Kartunis Pelukis Kelas Kedua?

March 28th, 2009 | Oleh Ubi | Kartun,Kartunis pun manusia

Saya banyak mendapat email daripada student-student yg mengambik course Art & Design kat universiti-universiti tempatan.

Kata kebanyakan diorang, pensyarah @ lecturer mereka yg ‘bijaksana’ pernah mengatakan bahawa kartunis ni dikategorikan sebagai “pelukis kelas kedua”.

Ini berlaku bila mereka disoal oleh pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu tentang pelukis idola mereka dan apa cita-cita mereka selepas tamat pengajian kelak.

Pabila jawapan mereka adalah menjadi kartunis profesional dan pelukis idola mereka adalah seperti Kartunis Ujang, Gayour, Aie, Tembakau, Ubi (ehem!) dan lain lain lagi; serta-merta muka pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu berubah dan keluarlah statement “pelukis kelas kedua” tersebut.

Ini kerana kebanyakan kartunis-kartunis tidak mendapat pendidikan formal senilukis seperti kebanyakan pelukis painting yg lain. Kata pensyarah @ lecturer yg ‘bijaksana’ tu lagi, kartun jugak tak boleh dikategorikan sebagai lukisan yg bermutu kerana terlampau simple, tiada anatomi, isi yg merapu dan tiada unsur ilmiah.

Jadi student-student Art & Design tu ingin meminta komen dan pendapat saya berkenaan isu ini…

Pendapat saya?

Kah! Kah! Kah! Kah!

Kah! Kah! Kah! Kah! Kesian Dato’ Dr Lat… dapat Dato’ ngan Ijazah Kehormat Doktor Seni tu ingatkan Business Class… rupa-rupanya Second Economy Class!

Kah! Kah! Kah! Kah! Kesian Walt Disney… ingatkan filem Snow White ngan Disneyland tu tahap 5 Star tapi rupa-rupanya Low Class!

Kah! Kah! Kah! Kah! Apalah Zunar… buat kartun politik yg gila punya sinis ngan kaya dengan satira, tapi rupa-rupanya Second Hand Artist aje… patutlah kena ban!

Kah! Kah! Kah! Kah! Apalah lu ni Ubi… lukis kartun bertahun-tahun baru tau lu ni sekadar Pelukis Kelas Dua Anggur picisan rupanya!

Kah! Kah! Kah! Kah!

Aduh pecah perut second class aku ni gelak! :lol:

Second Class ke, Economy Class ke, Kelas Kedua ke, Kelas Dua Anggur ke, Kasta Pariah ke… yg penting ‘aku buat apa yg aku suka dan aku suka apa yg aku buat!’ :cool:

Tag: , , , ,


download komik kartun karya ubi

Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

56 Komen Setakat Ini...


  1. jimmy on March 28th, 2009

    waaaa… kira aku nie peminat kartunis second class ker? isk isk isk.. :P btw, ko suka apa ko buat, aku pun suka apa ko buat.. erh… :P

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:30 am:

    nasib kaulah terpaksa jadi peminat seni second class ni :lol:
    Tengkiu 4 ur support!

    Reply


  2. pejalbutter on March 28th, 2009

    nak peduli apa kelas 2 melati ke kelas 2 cempaka ke ketua kelas ke..masyarakt yg nilai smua 2 kalo yg reti n paham xda lar dia nak anggap cmtu pasal industri cartoon ni..bak kata dato lat ari 2 masa ‘forum seni kartun m’sia’ beliau dok kmpng goyang kaki pn duit masyuk omputih sana brebut nk katun beliau apa nk pduli kelas2.

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:30 am:

    yg penting kita hepi ngan poket masyuk! ;)

    Reply


  3. Kucing_Itam on March 28th, 2009

    Ish3… Mane boleh kartunis jadi kelas kedua? Rasa cam nk plenkik je lecturer tuh… huhu… ganaz plak… seriously sy sedih sbb ade statement mcm tu… Kita semua ni kan same je… Tak patut ade kelas2 ni… hangin plak rasanye…huhu… Takpe Ubi, jadi kartunis pun boleh hidup jgk kan? Sy setuju sgt dgn ayat : “‘aku buat apa yg aku suka dan aku suka apa yg aku buat!’ :cool:

    siap ade smiley! hehe

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:32 am:

    plenkik aje… hahahaha!! :twisted:

    lecturer kat unisel camana?

    Reply

    Kucing_Itam reply on March 30th, 2009 2:03 pm:

    Lecturer Unisel sempoi…!! hehe… Lecturer yg ajar drawing sy dulu pernah buat kolaborasi dgn company kat Jepun sana buat anime Dragon Ball… cewah… So, takkan x support kot kartunis, kan? Plus, lecturer merangkap sifu sy tu pun minat manga & anime… Kira sekali la tu dgn kartunis… :) v

    Reply

    Ubi reply on March 31st, 2009 7:44 pm:

    okler dapat lecturer sporting camtu ;)

    Reply


  4. man on March 28th, 2009

    sape ckp kartunis pelukis kelas kedua hah, sape??!! aku hangin btul la!!! aku marah ni!! x puas hati! menyirap satu badan! ubi pegang aku ubi, nti ada yg kena ni kang!!

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:34 am:

    pukul aje… tp kalau kena tangkap polis aku tak campur… ;)

    Reply


  5. rocky on March 28th, 2009

    Bagi aku jadi kartunis second class tapi genius macam korang adalah lebih baik daripada jadi lecture first class tapi bangang macam hagham.aku rasa lecturer tu jeles kat kartunis pasal dia belajar arts bertahun-tahun tapi anak murid dia sendiri tak berapa nak kenal dia…sedangkan kartunis macam korang …sekolah pun tak berapa nak pass tapi terkenal satu malaysia.
    so…why worry ubi.kami penyokong kartunis malaysia sejak dulu.teruskan perjuangan kalian.

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:36 am:

    Genius?! Wahhh… melampau punya bodek tu :lol:

    Terima kasih atas sokongan dan harap terus sudi menyokong! :)

    Reply


  6. aslina on March 28th, 2009

    hoho…
    apa ada dengan degree sume2 tuh?
    tak kemananye kalo takde skill…
    mcm pensyarah2 tu…dorang hebat sangat ke sampai boleh nak kategori kartunis sebagai 2nd class?

    incik ubi…dorang tu dengki sebenarnye. kartunis ni kan ramai orang kenal…dorang kalo takde student…takdenye orang nak kenal…tah2 diam2 dorang pun layan jugak komik2 n kartun2 nih…tapi ego saje lebey…

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:38 am:

    Eh, skang ni degree tu penting tau… nak jadi imam kat masjid pun koman-koman kena belajar kat mesir sana tuh!

    Entahlah… biarkan saja mereka dengan ego mereka…

    Reply


  7. oRen on March 28th, 2009

    yay! taktau nak komen ape.. tapi aku rase best bile ko kupas issue ni!

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:39 am:

    macam ada pengalaman pahit ngan lecturer je… ;)

    err… ada ke?

    Reply


  8. onizuka on March 29th, 2009

    kejayaan dalam hidup, bukan diukur dengan segulung ijazah
    tapi lebih kepada kepuasan terhadap apa kita telah capai!!!
    x kira lar besar, kecik kejayaan tu terhadap org lain..
    yg penting pendapat diri sendiri…:)

    Reply

    Ubi reply on March 29th, 2009 7:40 am:

    hohoho! janji kita sendiri yakin diri kita best dan tau apa yg kita buat! :D

    Reply


  9. adz on March 30th, 2009

    kalau x kerana kepopularan ‘pelukis kelas kedua’, xde la anak murid yg nk belajar art n design ngan lecturer tu…

    Reply

    Ubi reply on March 31st, 2009 7:43 pm:

    popular tapi takde sijil… mungkin tu yg buat kami ni dipandang rendah…

    Reply


  10. Bro Faizi on March 30th, 2009

    Sebagai seorang pensyarah yang merupakan kerjaya berintelijen tinggi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan statement yang berintelijen rendah. Kenapa berintelijen rendah? Kerana beliau mengeluarkan statement tanpa terlebih dahulu memahami kemajuan sektor kartun global. No wonderlah kalau IPTA negara kita jatuh ranking… :-)

    Di luar negara misalnya, sudah terdapat berbelas-belas n berpuluh-puluh saluran TV khas untuk kartun sahaja. Di Jepun, kartun atau nama glamernya Anime, bukan sahaja menjurus kepada anime untuk kanak-kanak bahkan ada juga anime khas untuk remaja dan juga tontonan orang dewasa. Ini dapat dibuktiakan apabila terdapat anime untuk tontonan orang dewasa sahaja atau nama glamernya Hentai (Saya rasa bro Ubi faham apa maksud Hentai, kan? X-D). Ini menunjukkan masyarakat di sana begitu memandang tinggi kepada industri kartun ini yang mencecah nilai berbillion USD. Diulangi sekali lagi, berbillion USD.

    Jadi, di mana kewajaran lecturer tersebut untuk mengatakan pelukis kartun merupakan kerjaya kelas kedua? Kalau yang mengeluarkan statement ini ialah pakcik yang jual ikan kat pasar, saya tak heran lagi tapi apabila yang mengeluarkan statement ini ialah seorang lecturer yang merupakan kerjaya berinteligen tinggi serta berada dalam industri yang sama iaitu ART, kalau saya seorang dekan, naib cancellor atau cancellor ipt tersebut, saya dah suruh dia letak jawatan kerana beliau tak layak berada di posisi tersebut. :-)

    Reply

    Ubi reply on March 31st, 2009 7:42 pm:

    satu pandangan yg menarik… ;)

    err… pecat je diorang tu!!! – ni tengah doa supaya kau cepat-cepat jadi dekan, naib cancellor atau cancellor ipt tersebut…

    Reply


  11. Antu_Jopun on March 30th, 2009

    Hahaha.. kalau Sergio Aragones boleh faham bahasa Melayu, confirm dia tak datang Malaysia dah…

    Sia-sia je la Datuk Lat promosi kartun dia ke seluruh dunia. Sampaikan kampung Boy disiar di Brazil dan Jerman. Malah dijual di Rusia. Tapi orang Malaysia cuma iktiraf dia kartunis kelas 2.

    Diorg tak sedar ke kartunis “kelas 2″ ada yg bergelar jutawan cam bro Ujang (dulu-dulu la sebelum kemelut melanda). Malah industri komik menjana jutaan RM kpd ekonomi Malaysia.

    Apa diorg ingat nk lukis kartun ni kena lukis comey-comey cam potret monalisa ke? dah namanya kartun. Kalau dibandingkan dengan lukisan kartun Shin Chan yang jadi kegilaan ramai, lawa lagi kartun hasil kartunis Malaysia.

    Reply

    Ubi reply on March 31st, 2009 7:34 pm:

    pada mereka bukan soal duit ataupun jutawan yg dijadikan ukuran. mungkin pada mereka, kartun ni macam sesuatu yg tak berilmiah… entahlah…

    Reply


  12. biol-man on March 31st, 2009

    pepatah yang terbaik utk cerdikiawan tu semua ialah
    BANGANG TAK BERTEMPAT.
    BODOH TAK LEH NAK DI AJAR.
    SOMBONG MENGALAHKAN IBLIS.
    HUHU..emosional betul aku.

    Reply

    Ubi reply on March 31st, 2009 7:46 pm:

    sabar bro, sabar!

    nak buat camana… dlm dunia ni penuh ngan org2 yg ego camtu…

    Reply


  13. ImranAbdulJabar on April 2nd, 2009

    Haha…orang akademik memang selalu cam gitu.

    Suka mengkelaskan dan mengkastakan seni. Tapi itu memang kerja mereka.

    Mungkin dia sedang berbicara tentang ‘pengkelasan’ penghayatan seni. Pada mereka ‘fine art’ itu adalah kelas atasan. Bukan sahaja ‘kartunis’ malahan seni reka grafik juga adalah seni picisan bagi mereka. Bagi mereka, seni yang tiada cukup ‘jiwa’ di dalam karya adalah kurang bernilai.

    Aku tak belajar seni. Aku belajar kejuruteraan. Tapi minat dengan seni dah lama ada dalam diri. Cuma tak mengambil kelas formal. Aku belajar daripada pemerhatian dan praktis sendiri. Majalah kartun macam GG, GH, Ujang banyak mempengaruhi aku suatu masa dulu. Aku belajar dengan meniru sampai tak payah tiru lagi.

    Sampailah sekarang ni aku tinggalkan dunia kejuruteraan dan fokus pada seni. Kalau orang akademik tengok hasil kerja aku, mereka akan kata…”oh! ini gaya klasik…ini gaya ‘apa ke mende2″. Aku tak tahu apa2. Aku buat ikut naluri hati aku je.

    So, isu kat sini ialah…seni itu bebas. It can be apa sahaja dan siapa sahaja. Pengkelasan itu datang daripada institusi akademik – bagi memudahkan pembelajaran dan rujukan.

    Pedulikan. Kartun is kartun. Tak semua pelukis boleh lukis kartun. Tak semua pelukis boleh lukis abstrak. Masing2 ada bahagian masing2. Makan bahagian korang aje sudah. Jangan merendah-rendahkan lauk yang ada dalam pinggan orang lain.

    [,]

    Bermula dengan mengidolakan kartunis…sampailah aku dapat berkawan dengan brader Kerengger (masih lagi rajib berjumpa sampai sekarang), Roslim (pernah lepak kat kedai printing dia)…

    Tahun lepas dapat jumpa ramai kartunis kat MiniConvention Pekomik, Pesta Buku PWTC.

    Reply

    Ubi reply on April 2nd, 2009 9:57 pm:

    Aku suka dengan komen bro… detail dan faktanya kuat.

    Mungkin masalah ni sama ngan kelas penyanyi dangdut tu… Yelah, ramai gak sesama penyanyi dari genre lain yg melabelkan penyanyi dan irama dangdut tu sebagai second class… padahal dangdut tu pun seni gak dan ada pengikutnya yg tersendiri…

    Sgt setuju ngan pendapat bro – “Seni itu bebas. It can be apa sahaja dan siapa sahaja…. Tak semua pelukis boleh lukis kartun. Tak semua pelukis boleh lukis abstrak. Masing2 ada bahagian masing2. Makan bahagian korang aje sudah. Jangan merendah-rendahkan lauk yang ada dalam pinggan orang lain” :cool:

    p.s – Roslim bukak kedai printing kat mana?

    Reply

    ImranAbdulJabar reply on April 3rd, 2009 5:36 pm:

    Thanks. Kita sama2 kongsi selagi boleh ye tak?

    Kedai brader Roslim kat Hentian Kajang, Jalan Reko.
    Printing servis plus kedai kad kahwin. Not bad maju!

    Ini laman web bisnes kad kahwin dia:
    http://www.kadkahwinku.com/

    Reply

    Ubi reply on April 21st, 2009 2:11 pm:

    sukses gak abang zack kapcai tu rupanya…

    Reply


  14. [...] Kartunis Pelukis Kelas Kedua? [...]


  15. faizz on April 2nd, 2009

    walah kenapa baru ketemu blog keren ini, kemarin kelimpungan cari ilustrator, gue lagi garap buku pengen ada ilustrasi komiknya,

    Reply

    Ubi reply on April 2nd, 2009 10:06 pm:

    Loh… ngapa in? Kelimpungan cari ilustrator ya? Lain kali cari aja di sini… ;)

    Reply


  16. zira on April 22nd, 2009

    hahaha..clap besau la org yg gelak’n 2..korg 2 kelas ke bape lak??huu..jgn pndg hina kt kartunis beb..bkn sume org de bakat mcm golongn ni..korang stakat lukis gmbr org lidi pn blom ten2 leh dpt title high class tau..hehehe..

    Reply

    Ubi reply on May 3rd, 2009 3:14 pm:

    biarkan luncai terjun dengan labu-labunya…

    Reply


  17. wawa on May 5th, 2009

    hmmm…. biarlah org nk ckp apa.
    kelas ke 2 ke @ ke brp ke. yg penting ada org kenal, ada org suka n ada org minat.
    dia yg bising2 tu blom tentu ada org kenal, suka @ minat…
    ye dak?? ;)

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:13 pm:

    hahaha! yg penting kita heppi! :D

    Reply


  18. faidzal1982 on May 11th, 2009

    ni pulak komen saya… bagi saya lah… saya tak fikir apa yg org lain nak fikir pasal saya… terutama org2 yg takder kaitan ngan hidup kita… yg mana kata2 diorang tu hanya akan membantut perkembangan kita dlm dunia nih… yg penting… kita buat sesuatu tu sebab kita suka buat benda tu… maybe upah yg kita dapat tu kurang kalo compare ngan org lain… tapi kepuasan yg kita dpt tu maybe lebih dari org lain sbb kita buat apa yg kita suka…

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 5:04 pm:

    yupp! yg penting kita tau siapa kita dan apa yg kita mahu! :)

    Reply


  19. bob on May 14th, 2009

    salam sejahtera…
    huhu.. ikut suka hati makcik tiri belah ipar tiri die jer nk kutuk kartunis2 tanah air yang aku minat ni eh..
    xsyang mulut,aku saman kang(sy law student).hua hua hua.. takabaur dan tarabur ckit..
    huhu.. ala bang kalo nk tau,kenkadang sesetengah lecturer tu jeles sebab abg2 kartunis ni feymes dan dijadikan idola.. diorg xdijadikan idola by their student sendiri.. gpun,nk kutuk org.. tengok diri sendiri la dulu..
    ntah2,kemungkinan dab barangkali diorang itu jadi lecturer pun ngn degree cukup2 makan.. ntah2,nk lukih katun kucing jadi tikus..
    kua kua kua kua kua kua kua kuah kari pap

    Reply

    Ubi reply on May 14th, 2009 3:45 pm:

    ntah kot… mungkin ye jugak… tapi ntahlah… tak berani nak komen ;)

    Reply


  20. miko_chan06 on May 30th, 2009

    eeeee…lecturer university tempatan memang cetek skit..mcm dorg je bez..sy adelah mangsa keadaan jugak tau encik ubi…dorg pandang rendah bg sesape yg nk jd kartunis..sy byk terima tentangan pasal cita2 sy nk jd kartunis ni..sy xpuas hati…nanti sy akan buktikan pade mereka2 ni semua..!! tgk la!!!

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:51 pm:

    buktikan pada dunia! yeah… chaiyok! chaiyok! :D

    Reply


  21. Sala on July 9th, 2009

    Salam. Seronok baca pendapat peminat kartun / komik di sini. Anak saya sangat berminat untuk mempelajari seni melukis kartun tetapi saya tidak tahu di mana untuk mendapatkan tenaga pengajarnya. Adakah sesiapa yang tahu di mana tempatnya. Saya ada menghantar anak saya ke kelas lukisan tetapi tidak disediakan subjek melukis kartun.

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:52 pm:

    insyaallah saya akan anjurkan kelas melukis dalam masa terdekat ni… tunggu je pengumuman daripada saya…

    Reply


  22. Kitosia on August 2nd, 2009

    Ceh otak apa lah lecture tu kan….Cam Ch*l*kn*t pemikiran beliau!!Arghhh,hamba tak kira apa yang diorang katakan..Yang penting kepuasan yang maksima apa yang kita buat…Hamba pun sama gak…Ada pengalaman kena peleChee…Tensyen tol apa yang diorang katakan itu…Diorang anggap jadi kartunis ni boleh idup ker?Arghhhhh!!!”Nak jadi kartunis kena ada degree,baru leh jadi kartunis….”Itu pendapat diorang…Apasal dato Lat tak dak pon degree ijazah pun leh jadi kartunis…Otak lecture tu ada something wrong kot kat memana?Yang penting sekarang skill kita….Takat orang yang ade ijazah pun ada banyak yang mengangur tak dapat cari kerja….

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:55 pm:

    Ya, Ijazah bukanlah penentu kejayaan hidup kita. Yg penting adalah usaha kita…

    Reply


  23. rude on August 8th, 2009

    alah klau work kau best.. 1st klas la.. xkira la cartoonist ker.. fine artist ker.. musician kerr.. BUAT JE APE YG KO SUKE.. tp klau xbest.. fkir2 la sdri

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:56 pm:

    betul! betul! betul! :)

    Reply


  24. sky_above on September 26th, 2009

    tak baek cakap diorang mcm tu.
    kartunis nilah yg bersusah-payah sampai pecah kepala nak wat kita ketawa dgn jenaka diorang.

    i like kartunis( ala-ala manja cam pondan dlm senario part1)

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:56 pm:

    tima kasih… :D

    Reply


  25. redz on October 20th, 2009

    x syen..pensayah..tu…
    aku baru2 ni ada 2 tiga org student kat cyberjaya..suruh modelkan 2 character 3D untuk final projek..diorang…
    aku tanya kenapa tak buat dari awal semester
    alasan diorang..pensyarah asyik bertukar jer..ajar ntah apa-apa ntah..
    apa diorang belajar diorang x tahu..aku terangkan serba sedikit baru diorang paham..
    Orang yg suka level..atau kasta kan orang ni sebenarnya..ada PHD kat hati diorang..

    Reply

    Ubi reply on October 21st, 2009 3:57 pm:

    ye ke? sungguh tak bertanggungjawab sekali sang pensyarah itu…

    Reply


  26. muhammad rifqi on January 21st, 2010

    mmmmm…cik ubi , bila pulak cik ubi nak buat kelas melukis kat dungun?saya nak sangat belajar melukis dengan cik ubi

    yang benar,
    rifqi

    Reply

    Ubi reply on January 25th, 2010 9:32 am:

    insyaallah jika ada jemputan dan rezeki. jika berminat untuk mengetahui segala maklumat berkaitan tentang apa jua program melukis kartun bersama Ubi, sila ke http://www.kartunisubi.com/kelaskartun

    Isikan nama dan email dan saya akan hantarkan update terbaru tentang program tersebut.

    Reply


  27. abghai68 on July 20th, 2010

    wang dh biasa dgr citer mcm ni..mcm2syarat kalau nak lukis sesuatu.kena anatomi betullh.macam2.sampai pening.kalau lukis mata tak sama. salah .potong markah ha ha.abis 2 kenapa pensyarah2 2 minat lukisan picasso2..haha..ni semua penjajahan minda…tak kasi owang maju…nasihat wa…lukis je lah apa yg lu owng suka..ini lah namanye seni…………tk cantik tkpe..hasil cipta korang juga…teruskn perjuangan

    Reply

Pendapat, Soalan atau Komen Anda...?