“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feeling yang nostalgia”
Berikut adalah beberapa lagi gambar dan cerita kenangan saya di Majalah Ujang di suatu ketika dahulu…



Beberapa lagi gambar bersama pelawat di opis Majalah Ujang yg kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

Gambar kenangan bersama Phoebe, pengacara Kelab Disney TV3 semasa kami sama-sama terlibat menjayakan rakaman rancangan tersebut… oh!

Bersama Awie dan Kumpulan Kristal (budak lagi time tu) semasa bersama-sama menjayakan satu program di Kolej ShahPutra, Pekan Pahang.

Tidur bawah meja di opis adalah perkara biasa pabila dateline hampir menjelma…

Baru bangun tidur dan tengah bersiap sedia nak mandi. Kelihatan Kartunis Padi sedang cuba mencabul kehormatan… Hahaha!

Sedang menyelongkar dan membaca surat dari peminat sambil dibantu oleh Kartunis Bacang dan Petai (tengah berdiri). Ini adalah surat-surat dalam tempoh tiga bulan selepas kejayaan siri ‘Aku Dia & Volkswagen’. Terima kasih kepada anda semua yg menghantar surat kepada saya. Maaf sekiranya surat anda tidak sempat saya balas kerana kesibukan kerja dan terlampau banyaknya surat yg perlu dibalas.





Sebahagian gambar ketika menjayakan program promosi dan sesi autograf bersama kartunis Majalah Ujang. Agaknya budak-budak di atas ni mungkin ada yg dah besar dan dah kawin kot?

Kami juga sering dijemput untuk acara demonstrasi dan bengkel melukis kartun…

Hakim pertandingan melukis dan mewarna…

Juga sebagai penceramah untuk forum atau sebarang acara yg berkaitan lukisan, penulisan, kreativiti dan lain-lain lagi.
*Sekiranya anda ingin menjemput saya dan kartunis-kartunis lain untuk sebarang acara atau majlis, sila isikan borang jemputan. Pihak kami akan berusaha untuk memenuhi jemputan dan menjayakan program anda.

Bersama Bob KU2 sewaktu pelancaran Majalah Ujang Edisi 100. Korang jangan pelik kalau tengok Bob ni makan… heh!

Bersama Kartunis Leen Mafia.

Bersama Kartunis Nik (Tandoori Payat dan Ali & Davidson) yg femes tu.

Bersama Kartunis Petai. Dia juga bekas teman serumah saya bersama Sukun dan Gayour. Saya baru bangun tidur masa gambar ni diambik. Sebenarnya kena paksa dengan Gayour pasal nak habiskan filem dalam kamera dia. Kat rak buku belakang tu penuh dengan komik ‘Pedang Setiawan’, ‘Dewata Raya’ dan pelbagai lagi komik Hong Kong milik Gayour.

Bersama Encik Azim Salleh (editor novel) dan Encik Aman (Ketua Unit Grafik) ketika perkhemahan hari keluarga Kharisma Publication. Selepas 2-3 bulan acara ini berlangsung, kartunis dan krew Majalah Ujang berpecah menjadi dua bahagian – MOY dan Majalah Lanun.

Ketika penggambaran untuk Ujang Edisi Raya di Putrajaya.
Dari kiri: Qayyum (editor Majalah Ujang), Ubi, Bijan, Gayour dan Aie.

Inilah kartunis dan krew Majalah Ujang yg tinggal selepas perpecahan tersebut.
Duduk dari kiri: Qayyum (editor), Bawang, Padi, Ubi, Puding, Manggis, Leen Mafia, Ah Tuck dan Bendi.
Berdiri dari kiri: Aie, Nik, Bijan, Gayour, Kobis Bunga, Ciku, Genesis, Lalang, Bacang dan Lepat.
Pada hari ini, kebanyakan mereka di atas telah berhenti dari Majalah Ujang. Ada yg berhijrah ke Majalah G3 terbitan Kumpulan Karangkraf. Ada juga yg bekerja sebagai pensyarah, animator dan pelukis bebas (seperti saya contohnya).
Ramai juga kartunis dari Majalah Lanun telah kembali berkhidmat semula di Majalah Ujang atau APO? kerana bungkusnya majalah tersebut.
Itulah sedikit sebanyak gambar yg masih ada dalam simpanan dan catatan kenangan saya sewaktu berkhidmat di Majalah Lawak Antarabangsa Ujang.
Semoga perkongsian ini juga akan membangkitkan semula memori anda bersama Majalah Ujang yg suatu masa dahulu pernah menjadi majalah kartun lawak no 1 di Malaysia.
Sekiranya anda ada gambar kenangan bersama saya atau mana-mana kartunis Ujang, sila emailkan kepada saya. Mungkin gambar anda itu akan saya siarkan di blog ini!
Pendapat anda? Sila berikan pandangan, soalan dan komen bernas anda di bawah.






Dulu kecik mmg gile bace ujang.. Nak2 kalo time bumper raya.. Haha.. Siap hafal kalo kartunis ni katun ape.. Skg xbpe igt dh.. Antara yg msih igt:
Gayour-bersama selamanya
Sukun-workshop
Ubi-aku dia dan volkswagen
Bawang-selangkah ke alam misteri
Petai-apo
kat mana nak dapat majalah BERSAMA SELAMANYA dan BLUES UNTUK AKU ? ? ?kirim pos ke apa ke. .amat nak sangat. .dari kecik tak penah tau ending crita nih. .huhuuhuhuhuhuhuuhuhhuhuuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhuh. .. . .. . . . . . . . ..
urmm..teringan zaman kecik2 dlu..
ujang memang legend lah..
mmg syok..the best komix ever..
aku selalu bace mse kecik2 dulu..
makcik aku tak pernah miss beli tapi skang anak die pon dah 3org..die da stop beli..cian aku xde bende nk bace hehehe..dulu kecik2 xde duit lagi nk beli kn..
kalau la ade majalah ujang or apo? or G3 or ape2 yang lawak antara benua lah yg jual online kn senang..ley bace secara e-book je..bayar pon pakai maybank2u je..kan sonang gitu..untung pon dapat..majalah lawak pon takkan pupus..
hehehe..
1994… sy br nk masuk darjah 1.. majalah lanun bapa sedare sy slalu bli
ujang plak, mak sy slalu bli tyme sy darjah 6…
terus terpesona sampailah menyedari ‘IN’ da x sebest dulu.. skg beli kdg2 je.. tu pn klau da x de mgzn lain nk dibc..
salam ubi..
saya salah sornga budak dalam gambar first skali (yang sume pakai baju hijau)..
mase ni tahun 1998 (11 tahun dulu!!!)…ni tgh tunggu bas skolah amik kiotrang lepas lawatan…n gambar ni masuk Ujang edisi ke 100 kan? in fact, saya still simpan majalah tu!
ye ke? hahaha!!! sure dah besar skang ni kan…
dah besar dah pon..haha..
tp saya still simpan sketch and namecard ubi (ada autograph ubi kat blakang card), dgn kartunis lain punya sketch skali..penuh satu sketchbook!
salam.
Aku minat sangat dengan album lagu “Aku dan Selamanya” kalau tak salah aku la tu tajuk dia – beli majalah aku hidup dlm blues dapat free kaset tu.
Ada lagi ke kaset/CD album lagu tu? aku betul2 nak sangat..kalau ada aku nak beli sanagt2 ..tolong…bro….
Sapa2 yg tau ttg benda ni..aku minat gilerr..lagu ni…
pesal kartunis ujang xdak pon pic dia..
n si gayour tu mmg cm slash la..
gitaris guns n roses tu..
hak3.
salam ubi,pakabo email la no phone nko
mr ubi,, leh interview x?? nak wat research pasal kartunis malaysia….
:’(
Sangat rindu zaman-zaman baca Ujang, Ubi’s, LeenMafia’s…
Sangat-sangat-sangat rindu.
errr..bang…Blues Selamanya ade jual lg ke….teringin sgt nak bace…hehe
abang ubi..tau x laman web majalah ujang??kalau leh hantar e mail kat sy…
majalah kegemaran ku~~huhuh…nape x bley masuk laman web ujang??ke sy yg salah masuk
sukanya tengok gambar2 ni suma..tingatla waktu dulu2…mmg hot ujang ngan apo time tu..rindu2
saya pun rindu gak!
aku ingt lg ujang first yg aku bli, cover die gmba cybercop versi ujang. aku ske gle time raya sebb ade bumper raya ngn posa. wlpon mhl sket aku snggup kmpul duit. aku sket lg nak gado ngn adk bradik aku aritu sebb g buang mjlah ujang aku yg aku siap balut ngn plastik. dengki gle. kalo bro ubi ade mjlah ujang yg dulu2, lebih ke, aku snggup bli. aku miss gle ujang. asl skrg dah tak sebest dulu ek?
entahlah… saya pun tak tau apasal…
salam incik ubi rasanyer saya ada amik gmbr dulu tp zaman tok kaduk lah masa tu rambut incik ubi panjang hehe..apapun teruskan berkarya semoga dapat apa yang dhajati…
apa kata emailkan kat saya gambar tu?
ape kate kan…geng2 korng (ujang) bt movie lak..pilih la 1 cerita dr majalah ujang dulu2 tu…cnthnye budak hostel tu ke…sure follower2 zaman tu nk tgk…expecially batch2 kelahiran thn 80an..
semuanya bergantung pada MOY utk buat apa-apa pun… kami kartunis takde apa2 kuasa pun…
slm..tahniah atas bakat dan kejayaan saudara Ubi dlm bidang ini.. mgkn lebih cantik jika diterbitkan kartun Islamik..
w’slm… insyaallah pada suatu ketika nanti…
Siapakah yang mencipta majalah ujang?
Majalah Ujang adalah buah fikiran Kartunis Ujang yg buat cerita ‘Aku Budak Minang’ ngan ‘Atuk’ tu…
Salam Ubi…
Tak taulah ubi atau orang lain rasa apa yang saya rasa. Tapi bile tgk suma gambar lama tu, hati saya jadi sayu. Sayu sesayunya..
Gambar ni semua mengingatkan saya kenangan masa belajar dan betapa syoknya membaca majalah Ujang ketika itu di waktu tension belajar.
Tapi sekarang, hanya tinggal kenangan. Nasib baik majalah ujang dulu yang ada dalam kotak kat stor tu tak saya buang. Tulah ubat kerinduaan pada karya korang suma. Kira cam Mahakarya lah jugak. Saya rindu kat Sukun, Ujang, Ah Tuck, Tembakau, Bawang, Leen dan ramai lagi..
Mudah-mudahan berlaku keajaiban yang korang suma akan bersatu balik.
Sedih tul….isk..isk..isk…huwaaaaaa
mungkin gak disuatu hari nanti… jodoh pertemuan di tangan tuhan… takde yg mustahil…
alamak bro…lagu shahdu nyer…..entah tegerak pulak nak google nama ko neh.hehe.jumpa..ko tau tak masa aku belajar dulu, kat rmh sewa aku pantang je ade budak yg beli (time tu satu rmh 10 org duk)mmg tinggal kulit je kalau lambat baca. kenangan tu time belajar…btw aku memang salute kat korang…keep up good work bro..
majalah kau tu kira jadi bohsialer… hahaha!
hohoho! retro beb! teringat kat pearl jam ngan kurt cobain
hohoho!
Hmm..patut la mcm kenal je opis Ujang yg dulu tu.. Time tu kat USJ Taipan lagi kan Bro Ubi? Hehe..confirm pernah pi, tapi time tu takde org sgt. Ade la stakat orang dua..
Yg pasti, jumpa kartunis Sireh dan sempat minta autograf dia je. Yg lain2 tak sempat ar.. Apepun buat Bro Ubi, semoga sukses selalu. Ganbatte!!
Semoga kita akan berjumpa di suatu hari nanti… semoga sukses selalu gak!
Gambar mmg retro beb….aku pun dah lm xlayan Ujang nie….pe2hal pun Ujang mmg gila2 kentang betol
hahaha! retro…
salam bro,
satu lagi…kartunis Bendi apa cite skang??
kt mana dia la ni???
Bawang tu menghilang ke mana??? blog dia tu dah berkurun tak update???
ntahlah… saya pun dah lama tak kontek diorang…
bendi skrg kat G3 kan..sbb slalu bc cita cereka ramarama dia kat G3..beli G3 pun nak bc katun dia..
salam Bro,
saya selalu jugaklah mengikuti perkembangan kartunis2 tanahair terutamanya dari majalah UJANG….
saya tengok boleh dikatakan ramailah kartunis2 ni dah ada laman web ataupun blog spt ujang,gayour,nik,petai,tembakau,pandan,bawang,ambo dan bro ubi sendiri…(sekadar sebut beberapa nama)..
setakat ini saya belum jumpa blog kartunis SUKUN, JERING, KELADI dan LAMBOK !!!!
harapnya kalau bro ubi tahu blog mereka ( dan lain2 kartunis )harap boleh bagitau hambaa….
TQ
rasanya diorang tu aje yg ada blog ngan website buat masa ni… nnti kalau ada apa2 update saya akan beritau
dulu aku tak pernah miss beli majalah ujang…
ko pun salah satu yg aku suke…lawak antarabangsa…
aku pun suke melukis time2 skolah dulu…
skrg dh malas dh…
kalau sambung balik hobi melukis tu skang ni pun okay apa… boleh gak buat release tension
Kelakar pulak tengok Abg Ubi tercengang tengok Bob KU2 makan.Hi…Hi…
hahaha!
bob ku2 tu sbgai ape kat majalah ujang..
member aje… tp dia selalu ikut buat show dlm promosi kitorang
weh ubi post laa gambar korang ngan bro ujang zaman karisma
byk gambar yg hilang… ni kamera zaman dulu… bukan boleh copy atau save file… hilang filem hilanglah semuanya…
ooo..kartunis leen mafia tu comel gak
rupanya..heh..tlg kirim salam kat dia bro
ngan pengcr kiut kelab disney tu..
best tul kan jadi kartunis ni..
leh jumpa ramai org…
UBI dah x nak lukis komik cam dulu lagi ke??
maksud aku tumpu pada komik je
hahaha! jangan jeles…
memang lukis komik lagi… cuma mungkin edar cara online aje…
edar online??
bro dah edar dah ke komik shamsul tu? (betui ke eja!!)
x dapat pun…
blum lg
ni nak berlakon jadi bos ni..
“dateline dah dekat ni”….
hehe
salam…
lagu dan gambor2 kt atas ni membawaku kepada kenangan mase muda2 dulu..(skang ni masih muda lagi..hehe),mase 2 abang aku slalu beli majalah ujang,aku boleh habiskan satu majalah2 dalam masa x sampai sehari,lps2 bru bleh pass kt org lain..aku suke tengok bhagian buletin ujang sebab nk kenal yg mane 1 wajah kartunis2 yg kurang hensem2..hehe
memang muka semua kartunis ujang tu buruk! saya sorang je yg hensem… hahahaha!
waahhh! best la kau dpt jumpa ngan amoi pengacara kelab disney tu! jeles aku! dia tu dulu pnh aku minat waktu kecik2. aku tengok kelab disney tu pn psl dia
eh, kecik-kecik lagi kau dah gatal ye!
yupp!! dia memang comel pun!
nak buat camana, lelaki tetap lelaki walaupn msh budak lagi. hahahaha!
kawin nanti jgn lupa jemput…