• Utama
  • KARIKATUR
  • BELAJAR MELUKIS KARTUN & KOMIK
  • DESIGN KARTUN
  • Biodata Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi
UBI @ MEDIA SOSIAL
« “They will never know… hehehe!” – The Truth
» Selamat Tahun Lembu!

Hari Itu Dalam Seranah II

Jan20
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Hari: Sabtu
Tarikh: 17 Januari 2009
Masa: 4.30pm
Lokasi: Di Coffee House di sebuah Hotel berbintang-bintang di Jalan Bukit Bintang

Petang itu kelihatan saya berjalan keluar dari sebuah kedai alat tulis di Kompleks membeli belah Bukit Bintang. Di tangan sarat dengan alatulis dan peralatan melukis yg baru dibeli.

Kaki yg dibalut bandage dan dialas selipar jepun buatan Malaysia melangkah dengan sedikit dengkot kerana luka akibat merempit tempohari masih belum lagi sembuh.

Tiba-tiba tekak terasa mengada-ngada untuk meratah masakan ala barat.

“Inilah masanya untuk membalas dendam kesumat…”, getus hati yg sebenarnya lebih banyak dipengaruhi nafsu akibat sudah sekian lama berpantang makan.

Dan yg lebih memburukkan keadaan, tekak ini juga mengidam untuk melantak masakan ala-barat yg dihidangkan di hotel yg banyak bintangnya.

“Apa susah… kat area sini kan ke banyak hotel!”, sekali lagi nafsu gelojoh saya memberi buah fikiran.

Terpedaya dengan mudah, saya dengan dengkang-dengkotnya melangkahkan kaki  yg berbandage serta beralas selipar jepun buatan Malaysia ke hotel jula-juli bintang 7 yg berdekatan.

Masuk je ke hotel, seluruh badan terasa sejuk dan nyaman sekali.

“Hmm… bestnya air cond dia… patutler hotel ni dapat pengiktirafan sampai berbintang-bintang…”, ternyata akal fikiran saya telah seratus-peratus berjaya diracun oleh hati yg dikuasai nafsu gelojoh itu.

Saya duduk berhampiran dengan tingkap supaya mudah makan sambil mengushar awek-awek cun dan perasan vogue yg lalu lalang di luar.

Dalam 5 minit aktiviti mencuci mata berlangsung, seorang pelayan lelaki menghampiri saya lalu menghulurkan menu. Matanya kelihatan memandang saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebelum berlalu pergi.

Saya sedikit kecewa kerana lebih berharap pelayan perempuan memakai skirt yg melayan saya.

5 minit berlalu dan pelayan lelaki tersebut datang semula bersama pen dan kertas di tangan. Kali ini matanya kelihatan menjeling tajam kaki saya yg dialas selipar jepun buatan Malaysia itu.

Pelayan lelaki yg mukanya nampak macam melayu dan nama di name tagnya pun nampak berbunyi melayu itu terus bertanyakan pesanan saya.

Saya sedikit pelik kerana beliau berbicara di dalam bahasa inggeris dengan saya. Walaupun begitu saya sedikit kagum dengan usaha gigihnya untuk cuba menjadi orang putih walaupun bunyi telo melayunya itu sungguh pekat dan tebal sekali.

“Oh mungkin dia ingat aku ni Pan Asian kot…”, perasan saya sambil menjeling bayang wajah muka sendiri di cermin tingkap bersebelahan. Hidung kembang kempis cuba menahan perasan bangga.

(Berikut adalah antara beberapa transkrip perbualan penulis dan pelayan ‘ala barat’ tersebut yg telah dialihbahasa semula ke dalam bahasa Melayu. Untuk makluman pembaca sekalian, transkrip ini bukanlah 100% tepat seperti apa yg telah berlaku. Transkrip ini dicatat mengikut apa yg diingati oleh penulis sambil ditokok tambah sedikit untuk kesan dramatik.)

Pelayan: “Ye Encik, nak makan apa? Buffet atau ala carte?”.

Saya: “Ala Carte. Bagi saya Steak yg macam ni”, jawab saya spontan sambil jari menuding ke menu menunjukkan satu jenis steak yg ntah apa namanya saya tak ingat.

Pelayan: “Steak ni?”, tanyanya sambil mengerutkan dahi melayunya yg sedikit sawo matang itu.

Saya: “Ye…”, jawab saya semula sambil cuba mengira berapa banyak kerutan yg ada pada dahi melayunya itu.

Pelayan: “Betul ke ni Encik?”, kali ini kerut di dahinya makin bertambah apabila matanya menjeling selipar jepun buatan Malaysia yg melekat di kaki saya yg dibandage tu.

Saya: “Iyeee… betulll…!!!”, jawab saya keras sedikit kerana terganggu dengan soalannya yg tak paham bahasa tu.

Pelayan: “Tapi Encik…”, kata beliau sambil jarinya mengambil giliran menuding ke menu menunjukkan steak tersebut yg ntah apa namanya saya tak ingat.

Saya: “Kenapa?”, tanya saya yg sedikit hairan melihat bagaimana kerutan di dahi melayunya itu makin bertambah.

Pelayan: “Tapi Encik, steak ni harganya RMxxx…”, jawabnya tersenyum sinis sambil menjeling semula kaki saya yg dialas dengan selipar jepun buatan Malaysia itu.

Dan serta-merta saya faham apa mesej yg cuba disampaikannya. Saya terus bangun dan meluru keluar. Kaki melangkah dengan pantas. Sakit dan dengkang-dengkot terus terlupa seketika.

Sambil melangkah saya terdengar pelayan ala-barat tersebut pura-pura memanggil saya kembali.

Rasa bersalah ke? Ke pura-pura rasa bersalah?!

“Mungkin pasal aku pakai selipar ngan t-shirt bundle kot?”

“Atau mungkin pasal aku tak cukup stylo dan gedebe untuk makan kat hotel?”

“Takpun pasal dia jeles ngan muka aku yg macam Pan Asian?”

Otak saya ligat berfikir untuk menjustifikasikan apa sebab pelayan ala-barat tersebut memberi layanan seolah-olah saya tak mampu dan layak makan di hotelnya.

Dalam berfikir, kaki terus melangkah masuk ke restoran mamak berdekatan.

“Layan roti telur pun bagus jugak ni…”, ujar hati yg sudah malas melayan nafsu gelojoh saya itu lagi.

Sekurang-kurangnya saya boleh tengok mamak pendatang berusaha gigih bercakap dalam bahasa Melayu walaupun bunyi telo Tamilnya itu sungguh pekat dan tebal sekali!

Komen dan Pendapat Anda?


Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang, berlagak, makan kat hotel, Ntahapahapantah
Similar posts
  • Abang Ubi ni pemalas betul! — Ya… Abang Ubi me...
  • Kartun Hari Jumaat — “Tuhan nampak d...
  • Jangan Pandang Belakang Anjing… — Berdasarkan kisah tak...
  • RM57 pun nak berkira ke? Come onlah b... — Seperti mana yang kita...
  • Mana satu ikang yang lebih ngang?! — Masihkah anda ingat de...
« “They will never know… hehehe!” – The Truth
» Selamat Tahun Lembu!

22 Komentar Setakat Ini

  1. Saiful Bahri's Gravatar Saiful Bahri
    October 27, 2011 at 12:26 pm | Permalink

    Cek ubi,….
    ada duit atau tidak tu no 2. No satu ialah, bagaimana kita boleh gunakan duit kita dengan bijak. Kalau kat hotel harga mee goreng rm10, kenapa tidak gi kedai mamak rm4.00. Kalau buffet kat hotel rm50, kenapa tak gi kfc, ayam portugis bla bla bla yang kalau rm15 pun cukup mengenyangkan. Sedap cuma kat tekak aje,…bukan lama,…in the jadi tinja gak. Satu sen tak guna, makin kena bayar dengan Indah water adalah!,..haha….

    Moral; bijak berbelanja, kurang inflasi.

    Reply
  2. azz's Gravatar azz
    March 4, 2009 at 8:04 am | Permalink

    salam incik ubi.. hurm.. ada tak incik ubi rasa nak pelangkung pelayan melayu ala barat tersebot?

    saya pon penah mengalami peristiwa yg lbey kurang sama dgn pengalaman incik ubi tu. alkisahnye, saya baru abes kelas (matrikulasi)pada satu petang yg damai tu. kwn sy yg takde kelas trus mengajak saya gi jenjalan kt bukit bintang.

    saya yg malas nak tukar uniform trus kua ngan pakai baju kurung selebet ngan tudung yg tak berapa bawal, tanpa secalit lipstik atau mekap(maklumla budak matrik)dan pakai kasut sukan, bawak beg galas mcm budak skolah.

    kawan sy ajak gi u-setan.kwn sy lepas msuk sbb dia pakai jeans ngan t-shirt dan sneakers.sy tak lepas masuk sbb pakai ala kampung.rasa nk cekik2 je pakgad tak sedar diri tu.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      March 6, 2009 at 2:41 pm | Permalink

      kesian… :(
      tak tau plak u-setan x kasi masuk kalu pakai baju kurung…

      Reply
  3. tomansi's Gravatar tomansi
    February 5, 2009 at 2:54 am | Permalink

    Pa la punya pelayan tu…dia fikir orang yang berpakaian buruk tu tak da duit ker?…dia tak tau ker selalunya jutawan ni berpura-pura tak da duit sebab takut LHDN heheheh…

    Reply
  4. Nur's Gravatar Nur
    February 3, 2009 at 1:02 am | Permalink

    apala pnya bangang pelayn 2..
    ingat org xdek duit ke?!!!!
    ko pun apasal la pki selipar jepun pkila selipar bata ke..apa ke..
    he..he..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 4, 2009 at 5:47 pm | Permalink

      selipar jepun buatan malaysia = selipar bata :)

      Reply
  5. zool's Gravatar zool
    January 27, 2009 at 2:32 am | Permalink

    Apsal ko tak bukak wallet je.. TUnjukkan duit ko yang beribu2 tu.

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 2, 2009 at 7:43 pm | Permalink

      dalam wallet mana ada duit… duit yg beribu-ribu tu semuanya simpan kat bawah bantal… ;)

      Reply
  6. onizuka's Gravatar onizuka
    January 25, 2009 at 5:59 am | Permalink

    gua caya lu,
    mmg patut blah je dari hotel tu..
    best ar lu…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 2, 2009 at 7:42 pm | Permalink

      blah jgn tak blah! ;)

      Reply
  7. azuzafu's Gravatar azuzafu
    January 22, 2009 at 3:05 am | Permalink

    erm.. x pyh p hotel.. p jenjalan kat Giant, jumpa org yg promot kredit kad, kalo kita pakai tshirt, jeans, tudung RM5 beli kat nilai 3 dgn selipar Bata.. pandang pun tidak.. esoknye dtg skali lagi tp dressing ala koporat (sbb baru balik dari appoinment), bekejar2 nak suh kita amik kad kredit dia.. mcm la org koporat smua berduit nak bayar utang kredit kad..

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 2, 2009 at 7:41 pm | Permalink

      hahaha! apsal le pakai tudung cap nilai tiga? tak pasal-pasal org pandang rendah… hahaha! :D

      Reply
  8. Khairul Faizi A Rahman's Gravatar Khairul Faizi A Rahman
    January 21, 2009 at 2:32 pm | Permalink

    Hahaha, mmg begitulah lumrah rakyat Malaysia. Kalau orang tu pakai EX5 dan masuk ke hotel atau kafe mewah untuk makan, mesti pandang lain macam, macamlah seolah-olah mereka yang membawa EX5 tu sengkek sangat. :-) .

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 2, 2009 at 7:38 pm | Permalink

      nak buat camana… moralnya, jangan bawak EX5 ngan pakai selipar jepun pegi hotel! hahaha!

      Reply
  9. Habibul's Gravatar Habibul
    January 21, 2009 at 4:01 am | Permalink

    Satu tulisan yg menarik! gua tersengih-sengih baca cerita lu ni. mungkin nampak kelakar dan bersahaja je, tapi sebenarnya ada banyak mesej yang tersirat dan sinis sekali! bravo ubi! caya lu dan harap menulis banyak-banyak lagi!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      February 2, 2009 at 7:37 pm | Permalink

      tima kasih Habibul… harap dapat membaca banyak-banyak tulisan saya… :D

      Reply
  10. Kucing Itam's Gravatar Kucing Itam
    January 20, 2009 at 7:15 am | Permalink

    Don’t Judge a Book by its Covergirl kan UBI? Hampeh betul pelayan itu…

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 20, 2009 at 7:48 am | Permalink

      nak buat camana… memang itu dah adat dunia… kita diajar untuk memandang dan menilai orang lain melalui rupa serta luaran… :(

      Reply
  11. Ct's Gravatar Ct
    January 20, 2009 at 5:19 am | Permalink

    Splendid dear! mmg “Melayu mudah lupa”… alah, ala2 spesis yg muka melayu but perasan Pan Asian… get well soon!

    Reply
    • Ubi's Gravatar Ubi
      January 20, 2009 at 5:47 am | Permalink

      hahaha… nasib baik saya bukan melayu… hahahaha! ;)

      Reply
      • Khairul Faizi A Rahman's Gravatar Khairul Faizi A Rahman
        January 22, 2009 at 1:32 am | Permalink

        Bro Ubi bukan Melayu? Bro Ubi orang apa? :-)

        Reply
        • Ubi's Gravatar Ubi
          February 2, 2009 at 7:39 pm | Permalink

          melayuler… tu gurau aje… ;)

          Reply
  1. Siti Nurhaliza Secretaries Week at Quality Hotel | Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun on May 3, 2009 at 5:40 pm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun & Komik
  • Cartoon Design
  • Karikatur
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top