• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Mana satu ikang yang lebih ngang?!
» Jom jumpa saya kat Penang pulak!

Jom Jumpa Saya di JB Isnin ni!

Jul19
2009
5 Komentar Oleh Ubi

Pada anda yg masih menuntut di IPTA ataupun IPTS, inilah peluang anda untuk menunjukkan kreativiti dan keterelan anda bersama rakan-rakan dalam mencipta kandungan/aplikasi mobile phone di dalam Mobile Content Challenge 2009!

Program yg telah masuk tahun ketiga ini adalah anjuran bersama Maxis Communications Berhad, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (MICC) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).

Mobile Content Challenge ini terbuka untuk semua pelajar institusi pengajian di seluruh Malaysia untuk membuat penyelidikan dan menggunakan segala teknologi terkini untuk membangunkan apa sahaja isi kandungan yg boleh memberi manfaat pengguna telefon bimbit.

Yang bestnya, anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 tunaiii!!!

Bukan itu sahaja… Maxis juga akan membimbing pemenang yg terel tu (mungkin anda…) untuk membangunkan produk ciptaan tersebut. Yang lagi bestnya, anda berpeluang untuk mendapat segala maklumat teknologi terkini daripada Maxis dan partner-partner lain program ini (cth: Apple Iphone)… Priceless!!

Selepas produk anda itu siap, Maxis juga akan membantu memasarkannya dan secara tidak langsung anda dapat bekerjasama dan menjadi rakan kongsi dengan salah satu syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia!

Cerita selanjutnya, boleh baca sendiri di laman web rasmi Mobile Content Challenge >>>

Untuk makluman anda, saya juga telah dilantik sebagai salah seorang partner/rakan kongsi rasmi untuk menjayakan program ini!

Sebagai partner rasmi, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di 6 worsyop yg akan diadakan setiap minggu di serata Malaya. Saya akan berkongsi segala pengalaman sepanjang menjadi pencipta kandungan untuk aplikasi mobile di Malaysia.

Worksyop pertama adalah pada hari Isnin 20 Julai 2009 ini, bermula dari jam 9 pagi di Sofitel Palm Resort & Golf Johor Bahru. (sila tanya lebai Google untuk peta dan arah)

Inilah peluangnya untuk anda mendapat maklumat lebih terperinci mengenai pembangunan content untuk mobile phone dari mereka yg berpengalaman dalam bidang ini… samada dari sudut teknikal, pemasaran, kewangan dan lain-lain lagi!

Selain itu, pelbagai hadiah/freebies menarik menanti buat mereka yg hadir ke worksyop tersebut. Makan FREE ala resort sambil tengok orang main golf juga ditanggung beres!!

Berikut adalah jadual dan lokasi worksyop yg bakal berlangsung:

Diharapkan anda yg berminat dapat hadir untuk menjayakan workshop ini. Sapa tau, mungkin sebahagian dari RM100,000 wang hadiah tu bakal menjadi milik anda! Tuah ayam nampak di kaki… tuah anda mungkin nampak di handphone! :cool:

Lagipun, mungkin inilah juga satu-satunya peluang untuk ‘mengepow’ semula duit anda yg telah banyak  dileburkan semata-mata untuk membeli top-up daripada Maxis! :lol:

Kategori Bulletin, Kreatif, Review - Tag handphone, iphone, maxis, mobile application, mobile content, mobile content challenge 2009, mobile phone, top-up
Similar posts
  • Kontrol Macho dalam English pulakR... — Jika sebelum ini an...
  • Bonus?! Bonus Hari Raya ke?… — Khas buat anda yang...
  • Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... — Assalamualaikum bua...
  • Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Ke... — Salam buat semua pe...
  • Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 R... — Nota: Ini adalah ba...
« Mana satu ikang yang lebih ngang?!
» Jom jumpa saya kat Penang pulak!

5 Komentar Setakat Ini

  1. muqay's Gravatar muqay
    July 19, 2009 at 1:57 pm | Permalink

    Salam Bro Ubi,

    Lama tidak update blog, lama sudah kami menunggu entry terbaru daripda Bro Ubi,

    Adkah sibuk melayan peminat yang ketinggalan mug kak zurina?

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      July 24, 2009 at 10:32 am | Permalink

      banyak keja ngan out station dlm 2-3 bulan ni… ;)

      Reply
  2. safar's Gravatar safar
    July 20, 2009 at 1:28 am | Permalink

    Aplikasi.maaf sudah lama tinggal bidang ni.

    Reply
  3. Sazarina's Gravatar Sazarina
    July 21, 2009 at 10:45 am | Permalink

    cayalah bro Ubi! terhibur ngan presentation bro!! menarik, penuh informasi dan yang paling kelakar sekali!!

    tima kasih pasal sudi sain autograf kat saya… cute!! :)

    keep up the good work bro!! ;)

    Reply
  4. aiereast's Gravatar aiereast
    July 24, 2009 at 2:04 pm | Permalink

    huhu, mesti untung pelajar2 yang amek jurusan tue. tapi kalau maxis nak support, itu satu usaha yang bagus :-)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site