Hari itu dalam Seranah

December 17th, 2008 | Oleh Ubi | Bulletin,Kartunis pun manusia

Hari: Ahad
Tarikh: 14 Disember 2008
Masa: 10.30pm
Lokasi: Ampang, Selangor Darul Ehsan

Malam itu hujan sedikit renyai. Keadaan sedikit cerah kerana bulan sedang mengambang penuh ketika itu.

Di sebuah kawasan perumahan di Ampang kelihatan saya sedang menunggang skuter milik adik.

Skuter pinjam yg sedikit botak tayarnya itu dirempit dengan pantasnya di atas jalan raya yang sedikit licin.

Bukan ingin menunjuk atau berlagak hebat, cuma saya sedikit tidak sabar untuk sampai ke rumah bagi menikmati rojak yg baru dibeli dari gerai mamak berdekatan.

Ya, misi malam itu adalah cuma untuk membeli rojak di gerai mamak berdekatan rumah yg kononnya terkenal dengan rojaknya yg maha sedap itu.

Seperti yg dijangka – PEREMPIT AMATUR + TAYAR BOTAK + JALAN LICIN = EKSIDEN!

Dipendekkan cerita, malam itu saya cedera tak berapa parah akibat eksiden tersebut.

Rojak yg dibeli tak sempat dijamah dan bertaburan di atas jalan.

Walaupun tak berapa parah, saya terpaksa jugak mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kerana banyak luka kesan dari kejatuhan motor tersebut.

Alhamdulillah, mujurlah tiada tulang yg patah dan tiada kecederaan dalaman.

Walaupun begitu, kerana banyak kecederaan di tangan, saya terpaksa cuti berehat dari melukis dalam tempoh seminggu dua ni sehinggalah jari saya mampu memegang pen semula.

Akhir kata pada semua, jadikanlah insiden saya ini sebagai pengajaran…

Jangan kerana tak sabar nak makan rojak, akhirnya muka kita makan tar jalan…

Berhati-hati di jalan raya dan janganlah merempit kalau rasa diri tu tak terel!

Tag: , ,


download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

19 Komen Setakat Ini...


  1. biskutz on December 18th, 2008

    salam ziarah incek ubi.. Akhirnya jumpa gak saya dengan web incek ubi ni.. Semoga cepat sembuh.. berhati-hatilah di mana jua anda berada.. (^__^)

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:29 am:

    Salam Biskutz,

    Selamat terjumpa web ni….

    Tima kasih! :)

    Reply


  2. Bro Faizi on December 18th, 2008

    Salam ziarah bro Ubi, Saya doakan bro cepat sembuh, Isyaallah wa Amin

    P / S : Berhati-hati di jalanraya, Anda mampu mengubahnya. :-)

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:32 am:

    Tima kasih Faizi… ;)

    Reply


  3. Bro Monday on December 18th, 2008

    Bro ubi,
    Kelakar lah tajuk “Hari Itu Dalam Seranah”..
    huhuhuuu

    Semoga cepat sembuh…

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:34 am:

    Kelakar dlm sakit… hahaha! aduihhh…!!!!

    Reply


  4. Muhd Nazim on December 18th, 2008

    Semoga cepat sembuh.Supaya boleh buat komik lagi.Bila dah sembuh boleh makan rojak dengan tenang.

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:35 am:

    Betul… nak makan rojak kena tunggu dah sihat nanti… ;)

    Reply


  5. cikma on December 20th, 2008

    sedikit ujian dari Maha Pencipta…syukur alhamdulillah sebab tak parah..kalu parah: HARI ITU DALAM ICU..berhati2 di jale raya :)

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:41 am:

    betui… betui… walau malang camana pun nasib kita, masih ramai lagi yg lg malang dari kita… :)

    Reply


  6. mama on December 24th, 2008

    salam perkenalan n takziah wat bro ubi…moga cpt sembuh n mmbuat karya baru… maju anak melayu….
    (^_^)

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:43 am:

    Salam perkenalan… :) & tengkiu bery much!

    Reply


  7. Richie on December 24th, 2008

    lain kali hati2 bro. :)

    Reply

    Ubi reply on December 24th, 2008 8:44 am:

    sama-samalah kita Richie… sesungguhnya malang itu tak berbau durian! ;)

    Reply


  8. [...] keadaan yang tak berapa sihat kerana cedera yg tak berapa parah akibat eksiden sewaktu merempit tempohari, banyak aktiviti deting dan kerja harian yg terpaksa [...]


  9. [...] bandage dan dialas selipar jepun buatan Malaysia melangkah dengan sedikit dengkot kerana luka akibat merempit tempohari masih belum lagi [...]


  10. zira on February 18th, 2009

    hahaha..nk t’gelak ada cian pon ada..sanggup 2 kua redah hujan s’mata2 utk rojak..hehe..sy pon pnah jgk kua mlm s’mata2 tingin sgt nk mkn pasembor..penangan’y 2 yg wt xthn smpai’n dh mlm bute pn kua jgk..pasembor pny psl…ehehehe..

    Reply

    Ubi reply on February 18th, 2009 8:00 am:

    hidup pasembor!

    Reply


  11. [...] Permulaan 2009 adalah tidak berapa best buat saya kerana ditimpa kemalangan sewaktu merempit kira-kira dua minggu sebelum tahun baru. Boleh baca cerita tak berapa sedih ni di sini >>> [...]

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?