carik alasan salahkan ibubapa..
    malaya nie mmg suke bagi alasan la..sbb tu org dulu2 dah cipta lagu bangau oh bangau untuk kite..
    sumenye tolak salah ke org lain..bukannye nk cari solution same2..orang2/pihak PIBG/GB kat situ takkan xde duit nk tolong release kn slip die..
    RM57 je pon..bukannye ley masuk kubur pon duit banyak2..
    ade malaikat mintak duit kopi ke mse soal kubur nanti yg nak kedekut sgt..
    kumpul la duit byk3(dasar kapitalis)..kot2 duit tu ley beli kondo lepas mati nanti..Rm 57 xpayah tolong pon tape..geram betol..

    Reply
  7. KUCING's Gravatar KUCING
    December 29, 2009 at 10:59 pm | Permalink

    kdkut btulll

    Reply
  8. abrablog's Gravatar abrablog
    December 28, 2009 at 1:12 am | Permalink

    macam-macam boleh jadi. benda ni, dua-dua pihak kena berbincang..

    Reply
  9. shazmiey's Gravatar shazmiey
    December 23, 2009 at 12:57 pm | Permalink

    sy setuju ngn pendapat sekolah tak patut disalahkan 100%. kalau betul pun dia orang susah, mak bapak dia yang WAJIB ikhtiar. dan rasanya bukan dia sorang yang susah. pihak sekolah tak boleh nak tolong semua. mungkin inisiatifnya, pihak sekolah boleh buat pengumuman, dia diberi pelepasan sbb dah harumkan nama sekolah.

    Reply
  10. Eman's Gravatar Eman
    December 11, 2009 at 10:30 pm | Permalink

    bayarkan jelah sudah.nak kecoh2 keluar kat paper lah tampal kat blog bising2 buat ape.”RM57 pun nak berkira ke? Come onlah beb…”

    Reply
    • ruzaini's Gravatar ruzaini
      December 31, 2009 at 11:13 am | Permalink

      rakyat didahulukan kn…so nanti adela org tlg bayarkan tue..tue pon kalau masuk TV la..kalau x..jgn harapla bro..

      Reply
  11. marul's Gravatar marul
    December 8, 2009 at 8:55 pm | Permalink

    mMg x patot……
    ini la malysia skunk…..
    so kite kne atasi mslah ni tok akan dtg….
    kartunis ubi da best….

    Reply
  12. reezluv's Gravatar reezluv
    December 1, 2009 at 8:37 pm | Permalink

    ape ke heynya..ish2..apa nama skolah tu eh?meh aku kasi sound GB die..ish2..aku duk Ipoh neh..:P

    Reply
  13. Faizal Riduan's Gravatar Faizal Riduan
    December 1, 2009 at 4:44 pm | Permalink

    Rupanya jarak hubungan guru dan murid kini sejauh keluasan kawasan sekolah sahaja, tatkala sang murid melepasi pagar sekolah maka ada guru yang akan berfikir “aku peduli apa?”. Sebilangan kecil pentadbir sekolah bertaraf PTD dan guru-guru di sekolah walau lepasan maktab dan universiti namun masih kurang rasa empati dan ihsan. Nampaknya mereka ini perlu disekolahkan lagi! Sebab itulah saya ada menulis pengalaman peribadi yang mungkin agak kritikal – “Guru Tidak Bersekolah”

    Reply
    • Kidzzlove's Gravatar Kidzzlove
      November 5, 2011 at 12:54 am | Permalink

      usah menulis, seolah-olah semua guru begitu. dari 1000, 1 aje kot yg begitu. murid cemerlang, selalunya dapat macam-macam habuan dari gurunya, tak lokek pun., dek kerana terlalu gembira atas kejayaan murid.. sekolah RM 57 , nie aku rasa sekolah entah apa-apa ntah..

      Reply
      • Faizal Riduan's Gravatar Faizal Riduan
        November 7, 2011 at 12:22 am | Permalink

        Maaf saya tidak pernah memukul rata semua guru sama sebegitu. Malah saya juga mempunyai senarai guru-guru yang memberikan pengalaman mengesankan. Tetapi hari ini, guru-guru seperti yang pernah saya kenali semakin sukar ditemui. Ini adalah kenyataan yang sesiapa tidak dapat nafi.

        Reply
        • Kidzzlove's Gravatar Kidzzlove
          November 10, 2011 at 4:08 pm | Permalink

          Zaman telah berubah, guru, murid, ibu bapa,pemimpin,seluruh masyarakat…kini SEMUA telah berubah..bukan hanya guru.

          Reply
        • Kidzzlove's Gravatar Kidzzlove
          November 10, 2011 at 4:18 pm | Permalink

          Guru yang diceritakan di blog saudara, ialah guru era 80an, mungkin hakikatnya guru kini lebih pemurah.. Kisah saudara sangat menyentuh rasa,saya faham perasaan saudara. Saya juga punya anak seusia itu sekarang, anak saya pula tidak dapat naik ke pentas dengan jubah graduasinya kerana kesibukan saya bekerja. Apakah perasaannya sama seperti apa yg saudara rasakan?..semoga apa yg saudara lalui, ketika kecil itu ..walau pahit..hakikatnya itulah yang menjadi penawar dalam kehidupan saudara kini.InsyaAllah.

          Reply
  14. wawa's Gravatar wawa
    November 28, 2009 at 11:55 pm | Permalink

    hmmm kesian mmg kesian tapi nk salahkan skolah 100% pn xleh jugak. kalo ikutkan xkan le parent dia xleh nk bayar RM57 sedangkn dua2 pn keje. kalo xleh byr sekaligus mereka bole byr ansur2 apa. cuba bygkan kalo ada 2 3 org lg student mcm ni?? xkan phk sekolah nk byrkan juga…

    Reply
  15. najlaa's Gravatar najlaa
    November 26, 2009 at 9:48 pm | Permalink

    ohhh b4 ni ingatkn sape2 yg tak bayar yuran tu awal2 lg tak boleh amik xm. ini dah selamat amik exam tiba2 ada masalah mcam ni pulak. hurm kesian plak dekat student tu…semoga dia diberi peluang mencapai cita2..

    Reply
  16. Amirez's Gravatar Amirez
    November 23, 2009 at 6:27 pm | Permalink

    RM57 kalau nak dikira bukanlah besar sangat untuk sebuah sekolah. PIBG kena main peranan dalam hal ni. kesian dia, lagi² dapat 5A yg mengharumkan nama sekolah.

    Reply
  17. nizeqt's Gravatar nizeqt
    November 22, 2009 at 7:38 pm | Permalink

    its hard to say.. kita x berada di tempat mereka..
    mybe pihak sekolah terpaksa lakukan. sbb klau dibiarkan, mybe ada pihak yg amik kesempatan…
    n mybe ada jugak sbb peribadi yg x dapat dielakkan.. bagi keluarga si budak tu.
    apepepn, kesian jugak kat budak tu.. yg prihatin minta tlg bayarkan.. x pn, skoolah kan ada PIBG punya dana…

    Reply
  18. rashiD's Gravatar rashiD
    November 21, 2009 at 4:02 pm | Permalink

    salam..

    tak tahu lah apa masalahnya, mungkin terlalu miskin dengan jumlah anak yang ramai,
    atau memang tak beratkan hal-ehwal pendidikan.

    ..tapi
    nak kata tak beratkan pendidikan, dah dapat 5A tu,
    (faedah sendiri & prestasi sekolah)

    rasanya, boleh saja sesiapa tolong jelaskan yuran rm57 tu,

    kesan amal baiknya jangka panjang..

    Reply
  19. yorshimura's Gravatar yorshimura
    November 21, 2009 at 12:37 pm | Permalink

    Salam..

    Dalam konteks ini, pihak sekolah rasanya tak wajar dipersalahkan. Saya fikir budaya masyarakat kita yang terlalu mengharapkan SUBSIDI wajar diubah. Pendidikan sering dilihat sebagai perkara kedua (khususnya bg org melayu). Cuba perhatikan bangsa Cina, macam mana miskin keluarga dia pun… Pendidikan tetap jadi keutamaan. Usaha ke arah itu (bayar yuran, tuition etc) tetap di dahulukan berbanding perkara2 lain…

    My 2 cents..

    Reply
    • CikguAT's Gravatar CikguAT
      November 28, 2009 at 9:39 am | Permalink

      Saya setuju..pendapat sedara..saya ada cerita..saya adalah seorang guru yang suka buat kajian terhadap ank murid saya..dan baru2 ni saya ada menyamar sebagai salesman, kisahnya..begini..seorang suri rumah berbangsa cina membawa anak kecilnya yg masih kecil memgambil masa berjam-jam membelek barangan pendidikan di salah satu pasar malam..berbanding seorang suri rumah yang membawa anak2nya yang dah pun besar sekitar 6 hingga 12 tahun, sedangkan anak2nya berminat untuk membelek-belek bahan pendidikan ini ( buku dan cd/VCD ) ajak anaknya beredar dari kawasan jualan dan memarahi anak2nya..dengan berkata”cepat !, jom,mak tak ada duit, mahal la..jom, sekolah dah ada…The moral of story..sila coment..ye

      Reply
  20. megat's Gravatar megat
    November 21, 2009 at 10:41 am | Permalink

    pergh memang kejam! dah la murid berkenaan mengharumkan nama sekolah pastu tak dapat ambil slip semata-mata RM57!?

    bagi aku, selalunya perkara seperti ini sekolah terlebih dulu prihatin dan memberi maklumbalas seadanya. siapa yang menguruskan keadaan murid berkenaan sebenarnya?

    ibubapa murid tersebut pula mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan. yang sepatutnya pihak sekolah perlu buat kajian.

    apakah jiwa pendidik kita tidak berjiwa pendidik sebenar?

    ps – baru balik dari saringan penentu kelas untuk anak sulong yang bakal darjah 1 tahun depan ;)

    Reply
    • CikguAT's Gravatar CikguAT
      November 28, 2009 at 9:32 am | Permalink

      Ya..saya setuju pendapat sedara..Apa pun sekolah kena “care” dan jika benar perkara ini berlaku..sekolah ada bukti untuk mempertahankan..semua pihak perlu akur, dan apa pun atas dasar 1 Malaysia..perkara ini tidak boleh berlaku atau sekecil sekali pun seorang GB yang prihatin akan boleh dan BOLEH keluarkan RM57 sekurang2nya membantu..atau guru kelasnya yang sudah tentu lebih dekat dengannya boleh keluarkan dahulu..RM57 berbanding gaji RM3000 ke atas..Maaf saya katakan sebegini..Guru Ibarat Lilin..Apa puin budak ini adalh anak didikan kita dan sangat berpotensi biarpun masalah keluarganya..dan balik kepada semua kepimpinan Mlaysia..anda mampu sumbang untuk luar Negara berbilion ringgit tetapi kenapa…dengan anak ini ???

      Reply
      • @LiYaNNuaR's Gravatar @LiYaNNuaR
        December 6, 2009 at 5:02 pm | Permalink

        yup… stuju dgn pdapat mike!

        Reply
        • puteri eira's Gravatar puteri eira
          January 16, 2010 at 12:48 am | Permalink

          yup..mmg setuju…

          Reply
  21. dr_nadya's Gravatar dr_nadya
    November 21, 2009 at 6:00 am | Permalink

    =( emmm..macam kekejaman pulak kan pihak sk0lah tuh?
    tapi…kadang kadang..ujian Allah itu bermacam jenis..kan?=)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      November 21, 2009 at 6:05 am | Permalink

      biasalah tu tuan doktor… malaysia apapun boleh!

      Reply
      • blogresipi's Gravatar blogresipi
        December 8, 2009 at 4:00 pm | Permalink

        kalau pandai buat pertimbangan tentu ada guru yang sudi keluarkan duit poket RM60 untuk bantu izzati bayarkan hutangnya.

        sebab itulah dalam pengurusan selalu ditekankan tentang kebijaksanaan membuat pertimbangan dan tidak ikut buku 100%.

        apa pun jadikanlah kes ini sebagai pengajaran buat kita semua supaya tak ulangi perkara yang sama.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top