• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang
» Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…

Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen

May18
2008
133 Komentar Oleh Ubi

aku, dia & volkswagen

Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar pasal karya kartun/komik “Aku, Dia & Volkswagen” karya ciptaan saya di Majalah Ujang sekitar 1997-2002 dahulu.

Tak dinafikan siri tersebut memang mendapat sambutan hebat dari peminat kartun dan komik tanahair. Setiap hari akan ada saja surat dan email peminat bertanyakan pasal siri tersebut.

Tapi itu dulu

Sekarang ni masih jugak lagi dapat email bertanyakan pasal siri tersebut. Cuma soalan dia lain sikit dari dulu

Ni salah satunya yg saya dapat minggu lepas dari brader Pennyu…

Assalamualaikumm….
Ni nak tanya abang UBI ni. Nape cite “Aku, Dia & Volkswagon” dijilidkan hanya
sampai volume 3 je? Tak ada sambungan lagi ke? Itu hari saya ada call MOY
Publication bertanyakan sambungan cite tu, tapi diaorang cakap tak ada sambungan dah. Sampai jilid 3 je. Betul Ke? Nape tak sambung? Cerita AD&V betul -betul syok. Menyentap hati nurani dalam keiklasan satu-satu perhubungan. Harap – harap abang UBI sambung la cite tu sampai habis.. Jangan biarkan tergantung cam tu je…tak syok la. Dah berpuluh kali dah saya tanya mamak jual majalah pasal sambungan cita AD&V ni. Sampai muka dah naik tebal dah.. Kalau Abang UBI rasa jual majalah kartun ni tak banyak untung, up la sikit harga.. Janji kualiti. Apa takut, semua barang dah naik harga sekarang. Betul tak? Ok. Wassalam. Jangan lupa reply yeaa…

Apa istimewanya email ni?

Takdeapapun sebenarnya

Tapi yg pastinya saya dah banyak kali dapat email bertanyakan soalan yg seperti ni…

Ada yg sempat saya jawab, ada yg saya malas nak jawab

Memang selalu sengaja malas nak jawab…

Bukan sombong, tapi pasal banyak sangat yg tanyakan soalan yg sama bosan gak nak menjawabnya

Tak salahkan diorang yg bertanya. Diorang pun ada hak nak tau gak

Jadi untuk menyenang dan menggembirakan pihak yg bertanya dan yg menjawab, saya rasa baik saya buat satu post special untuk “Soalan Of The Year” ni…

Ok, berbalik pada soalan tadi, ini jawapan saya…

Sebenarnya cerita Aku, Dia & Volkswagen tu cuma sampai jilid tiga je kerana….
saya sendiri pun tak tau apasal! Terus terang cakap bahawa HAKCIPTA untuk siri kartun ni adalah HAKMILIK MUTLAK MOY PUBLICATION SDN BHD – penerbit Majalah Ujang.

Dan kerana itu saya TIADA HAK langsung terhadap karya tersebut. Saya tiada kuasa untuk menentukan samada siri ini patut dicetak, di ulang cetak, di jilidkan, disiarkan atau apa-apa pun jua aktiviti berkenaannya…

Saya juga tidak akan mendapat apa pun sekiranya karya hasil ciptaan saya ini mendapat keuntungan. Cuma yg saya boleh banggakan hanyalah bahawa karya kesukaan ramai ini adalah hasil buah fikiran saya – asli daripada saya!

Tapi bukan itu yg saya kesalkan…

Sejak awal bekerja di sana sudah faham bahawa semua kartun ciptaan saya seperti Budak Hostel, Aku Dia & Volkswagen dan IN bakal menjadi milik majikan. Saya anggap ianya sebagai satu pelaburan untuk mencipta nama dalam industri ini

Saya terkilan kenapa mereka yg mempunyai kuasa dan hak ke atas karya tersebut tak buat apa-apa dengannya?

Kenapa tak diulang cetak jilid yg habis terjual?

Kenapa tak diterbitkan jilid baru utk sambungan cerita tersebut?

Kenapa sekadar dibuat pekasam?

Padahal dari sudut komersialisasi, barangan tersebut mempunyai permintaan yg tinggi. Setiap kali berjumpa saya pasti ada yg bertanya dan mencari. So, kenapa rasa akan rugi kalau mengeluarkannya lagi?

Jangan risau… saya takkan datang menagih royalti (tapi kalau nak bagi, kecik tapak tangan, stadium wembley saya tadahkan!) :D

So, diharap dengan penjelasan ni diharap Brader Pennyu, mereka-mereka yg pernah menanyakan soalan ni pada ketika saya malas menjawab dan yg baru cuba nak mengemail saya bertanya akan boleh paham dan jelas dengan masalah kontroversi ni

Kalau ikutkan saya, pastinya saya akan terbitkan jilid baru dan ulang cetak semua jilid yg sold out tu!

Tapi tu cuma kalau jer…

Saya takde apa-apa kuasa…

Pada bekas company saya tu, kalau rasa tak tau nak buat apa dengan kartun tu, bagi jelah kat saya

Nanti tauler saya nak buat apa

Heh!

Tu pun kalau nak bagiler…

p/s – Untuk makluman korang semua, masalah ini bukan hanya menimpa siri Aku, Dia & Volkswagen sahaja. Siri lain seperti Budak Hostel, IN dan lain-lain yg pernah diterbitkan oleh bekas majikan saya juga turut ditimpa ‘musibah’ ini. Harap bersabar ye…

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang - Tag aku dia & volkswagen, Kartun Ubi, kartunis ubi, Komik, Majalah Ujang
Similar posts
  • Kartun Hari Jumaat III — Lihat pada isi buk...
  • Aku Masih Tetap Setia Pada Yang Lama&... — Oh maaf… Rib...
  • Kartun hari Jumaat II — Ibarat pepatah Me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampa...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah ...
« Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang
» Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…

128 Komentar Setakat Ini

  1. ewan_doje's Gravatar ewan_doje
    May 7, 2010 at 4:13 pm | Permalink

    hidup ubi!hidup ubi!hidup ubi!makan ubi!!!!!!!! hehehe

    Reply
  2. Anna Beijing's Gravatar Anna Beijing
    May 13, 2010 at 12:57 pm | Permalink

    kureng betul la C MOY tu….

    apa la punya manusia yg xnk tolong anak bangsa sndiri…
    menjatuhkan lagi ade…patut la makin lama sy rsa majalah ujang dh x beSt cam dulu2 lg….xpe2, MOY tu xkan ke mana pn…tgk la kdaan dia skarg ni pn….

    Pape pn utk brO ubi…Gud Luck, mOga tetap succeSS!!

    Reply
  3. MOY's Gravatar MOY
    May 16, 2010 at 4:18 pm | Permalink

    gua memang sial..

    Reply
  4. Anna Beijing's Gravatar Anna Beijing
    May 16, 2010 at 9:12 pm | Permalink

    MOY yg jawab sndiri???

    ermmmmmm…..alhamdulillah la klu dia ‘SEDAR’ dgn pengakuan dia tu………

    Reply
  5. aliff aniki's Gravatar aliff aniki
    June 15, 2010 at 12:12 pm | Permalink

    huk3..sdey2,,macam inikah nasib kartunis2 kat malaysia?? patutlah industri komik negara susah nak maju,, (hangin ar sbb aku pon ade niat gak nak jd seorg kartunis)..huhu.. apa2 pon, tahniah nak ucap kat abang ubi kerana masih tegar memprtahankan nasib seorang kartunis,.(mmg salute habes ah..haha)..

    Reply
  6. De Kalahari Sepi's Gravatar De Kalahari Sepi
    June 17, 2010 at 2:16 pm | Permalink

    Assalamualaikum…

    Saya rasa teramat le…sesangatnye geram kat si MOY yang lupe daratan tu…. Ape…dia ingat daratan tu kecik sangat dia nak perintah…! Pergi sana…jumpe kat sana…., pergi sini pulak… jumpa kat sini pulak…. Ish…ish… Kecian karya orang yang asli tu…tak pasal-pasal dah jadi milik orang. Tapi tak ape K. Ubi, kawei ngan geng-geng kawei kat sini sedia menyokong karya K. Ubi sehingga kawei dah tak boleh nak baca lagi… Ye lah…Tuhan kan maha kaya, dia tahu apa yang telah berlaku pada K. Ubi… Insyaallah…, Kami semua doakan akan kejayaan K. Ubi ngan Ujang sekali… Cuba terbitkan majalah sendiri dengan menggunakan kekuatan pada dialog dan seni grafik yang menarik. Cuba hidupkan satu watak yang contohnya serupa macam watak kartun ujang tapi berwajah lain dan kekalkan skrip dialog tersebut…. Jadinye, hak cipta terpelihara dari MOY tidak dapat ambil apa-apa tindakan sebabnya, watak itu bukannya dari watak Ujang contohnya… Kekuatan dialoglah banyak memainkan peranan sebenarnya….lepas tu baru gambar watak…

    Ok, selamat berjaya….

    Reply
  7. hazim's Gravatar hazim
    June 25, 2010 at 7:00 am | Permalink

    Assalamualaikum king of Ubi,

    firstly , congrats kt lu la ubi sbb dapat kumpul komuniti peminat lu yg tersangat la menyokong career lu..lu tau sbb ape…sbb lu amat berbakat n hebat..sbb wa hidup dgn karya-karya lu[n geng Ujang dl]..watak ciptaan lu tu mcm bernyawa..spt hidup di alam realiti.Wa rase kalo karya lu ADW dan IN tu hakmilik mutlak [mmg hak lu pn kan] lu ..wa akan cadangkan supaya IA DI FILEMKAN…Fuhh!!sure semua setuju…n sure gempak n laku..lastly semoga lu terus berkarya bro…gud luck..all da best..May Allah bless u bro..

    Reply
  8. ubi rebus's Gravatar ubi rebus
    July 6, 2010 at 8:15 pm | Permalink

    salam..ape khbr ubi?ape2 karya kau yg keluar lepas ni bgitau ktorang.skrg dah maju.bnyak cara nk jual kartun kau.harap ape yg tergantung dpt diselesaikn

    Reply
  9. Lagenda_46's Gravatar Lagenda_46
    July 11, 2010 at 8:52 pm | Permalink

    sory bro, hr tu aku dah nk hantar komen utk bro, tp server down, so xjadi nk hantar, pastu lupe..TQ tolong ingatkan..ni komen aku..

    ~watak kartun tu dah lawa, cun..tp kalau boleh cun kan lagi watak awek tu, lagi menarik ase nye..

    ~jalan cerita dah ok, menarik, tp yg xbestnye bila ak baca tu, aku dah dapat agak macamana ending cerita tu. kalau nk lagi meletup, cuba buat ending yg org xjangka then kelakar.

    pape pon, bro terbaek..teruskan usaha bro dalam memajukan kartun tanah air..(“,)v

    p/s : sorry kalau ada terkasar bahasa, niat komen ni sekadar utk bro lagi improve d lain masa…=)

    Reply
  10. lie's Gravatar lie
    July 25, 2010 at 11:51 am | Permalink

    terima kasih atas sumbangan anda dalam memartabatkan seni lawak antarabangsa..hahaha.. ye kita sebagai manusia juga punya perasaan(suka,marah and whatever la)..pe2 pn bagi pembaca ruangan blog ubi ni(termasuk lie)…saya harapkan anda semua memahami tugas ubi sebagai kartunis…sorry ubi atas ketelanjuran kata…anyway..thanks alot cz tabah dalam melayani kerenah peminat..saya akan setia dengan ruangan ini. sekian wasallam..

    Reply
  11. Pak Cindol's Gravatar Pak Cindol
    August 18, 2010 at 10:46 am | Permalink

    Ujang tak best pon cam puek jerk.. Apo? best ckit ada katunis Lambok. harap2 lambok tak jadi cam katunis ubi

    Reply
  12. ecah's Gravatar ecah
    October 28, 2010 at 2:02 am | Permalink

    ape-ape pun syukran coz reply……… bro smpi ble orang nak 2gu karya bro yg latest gler????

    Reply
  13. Wan's Gravatar Wan
    January 24, 2011 at 10:13 pm | Permalink

    rindu aku dia dan volkwagen
    moy mmg mementingkan diri sendiri

    Reply
  14. rozy's Gravatar rozy
    April 26, 2011 at 9:37 am | Permalink

    MOY sekarang telah menjadi ADUN di Johor

    Reply
  15. adie's Gravatar adie
    May 6, 2011 at 8:11 pm | Permalink

    salam…moga kamu dan artis2 seni yg lain bangun bersatu demi menjaga periuk nasi serta hasil seni kalian. Jgn akur dgn janji2 lintah2 darat di malaysia ni. Rezeki bukan diaorang yg aturkan. Allah Maha Kuasa….

    Reply
  16. mat de's Gravatar mat de
    June 15, 2011 at 6:52 pm | Permalink

    assalamualaikum abang ubi,kenapa abang tak buat satu buku dokumentari dalam bentuk kartun seperti yang pernah majalah ujang buat suatu ketika dahulu tentang negeri Melaka,cuma kali ni abang pelbagaikanlah..buat cerita tentang negeri2 lain pulak,tentang tempat2 percutian yang menarik jika kita melancong ke sesebuah negeri tu…hotel ataupun chalet2 yang ade di sana….mesti menarik..=)

    Reply
  17. syira's Gravatar syira
    August 7, 2011 at 11:03 pm | Permalink

    owh..

    Reply
  18. Asri Baha's Gravatar Asri Baha
    August 10, 2011 at 10:11 am | Permalink

    assalamualaikum,

    Thanks for the info..I`ve been searching it high and low for jilid 4.

    So sad to hear all this stories ;-(

    I really love the storyline…..

    Asri from brunei darussalam

    Reply
  19. entah's Gravatar entah
    September 6, 2011 at 3:08 pm | Permalink

    Majalah ujang dah tak lawak langsung…. baik korang beli majalah G3. Sebab kartunis2 ujang yg lama kerja kat situ. Mana taknya, gayour, bendi, dan banyak lagi yg best kerja kat situ. Itu tak campur lagi kartunis yg kita x kenal tapi lawak diorg memang best!

    Reply
  20. entah's Gravatar entah
    September 6, 2011 at 3:10 pm | Permalink

    Majalah APO pun masih lawak sebab ada kartunis lambok lagi… Korang bayangkan la kalau kartunis lambok dah tak join APO, memang APO akan jatuh macam majalah Ujang jugakla….

    Reply
  21. junainah's Gravatar junainah
    November 8, 2011 at 3:08 pm | Permalink

    salam…
    memang bekerja dibawah orang…risikonye tetap ada…tapi bersyukur bakat ubi selama ni adalah anugerah ALlah..bolehkan ubi buat buku sendiri..mungkin lebih menguntngkan…komen2 orang tu biasalah..selagi mana dinamakna manusia..selagi itulah tidak ada kepuasan hati masing2..ada cerita Lukman Hakim (namanya dirangkumkan dalam surah al-Quran) bersama anaknye… ketika dia berjalan bersama anak dan seekor kuda tu..bila mereka naik kuda tu berdua..ada saja mengatakan kesian kuda dinaiki oleh 2 org sekaligus..bila diuba anak sahaja yg naik kuda..ada saje yg mengatakan..kesian kat ayah berjalan kaki seoolah anak tak hormat kat ayahnye…bila satu keadaan si Lqman pula naik kuda tu dan anaknye berjalan..itu pun dikata orang lagi..kesian kat anak terpaksa jalan kaki sedangkan si ayah sedap2 aje dok atas kuda…begitulah manusia..tak pernah senang mata ada aje nak dikomennye…

    Reply
  22. Rin Zurina's Gravatar Rin Zurina
    December 29, 2011 at 2:56 am | Permalink

    Ada tak siapa2 yg masih simpan koleksi komik aku, dia dan volkswagen? saya nak beli boleh? please.. +__-

    Reply
  23. Fattah's Gravatar Fattah
    January 15, 2012 at 11:58 pm | Permalink

    slalu follow ubi.. tp mlas nak komen.. slalu dpat email dari ubi.. tp jgan risau.. ubi tetap terbaik.. sambung je lukis kartun ni.. best ape?

    Reply
  1. Sapa makan cili, dialah yang terasa pedas! | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on February 3, 2009 at 1:19 am
  2. HakCipta @ Copyright - Bahagian 3 (Work For Hire) | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on March 1, 2009 at 9:37 pm
  3. Kenangan Kartunis Ubi di Majalah Ujang 2 | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on March 17, 2009 at 11:00 pm
  4. Kartun Budak Hostel Di Majalah Ujang | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on April 11, 2009 at 6:13 pm
  5. Selamat Tinggal Aku Dia & Volkswagen | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on August 2, 2009 at 10:25 am

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site