Ni ikang ke atau manusia ikang jadiang?
May 13th, 2009 | Oleh Ubi | Kartun, KreatifAmaran: Post ini mengandungi banyak unsur kutukan yg sedikit emosi dan bisa mengecikkan hati beberapa pihak yg mungkin terlibat.
Sewaktu berkunjung ke Kuala Terengganu pada April yg lalu, saya terserempak dengan satu billboard yg memaparkan MALAPETAKA berupa satu design kartun…

Ni apa kejadah punya menatang ni?
Nak kata ikang bukang ikang..
Nak kata oran pung bukang oran…
Boleh tak sesapa yg tajam matanya beritau apa sebenarnya yg cuba di jual kat sini ni?
Maaf kalau pembuka bicara entri sedikit emosi…
Saya sebenarnya tak suka nak kutuk lukisan atau design orang lain. Sebagai pelukis saya sangat menghormati hasil karya pelukis lain dan sentiasa menganggap bahawa setiap pelukis mempunyai keistimewaan tersendiri.
Tapi selepas aje ternampak design maskot SUKMA Terengganu 2008 ni, memang saya akui ada sedikit masalah nak mengontrol kemachoan diri…
Kah! kah! kah!
Camanaler design camni boleh lulus?
Pulak tu untuk event besar seantero Malaya pulak tu!
Kah! kah! kah! ![]()
Maaf sekali lagi kalau saya sedikit emosi dalam mengutuk…
Mungkin saya bukanlah pakar sangat tentang design kalau bab nak komen pasal design orang lain…
Tapi ntahlah… rasanya kalau orang yg tak terlibat ngan design dan seni pun boleh nampak kecacatan pada design maskot SUKMA ni.
Apa kata kita tengok dan gelakkan design ni sekali lagi…

Tak tahan sekali bila tengok kaki ikan tu…
Eh, tu kat belakang tu ekor ke? Ke bonggol macam Si Bongkok Dari Gua Hantu?
Kah! kah! kah! ![]()
Saya tak menyalahkan designer ataupun pelukis yg melukis design maskot ni.
Mungkin beliau cuma mengikut arahan pihak atasan yg mahukan design yg nampak gampang camtu…
Kepada Encik-encik yg terlibat meluluskan design ni, harap lain kali janganler ulangi lagi kesilapan bodoh camni.
Malu tau kalau orang luar tengok. Mesti diorang semua ingat mutu lukisan kartunis Malaysia ni sebangang design tersebut.
Adakah Malaysia ni dah ketandusan kartunis bermutu?!
Kot ye pun nak bagi projek kat kroni, cubalah carik yg betul-betul boleh buat kerja!
Rasanya team Walt Disney mesti kecik ati kalau tengok design Nemo tak jadi ni!
Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.
![]() |








Apa ley buat, bro. kalau tak ikut kehendak orang atas, tak pasal2 kene sembur “baek punya” pulak. tapi, betul gak. nak kater ikan tembakul pon takder jugak pasal tak penah plak jumpa ikan tembakul warna oren.heheh, apapun, saya setuju dengan pendapat bro pasal kalau ikutkan kita boleh lagi menghasilkan design maskot yang lebih bermutu dari apa yang kita baru sahaja lihat.Oh, ya….ujung bulan nie sayer pegi terengganu, kalau sempat saya tangkap gambar tue. heheh
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 4:51 pm:
tangkap gak gambar lain-lain yg best gak!
Reply
aiereast reply on May 16th, 2009 4:09 am:
ingat nak tangkap penyu nangis. huhu~~
Reply
skali pandang saya hanya nmpk NEMO..tanpa terpikir pasal maskot yg nmpk pelik tue! tapi bila baca entry ni..terpkir lak naper pilih ikang macam NEMO sbg maskot negeri ganu?!!
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 4:50 pm:
mungkin pasal buat kerja nk cepat dan janji siap aje. takde buat research kot? agaknyalah…
Reply
saya mmg dah lma persan kehuduhan design ni sjak dr bermulanya sukan sukma tu lagi,ade ke ikan ade kaki,ish2.kalu dah xder menatang lain skli pun,wat la maskot orang cam maskot awang msa sukan SEA Brunei dlu,msti femes cam kartun abg ubi ni kan…wakaka
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 4:49 pm:
tak kesah samada maskot tu orang ataupun binatang. kalau buat dengan bersungguh2 mesti best n boleh femes!
Reply
kesiang..
penyu banyok, nok jugok pilih nemo hok sakit polio..
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 3:44 pm:
ntahler… mungkin perasan nak nampak global kot…
Reply
nemo ke frankenfish ni?
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 7:25 pm:
“fish from the graveyard…”
Reply
Nemo Mutant kot….
Reply
Ubi reply on May 14th, 2009 7:26 pm:
betul mutant! POWER: kulit muka tebal – daya tahan malu yg melampau!
Reply
Ikang spesies baru ni…Nape tak cakap datang Ganu, kalo tak boleh saya belanja ikang celup tepung. Tuh..ikang maskot tu gue celup dalam tepung.
Nape yek designer ni nak sangat letak kaki kat ikan tu? kalo tak letak ok ape….nampak sangat kering idea.
Ubi, lain kali ko masuk tender design maskot untuk next SUKMA. Ok?
Reply
Ubi reply on May 15th, 2009 9:37 am:
ok.. nanti kalau saya dtg Ganu lagi saya cakap kat awak. .. teringin gak nak rasa awek Ganu belanja ikang celup tepung
Masuk tender? Nanti kena paksa jadi kroni… kena masuk politik lagi… hmm… tengoklah nanti…
Reply
mungkin dia nak bagitau trg tu negeri yg kaya dgn ikan kot..
Reply
Ubi reply on May 15th, 2009 9:39 am:
kaya ngan ikan ada kaki ke?
Reply
ahaha..
saya setuju sangat ngan abe Ubi..
ikan jadian kut binatang kat ganu nih…
Reply
Ubi reply on May 18th, 2009 6:57 pm:
“A Terengganu Werefish in SUKMA…”
Reply
hahahahaa… walt disney nak saman pun malu… hahahaa…
ini mesti gara² org atasan luluskan kartun tu. web designer/developer pun agaknya sama nasib dgn pelukis yang kebiasaannya menjadi mangsa keadaan serta kebodohan pihak² tertentu.
nasib baik org yg luluskan artwork tu tak kenal angela aki. kalau tak, habis diubahsuai ikan tu jadi angela aki versi ikan… hahaha
Reply
Ubi reply on May 18th, 2009 6:54 pm:
biasalah, apa-apahal pun org bawahan yg gerenti dipersalahkan…
oh angela aki…
Reply
Saya memang dari terengganu, memang dah lama dah benci tengok desgn ikan tu. Buat malu jer!
Reply
Ubi reply on May 18th, 2009 6:49 pm:
hahaha! org ganu sendiri pun rasa tersiksa!
Reply
ubi, try lu lak buat design mascot nemo.tgok camner pegi.
bagus ke bangang ke leper ke aper.
Reply
Ubi reply on May 18th, 2009 6:48 pm:
kalau ada yg sanggup bayar gu no hal! kalau nak lukis sesaja je sorilah… keja banyak beb!
Reply
haha
ikan ada kaki tu xde masalah (sedikit imiginasi dan reasoning boleh menyebabkan idea itu diterima).. tapi ikan yg ada kaki DAN ekor dalam masa yang sama, itu yang bermasalah. duyung pon ilang ekor bila dapat kaki. kalu nak gak taruk ekor tu, kasik location kaki tu logik sket ar. ni cam ada ketumbuhan ekor plak~
Reply
Ubi reply on May 18th, 2009 6:46 pm:
satu analisa yg menarik… dari sudut logik, memang design tu tak logik langsung! hahaha!
Reply
Reply
Ubi reply on June 17th, 2009 8:14 am:
tau takper!
Reply
hahaha…
cam ikan jadian jee..
ntah ape ape ntah
Reply
Ubi reply on June 17th, 2009 8:15 am:
hahahaha! gelak sampai puas!
Reply
apa bleh buat..mmg zaman skrg ni zaman kipas mengipas…knp jd begini…adakah kerana kronisme?
Reply
Ubi reply on June 9th, 2009 2:05 am:
mungkin gak… tu pasallah bumbung runtuh pulak!
Reply
apalah kejadah nak kutuk2 kalau bgs sgr tolong design je jgn pandai nak kutuk je..faham semua!!!
Reply
Ubi reply on June 17th, 2009 8:19 am:
bukan kutuk… sekadar member komen dan pendapat. Jangan emosional sangat bro!
Reply
[...] Masihkah anda ingat dengan kutukan penuh emosi saya terhadap karakter maskot Nemo Sukma 2008 Terengganu? [...]
la,ingatkan sy sorang je yg rse kelakor tgk ikang nemo tu..huduh betui ikang tu ek…
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 9:26 pm:
hahaha!!!
Reply
>kn setiap seni ada keistimewaan tersendiri..tp….ikan tue ada kaki daa…kakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka..
>mgkin sblum ni dorg da wt pertandingn design maskot terbuka utk kanak2 d bawah 12thn kot.
>Npa ek dorg xupah jer pro designer or kartunist?Kn malaysia byk org2 terer dlm bab ini?cmna industri animasi kite nk mju..
Reply
Ini bukan maskot ni… ini mascorot !!!
Mcm bangang je lukisan ikan tuu… hak tuih !!!
Reply
Ubi reply on July 24th, 2009 10:34 am:
hahaha!!! tp jgn selalu meludah di merata tempat… nanti kena saman!
Reply
aku sendiri sebagai orang ganu pon malu benonya tengok gambo tuh…memang teruk beno….
memang patut dikutuk pelukis dan yang meluluskannya…
macam budak sekolah tadika dah aku nengoknya…
Reply
sukma XII mmg byk kemusykilan yg berlaku. jgnkn cerita psl design, sebesar – besar stadium tue pon leh runtuh.
it was a total disaster.
Reply
..mgkin ad sbab laen kot dyeorg bt dsign ikn diman cmtue,,huhu,,bkn sje2 tuue,,hehehe…
Reply