Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook boleh tak?

“Kau ada Facebook? Apa nama Facebook kau?”

Inilah antara soalan wajib masakini yang biasa kedengaran daripada mulut sahabat atau kenalan, samada yang sudah lama dikenali maupun yang baru.

Siapa sahaja yang tak kenal atau tiada akaun Facebook akan dianggap kolot. Sebagai sebuah negara yang membangun, rakyat Malaysia bolehlah berbangga kerana telah diiktiraf sebagai antara pengguna Facebook yang tertinggi membuang masa di dunia. Melalui data yang dikumpulkan, pada tahun 2010 sahaja dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kononnya sentiasa mengikut trend dan tidak mahu dituduh kolot, saya juga turut terjebak dengan fenomena membuang masa mengumpat, mengorat dan bermain game di Facebook ini. Walaupun adakalanya dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif, saya berpendapat Facebook juga ada kebaikannya, terutama untuk mengeratkan silaturahim sesama insan dan mempromosikan perniagaan.

Sejak mula menjebakkan diri sejak 2008, saya telah memenuhi kuota 5000 rakan yang ditetapkan di dalam akaun Facebook dan tidak boleh menambah rakan baru lagi. Walaubagaimanapun, dari masa ke semasa, akan ada rakan-rakan Facebook yang berani ‘menceraikan’ saya atau menutup akaun Facebook mereka.

Pemergian mereka ini memberi slot kosong untuk diisi oleh pemohon-pemohon baru yang telah lama menunggu untuk menjadi rakan Facebook saya. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 2,564 rakan baru yang menunggu untuk diterima atau direject oleh saya.

Dengan kuota yang ditetapkan, mustahil untuk saya menerima kesemuanya menjadi rakan. Saya perlu bersikap memilih dan jual mahal sedikit.

Walaupun tanpa kuota, belum tentu juga saya mahu berkawan dengan semua orang. Sebagai manusia, masing-masing mempunyai sebab dan kriteria tersendiri untuk memilih siapa untuk menjadi kawan.

Persoalannya, bagaimana saya memilih siapa untuk menjadi rakan saya di Facebook?

Untuk permulaan saya akan kongsikan kepada anda kriteria atau sebab apakah yang boleh membuatkan saya (atau sesiapa jua) terpotong stim untuk tidak memilih lalu menolak seseorang daripada menjadi rakan. Saya pun berharap panduan ini boleh juga digunakan untuk kita bersama-sama menggunakan laman sosial dengan cara yang betul serta lebih berhemah.

1) Manusia Halimunan

Alamak beb… kalau takde gambar macamana gua nak kenal camana rupa lu kan?! Ke lu ni manusia halimunan yang macam dalam cerita wayang tu? Sori ye… kalau gambar pun lu dah kemut, bagaimana pulak gua nak harap lu buat benda yang kawan-kawan patut buat pada kawan yang lain!

2) Aku kaya! Tengok gambar duit aku ni!

Ya, saya tahu Encik ini kaya-raya dan berharta. Saya nampak gambar duit Encik berkepok-kepok, bersusun-susun penuh satu meja sampai adakalanya melimpah-limpah sampai ke lantai. Saya percaya Encik berjaya dalam bisnes MLM, internet dan sebagainya serta berharap saya juga sudi turut sama dalam perniagaan tersebut lalu menjadi kaya-raya seperti Encik.

Tapi tidakkah Encik fikirkan keselamatan Encik dan keluarga? Mungkin ada penyangak yang ternampak lalu terliur dengan segala wang dan harta benda yang Encik miliki. Saya juga lebih risau kalau penyangak tersebut juga menyangka saya juga semasyuk Encik semata-mata kerana kita berkawan!

Maaflah ye, saya lagi heran dengan nyawa saya daripada harta benda Encik tu!

3) Saya benci Spammer!

Aikk?! Baru sehari berkawan terus aje wall dicemari dengan iklan dan pelbagai gambar produk! Ini belum lagi dikira dengan inbox. Kalau sekali dua bolehlah dimaafkan. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya mendapat ‘surat cinta’ daripada awak yang sarat dengan mesej meminta saya mengeluarkan wang daripada poket. Tak cukup dengan itu, adakalanya iklan yang dihantar penuh dengan kata-kata berlagak, kasar dan sarkastik yang menyatakan betapa bodoh dan ruginya saya kalau tak membeli produk awak!

Tak salah nak berniaga di Facebook. Tapi cubalah lakukan dengan adab dan integriti. Biar saya berkenalan dan berkawan dulu dengan awak. Bukankah kita lebih senang dan selesa untuk berurusniaga dengan orang yang kita kenal dan percaya?

4) Ni Facebok ke atau Playboy?

Maaf ye Cik… Saya terpaksa tak approve atau meremove Cik daripada senarai kawan Facebook saya ini. Kenapalah Cik letak semua gambar yang seksi-seksi, tersembul-sembul, membuak-buak bagai nak terkeluar segalanya sambil beraksi tercungging-cungging dan terbalik-balik tu di Facebok? Tak pasal-pasal dapat dosa kering kerana terbayang yang bukan-bukan.

Kalau terdesak sangat nak berlaki, ini bukan caranya. Jantan-jantan kabaret di luar sana tak berminat nak beristerikan perempuan yang nampak murah seperti Cik ini… hanya akan dijadikan permainan untuk mengisi masa lapang mereka sahaja.

Dari mata turun ke hati. Kalau hati sudah rosak, binasalah kesemuanya. Sungguhpun saya bukannya baik sangat, tapi saya taklah sekabaret yang disangka…

5) Cayalah… Tak sangka artis pun nak kawan dengan gua!

Fuhhh! Sungguh gua tak percaya ramai artis macam Lisa Surihani, Scha Al-Yahya, Aishwarya Rai, Angelina Jolie dan artis-artis Korea sibuk berebut-rebut nak add gua jadi friend dia. Lu tak percaya? Cuba lu tengok gambar profile ngan album diorang ni… Betul tak gua cakap?

Tapi gua pelik jugak… Apasal gambar diorang ni macam banyak je gua jumpa kat internet? Lagi satu, apasal nama diorang ni lain? Pastu artis-artis Korea ni semuanya pandai tulis post dan komen dalam bahasa melayu…

Takkanlah ada orang menyamar jadi diorang kot? Tak mungkinlah…

Nota: Sila gunakan gambar sendiri untuk profail atau album anda. Kalau malu pun, letaklah walau sekeping dua aje agar rakan tak terkeliru. Seandainya masih mahu mempertahankan gambar berupa artis, bunga, selipar atau kereta mewakili diri, sila add mereka yang benar-benar mengenali anda sahaja.

Jadilah diri anda sendiri. Sebagai kawan, saya menerima anda seadanya, walau apa jua rupa anda. Jika nak privacy sangat, tak payahlah join sosial network! πŸ˜‰

6) Kenapa mak ayah namakan awak macam nama syarikat?

Ini lagi satu masalah. Tak sangka pulak dalam dunia ni ada jugak orang yang dinamakan sempena nama syarikat. Adakah ini salah ibu bapanya yang tersalah memberi nama?

Atau mungkin juga salah Jabatan Pendaftaran Negara yang tersalah taip namanya ketika pendaftaran surat beranak? Mungkin jugak… Kalau dalam daftar SPR pun boleh ada nama Kampung Baru sebagai pengundi, tak mustahil kalau benda bodoh macam ni boleh berlaku!

Nasihat saya, kalau nak promosi perniagaan/kelab/produk sila daftarkannya sebagai Facebook Page. Percuma dan tiada bayaran dikenakan. Percayalah, tiada manusia di dunia ini akan ingat dan mengaku mempunyai kawan yang bernama Perniagaan Batu Nisan Mizi Mujin Sdn Bhd!

7) Kau diam membisu seribu bahasa…

Saya tak kenal awak. Awak pun mungkin tak kenal saya. Awak berminat nak jadikan saya kawan dalam Facebook. Saya terima pelawaan awak. Sesudah beberapa bulan saya tak nampak langsung kelibat awak di Facebook. Awak tak pernah berinteraksi langsung dengan saya. Saya juga tak nampak apa-apa jua aktiviti awak samada di wall awak sendiri maupun bersama rakan-rakan Facebook awak yang lain.

Adakah awak sudah meninggal dunia? Mustahil rasanya kerana setahu saya penyahaktifan akan dilakukan Facebook sekiranya akaun tidak dibuka dalam tempoh 3 bulan.

Atau adakah awak sedang menyertai ‘Pertandingan Siapa Ada Rakan Facebook Terbanyak’, yang mana saya ini sekadar untuk menunjukkan kepada dunia bahawa awak ini popular dan ada beribu-ribu kawan?

Maaflah ye… saya hanya berminat untuk berkawan dengan mereka yang hidup dan boleh berinteraksi sahaja. Kalau anti sosial, lebih baik join ANTI SOSIAL NETWORK!

8 ) Saya pandai. Awak bodoh!

Ini satu lagi spesis yang tak digemari ramai. Dalam post atau komennya sentiasa sahaja mengutuk atau mengondem orang lain. Orang lain semuanya salah dan dia saja yang best. Janganlah ada yang berani yang mencabar. Samada you’re with me or you’re against me!

Kalau dalam perbincangan mengenai sesuatu isu di Facebook, dia takkan mengaku salah walaupun sejuta orang memberikan fakta yang kuat untuk mematahkan hujahnya.

Sudahlah hujahnya longgar, perbincangan yang sepatutnya dikira habis itu akan dilanjutkan lagi di wallnya pulak. Dia akan terus mengungkit-ngungkit lagi mengenai isu tersebut sebanyak dan selama yang mungkin. Mengapi-apikan rakan-rakan lain supaya menyokongnya. Maka jangan hairanlah kalau ayat kutukan dan carutan sesedap rasa sentiasa menjadi perencah untuk menegakkan benang basahnya.

Pada saya tak guna berkawan dengan mereka yang sebegini negatif. Takkan dapat faedah apa pun daripadanya. Kalau jumpa orang begini, ucapkan saja Selamat Jalan Romeo kepadanya.

Sesungguhnya mencari kebenaran itu lebih baik daripada mencari kemenangan…

Noktah. Finish. Period. Muktamad. Game over.

….

Media sosial adalah bagaimana kita berinteraksi antara satu sama lain.

Sewaktu mula-mula menggunakan Facebook dahulu, saya menerima kesemua friend request yang diterima. Andai jika boleh dikembalikan masa, pastinya saya akan lebih memilih. Kini saya sudah belajar bahawa kualiti pastinya akan mengatasi kuantiti.

Anggaplah Facebook sebagai platform yang baik untuk kita menjalin persahabatan dan membina silaturahim. Kalau disalah guna, buruklah hasilnya. Yang penting keikhlasan kita. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin dan kita akan mendapat manfaatnya.

Lebih utama adalah bagaimana kita memberi nilai yang terbaik untuk rakan-rakan dan sahabat kita, dunia dan akhirat.

Sahabat yang baik itu lebih baik dari bersendirian dan bersendirian itu lebih baik dari sahabat yang buruk!

:)

Anda ada pengalaman mereject friend request atau unfriend seseorang di Facebook? Harap dapat kongsikannya dengan memberi komen di bawah…

Komen dan Pendapat Anda?

32 thoughts on “Saya nak kawan Abang Ubi kat Facebook boleh tak?

    1. Kualiti mengatasi kuantiti! Hahaha! *alasan*

      Esok Ahad. Cuti. Kalau kerja, seluruh persatuan kartunis akan mengambil tindakannn…! 😈

  1. saya lebih suka memberi komen di laman FB drpd laman blog sebab sesetgh blog tu ada captha yg pyh nak di eja…

    hahaha…

    p/s : terima kasih la Encik Ubi krn terima saya sbg rakan fb anda.. mujur la saya ni antara batch awal yg di approve tnpa byk soal.. hahahha…

    1. Kadang-kadang kat FB cepat dilupakan. Tapi kalau kat blog, komennya kekal lama pada setiap post. Dan blog ni takde pasang captcha pun untuk komen πŸ˜‰

      p.s – Semoga kita akan berjumpa di suatu hari nanti dan jalinan ukhuwah kita akan terjalin lebih erat.

  2. Salam…

    Tahukah Anda?

    kawan pertama saya di Friendster ialah Ubi…Haha… Sebab masa tu awal lagi guna Friendster… Tak reti guna lagi… main search je nama Ubi… Ade pulak… Pastu add… ketika itu masih merangkak-rangkak lagi nak guna FS, x fhm lagi kegunaan laman sosial… >_<

    1. Ya, saya masih ingat lagi. Dan awak adalah friend sosial network pertama yang rajin buat fan art untuk saya.
      :)

      p.s – dah takde friendster dah. akaun dah lama tutup

  3. aku pernah unfriend seseorg kerana CINTA..
    muhahahaha…tapi baru2 ni akhirnya dapat menjalin balik persahabatan kitaorg πŸ˜‰

      1. One of the hardest things is to do something rights even though u know it’s hurting u..aicehh..perghh jiwang sehh..hahaha.. boleh wat cite komik x abg Ubi???haha

  4. Nak diceritakan sy berkawan baik dengan 2 orang kawan, tapi akhirnya ada salah faham antara kami bertiga.. mungkin sebab terlalu banyak rahsia atau cerita peribadi pernah dikongsi saya fikir mungkin akan lebih mendatangkan perspektif buruk antara kitorang, jadi jalan terbaik adalah me’remove’kan mereka dari senarai fb, sebab, untuk jaga hati ornag bukan senang, jalan mudah pada saya remove saja dari fb.

  5. Assalam…sybas le krtunis ubi krna mmartabatkn industri seni d ngara Malaysia yg tcinta ini ahhahah!!..sy pn mnat gk lukis2 ni tp byk lg yg sy kna blajar..tunjuk ajarku siput sedut..trimas big bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *