
Sabtu lepas saya membazirkan masa emas saya dengan menonton X-Men Origins di panggung GSC Pavillion.
Beberapa bulan lepas kecoh pasal salinan movie ni boleh terlepas kat internet. FBI skang ni tengah sibuk memburu orang dalam yg disyaki membuat dajal tersebut. Harap-harap takdeler geng Petaling Street yg terlibat!
Pada saya, disyorkan agar anda menonton movie ni kat wayang walaupun anda dah download cerita ni dari internet. Ini kerana cerita ini memang amat baik dan puas ditonton melalui skrin perak.
Nampaknya trend mengadaptasi cerita kartun dan komik kepada medium filem semakin berleluasa sekarang ni. Elokler camtu… Sekurang-kurangnya orang-orang yg tak minat dan tak pernah baca medium komik ni, akan tau mengenai sesuatu karya komik tersebut.
Mungkin jugak ini masanya penggiat filem tanahair mula mengikut trend ni. Manaler tau, ini mungkin peluang untuk kartunis dan penggiat komik tanahair pulak nak pakai Mercedes macam Ahmad Idham tu… Ehem! David Teo, jangan lupa calling-calling yek!
Berbalik pada trend mengadaptasi tu tadi, dengar ceritanya banyak lagi komik dan cerita kartun yg bakal difilemkan dalam masa terdekat ni.
Yg terlatest adalah THUNDERCATS…
Dengar khabar angin kat internet kononnya cerita ni mungkin akan direlease time summer tahun depan (2010). Cehh… lambat lagi ghupanya!
Korang camana? Teruja macam saya jugak ke nak tengok movie Thundercats ni?
Kalau jawapannya ya, anda amat-amat dijemput untuk layan ‘trailer’ di bawah ni…
Camana?
Kagum? Confused? Tipah tertipu?
![]()
“Cheetara lari laju, tertanggal baju…”. Lalalala…
Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.





ade ke cite mcm ni..
xtau pn nk d wat flem..
klau katun 2 sllu la tgk..
2pn time zman kanak2..
cite xmen 2 mmg puas ati la tgk..mlm ni nk membzir mse n wang utk tgk skali lgi..hahaaa
nk buat filem… tp kabar angin aje… takde berita yg confirm
aku juga turut bersetuju dengan ape yang dibebelkan oleh encik ubi ni.. satu pembaziran masa yang amat berbaloi! bagi aku, tak rugi aku buang masa layan filem wolverine ni! cukup memuaskan nafsu aku terhadap filem!
pasal thundercats tu plak aku pun ade cam terdengar ura-ura dari pihak yang tak dapat dipastikan akan kesahihan ceritanya tentang pembikinan filem adaptasi tersebut sama ada ianya betul atau sekadar klepet semata-mata. kalau la betul, jangan le jadi trajedi tahap puaka macam filem dragonball tu.. walaupun aku belum tengok lagi filem tu, tapi naluri aku kuat mengatakan bahawasanya tindakan aku untuk memboikot filem tersebut adalah sangat mulia dan betul!
kagum.. aku sangat kagum!
dragonball tu tengok poster dia pun dah tau filem dia mesti SENTOL punya! tahniah kerana berjaya menjauhkan diri!
kauler org pertama yg nampak apa yg perlu dikagumkan… syabas!!
bukan dah keluar ke trailer thundercats kat internet? yang jadi thundercats si mamat brad pitt tu. ke aku yang silap tengok. apa-apa hal wolverine sangat menguja!
cuba tengok trailer tu betul-betul balik… rasa betul ke tipu tu?
Salam…
Sy dah tgk citer ni… best giler wa ckp lu… memang puas la bile dpt tgk… mantop!
jgn tgk wayang je… stadi jgn lupa!
tgk trailer thundercats tu mcm brat pitt , seekor lagi kuching tu mcm Hugh Jackman, dan lagi seekor mcm Vin Diesel .. ye dok??
Yg kucin tu macam Garfield kan?
logo thundercat kat pedang tu mcm logo proton lak…
heh! duba teka dari movie mana tu?
ahah! brad pitt tu dr troy, hugh jackman tu sah2 wolverine, cuma van diesel tu tak sure… bijak pandai lah orang yg ubah benda ni sume… wakaka…
search kt imdb.com…
kalo ade info kt situ,mknanya ada la filem nyer..
kalo xder..
huhuhuh..paham2 je laa…
saya bukan nya suka pun cite thundercat ni.
dari kecik2 dulu pun tak pernah tengok.
macam poyo je filem dia.
tak yah tengok lah buang masa je.
baek g mengaji dapat jugak pahala.
kalau wolverine tu best lah jugak.
aku minat giler jugak ka hugh jackman.
hensem giler…giler pun tak hensem macam dia.