Mana satu ikang yang lebih ngang?!
June 17th, 2009 | Oleh Ubi | Kartun, KreatifMasihkah anda ingat dengan kutukan penuh emosi saya terhadap karakter maskot Nemo Sukma 2008 Terengganu?

Dari komen yg diberi pada post tersebut, ramai gak yg sebulu dengan saya yg berbulu je tengok design ikan nemo tak jadi tu…
Namun begitu, ada gak beberapa mereka yg MARAHKAN saya dan pengomen-pengomen yg secara terang-terangan mengutuk design kartun tu…
Di bawah ini adalah print screen komen marah dan bengang tersebut:


Ternyata mereka yg terasa dengan kutukan itu telah MENCABAR saya dan pengomen-pengomen yg sebulu dengan saya supaya kami berhenti mengomen (dan mengutuk) serta menunjukkan bukti hasil lukisan sekiranya kami ni hebat sangat!
Rasanya tak adil kalau nak suruh pengomen-pengomen yg sebulu ngan saya tu untuk menunjukkan sebarang bukti. Lagipun kebanyakan mereka adalah ‘orang awam’ sahaja dan bukannya pelukis seperti saya.
Nak suruh saya yg lukis adalah mustahil juga kerana jadual yg padat dan saya juga tak berminat membuang masa emas saya hanya sekadar untuk membuktikan sesuatu!
Jadi dengan mendiamkan diri dan tidak menyahut cabaran, mungkin ramai akan beranggapan bahawa saya dan kroni hanya pandai bersembang lebat macam tin kosong aje!
Kebetulan pulak dalam awal tahun ni saya ada buat satu design maskot kartun ikan jerung hammerhead untuk Miss Yvette, seorang pelanggan dari El Paso Texas.

Maskot kartun ikan jerung kepala tukul ni adalah untuk mewakili satu team lumba renang yg terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Sebenarnya memang susah gak untuk mereka dan melukis design kartun ikan supaya kelihatan menarik dan tidak nampak ‘cacat’. Ini kerana anatomi badan ikan tidak sama dan jauh berbeza dari manusia. Saya pun nyaris-nyaris terkantoi dan surrender sewaktu proses melukis kartun ni…
Namun atas dasar tidak mudah menyerah dan mahu menghasilkan yg terbaik untuk pelanggan, saya gagahi juga untuk menyiapkannya. Alhamdulillah, ternyata usaha saya tidak sia-sia kerana Miss Yvette dan team renangnya amat suka dengan apa yg telah dihasilkan oleh saya!
Thank you so much for your work we really liked it!! Our team was very impressed and appreciates your talent. I love the pose its all perfect!!
Yvette Corral
Soalannya sekarang, best ke design kartun ni kalau nak dibandingkan dengan maskot ikan SUKMA tu?

Kalau tanya saya, tentulah dengan perasan, konfiden dan bongkaknya saya akan kata YA!!
Tapi jawapan sebenar adalah pada mata ‘orang-orang awam’ yg melihat. Hanya anda saja yg berhak menilai kecantikan dan mutu sesuatu lukisan itu…
Seperti juga maskot SUKMA yg cacat tu… ianya dihasilkan oleh kerajaan untuk RAKYAT dan menggunakan WANG RAKYAT. Jadi setiap RAKYAT berhak menilai, memberi pandangan serta komen… tak semestinya mereka yg terel melukis sahaja!!
Buat mereka yg terasa hati dan marah dengan komen-komen terlampau dari pembaca blog ni yg mengutuk design Nemo tersebut, harap boleh faham dan menerima apa juga pandangan dengan hati terbuka…
Setiap komen, pandangan dan cadangan adalah untuk kebaikan bersama. Setiap manusia perlukan satu pihak lain untuk melihat kekurangan dan menegur kesalahan yg tidak dapat dilihat sendiri…
Seperti saya, sentiasa perlukan peminat dan pembaca untuk memberi komen serta idea untuk memantapkan lagi hasil karya… Kalau tak mau terima, maknanya SYOK SENDIRI!!
Sama juga di dalam politik, samada suka ataupun tidak, KERAJAAN perlu ada PEMBANGKANG untuk menegur. Jika tiada pembangkang, samalah seperti Streamyx yg sentiasa bermasalah kerana tiada pesaing… servis hagham ikut sukati dia aje!!

Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.
![]() |








ish ishh..ape2 je pacik ubi nih komen pasal nemo tuh..bia la dier camtu.. =p
noli anak ganu tauu..
tp yg jerung tuh mcm iklan gigi sihat dan kuat jer..lalalala…
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 9:55 pm:
hahaha! jerung pun pandai gosok gigi tau! lalalala….
Reply
mazuki selangor2u reply on August 22nd, 2009 8:35 am:
sama la kita noli..anak ganu….
Reply
Disebabkan hari tu ubi kutuk bukan main punya, jadi saya expect design yg gempak habis la. tapi, saya rasa lebih kurang je
Reply
en.lobster reply on June 18th, 2009 3:27 am:
yeke lebih kurang? xlah.. jauh beza aku tgk.. beza antara org ade bakat ngan org xde bakat melukis. bkn cantik ke x je bezanya.. logik kartun maskot tu pon kene tgk gak kak.. jgn tgk ngan mate kosong jer.. tgk btl2..
Reply
onizuka reply on June 18th, 2009 2:23 pm:
saya rasa sbnrnya en UBI kita ni..bukan
maksudkn lukisan tu hodoh ke x
tapi lebih kpd logik ke x lukisan tu..
tgk anatomi ikan tu..tgn,ekor,sirip..ngan tetiba ada kaki
haha..semuanya semcm je kalo tgk
tapi macam lukisan UBI..dia ada mcm ada wat rujukan pasal macamn nak lukis kartun haiwan..mgkn dari filem NEMO kot..hehe(betul bg hadiah ye)
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 9:56 pm:
lain orang lain citarasanya… tima kasih atas komen dan pendapat
Reply
Hahaha… tak taulah kenapa… sy baca dengan ade sound efek ketawa… pastu plak ketawa cam bongkak je… Mungkin terikut gaya dan perasaan ubi mase tulis entry ni… (padahal, bukan artwork sy pun!) huhu…
ape2 pun, caya sama Ubi sebab hasilkan ikan jerung kepala tukul dengan cute sekali…tahniah!
dan kpd yg tak puas hati dgn kutukan membina Ubi dan kroni: Berpijaklah pd bumi nyata… Dah tak cun tu, tak pyh le nak nafikan lagi… heee..!! sekian…
P/S: bertukarlah kpd P1 W1Max…=P
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 9:59 pm:
tak bek bongkak2 ni… tapi kalau berlagak takpe!
p/s: tima kasih atas cadangan…
Reply
cute memang cute tapi apsal jerung tu nampak mcm auw!je.
Reply
onizuka reply on June 18th, 2009 2:05 pm:
pasal UBI ni asyik lukis awek cun je..
pastu ikan jantan dibetinakan…haha
melawak je..ok apa ikan tu
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:00 pm:
hahaha!!! auwww… tak rela you!
Reply
kui reply on August 11th, 2009 11:13 am:
aah la ubi.. nampak mcm auw sbb tang tangan.. hehe.. ni pendapat sekilas pandang.. jgn mrh yer
Reply
huhu, takper2…. yang penting abg ubi da tunjukkan perbezaan yang ketara.
bagi saya, sesuatu hasil seni yang bagus dan bermutu itu tercipta dari usaha yang ikhlas dan bersungguh2 untuk memuaskan pihak2 yang tertentu. kita ambil contoh yang mudah, filem Allahyarham P.Ramlee masih diminati sampai ke hari ini kerana beliau bersungguh2 untuk menjayakan filem beliau. hasilnya, banyak anugerah yang beliau peroleh.
Jadi,kita boleh menilai samada sesorang itu bersungguh2 dan ikhlas dalam melalukan sesuatu perkara atau sebaliknya menerusi hasilnya itu sendiri
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:01 pm:
ye, yg penting ikhlas! kalau ikhlas hasilnya pn akan best gak…
Reply
aiereast reply on July 13th, 2009 1:56 pm:
yeah… betul tue bro.
Reply
ape logik nye gambo ikan nemo tu ngan tengganu? pelik tu… kot ye nk letak gambo ikan yg melambangkan tengganu, baik letak gambo ikan aye or ikan tongkol lauk nasik dagang… xgitu? huhuh
Reply
Faezah reply on July 3rd, 2009 3:18 am:
gitu3 saya sokon kenyataan ini encik nOj!
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:02 pm:
satu cadangan yg patut diambil perhatian…
Reply
salam,
Betul cakap ko tu Bi.Buat pertama kalinya aku sokong ko..hahah.Tetiap hari aku lawat blog ko ni,tu pun kalo streamyx tak buat taik la.Apa-apa pun caya luuuu..
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:03 pm:
akhirnya, setuju gak ko ngan aku ye bijan! hahaha!!!
gua pun caya gak ngan lu bijan! Lu apa citer skang ni?
Reply
bijan reply on July 9th, 2009 7:44 am:
skang aku ok, takde apa cerita sangat cuma dah jadi warga perak la ni.kalo free singgah la blog aku.Orang lain dah berkurun memblog,aku baru nak mula.Ketinggalan zaman betul la aku ni haha.ko jgn kutuk aku aaa.
Reply
hahahahahahaha!
entri ni lawak aa bro
xDD
(ni je nak komen)
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:04 pm:
ish… orang cerita serius dia kata lawak pulak… hahahaha!!!
Reply
uihhh, mmg bnyk beza, tgk perbezaan mata dua2 mascot ni pun da tau, yg mane buat keje cincai ngan tak.. kalau yg mane tak dapat bezakan tuh, tak tau laa nak kate mcm mane… hehehe…
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:04 pm:
huhuhu!
Reply
ABG UBI,COMEY LA IKAN JERUNG TU.BLEH WAT PENUKUL UMAH TAK..HEHE
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:05 pm:
silakan… tapi jgn lupa pulang balik lepas guna!
Reply
apa pun yang dibuat… kn la buat research dl.. jgn main hentam keromo
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:06 pm:
betul 3x!!!
Reply
Alamak, da lama pakcik tak bukak website ubi ni akibat penyakit angin ahmar + gout + pankreas terkehel dan lain-lain… ehehehe… bizi keje sobonarnya, saje kasi bunyi gempak sket, hahaha.
Ini pandangan pakcik la plak kan. Mana2 lukisan, menda yang penting adalah first impression,skali tgk lawa kita nak tgk lagi, btol tak? tapi itu bergantung pada individu jugak, ade yang suke lukisan messy² style, ade suke yang neat² (cakap omputeh tu!!!)…
Secara stendednya, lukisan tu mestila kemas dan cantek kan… yang membolehkan individu² pelbagai citarasa boleh terima ape yang cube dihasilkan…
bukan nak kondem or kutuk, tapi first impression pakcik pada lukisan nemo tu adalah “ape yang tak kena eh?” adakah org² lain berasa begitu atau tak taktau la pakcik kan. Pakcik taktau bape lama lukisan tersebut baru boleh terhasil, nak dapat idea melukis tu bukan sonang kan…btol tak ubi? tapi takkanla takde sorg pun tak terasa nak komen lukisan tu kat peringkat akhir sebelum dipublishkan… ni nak tunjuk kat satu Malaysia ni, silap² negara luar pun tgk kan, something tak kena kot kat situ (ada kuasa veto ke ape ke kan taktaula pakcik). Mungkin juga pelukis nemo atau peminat²nya terasa hati sbb dengan tak bagi salam ape terus sume kutuk, jadi diorg retaliate balik tu yang jadi gadoh tu kot, hohoho.
ops, pakcik sebagai juri tak profesonel nak komen lukisan UBI jugak, huahuahua.. habesla ko ubi!!! hueuehuehueuehuheu… first time tgk… hurmmmmm…. jerung tu nampak normal, natural rupa haiwan bila dikartunkan… sbb ape? mungkin takde kasut kot.. mau retak otak ubi nak pikirkan plak camne kasut mana lak seswai ikan ni pakai, kasut nike ke? reebok ke? kasut phua chu kang ke? hohohoho… pendek kata simple dan normal… kalo nak xtreme buleh je tamboh spek mata itam, pegang gitar karen segala kan! tapi ikot tema ke?? hohoho
to pengreply bernama ffiza, lebih kurang ke? tu ikan nemo, ni ikan jerung… tak lebih kurang pon, huahuahuahuahuahua
) jangan mara ar… hehehe.
to ali_zahini laks, err… kita taktaula diorg wat cincai ke tak kan.. kalo ikotkan cube tgk mata clown fish, mmg camtu kan!!! mungkin pelukis tu terlupa nak mengkartunkan mata ikan tu ke ape ke.. hehehe … peace peace…
Apo² pun, usah gadoh², yang lepas itu lepas, OPEN MINDED dan berpikir secara RASIONAL itu yang penting… dan yang nak mengkomen tu pun agak²la bahasa tu, biar yang dikritik dapat menerimanya walopun pahit atau pedas mana kritikan tu, dan yang penting tak menjatuhkan ATAU memalukan memana ikan… eh pihak~~ hohoho.. akhir kata dari pakcik… renung-renungkan, dan selamat beramaaaal~~~
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:08 pm:
ye, utk maju kita kena open mindedkan otak kita ni… sedia menerima apa juga teguran dan kritikan membina…
Reply
ahak…jerung x best ar ubi..sal ganaz ngat..hehe..pe kate ko torai wat gambo penyu lak..rasenye ok tue..sal penyukan sinonim ngan nogori ganu..huhu…bg pendapat jerk..hehe..
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:09 pm:
dah kebetulan ada jerung, letak jelah gambar dia kat situ…
Reply
yang melukisnya satu hal. tapi mcm mana penganjur blh terima lukisan mcm tu? apesal tak reject je. nasib baik sukan malaysia je. kalau sukan antarabangsa. buat malu malaysia je.
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:10 pm:
hehehe… mungkin pasal dah dateline kot? apa yg ada main sapu je…
Reply
Lahhh… ikan nemo ke… aku ingat keropok lekor!
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:12 pm:
hahahaha!!! keropok lekor?!! hahahaha!!!
Reply
cantik r maskot tu bro..26 jun birthday abg ubi ke…hepi birthday
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:12 pm:
a’ah… tima kasih atas ingatan
Reply
hadiah dah sampai.hadiah dah sampai.
hahaha lari topik.
tengss ubi
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:14 pm:
memang lari topik pungg!!! apapun, syukur psl selamat sampai… sama-sama yek!
Reply
ayark.. spek mata renan ikan jerung tu nampak lain macam.. haha. sory joking. kuning plak kepala aku.
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:14 pm:
apa yg ko fikirkan tu? cuba citer sikit…
Reply
memang buruk.. lukisan nimo tu..
aku sokong ubi..
amik ikon luar negara.. din igat time kuar logo tu time tu cite finding nimo kuar.. huhuhuuh.. sebuah logo itu sti la tema nya lain darpada yg lain.. and must be kretif.. bazir je beb.. ^_^
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:15 pm:
hohoho! tau takper!!
Reply
ala bro..pasal ikan nk kecoh2 ker..gua rs la..drpda mskot ikn..baik lukis penyu jekk
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:16 pm:
kalau tak kecoh dan tak ditegur, nanti diorang tak sedar dan kemungkinan besar buat lagi kesilapan bodoh camni di masa akan datang…
Reply
tetiba sy nmpk nama kawan sy kt atas tu… oo.. sekopi pon baca blog ubi..*xde kaitan ngn entri*
btw… saya sokong yg sokong ubi. sekian terima kasih. hehehe..
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:18 pm:
kira elokle tu… kumpulkan kawan2 sebanyak mungkin kt blog ni…
tima kasih atas sokongangmu itu… hehehe…
Reply
Kalau pandangan aku yang tak berapa terer seni nya ni of cos lah ubi punya ikan jerung lagi cantik..
nemo tu macam apa je
betul cakap ubi tu.. yang buat nemo tu pon manusia juga and tak semesti nya perfect.. kalau dah tak cantik, tak cantik jugak.. alah ntah2 die saje nak bagi kat kroni buat gambar maskot, pastu hentam je.. asal duit masyuk beb.. hehe
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:29 pm:
tau takper! duit punya pasal… macam-macam boleh jadi skang ni… kalau tak camana bumbung stadium boleh runtuh?!
Reply
sekali imbas tgk lukisan 2 mmg x dinafikan lukisan ubi lebih menonjol dari lukisan sukma 2…
cayalaa… ubi…
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:30 pm:
hanya johari yg mengenal maniam… eh silap, hanya jauhari yg mengenal manikam!
Reply
ikan ko mmg smart bro mmg tak dpt disangkalkan lagi…mcm lngit nagn bumi nk banding ngan ikan kuning 2..mybe negara kta prlukan maskot baru yg ada ciri2 malaysia mcm ikan keli ka haruan ka..anak ikan ke…
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:31 pm:
ye… menarik gak idea tu! lg original dan lg menonjolkan identiti kita!
Reply
hahaha…ikan badut pun bleh jadi isu ke bro ubi? lu ni mmg lawak mcm badut…hehe…kalau dibandingkan dua maskot tu,mmg la maskot ubi jauh lagi hebat, macho & jerung perkasa dari nemo tu…nemo to aku tgk mcm clown fish kena sole-tape / stapler je kat badan manusia…ataupun mcm org baru balik mancing,dia dapat clown fish yg besar giler pastu dia letak kat bahu dia sambil kibar2kan bendera Ganu…hehehe
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:35 pm:
hahahaha!!!
satu analisa yg cukup menarik! hahaha!!!
Reply
eddie reply on July 9th, 2009 11:07 am:
hahaha…maybe dia nak terapkan ciri2 lawak/humor kat maskot tu memandangkan maskot tu clown fish / ikan badut…hahaha
Reply
komen ikhlas ni , dua2 maskot tu x lawa langsung..
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:19 pm:
tima kasih atas komen yg ikhlas tu…
Reply
hye ubi.. ni first time sy masuk blog ubi ni.. menarik.. lepas ni blh dtg slalu eh.. hehe..
pendapat sy ialah maskot nemo tu tak logik la, tak kiut lgsg dan rsnye xde kaitan dgn tganu kot.. patutnya buat la penyu ke, kepok lekor ke.. haha..
Reply
Ubi reply on July 8th, 2009 10:36 pm:
ye, jemput-jemputler dtg selalu! (jgn lupa ajak adik pompuan sekali…)
Reply
Assalamualaikum jgn bangga sgt pihak yang berkenaan dengan design adakah anda mau di gam???
hasil karya sikit dah bangga nak melanbung apalh kejadah ye..
nie baru design blm animasi cartoon lagi,aku punya kawan pun dalam Les’ Copaque x bangga melambung dengan upin & ipin…
Reply
Ubi reply on July 9th, 2009 4:18 am:
waalaikumsalam,
rasanya saudara salah faham dengan mesej yg hendak disampaikan… post ini bukan hendak berbangga diri, tapi nak becerita tentang kebaikan memberi TEGURAN dan KOMEN…
Adakah dengan memberi TEGURAN dan KOMEN membolehkan digam? Kalau camtu, camana masyarakat kita nak maju?
Ye, mungkin saya ni kecil (walaupun dah lebih 10 tahun dlm industri kartun ni), tak sehebat kawan atau sedara mara saudara… tapi salahkah kalau sekadar memberi pendapat peribadi?
Kalau ye pun nak memberi pendapat, cubalah beri fakta yg kuat sikit… tak perlulah MENGUGUT dan cubalah jangan EMOSIONAL!
Reply
Muhd Adam reply on July 9th, 2009 4:45 am:
Toksah layan mamat anak terengganu tu ubi. entah-entah dia pelukis maskot nemo yg buruk tu! kah!kah!kah!
wahai anak terengganu, salahke kalau bro ubi yg dh lama lukis kartun ni bagi pendapat? rasanya takde yang salah dlm hujah yg diberi. kami pembaca pun ramai yg sokong pendapat dia ni. kalau tak caya boleh baca komen2 diatas.
lagi satu aku nyampah baca statement ko pasal gam tu. apasal? dah takde fakta nak main ugut-ugut pulak!
p.s – rasanya lu ni memang katak bwh tempurungle.. ada ke ubi yg pro dan bertahun lukis kartun ni lu boleh kata baru “hasil karya sikit”? dahlah b*d*h sombong, beri pendapat sikit pun dah nak melenting!!
Reply
eddie reply on July 9th, 2009 11:01 am:
buat xtau je dgn org2 mcm ni bro…mcm ni le suku sakat kroni…akai tarak! bile bercakap pung pang je lebih…
Reply
bukan-bukan aje reply on July 9th, 2009 6:13 pm:
bukanke dlm animasi yg penting skali adlh proses design? klau upin & ipin design karakter dia mcm ikan nemo kt atas tu, rasa2nya ada x org nk tengok movie dia?
fikir2kan & renung2kanlah…
Reply
bobo reply on July 13th, 2009 10:46 am:
alaa…anak terengganu ni saje je nk femes.
komen langsung x membina..ntah betul ke x ada kawan dlm Les’ Copaque,ntah-ntah dia jumpa skali je kat restoran Les’ Copaque,pastu ngaku kawan.ha3
Reply
chosap reply on July 27th, 2009 7:47 pm:
Salam brade Ubi, post ni x de kaitan ngan Nemo. Aaa, mamat nie la Sabhi, gua bengang tul kalo ckp gebang, ni blog la bro, xde kne mengena ngan negeri, first of all, we Malaysians sit in a same roof k. sume kne byr tax,(emo lak gua.hahaha haha lagi). kabhi kushi kabi gam!!! hahaha(aku rse aku klaka la)
Reply
Kiut maskot kartun ikan jerung tue,simple n kool..akhir kata majulah industri ikan untuk negara..hahaha
Reply
wakakakak… adoi ubi..
ganaz gilerk ah gigi ikan yg ko buat tuh..
nanti aku nk edit skit, mau taruk kesan darah kat bibir ikan tuh,…
baru nmpk ngam~!! ekekeke..
pape pun, kalo nk di bandingkan ngan ikan nemo yg x seberapa tuh, memang xde market tol lah ikan nemo tuh..
x gitu ubi.?
Reply
tu ikan nemo ke karipap berkaki?
Reply
Ubi reply on July 24th, 2009 10:33 am:
Reply
Salam brader Ubi, igt dah lewat nak bg komen, bru je lawat blog ni. komen aku, Noni yg first post tue lawa ar, haii Noni.hehe jgn mara aaa.
Ok2 Nemo tue klakar x patut jd maskot, pendapatan aku la, still kt luar negara byk maskot2 yg simple, kebykn nye leh wt rujukan kt kelab2 basketball n American Football.
(kte td mcm x nak komen).
Kalo dimate org kebanyakan mcm aku la, maskot ubi r better. Be rasional, dont emotional, we are Malaysians. banzai2
Reply
bro ubi… lu memang otai. Cakap apa btui.. nemo tu memang hampeh… jerung ko…kira ok le.. bleh pegi jauh.
“BAKAT DAN KELEBIHAN ADALAH DENGAN IZIN ALLAH. BERSYUKUR DENGAN KELEBIHAN YANG KITA ADA”
Reply
Assalamualaikum Encik Ubi,
kiut miut r maskot encik ubi nih.
tapi apsal gambar maskot encik ubi ngan gambar design kat baju pasukan renang tu tak sama erk…??
Sekadar pertanyaan diluar pemikiran..
Reply
Weh..Ubi, kat mana hg letak gambaq hammerhead tu? Teringin aku nak tgk. By the way lawa jugak yer maskot ulat bulu sukma kat Trengganu tu yer..
Reply
Ok..ok…dah nampak…masa mula2 tadi pc aku problem kot…lawa gambar tu…tang letak mata tu kureng setuju lah…tapi sebagai maskot, gambar tu mmg cantik.
Reply
jgnla nk mnunjuk-nunjuk,kalau ade bakat tu..
jgn lak cpt melatah,kalau ade org komen tu….
adatla manusia,lumrah ade je orang tak puas hati…
janganla nk samakan,dengan TM,cakap streamyx slow…
wat report kat 100,klu slow…
kalau hati dah panas jgn nk libatkan gan org lain..
sendiri mau ingatla…hahaha…
yang pnting syukur ape yg ade,jgn nk bnding2kan gan org lain…..fikir2la sndiri…tak kan nk tgur kot…
Reply
salam en ubi
saya rasakan… ikan nemo tu, dibuat oleh budak praktikal yg keje free kat SUK T’ganu kot.
pas tu..pakcik2 dlm tu, malas nak layan sgt maskot2 ni..approve jek.
letak ler maskot ikan tongkol ker…sodap buek lauk nasi dagang..haha!! mungkin jugak kepupusan penyu di rantau abang menyebabkan k’jaan t’ganu memecat penyu dr jd maskot negeri.cian penyu menangis.
Reply