• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Pelukis Karikatur yang Terlampau!
» Budak Ajaib Lima Angka?!!

Tips Asas Untuk Menjadi Kartunis Berjaya

Jun06
2008
18 Komentar Oleh Ubi

belajar melukis kartun konon!

Selain dari melukis kartun dan karikatur, saya selalu dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka yg berminat untuk mempelajari teknik melukis kartun… atau dalam bahasa mudahnya menjadi ‘cikgu’ untuk bakal kartunis.

Saya juga sering mendapat email mengajak saya dating bertanyakan soalan meminta saya memberi tips atau panduan mengenai cara dan teknik betul melukis kartun.

Terus-terang cakap, saya tidak akan dapat dating dengan semua yg mengajak menjawab semua email yg bertanya. Dan andainya diminta untuk menerangkan semua perkara dan teknik di sini rasanya mustahil gak kerana terlalu banyak yg perlu dihuraikan dan rasanya takkan cukup sekadar dengan hanya satu post sahaja.

Walaubagaimanapun untuk tidak menghampakan mereka yg berminat, sebagai permulaan saya akan berkongsi tips mengenai perkara yg penting sekali iaitu keperluan asas yg wajib ada dalam diri sekiranya korang memilih untuk menjadi seorang kartunis/pelukis komik yg berjaya

Berdasarkan pengalaman saya, inilah 4 perkara utama yg perlu ada untuk survival korang dalam dunia perkartunan samada sebagai kerjaya ataupun sebagai hobi…

  1. MINAT
  2. ILMU
  3. USAHA
  4. SABAR

Ok, mari kita huraikan satu-persatu dengan lebih terperinci…

1) MINAT
Minat pada saya bukan bermaksud sekadar minat atau suka sahaja. Minat yg saya maksudkan adalah MINAT YG SANGAT MENDALAM, TERSANGAT MINAT ataupun GILA TAHAP GABAN PUNYA MINAT!

Kenapa sampai begitu sekali? Kenapa sekadar suka sahaja tidak memadai?

Kerana untuk pandai dan berjaya dalam dunia perkartunan ini BUKANNYA MUDAH!

Kartun mungkin pada sebilangan orang nampak mudah sahaja. Malahan ada yg berpendapat, “ala… conteng-conteng pun dah jadi”…

Ye, kartun tu memang mudah terutamanya bab membaca! Tapi untuk menghasilkannya bukan senang tau!

Sepanjang penglibatan saya dalam memberi perkhidmatan mengajar teknik melukis kartun ni, boleh dikatakan dalam 100 orang murid hanya seorang sahaja yg akan terus kekal melukis (1%). Selebihnya hanya sekadar ‘warm-warm chicken shit’ sahaja dan pabila berdepan dengan tugasan melukis yg sedikit mencabar akan terus mengalah dengan pelbagai alasan.

Sebenarnya tugasan yg diberi itu adalah perkara kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan cabaran yg bakal dihadapi apabila menjadi kartunis sepenuh masa. Sedangkan saya pun pernah beratus kali terfikir untuk beralih ke bidang lain. Pastinya kerana MINAT YG SANGAT MENDALAM terhadap bidang ini yg menghalang saya dari menyerah kalah.

Jangan jadikan wang, nama, glamour dan faktor lain untuk mendorong korang untuk menceburi bidang ini. Percayalah, jika korang betul-betul minat dan ikhlas, semua tu pasti akan datang dengan sendirinya…

Oklah, untuk menyenangkan pemahaman, saya akan berikan satu contoh yg berkaitan dengan kehidupan…

Di sebuah kampung, ada seorang lelaki bernama Adly a.k.a Labanon (bukan nama sebenar) telah berMINAT dengan seorang awek cun bernama Fasha Sandha (bukan nama sebenar).

Selain cun giler, Fasha Sandha jugak seorang yg amat berbudi bahasa dan mempunyai segulung ijazah dari universiti dari luar negara. Menambahkan lagi kebestannya itu, Fasha Sandha juga merupakan anak orang paling kaya di kampung mereka.

Kerana kebestannya itu jugalah Fasha Sandha sering digossipkan dengan Dato’ S, T, U, V & W. Memang tak disangkalkan lagi ramai jejaka-jejaka di kampung itu yg menaruh MINAT padanya. Namun mengenangkan kebestannya yg melampau tu, kesemua mereka hanya mampu memendam perasaan…

Namun berbeza dengan Adly a.k.a Labanon… kerana dia makan Fasha Sandha, minum Fasha Sandha dan tidur Fasha Sandha!

Memang dia benar-benar berMINAT untuk menjadikan Fasha Sandha sebagai suri hidupnya. Dia tak peduli betapa cantik, kaya, berpelajaran tinggi atau dengan siapa Fasha Sandha digossipkan. Dia juga tak pedulikan kata-kata member sekampung yg mengatakan betapa mustahil impiannya itu…

Padanya walau apa pun yg terjadi, suatu hari nanti Fasha Sandha tetap akan menjadi miliknya!

Got the picture?

Ok, sekarang kita pergi ke perkara ke dua…

2) ILMU
Untuk memastikan karya korang disukai dan diterima ramai, pastikan ILMU perkartunan penuh di dada.

Sentiasa belajar dan mencari maklumat terbaru mengenai teknik yg boleh membantu korang melukis dan berkarya dengan lebih baik.

Tapi jangan hanya belajar teknik melukis sahaja…

Rasanya inilah kesilapan yg sering dilakukan oleh kebanyakan kartunis dan pelukis komik. Mungkin korang pernah terbaca atau melihat karya yg mana lukisannya sangat cantik tetapi idea atau cerita mereka hambar sahaja… atau dalam bahasa mudahnya TAK BEST!

Ini kerana mereka lebih sibuk menumpukan perkara luaran sahaja sehingga melupakan perkara utama iaitu faktor dalaman yg menghidupkan sesuatu watak atau cerita

Oleh itu pastikan korang rajin membaca – tak kira apa juga subjek samada berita, sains, cinta, teknologi dan bermacam-macam lagi. Kalau rasa malas membaca, boleh cuba menonton Discovery Channel atau National Geographic Channel.

Kenapa perlu sampai begitu?

Selain memudahkan untuk mendapat idea, ilmu dan pengetahuan sangat membantu untuk menghasilkan karya yg bermutu. Pembaca sekarang adalah bijak-bijak belaka. Pastikan fakta yg disampaikan dalam karya korang adalah benar dan tepat. Walaupun cerita adalah rekaan semata-mata, sebagai pengkarya kita harus memastikan pembaca ‘percaya’ akan cerita yg cuba disampaikan.

Hasilnya, karya yg dihasilkan pasti akan lebih ‘berisi’. Cerita korang akan nampak seperti hidup sahaja. Pembaca pasti akan tertanya – “Ni kisah benar ke?”

Mereka juga mungkin akan terfikir – “Dasatler mamat ni… camana dia boleh terfikir idea best camni?”

Ye… jawapannya adalah ILMU.

Mungkin juga ilmu dan pengetahuan yg diperolehi nampak seperti tiada gunanya sekarang, tapi percayalah… di suatu hari nanti pasti korang akan faham keperluannya…

Lagipun tak salah menjadi seorang yg berpengetahuan kan?

Nak paham lagi? Kita tengok kisah Adly a.k.a Labanon (bukan nama sebenar) sekali lagi…

Untuk mengorat Fasha Sandha (bukan nama sebenar) Adly a.k.a Labanon tahu dia perlu melengkapkan dirinya dengan ‘ilmu menakluk hati wanita’. Dia perlu belajar bagaimana untuk memikat dan apa perkara yg membuat wanita tertarik dengan lelaki. Dan tanpa berlengah dia menuntut ilmu tersebut dari jirannya yg beristeri empat.

Walaubagaimanapun, Fasha Sandha dikhabarkan sangat suka makan masakan Siam yg sedap-sedap. Menyedari perkara tersebut, Adly a.k.a Labanon kini sedang berusaha menghubungi chef-chef dari Thailand yg sudi mengajarnya memasak masakan Siam pula.

Jadi rasanya siapa yg akan lebih menonjol di mata Fasha Sandha kelak? Adly a.k.a Labanon atau member sekampungnya yg mungkin jugak pernah menuntut ilmu dengan jirannya yg handal itu?

Lu pikir sendirilah beb!…

Sekarang kita masuk perkara ke tiga pulak…

3) USAHA
Rajin dan usaha tangga kejayaan – kata-kata yg selalu diungkapkan waktu sekolah…

Cakap memang senang kan?

Untuk menjadi pandai atau mahir dalam sesuatu bidang perlukan banyak latihan dan usaha. Kita semua tak dilahirkan terus menjadi pandai. Kita harus sentiasa belajar dan terus berlatih setiap masa.

Masih ingat tak pengalaman pertama menunggang basikal? Tipulah kalau ada yg cakap dengan sekali tunggang je boleh terus pandai!

Dengan terus berlatih dan berlatih tanpa jemu akhirnya pandai gak kita. Begitu gak dengan melukis kartun, makin selalu kita buat makin mahirlah kita. Cuba lihat kartun pertama saya kalau tak percaya!

Kenapa pemain bola setiap hari perlu berlatih sedangkan diorang dah pandai? Kenapa Dato Siti Nurhaliza kena gak prektis menyanyi bila nak dekat Juara Lagu?

“The more you do it, the easier for you to do it more”…

Tak paham lagi? Jom kita terjah ‘case study’ kita lagi sekali…

Adly a.k.a Labanon (bukan nama sebenar) mungkin sudah belajar teknik memikat wanita dari jirannya yg handal itu. Kini tiba masa untuk mempraktikkannya…

Fasha Sandha (bukan nama sebenar) baru pulang dari kedai. Berjalan kaki keseorangan.

“Line clear”, fikir Adly a.k.a Labanon yg memang dari pagi tadi menunggu di bawah pokok kelapa di depan kedai. Inilah peluangnya untuk menegur seterusnya mengayat gadis pujaannya itu.

Ayat power telah disusun dan dihafal di dalam hati dengan kemas sekali. Adly a.k.a Labanon menghampiri Fasha Sandha dari belakang. Semakin hampir dirinya dengan pujaan hatinya semakin kencang degup jantungnya…

“Fasha!…”

Fasha Sandha menoleh. Mata bertentang mata.

“Ya… ada apa Adly?”, jawab Fasha Sandha sambil berpusing mengadap Adly a.k.a Labanon. Angin yg berhembus membelai lembut rambutnya yg panjang ibarat model iklan syampu itu sekaligus menyerlahkan lagi keayuan wajah gadis melayunya.

Terpesona dengan kecantikan gadis idamannya di depan mata membuatkan Adly a.k.a Labanon tiba-tiba tergamam. Peluh jantan tak berhenti mengalir. Hilang semua ayat-ayat power yg diprektis seorang diri di depan cermin sejak dari minggu lepas…

“Err.. kalau takde apa-apa saya balik dululah…”, kata Fasha Sandha yg dah bosan menunggu lama kata-kata keluar dari mulut Adly a.k.a Labanon yg kelihatan seperti disumpah menjadi batu itu.

Dan Adly a.k.a Labanon hanya mampu menelan air liur melihat Fasha Sandha berlalu pergi begitu saja sekaligus melepaskan satu-satunya peluang keemasan untuk mendekati pujaan hatinya…

Rupa-rupanya barulah Adly a.k.a Labanon perasan bahawa seumur hidupnya, beliau jarang sekali berinteraksi apatah lagi cuba mengayat gadis cantik seperti Fasha Sandha…

Korang paham tak mesej yg cuba disampaikan ni?

Tanpa membuang masa jom kita tengok pulak perkara ke 4 iaitu…

4) SABAR
Korang memang minat gila dengan seni kartun ni… dah menghabiskan banyak wang dan masa untuk belajar segala tekniknya dan juga berusaha berlatih menajamkan skil lukisan korang.

Rasanya korang dah bersedia untuk menghasilkan karya yg setanding dengan mutu karya kartunis profesional yg lain.

Bila ‘masterpiece’ pertama dah siap, korang pun menghantarnya dengan penuh untuk diterbitkan di majalah kartun/komik terkenal tanahair.

Berminggu-minggu hati berdebar-debar menunggu jawapan dari penerbit. Dan alangkah hancurnya hati pabila mendapat berita bahawa karya agung telah direject dengan sadisnya oleh penerbit!

Itulah yg pernah berlaku kepada saya dan kebanyakan kartunis profesional yg lain…

Hanya Tuhan je yg tau betapa kecewanya saya time tu…rasa macam nak berenti melukis je…

Ada terfikir gak bahawa mungkin saya ni takde bakat dan kerjaya sebagai kartunis yg kononnya masyuk dan glamour tu bukannya untuk saya…

Tapi ntah camana saya berjaya counter balik perasaan negatif tu…

Saya anggap rejection tu sebagai satu challenge

Dan kali ni saya siapkan 10 keping pulak… dan dari sepuluh keping tu satu telah diterima oleh Ujang!

Penerimaan tu menambahkan lagi semangat saya…

Saya melukis lebih banyak lagi… dan walaupun banyak yg direject, banyak gak yg diterima…

Dan akhirnya saya dijemput untuk bekerja sebagai Kartunis sepenuh masa di Majalah Ujang…

So pada mereka yg pernah direject kartunnya tu, janganlah mudah putus asa dan menyerah kalah.

Untuk mencapai impian, mestilah SABAR menghadapi dugaan dan cabaran…

Ingat bahawa Bangunan KLCC tu bukannya dibina dalam masa sehari…

Bill Gates mengambil masa bertahun untuk mendapat sejuta dollarnya yg pertama…

Tiger Woods terpaksa berpanas berjam-jam di padang golf sebelum membuat hole-in-one pertamanya…

Walt Disney pernah digelar ‘tak berbakat’ waktu kali pertama cuba menghantar kartunnya…

Sesungguhnya setiap usaha dan kesabaran pasti akan ada ganjarannya…

Mungkin bukan hari ni atau sepuluh tahun lagi…

Tapi yg pastinya Tuhan akan membayar setiap usaha dan kesabaran kita…

Tak percaya? Jom kita teropong Adly a.k.a Labanon – bahan eksperimen makmal kita tu sekali lagi…

Setelah menyedari kelemahannya itu, Adly a.k.a Labanon mula berlatih dengan menjadikan jurujual supermarket dan awek-awek di stesen bas sebagai objek menajamkan skil bercakap dan mengayat wanita.

Setelah yakin dengan keupayaan skilnya, Adly a.k.a Labanon memulakan langkah pertamanya terhadap Fasha Sandha… dan sepertimana kisah-kisah cinta agung yg lain, pastinya Adly a.k.a Labanon akan direject dengan hormatnya pada cubaan pertama.

Tapi beliau tetap bersabar dan kembali meneruskan usahanya…

Mungkin untuk kali yg keberapa baru Fasha Sandha akan memberi sedikit respon. Mungkin jugak untuk kali yg ke berapa ratusnya  baru Adly a.k.a Labanon akan berjaya mendapat no tel Fasha Sandha…

Setelah berhabisan duit membeli prepaid dan memberi kata-kata manis di telefon, akhirnya berjaya jugak Adly a.k.a Labanon mengajak Fasha Sandha dating tengok wayang…

Pastinya akan kecoh satu kampung dengan berita ini. Mesti akan ada suara-suara sumbang yg mengatakan Adly a.k.a Labanon pakai minyak dagu…

Padahal mereka tak tau betapa kerana MINAT, Adly a.k.a Labanon telah menghabiskan masa dan tenaganya belajar ILMU memikat wanita. Mereka juga tak tau betapa susah beliau berUSAHA dan berSABAR untuk mengajak gadis idamannya tu deting…

Adakah Adly a.k.a Labanon akan berkahwin dengan Fasha Sandha?

Itu semua Tuhan punya kuasa…

Tapi yg pastinya dia berjaya mendapat sesuatu yg dirasakan mustahil oleh member sekampungnya berkat ketekunan dan kegigihannya…

So, harapan saya semoga korang-korang yg berminat dengan dunia kartunis yg kononnya masyuk dan glamour ni akan mendapat sesuatu dengan sedikit perkongsian ilmu dari saya ni… Insyaallah!

“Nothing stops the man who desires to achieve. Every obstacle is simply a course to develop his achievement muscle. It’s a strengthening of his powers of accomplishment.” – Thomas Carlyle

PERHATIAN: Cerita dan nama dalam post ini adalah rekaan semata-mata. Walaupun boleh dikatakan sebijik dengan beberapa orang yang mungkin anda kenal samada yang hidup atau sudah meninggal dunia, ianya adalah kebetulan dan tidak disengajakan (betul… sumpah!!). Oleh itu sebarang cubaan untuk saman menyaman adalah dianggap boleh blah! – Penulis

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Belajar Melukis Kartun - Tag Belajar Melukis Kartun
Similar posts
  • Beberapa tahun dahulu… — Beberapa tahun dahulu...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Ribuan...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Cara Me... — Artikel ini adalah bah...
  • HakCipta @ Copyright – ‘Work Fo... — Artikel ini adalah bah...
  • HakCipta @ Copyright – ‘F... — Artikel ini adalah bah...
« Pelukis Karikatur yang Terlampau!
» Budak Ajaib Lima Angka?!!

18 Komentar Setakat Ini

  1. fiera's Gravatar fiera
    October 29, 2009 at 9:38 pm | Permalink

    weh…..ape kater klu ubi wat gmbr ben 10 pulak mesti laris>>>>>>>punyerrrrr

    Reply
  2. egnaro's Gravatar egnaro
    May 29, 2009 at 10:00 pm | Permalink

    bro ubi? Betul ke? hari tu aku gi MOY..Koz aku terpilih dalam “Pencarian Geng Kartunis Baru” skali ada la satu kartunis ni cite masa ko mula2 nak anta kartun ko kena halau datang balik esoknye..Padahal masa tu ko direct dari Pahang..n da sampai depan pintu editor da..last2 kena suh datang balik esok pasal diorang ada hal..Kesian ko..Kalo betul..memang banyak dugaan selain kena reject..

    Reply
  3. sawi's Gravatar sawi
    February 18, 2009 at 8:42 pm | Permalink

    cara wat 100 page x de?

    Reply
  4. Pokli's Gravatar Pokli
    January 15, 2009 at 9:01 am | Permalink

    lu mmg best la ubi..wa mcm ada suntukan baru nak melukis..tq2

    Reply
  5. ckstar's Gravatar ckstar
    August 11, 2008 at 4:19 pm | Permalink

    amboi..fasha je ke y jadi model..nape tak sy..huhu..
    menarik post ni..disampaikan secara santai wpun sebenarnya ilmu y ada tak ternilai..
    dulu2 pun penah minat jd kartunis..tp ayah halang..dia ckp..
    “hang tok sah gatal2 nak jadi kartunis..blajaq bagi habih dulu”

    Reply
  6. Badruzamani Azmi's Gravatar Badruzamani Azmi
    August 8, 2008 at 11:25 am | Permalink

    Terima kasih… tulisan abang UBI kali ni mencetus inspirasi di saat tengah ‘down’ sekarang ni. Sebab kesihatan dan …

    Sebelum ni… pegangan saya ialah nak KAYA kena ada DUIT. Tapi, sekarang saya dapat satu lagi motto, “nak BERJAYA kena ada MUIS”.

    p/s – SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KE – 33. :)

    Reply
  7. pyanmanjung's Gravatar pyanmanjung
    July 23, 2008 at 3:03 pm | Permalink

    heh…..betul la semua yang kau tlis tu. dulu masa umur 12 , karya pertama aku keluar kat gila-gila. warghh. memang syiok. tapi halangannya , mak aku buang semua alatan melukis aku, frust. Tapi akhirnya , umur aku 43 la ni , sudah 21 tahun aku mengajar orang melukis . heh……lepas aku jumpa blog ni teringat plak nak lukis kartun semula. Ko ajor aku boleh…………

    Reply
  8. Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
    July 22, 2008 at 3:50 pm | Permalink

    Salam…

    Thanks untuk post yg best ni… Banyak input2 yg bagus,menarik serta, sangat realiti sekali untuk dihayati… Saya setuju dengan Aju… Lagi satu contoh mengenai Magaka yg berilmu yang pencipta Detektif Conan yakni Gosho Aoyama… Banyak input yg saya pelajari sepanjang melanggan komik ni… Cthnya mengenai Sains,Teknologi, dan Cara2 utk menyelesaikan kes2 yg berkaitan… Kagum sekali dengan kartunis2 dan Mangaka yg bijak! dan Ubi adalah antaranya… Ekheemmm… huhu

    P/s: Ade tak nombor tepon Adly a.k.a Labanon ni? Huhuhu… Popular dah beliau ni…

    Reply
  9. zam's Gravatar zam
    July 21, 2008 at 2:26 am | Permalink

    Apa kata Ubi buat manga plak…mesti laris macam goreng pisang… hehehehe

    Adly aka Labanon takkan minat fasha je kot lain tak minat???

    Reply
  10. aju's Gravatar aju
    June 10, 2008 at 11:38 pm | Permalink

    Bab Ilmu tu saya amat bersetuju.. ini adalah hasil pembacaan manga jepon (sori ye.. saya terpaksa menggunakan manga sebagai contoh sbb slps tidak lagi melanggan ujang – sbb IN dah tukar majalah – saya terus melanggan manga plak), bile seorang mangaka aka kartunis ni byk ilmu hasil dari pembacaan, segalanya dpt dilihat dr intipati manga tersebut. dan sebenarnya mangaka sebegini byk memberi input kepada pembaca terutamanya para pelajar. cth paling dekat, saya belajar perkataan zionis dr majalah gila-gila masa darjah 2 dulu. jadi bila ayah saya kata tak elok budak2 baca komik, saya pon balas balik,” kadang2 dari komik pon boleh belajat jugak.” haha..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2008 at 8:37 am | Permalink

      Ye cik aju… tulah dia mesej yg nak saya sampaikan…

      Memang tepat kalau awak amik manga sebagai contoh. Kalau sesapa ada baca manga, mesti korang akan perasan betapa tepat dan banyaknya fakta yg disampaikan dalamnya.

      Amik contoh Doraemon… mungkin ada yg fikir ianya setakat cerita utk bebudak aje… tapi kalau kita kaji betul-betul cerita tu, mesti kita akan nampak betapa banyaknya maklumat dan fakta berkaitan sains, ekonomi dan macam-macam lagi… sebab tulah tak heran satu dunia respek kat cerita tu…

      utk pengetahuan semua, pencipta Doraemon ni asalnya adalah seorang doktor pakar bedah…

      Reply
  11. bantingboy's Gravatar bantingboy
    June 9, 2008 at 12:12 pm | Permalink

    waa. labanon jadi mangsa. Tapi pasal apa fasha sandha??kenapa?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2008 at 8:30 am | Permalink

      “Cerita dan nama dalam post ini adalah rekaan semata-mata. Walaupun boleh dikatakan sebijik dengan beberapa orang yang mungkin anda kenal samada yang hidup atau sudah meninggal dunia, ianya adalah kebetulan dan tidak disengajakan…”

      Hehehehehe!!!

      Reply
  12. Labanon's Gravatar Labanon
    June 8, 2008 at 7:53 am | Permalink

    Hahah…saya memang minat fasha sanda :D

    Erm.. memang post ini amat tepat.. tak kira nak ceburi bidang apa… ciri2 di ats perlu dimiliki!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2008 at 8:28 am | Permalink

      Ye ke? Heh!

      Tepat sekali wahai Adly a.k.a Labanon (nama sebenar)!

      Reply
  13. zool's Gravatar zool
    June 7, 2008 at 1:00 am | Permalink

    Kesian Adly ko jadikan contoh..Kang dia saman ko baru tau…
    AKu antara manusia yang termasuk dalam ‘hangat-hangat tahi ayam’ nak jadi kartunis dulu,..
    Dulu masa muda ada cita2 konon nak jadi kartunis tapi kartun tak jauh,..
    sekadar conteng2 kat bas sekolah dan tandas bolehlah..

    p/s :- Adik2 jangan ikut .. Tak baik

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      June 13, 2008 at 8:24 am | Permalink

      Ye adik-adik semua… pastikan anda semua tidak mengikuti jejak langkah abang zool ni…

      hahaha!!!

      Reply
    • abdfatah's Gravatar abdfatah
      August 8, 2008 at 11:04 am | Permalink

      kena bagi royalty laa kat ubi lepas nih. labanon yang kena bayau… hohohohoo

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top