• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen!
» Tunda Dating ke Hari Isnin Minggu Depan!

Mari Minum dengan Zurina dan Ubi!

May30
2009
87 Komentar Oleh Ubi

Rasanya mungkin dengan tengok gambar di bawah, anda semua sudah tau apa yg  ingin saya sampaikan…

Ya, projek terbaru saya adalah produk MUG EDISI TERHAD dengan design karakter Zurina dengan Ubi dari komik AKU DIA & VOLKSWAGEN!

Hahaha! akhirnya terjawab juga persoalan dan teka-teki mengenai projek perasan hebat Aku Dia & Volkswagen yg membuatkan anda semua tertanya-tanya dan tensen sepanjang beberapa hari ini! :D

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai produk MUG EKSKLUSIF EDISI TERHAD ini:

  • Terdapat 2 design – Zurina & Ubi (Couple)
  • Ukuran – 3.75″ (tinggi) dan 3″ (diameter)
  • Selamat untuk digunakan dalam dishwasher dan microwave
  • Pemegang yg besar dan senang untuk dipegang
  • Sangat sesuai untuk minuman panas dan sejuk
  • Sesuai juga sebagai item koleksi samada untuk diri sendiri ataupun sebagai hadiah untuk yg tersayang.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya memilih mug sebagai produk untuk karakter tersebut…

Pada saya ia sangat sesuai sekali untuk dijadikan koleksi untuk peminat kerana selain boleh digunakan dalam kehidupan harian, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan hiasan untuk berlagak pada rakan, sedara mara, kroni dan juga musuh ketat.

Mug juga adalah antara produk yg sangat tahan lama dan boleh disimpan bertahun-tahun (selagi anda tak pecahkannya!) ;)

Untuk pengetahuan, mug EDISI TERHAD ini hanya akan dicetak sebanyak 300 UNIT SAHAJA!

Anda juga boleh memilih samada untuk memesan salah satu dari design tersebut ataupun kedua-duanya sekali.

Oleh kerana produk ini AMAT TERHAD dan untuk untuk memberi keadilan kepada semua peminat, setiap orang hanya dibenarkan untuk memesan 1 set (gambar Zurina & Ubi) produk mug ini sahaja!

Harga cadangan untuk mug EDISI TERHAD EKSKLUSIF ini adalah RM25 setiap satu dan RM48 bagi kedua-dua design tersebut.

Kos penghantaran untuk satu mug adalah RM3 bagi Semenanjung Malaysia dan RM5 bagi Sabah dan Sarawak. Manakala untuk pesanan kedua-dua design tersebut adalah PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia dan RM5 untuk Sabah dan Sarawak.

Produk ini masih lagi dalam proses percetakan dan dijangka akan siap pada hari Khamis (4 Jun 2009) minggu hadapan.

Tempahan hanya akan dibuka pada hari Rabu (3 Jun 2009) jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Untuk sekodeng surat jualan sementaranya, sila klik di sini >>>

Mungkin ramai juga yg bertanya kenapa saya tidak membuat atau menyambung semula siri kesukaan ramai ini…

Ini adalah kerana ada sedikit masalah hakcipta yg masih lagi dipegang oleh majikan lama saya (MOY PUBLICATION).

Walaubagaimanapun, untuk tidak mengecewakan permintaan peminat yg sentiasa menghubungi saya untuk mendapatkan komik dan produk siri ini, inilah usaha terbaik yg dapat saya berikan kepada anda buat masa ini.

Tetapi ini bukan bermakna saya akan mengalah untuk mendapatkan semula hakcipta bagi karya tersebut. Buat masa ini saya sedang mengumpul wang untuk membeli semula hakcipta tersebut dari bekas majikan saya itu.

Nilai hakcipta tersebut? Sangat mahal dan boleh disamakan nilainya dengan gaji 2 tahun  seorang eksekutif syarikat swasta!

Mungkin dengan sokongan anda membeli mug ini, dapat membantu  saya mempercepatkan lagi proses pembelian hakcipta tersebut! Aminnn…

:D

Kini kita beralih pula pada topik yg ditunggu oleh ramai pembaca blog ini…

Seperti yg ditulis pada post yg lepas, saya telah berjanji untuk memberi hadiah misteri buat 5 penembak tepat TERAWAL dan 3 lagi yg akan dipilih secara rambang.

Oleh kerana sambutan yg AMAT MENGGALAKKAN, saya dengan hensem dan murah hatinya ingin menambah bilangan pemenang kepada 8 penembak tepat TERAWAL dan 5 orang lagi yg akan dipilih secara rambang.

Hohoho! :D

Berikut adalah nama 8 pemenang bertuah bagi kategori SHARP SHOOTER …

  1. Eilyleen (Jawapan dihantar pada May 27th, 2009)
  2. PanMFR (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  3. Faezah (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  4. SalHidayat (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  5. Zurina Omar (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  6. KOREN (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  7. Amin (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)
  8. Ecard (Jawapan dihantar pada May 28th, 2009)

Berikut adalah nama 5 pemenang bertuah bagi kategori RAMBANG …

  1. Farizal (peserta PERTAMA sekali)
  2. MA Sukri (doanya telahpun dimakbulkan…)
  3. Simple Shida (ntah… pasal dia simple kot?)
  4. Ali Terarosa (dia bodek baik punya!)
  5. Zulaikha binti Samad (dia nak kawin ngan balak yg pakai volkswagen)

Setiap pemenang akan menerima 1 mug dari koleksi terbaru dan terhangat ini. Saya akan menghubungi anda melalui email bagi maklumat alamat untuk penghantaran.

Tahniah buat semua pemenang-pemenang di atas. Buat mereka yg tidak berjaya, harapnya tidak akan berputus asa dan membenci saya sehingga mati. Insyaallah, mungkin saya akan adakan peraduan lain dan mungkin anda adalah pemenang seterusnya! ;)

Akhir kata, jangan lupa untuk mendapatkan Mug Aku Dia & Volkswagen Edisi terhad ini yg akan dibuka tempahannya pada 3 Jun 2009 tepat jam 7.30 pagi nanti. Mungkin ini adalah peluang TERAKHIR anda untuk mendapatkan produk EDISI TERHAD karakter Zurina dan Ubi dari kartun ‘Aku Dia & Volkswagen’ karya ORIGINAL dan EKSKLUSIF daripada saya! ;)

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi - Tag aku dia & volkswagen, awek cun, Kartun, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang, mug kartun, produk ubi, zurina
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
« Main Tikam-Tikam Aku Dia & Volkswagen!
» Tunda Dating ke Hari Isnin Minggu Depan!

87 Komentar Setakat Ini

  1. zurina omar's Gravatar zurina omar
    May 30, 2009 at 5:43 am | Permalink

    its me?
    really..?
    yey!
    :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:13 am | Permalink

      yey!!! tahniah! :)

      Reply
      • eilyleen's Gravatar eilyleen
        June 3, 2009 at 2:48 am | Permalink

        zurina..
        ehem2..
        ada kena mengena ke ngan karikatur UBI & ZURINA??
        lalalallalaaaa…

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          June 4, 2009 at 12:17 pm | Permalink

          Kebetulan aje nama dia Zurina… ;)

          Reply
  2. mazdi's Gravatar mazdi
    May 30, 2009 at 5:46 am | Permalink

    alooo… xdapat…
    frustnye…..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:14 am | Permalink

      boleh cuba lain kali… ;)

      Reply
  3. Farizal Hassan's Gravatar Farizal Hassan
    May 30, 2009 at 5:50 am | Permalink

    Terima Kasih Encik Ubi yang saya sayangi :D Sungguh terharu saya di tengahari Sabtu yang berjerebu ini….

    Tak sangka pulak ada kategori rambang. Hehehe…

    Tak sabar nak dpt mug cute tu :D

    Terima kasih sekali lagi pada Encik Ubi yang hensem dan bijaksana memilih pemenang² yang layak :D

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:15 am | Permalink

      mentang-mentang dapat hadiah, terus puji aku hensem dan bijaksana! :lol:

      Anyway, congrats!

      Reply
  4. PaanMFR's Gravatar PaanMFR
    May 30, 2009 at 5:50 am | Permalink

    hah! dapat! yey!!

    walaupun komen nombo 188… hehehe

    (bang ubi.. ejaan nama saye tertinggal 1 a) heheh

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:13 am | Permalink

      congrats bro! salah eja takpe, janji menang! ;)

      Reply
  5. azlanshukri's Gravatar azlanshukri
    May 30, 2009 at 5:53 am | Permalink

    tahniah kepada semua pemenang2 peraduan ini,cuma ada sikit terkilan kerana jawapannya di buat dalam ruangan komen dan ini sedikit sebanyak mendedahkan peluang yg lain tanpa perlu berfikir panjang dgn meneliti clue2 yg diberikan oleh Ubi,seeloknya jawapan perlu dihantar ke email Ubi…itu hanyalah pandangan saya…harap maaf

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:12 am | Permalink

      tima kasih atas pandangan….
      memang sengaja buat di ruangan komen pasal konsepnya adalah sapa CEPAT & BETUL dialah yg menang! Kalau yg meniru tapi dia lambat jawab pun tak guna gak… ;)

      Reply
  6. faleen's Gravatar faleen
    May 30, 2009 at 5:59 am | Permalink

    uhu~ B(
    saya x menang`
    buat lagi pertandingan~! ^^

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:09 am | Permalink

      mungkin nanti kot…

      Reply
  7. kisahsensasi's Gravatar kisahsensasi
    May 30, 2009 at 6:15 am | Permalink

    huhuhu….. nama saya tak tersenarai….anyway congrat kepada pemenang….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:09 am | Permalink

      huhuhu… :)

      Reply
  8. aishah zanira's Gravatar aishah zanira
    May 30, 2009 at 6:30 am | Permalink

    hohoho benci!!benci!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:08 am | Permalink

      benci tapi rindu! :razz:

      Reply
  9. iKMaL's Gravatar iKMaL
    May 30, 2009 at 8:33 am | Permalink

    nama aku xde eh???

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:07 am | Permalink

      cari yg penjawab tepat yg TERAWAL sahaja…

      Reply
  10. ierarisidi's Gravatar ierarisidi
    May 30, 2009 at 8:43 am | Permalink

    xpe ler..kurang bijak ckit jer…he.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:06 am | Permalink

      mungkin bukan rezeki

      Reply
  11. ecard's Gravatar ecard
    May 30, 2009 at 9:52 am | Permalink

    Thank You RK . Minum air kosong guna MUG baru

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 10:06 am | Permalink

      Sapa RK?

      Reply
  12. mimah's Gravatar mimah
    May 30, 2009 at 10:28 am | Permalink

    mug tue…lawa…
    geram aku tengok….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 11:41 am | Permalink

      nanti saya akan tunjukkan gambar produk yg dah siap… lagi cun tau!

      Reply
  13. onizuka's Gravatar onizuka
    May 30, 2009 at 11:30 am | Permalink

    cenggini ar ubi, x nak bg aku menang
    sedih2..
    tapi apa hadiah misteri yg budak2 bertuah tu menang

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 30, 2009 at 11:34 am | Permalink

      cuba baca post kat atas tu betul-betul…

      Reply
    • afizan's Gravatar afizan
      May 30, 2009 at 11:39 am | Permalink

      mug ler! :razz:

      Reply
    • ot's Gravatar ot
      June 7, 2009 at 11:02 am | Permalink

      huh, dah la x menang, nak tau plak ape hadiahnya..pastu x paham2 plak org dah ckp hadiahnya ape.huh

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        June 9, 2009 at 2:06 am | Permalink

        eh, apasal ko marah2 ni? tgh tensen ke?

        Reply
  14. diyana's Gravatar diyana
    May 30, 2009 at 12:28 pm | Permalink

    dh agak sy x bertuah mcm tu skali..
    hakhak..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 5:44 am | Permalink

      mungkin tuah awak di lain hari kot… hakhak!

      Reply
  15. nanie's Gravatar nanie
    May 30, 2009 at 1:38 pm | Permalink

    hppy la korg yg menang dn tpilih tu…
    untung dpt mug free. aku juga yg x
    btuah…waaaaaaaaaaaaa(nangis sbb
    xtpilih..hehehehe….)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 5:48 am | Permalink

      jgn nangis lama-lama, nnti jd mcm kassim selamat… :lol:

      Reply
  16. kudozu's Gravatar kudozu
    May 30, 2009 at 2:30 pm | Permalink

    Cis…..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 5:53 am | Permalink

      say cheese! :D

      Reply
  17. samdaddycool's Gravatar samdaddycool
    May 30, 2009 at 3:55 pm | Permalink

    sedey sunggoh tak tersenarai.. isk.. isk.. isk..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 5:57 am | Permalink

      sedey gak kerana tak dpt senaraikan kau… isk.. isk.. isk.. (cover je ni ;) )

      Reply
  18. aLi teRaroSa's Gravatar aLi teRaroSa
    May 30, 2009 at 4:32 pm | Permalink

    Yeah.. tak sesia usaha pakcik membodek ubi awai², yeahhhh, u rock UBI! tenkiu incik UBI, you’re the man! :D … eh behave behave… alhamdulillah… :p

    Dengan ini pakcik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada John Master yang menaja tali pinggang berlian pakcik ni, begitu juga kepada Pagoda dan Gajah Duduk yang menaja pakaian pakcik yang grand ini… tak lupe juga kepada seluruh penduduk taman dato ahmad razali yang mmg tak kenal pakcik, juga kepada kawan pakcik yang kuat makan, FATi kerana memberitau adenya pertandingan ni dan yang paling penting skali, kepada ibu pakcik dengan ucapan I LUV U MUM!… eh ape, 15 saat je ucapan? ok ok… sekali lagi, tenkiu tenkiu u ols… tenkiu to UBI lagi skali, kalo ade lagi silalah jangan segan pilih pakcik lagi! keskeskes

    Reply
    • fati's Gravatar fati
      May 30, 2009 at 4:57 pm | Permalink

      cehh bodek tak hengat! sebbaik ada nama makcik dalam senarai ucapan perasan tu :p

      TO UBI – hamba pasrah, redha dalam paksa! kahkahkahhhh!!takkan berenti support u (err betol, ikhlas! hahaha!)

      Reply
      • Ubi's Gravatar Ubi
        May 31, 2009 at 5:59 am | Permalink

        ye ke takkan berenti? ;)

        Reply
        • fati's Gravatar fati
          June 1, 2009 at 7:22 am | Permalink

          insyaAllah selagi ada umoo :p

          Reply
      • ot's Gravatar ot
        June 7, 2009 at 11:04 am | Permalink

        macam merepek je komen si ali terarosa ni..agak sengaja dibuat2..buget lawak ke hape..

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          June 9, 2009 at 2:07 am | Permalink

          sukati dialah… yg penting dia dah menang!

          Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 5:58 am | Permalink

      yg penting bila menang jg buat2 terpeluk awek kt sebelah… nnti kena kutuk satu Mesia ;)

      Reply
      • eilyleen's Gravatar eilyleen
        June 3, 2009 at 2:36 am | Permalink

        mendalam tuh maksud dia?? huhuhu

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          June 4, 2009 at 12:00 pm | Permalink

          tau takper! ;)

          Reply
  19. Anarm's Gravatar Anarm
    May 30, 2009 at 5:24 pm | Permalink

    x aci.. nama aku xde..
    waaa.. sedihnyeee

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 6:00 am | Permalink

      aci ada kat kedai! :lol:

      mgkin bleh cuba lg len kali…

      Reply
  20. Faezah's Gravatar Faezah
    May 31, 2009 at 3:30 am | Permalink

    wahhhhhh… saya menang ke? mekacih encik ubi!!~~ >:D< *wink*wink*

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 6:01 am | Permalink

      sama-sama… nnti tunggu email dr saya :D

      Reply
  21. MA Sukri's Gravatar MA Sukri
    May 31, 2009 at 8:35 am | Permalink

    Yahooo yabada beduuu…..
    Scoo bidu biduuuu…..
    Alhamdulillah… amin…. termakbul doa aku…

    Bro ubi,
    “Terima kasih daun pisang,
    saya tak kisah kalau bro nak bagi (mug) sepasang….”
    kuang kuang kuang…(ada kene baling nie kan aku…)
    Anyway… thank you very much n cayang sama lu…

    Doa lg…
    Ya Allah ya tuhanku… ko berkatilah perjuangan bro ubi dan mudahkan segala urusannya didunia dan akhirat…. Amin…

    TQ :)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 8:20 pm | Permalink

      Aminnn… semoga termakbul doamu sekali lagi… :)

      Reply
  22. ainohikari's Gravatar ainohikari
    May 31, 2009 at 11:18 am | Permalink

    Salam bro Ubi,

    Untuk tempahan mug cute lagi comel tu, takde ker dibuka untuk tempahan dari luar negara ?

    Kalau ada, amatlah saya berbesar hati, kalau tiada terkeciklah hati saya ini, wakaka.

    JazakALlah.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      May 31, 2009 at 8:19 pm | Permalink

      W’salam,

      Insyaallah ada. Utk tempahan luar negara boleh buat pembayaran melalui PayPal. Kos penghantaran adalah mengikut negara.

      Awak tinggal kat mana sekarang?

      Reply
      • ainohikari's Gravatar ainohikari
        June 2, 2009 at 2:57 pm | Permalink

        Maaf lambat jawab. TInggal di Jepun.

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          June 4, 2009 at 12:15 pm | Permalink

          Kalau Jepun, kos penghantaran adalah RM40. Kalau ada apa2 boleh tanya lagi ;)

          Reply
  23. nur aishah shahadah's Gravatar nur aishah shahadah
    June 1, 2009 at 1:27 am | Permalink

    SEDIHNYE X MENANG…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:01 pm | Permalink

      isk… isk… cian dia…

      Reply
  24. caoi's Gravatar caoi
    June 1, 2009 at 3:32 am | Permalink

    Rambang pun ade?apsal aku tak dirambangkan?Ubi…aku memang tggu kategori Rambang punyer…Hadiah Utama aku tak mau..apsal aku takder…(nak kcik ati ke tak nih )

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:02 pm | Permalink

      rambang atau hadiah utama semuanya sama aje… maapler Caoi… dah bukan rezeki… :D

      Reply
  25. MUZZ's Gravatar MUZZ
    June 1, 2009 at 4:15 am | Permalink

    sya xdapat la..abg ubi tmbah la hadiah ,kategori kesian ke,kategori sedekah ke,ape2 ke..xpe la janji dapat..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:03 pm | Permalink

      nanti saya jatuh kategori bankrap pulak! :lol:

      Reply
  26. siti's Gravatar siti
    June 1, 2009 at 5:32 am | Permalink

    apepon smoge abg ubi trus menyukseskan diri mu..hehehe..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:04 pm | Permalink

      tima kasih cik siti! :D

      Reply
  27. cikGu haDi's Gravatar cikGu haDi
    June 1, 2009 at 7:18 am | Permalink

    sedih juga kerana tak tersenarai.
    Takpe, pasni2 ada bnyk lg adiah kan Ubi??

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:05 pm | Permalink

      insyaallah… :)

      Reply
  28. amin's Gravatar amin
    June 2, 2009 at 2:22 am | Permalink

    tahniah kepada semua pemenang dan juga diri aku sendiri
    …….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:05 pm | Permalink

      hohoho! :)

      Reply
  29. eddie's Gravatar eddie
    June 2, 2009 at 8:58 am | Permalink

    x dpt pun xpe la bro…
    xde rezeki nak menang…
    kalau aku xde rezeki,
    sah2 la rezeki tu pegi kat lu bro…
    kena la aku beli mug tu…hehehe

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:06 pm | Permalink

      alhamdulillah… hehehe ;)

      Reply
      • eddie's Gravatar eddie
        July 1, 2009 at 7:32 am | Permalink

        mug dah sampai bro…cun gile!! bleh la aku beriyak-riyakan dgn membe aku!! haha!!

        Reply
  30. myrzx's Gravatar myrzx
    June 3, 2009 at 2:25 am | Permalink

    alahai lah naseb..
    isk..isk..
    tak dapat mug, tgk gambo pun jadik ler..
    huhuhu..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:07 pm | Permalink

      macam gila bayangler pulak… susah-susah, beli jelah mug tu nanti! ;)

      Reply
  31. eilyleen's Gravatar eilyleen
    June 3, 2009 at 2:32 am | Permalink

    Alhamdulillah..

    sy menang motor.. hahahhaa…
    Thanks bro ubi..
    baru baca mel pg nih..
    2-3 hari yg lepas adalah hari yg busy..
    pasni leh ahh hilangkan kepenatan & dahaga ngan segelas air ngan MUG karikatur ZURINA @ UBI..

    yg pasti sy nk MUG UBI tau..
    baru hilang dahaga..
    cewahhh.. (bodek lebih nih)

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 4, 2009 at 12:08 pm | Permalink

      Tahniah! Ok.. no problem… nanti saya akan hubungi awak melalui email :D

      Reply
  32. lear's Gravatar lear
    June 9, 2009 at 8:56 am | Permalink

    alaaa…sedihnyer…jawapan saya lagi tepat…mug ‘for her’ and ‘for him’….nak la satu…nangis kaaaang!!!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2009 at 11:54 pm | Permalink

      sorilah dik… keputusan adalah muktamad… marah orang kalau kita ubah-ubah…

      Reply
  33. lear's Gravatar lear
    June 10, 2009 at 1:53 am | Permalink

    ubi…nak la satu…uhukuhuk..frustnyer…nak la…nak la…nak laaaaa!!!!!

    ni jwpn sy aritu..
    “em,,cmni kot..memandangkan ade dua karakter…laki dn pompuan,,akn ada dua versi mug…one for her n one for him…heheh..jiwang x?”

    isk3…sy naaaak sgt… huwaaaaa!!!!!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2009 at 11:52 pm | Permalink

      kalau awak jawab cepat kan ke dah boleh menang… takpe, boleh cuba lagi lain kali ;)

      Reply
  34. caoi's Gravatar caoi
    June 10, 2009 at 4:33 am | Permalink

    aku dah sound orang IT kat tempat keje aku pasal server down.x leh nak baca emel.bila dapat buka je emel,terus kuar keputusan peraduan ko ubi….aku dah buat citer sedih ni…x der ke kategori wakaf ke kesian ke x pun ikhlas hati kat aku ni ubi….

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2009 at 11:50 pm | Permalink

      hehehe… susah-susah beli jelah mug tu… ;)

      Reply
  35. hafiz nero's Gravatar hafiz nero
    June 18, 2009 at 8:40 pm | Permalink

    Salam. ubi, sekadar cadangan..

    why not u create one good story? tak payah buang duit beli hak cipta….

    create satu cerita baru yang hero dan heroin dia mirip ubi dan zurina….u can gain new money here without any sacrifice to beli hak cipta..

    Reply
    • farra salwa's Gravatar farra salwa
      June 24, 2009 at 10:34 am | Permalink

      incik hafiz..opkos bro ubi nak balik hak dia.. susah sng dia, byk ngan ADV tuh.. kenangan jgn ckp lerr…sure berlambak..ADV tuh karya dia, lukih pai jadik masterpiece..ADV tuh ori, mmg bulih kalau dia nak wat citer baru yg karaktor dia sama ngan zurina n ubi.. tp takkan sama ngan yg ori brader..ADV bukan calang2 punya karya, sbb tu worth it kalu bro ubi nak beli balik hakcipta..

      to bro ubi, sy sbgai peminat trus sokong bro dr blkg.. dptkan balik hakcipta ADV tuh, supaya senang bro nk smbg balik citer tuh nnt..kitorg mmg akan trus support bro! Wish u luck!!

      Reply
  36. wardalinna's Gravatar wardalinna
    June 28, 2009 at 2:55 am | Permalink

    ala..rugi nye..pdn muke aku..lame x buka emel la..huhu
    bro ubi..nnti wat lagi ekk..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 8, 2009 at 9:02 pm | Permalink

      rasanya takde lagi dah… ni produk terakhir untuk kartun ADV tu… ;)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site